
Seperti minggu2 yang sudah, ada lagi undangan yang aku dapat, minggu ni plak kat rumah Muna dan Hazzim, walaupun tengah musim2 sejuk ni tapi majlis tetap diadakan, kiranya cuaca memang tidak menjadi penghalang, kuredah juga walaupun anak kecilku Rhea idak ler berapa sihat.
Tak berapa lama setibanya aku sekeluarga kat rumah Muna, tiba r plak yang lelainnya, oleh kerana baru pertama kali kenal yang lelain tu, idak ler aku nak ingat nama2 dorang tu semua tapi dorang sume tu memang best, peramah dan pandai berborak.

Sekali pandang macam ahli2 corporate, dua kali pandang, ya hampon, bapak2 orang je, arhhh...yang penting gaya mesti ada.

Seperti biasa r kan, sebelum makan kena posing dulu, tapi hakak ni segan r plak nak posing sakan, over r plak, kengkonon maintain nyahhh..tapi time Muna tak perasan tu aku tibai je ambil gambar sana sini, hehehe...pecah tembelang dengan Muna nih, mintak halal ye Muna.

Tengok r..ambil gambar makanan pun lintang pukang, ini kes orang dah ambil makanan aku baru terhegeh-hegeh nak ambil gambar makanan yang terhidang, terlambat kak oi! apapun kurembat juga mbek, janji nampak !

Salah satu hidangan yang sempat ku rembat gambarnya, menyelerakan kannn

Bab2 kek atau dessert, hah! serah je kat Muna ni, confirm marvelous punya!

Truffles yang lembut dimolot, yummy
Anak2 dara sunti yang terperuk je kat bilik, biasa r kan, takkan nak dok dengan makpak campur berborak plak.
Alahai sopan sekali bebudak ni duduk, kalau aku masa umur macam bebudak ni maunya dok terkangkang depan tv, buruk perangai tol, biasa r aku ni kan jenis selamba badak, huhu..
Rica, Rhea bersama Elsa iaitu anak dara Muna, memang cun r dak Elsa ni, macam mak dia gak, mana tumpahnya kuah kalau tak kenasik kan, ececehhh..
Elsa baru je sambut birthday dia yang ke 14. Happy Birthday to you girl.

Sempat bergambar sebelum balik, biasa r hakak ni kan

Aku akhiri catatan hari ni dengan ucapan terima kasih banyak2 pada Muna sekeluarga diatas layanan yang mesra.
Kitorang balik dengan hati yang senang dan perut yang kenyang.
Lain kali jangan serik jemput lagi ek...






















