
Layankan je r eh gambar2 dimajlis hari lahir aku walaupun hari lahir aku dah lepas tapi tetap juga aku buat, maklom r hari lahir aku tahun ni jatuh pada hari senin, orang semua pun kije so aku buat pada hari sabtu.
Tetamu yang aku jemput pun idak ler ramai mana, maklom r rumah aku ni bukan r besau sangat, nanti bersesak-sesak takut tak selesa plak, iyer dak.
Lagipun kat Denmark ni belum ada kawan2 yang aku kenal nak buat majlis ulangtahunnya sendiri jadi aku memecahkan record itu hokke!
Sebelum majlis dimulakan, bacaan doa telah dibacakan oleh Mr Mama, terima kasih banyak2 ye Mr Mama.

Pulut kuning menggantikan kek, dan pulut kuning ni dibuat oleh Kakct untuk aku, huhu aku terharu, terima kasih banyak2 pada Kakct kerana susah2 je nak buatkan pulut kuning ni, siap berhias-hias lagi dan terima kasih juga kerana sanggup cuti kerja hari ni kerana nak datang kemajlis aku.

Apa lagi kan..dorang pun memekak suruh potong siap nyanyi-nyanyi lagu birthday, aku pun dok potong r sambil posing sana sini, owah perasan jap u

Antara kawan2 aku yang datang

Aha..hakak Jasmine kita hari ni berambu-ramba u, bukan dia joget rambu-ramba tapi baju tuuu

Antara hidangan yang sempat disediakan, kali ni tak buat banyak sangat makanan cz tetamu pun tak ramai dan aku pun macam kurang mood sikit nak masak disebabkan ada kuku jari aku yang tercucuk pisau, tu yang buat kije jadi lambat juga, sakit dan pedih, apapun harap dorang enjoy dengan masakan aku yang tak seberapa tu.

Jasmine dan suami, Linda dan suami, poji dan suami, opss salah2, Poji keseorangan kerana isterinya dalam hari, cotti ye banggg

Ya hampon! burok bebeno ghopenya kak oi! sampai nampak anak tekak tu! tah apa yang terkezut sangat, yang kat sebelah2 tu ok je posing

Nak tahu tak? kat Denmark ni kalau buat birthday kan kita kena buka hadiah2 sebelum tetamu balik pastu bukak satu2, bacakan siapa yang kasi dan ucapkan terima kasih pada yang kasi, malu wooo...tak sangka plak aku dapat hadiah, ingat birthday bebudak je dapat hadiah, yang dah kertu pun masih dapat jugak, rezeki jangan ditolak, maceh ye kengkawan.

Adakah budak baju merah itew menjeles aku dapat hadiah?

Salah satu hadiah yang aku dapat ialah kasut ni, sekali tengok macam kelakar je tapi kalau dah pakai, hah! memang best! kaki jadi hangat je, kasut ni akan aku pakai dalam rumah setiap hari dan kasut yang lama (memang berkeladak) dengan segala hormatnya dijemputlah kau ke tong sam...

Anak2 daras suntis, manis2 u

Seharian atok menjaga cucu-cucunya.

Aku telah didera oleh Muna, dipakaikannya aku tudung tu dan disuruhnya aku pegang bunga tu sambil dok selak kain tunjuk kasut pink yang aku pakai tadi, pastu ramai plak yang nak mengambik gambar aku untuk dimasukkan dalam surat khabar, hehehe

Ada macam Miss Denmark tak? oh idak sama sekali, macam minah senget ada r

Bila majlis hari lahir sesuka je telah ditukar pada majlis bersanding, ada ke patut? ni semua dorang punya kije, apapun aku happy kerana kawan2 aku datang memeriahkan suasana.















