
Bangun je pagi hari ni dah nampak snow turun, boleh tahan lebat jugak! cantik tu memang r cantik! aku suka time2 snow tengah turun, nak2 time turun lebat dan besar2, arhhh...terpesona mata memandang.
Tapi yang tak bestnya tengah snow turun lebat tu, time tu jugak r aku kena keluar, sebab musababnya kerana hari ni kena bawa Rica pi dentist, mesti korang pelik eh..asyik pi dentist je kijenya, gaknya asyik ada masaalah gigi je family ni? tu r yang korang fikirkan kot? hehe..
Ceritanya cenggini, kalau masih ingat r...dulu Rica kan pernah jatuh kat skul yang mulut dia sampai pecah tu, gigi dia pun teruk jugak terhantuk masa tu sampai sompek, pastu gusi dia sakit so hari ni pi dentist untuk x-ray gusi dia dan Dr cakap gigi dia dah tak kukuh, goyang sikit walaupun itu dah gigi kekal dia, mmm...seram juga aku dengar, kalau gigi susu takpe r kalau ghongak, ni gigi kekal woi, kalau ghongak, maunya dak tu kena pakai gigi pelesu, kihkihkih...kelako pun ada, aku yang mummy dia ni masih elok je gigi walaupun bersimpang sior..ni baru nak masuk 10 tahun gigi dah nak hilang! tapi Rica tu pun dah mula takut, asyik2 tanya kena pakai gigi pelesu ke? mmm..cerita lagi nih, sebenarnya Dr suruh hati2 lepas ni, tak boleh gunakan gigi tu untuk gigit benda keras2, kalau nak gigit benda keras pun guna gigi yang masih kuat, gigi yang dah goyang sikit tu memang kena jaga elok2 cz kalau tanggal, memang tak tumbuh lagi r gamaknya, gigi depan plak tu, naya ko nak! cian anak aku, maunya kurang sok duit hantaran dek kerana kurang gigi, takpe..kalau kurang duit hantaran nanti mummy bawa ko gi pasang gigi mas, kompom naik balik duit hantaran ko sok, muahahahaaa....
Berbalik pada cerita snow hari ni, mmm...snow memang turun lebat, makin petang semakin lebat dah macam nak ribut pun ada gak, tapi belum ketahap tu, baru angin lintang pukang je, best jugak dapat tengok masa tu so aku dapatlah ambil beberapa keping gambar untuk tatapan korang.






Nampak tebal gak snow tu kan..masa ni snow masih lagi turun walaupun dah nak malam, tapi idak ler selebat siang tadi, ni dah tinggal sesikit je.

Aby senyum ala2 bengkak hati kerana pas ni kena kerja berat! nak tahu kerja apa Aby kena buat? kena korek semua snow yang tebal kat depan rumah, pas tu kena tabur garam supaya jalan tak licin, kat sini kalau ada orang jatuh depan rumah kita sebab jalan licin dan kita tak tabur garam nanti kita boleh kena saman wei! so untuk mengelakkan kejadian sebegitu, kena r buat semua tu, tapi tak hairanlah cz bukan Aby sesorang yang buat kije cenggitu, jiran2 depan belakang, kiri kanan semua buat kije yang sama macam Aby buat, ni r masaalahnya kalau dok umah sebuah, banyak kije kena buat, adohhh!