
Nampaknya makin berisi r badan aku, mana taknya tiap2 minggu ada je undangan makan, rasanya bulan ni tiap2 minggu aku pasti dapat jemputan makan2 daripada kawan2 kat sini, aku pun dah perasan yang badan aku macam dah berisi sikit, nak pakai seluar pun macam sempit semacam je, perut tak payah cakap r..tu yang nampak boroi dulu, huwaaa...
Berbalik cerita pasal makan, tajaan makan tengahari aku hari ni ditaja oleh Puan Jah yang menaja nasi ayam, mee, rojak, kari puff, dadih, kuih-muih dan dll, apa kau ingat kau artis ke siap ada orang taja kau punya makan, hehe...apapun terima kasih banyak2 pada Jah kerana menjemput kami dan tapaukan dadih yang sedap tu kat aku.

Mak yong yang sentiasa happy-go-lucky.
Biasa r kalau dah lepas2 makan tu memang tak sah kalau tak berborak, nak2 kalau ada aku, maunya tak bergegar rumah orang tu dek suara aku yang membebel tak berenti, tapi kali ni idak le boleh melepak lelama sebab ada jemputan lain yang nak gi, mmm...jemputan makan lagi ke?

Memang r jemputan makan, apa lagi, kami dijemput pula oleh Linda iaitu jiran berdekatan dekat rumah aku je, kiranya kalau dari rumah aku hanya langkah 3-4 rumah je dah sampai kerumah Linda ni, yang rumah Linda ni memang kena r datang cz dia dah jemput awal2 sejak 2 minggu yang lepas lagi, jadi kalau tak datang tu memang r tak patut, dah r dekat dengan rumah.
Memandangkan cuaca sejuk dan snow manja2 pun turun juga, terasa sejuk tu sampai ketulang so sampai kat rumah Linda je terus berselubung.

Aku pun rasa sejuk gak masa ni tapi takkan nak berselubung gak kat rumah orang kan, bebudak tu boleh r..

Sempat bergambar kat rumah Linda yang memang cantik dan besauuu

Bersama Suepoji, dia sekeluarga pun dijemput, maklom r berjiran, rumah Sue ni pun dekat2 juga kat rumah aku lagipun Poji memang close dengan Linda so memang tak best r majlis kalau Poji takde.

Kim pun ada, dia ni tersangat rajinnya nak melayan bebudak main piano tu, kelentang kelentung tah apa bunyinya aku dengar pun macam kelaut je..hehe..bedal je lah labu

Rhea pun cuba bakat juga, tibai je r dek asal kau tak kacau mak pak sedang sebok!
Maknya sedang sebok kat dapur melayan Linda berborak sambil masak, yang paknya plak sebok main pool, nasib baik anak2 ni pandai bawa diri.

Linda bersama suaminya dan pembantu rumahnya yang pakai baju warna merah

La Poji ghopenya, aku ingat pembantu rumah Linda, hehe...
Diorang ni memang close sebenarnya, suara dia berdua je dah cukup meriuhkan rumah Linda yang besar gedabak tu apatah lagi ditambah dengan kitorang ni, ya hampon!
Memang seronok dapat makan semeja macam ni, segalanya terhidang kat depan mata, tak macam rumah aku, kalau buat majlis apa2 pun memang kena cari tempat untuk makan r...takde meja panjang macam ni.
Kali ni kat rumah Linda kami dijamu plak dengan sate ayam dan kuah kacang, lontong pulut dengan rendang daging, makaroni goreng, roti canai dengan kuah dhal, nasi, sambal udang dll, tapi memang terasa r makan kat rumah Linda ni, sedap dia masak walaupun dah lebih 30 tahun dia dok kat Denmark ni, tapi masakan Mesia tetap diingati, wa tabik spring sama lu r Linda.

Banyak lagi kerusi kosong, siapa nak join? meh sini kita pekena sate!

Selepas berhempas pulas membedal makanan yang terhidang kat depan mata sampaikan aku rasa macam dah takde ruang lagi nak diisikan kat perut ni, dihidangkan plak berbagai jenis dessert, mana satu nak makan pun tak tahu, ada kek coklat, kek blueberry dan tiramisu, ya hampon! perutku macam nak meletup ni!
Tapi itu tiramisu tersangatlah sedapnyer

Jom B kita balik, perut i nak meletup ni, tu lah yang aku cakapkan kat Aby, pastu Aby cakap perut nak meletup ke atau lain yang nak meletup! tengok muka aku pun dah tahu apa yang nak meletup!
Ye r..dah banyak sangat diisinya, tiba r masanya untuk meletup, sib baik rumah dekat, sampai je rumah memang aku terus pi meletup, pui tak senonoh betul, tu pun nak kabo ke














































