Especially for my Father-In-Law, Happy Birthday. May God bless you with a long and prosperous life. We all love you and wish we were there to celebrate this special day with you. You are in our hearts.
With love from me, your son and your 3 grandchildren here in Denmark.
SUMBER DARI: Jimmy Oliver


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5-6 biji kentang
  • 5-6 biji telur
  • 3 s/b butter
  • 1 s/t lada hitam
  • 1 s/b daun parsley - dicincang halus
  • 1 mangkuk kecil broccoli
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 3 s/b kicap cair
  • 1 s/b minyak zaitun
  • Beef bacon secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Rebus telur hingga masak, kupas kulitnya dan dibelah 4 setiap sebiji, ketepikan.
  • Rebus kentang bersama sedikit garam hingga kentang masak, toskan airnya dan kupas kulitnya.
  • Potong dadu besar dan campurkan kentang dengan telur tadi, masukkan juga butter, lada hitam dan daun parsley, gaul hingga semua bahan rata, ketepikan.
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Dimangkuk yang lain, masukkan broccolli, bawang putih, kicap cair dan minyak zaitun, gaul rata dan masukkan kedalam periuk pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, kukus selama 10 minit atau hingga broccoli masak.
  • Didalam kuali, panaskan sedikit minyak, gorengkan beef bacon sehingga garing, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama potato salad dan broccoli.
Tadi pagi waktu Malaysia, makku yang disayangi telah menjalani pembedahan dibahagian matanya atau telah membuang sejenis penyakit dibahagian matanya yang dipanggil ketarak mata (cataract).
Kalau dulu mak telah dibedah untuk membuang penyakit dibahagian ususnya, tapi kali ni dibahagian matanya plak! bulan lepas mak mertua aku pun pi bedah matanya dengan penyakit yang sama macam mak, tadi tiba masa mak aku plak.
Dan yang sebenarnya aku pun dah berniat juga kalau mak sihat dari penyakit dan sekarang ni dah selamat dibedah, aku niat r nak buat pulut kuning dan bubur putih, bubur merah..so hari ni semuanya dah selamat, alhamdulillah sangat2 dan tadi masa call mak pun nampaknya dia ok cuma sakit2 sikit tu perkara biasa r..maklom r baru lepas operate, mesti r ada rasa sakit sikit2.
Esok balutan dimata mak akan dibuka dan harap2nya minggu ni mak akan pulih.
Aku selalu mendoakan semoga mak sentiasa sihat dan berbahagia selalu..sayang pada mak yang tiada batasannya.



Rasa lega bila dapat buat semua ni untuk niatku, walaupun bukan banyak mana pun yang aku buat tapi dapat jugalah buat untuk tunaikan niat ni.
Pulut kuning dan juga bubur putih, bubur merah cumanya bubur merah tu tak nampak macam merah ponggg...hitam semacam sebabnya pakai gula melaka yang memang asli dan pekat, mmm..takpe! hitam2 sitampuk manggis, biar hitam rasanya manis, ceewwaahhh...pantun2 r plak! (cover line nampak!)


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus hor fun
  • 200 gm daging - dihiris nipis
  • 4 biji bawang putih - dicincang halus
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 biji capsicum merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3 pokok daun bawang - dipotong memanjang
  • 4 s/b oyster sos *
  • 2 s/b kicap pekat *
  • 2 s/b kicap cair *
  • 1 s/t lada sulah *
  • 2 biji telur kecil - dipukul sedikit dengan garfu
  • 2 s/b tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Stok daging secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna, kemudian masukkan bahan yang bertanda * bersama stok daging secukupnya.
  • Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih dan daging masak.
  • Masukkan pula capsicum merah dan bawang besar, kacau rata dan barulah tuangkan telur, kacau sehingga telur hancur, kemudian dimasukkan bancuhan air tepung jagung sambil terus dikacau sehingga hampir pekat, masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi sehingga rata dan akhir sekali masukkan hor fun dan daun bawang, kacau kesemua bahan sehingga sebati dan kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan hor fun dengan hirisan cili padi yang telah dicampurkan dengan sedikit kicap cair.
SUMBER DARI: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA:
  • 100 gm tepung gandum - diayak
  • 50 gm pastry majerin
  • 2 s/b air sejuk
CARA-CARANYA:
  • Gaulkan majerin bersama tepung kedalam mangkuk besar, ramas2 majerin dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti, buatkan lobang ditengah-tengah tepung dan masukkan air, uli hingga menjadi doh.
  • Simpan doh didalam plastik dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Keluarkan jika hendak digunakan.
BAHAN INTINYA:
  • 1 tin tuna*
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus *
  • 1 biji limau kasturi - perah jusnya *
  • 2 camca besar mayonis *
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam *
  • Secubit garam * (* disatukan dan kacau rata)
  • 1 kuning telur - dipukul sedikit
CARA-CARANYA:
  • Canai nipis dan potong pastry puff kepada beberapa bahagian.
  • Isikan intinya dan tutup semula pastry sehingga menutupi inti.
  • Buat sehingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega.
  • Cucuk2 diatas pastri dengan garfu dan sapukan kuning telur dibahagian atasnya.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200c selama 25 - 30 minit.
  • Bila masak, keluarkan daripada oven dan sejukkan atas redai.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg rusuk kambing - dipotong memanjang
  • 10 biji bawang putih - diketuk tanpa buang kulitnya *
  • 2 s/b lada hitam - ditumbuk kasar *
  • 10 s/b kicap cair *
  • 2 s/b kicap pekat *
  • 4 s/b steak spice seasoning *
  • 2 s/b perahan lemon jus
  • 4 s/b madu (honey)
  • 6 s/b minyak zaitun
CARA-CARANYA:
  • Masukkan rusuk kambing kedalam mangkuk besar, kemudian gaulkan bersama bahan yang bertanda * hingga rata.
  • Masukkan perahan lemon jus, madu dan minyak zaitun kedalam mangkuk berisi rusuk kambing tadi, gaul lagi hingga kesemua bahan sebati.
  • Perapkan selama 1-2 jam.
  • Tuangkan bahan perap kedalam dulang pembakar.
  • Panaskan oven pada suhu 180c terlebih dahulu kemudian baru masukkan bahan perap tadi.
  • Kurangkan suhu oven pada 160c setelah dimasukkan bahan perap tadi.
  • Panggang selama 30-45 minit atau sehingga masak sambil dibalik-balikkan semasa sedang memanggang supaya masak rata.
  • Bila siap, hidangkan bersama nasi panas dan lain2.


SUMBER DARI: Mat Gebu

  • BAHAN DOH:
  • 240 g tepung Hong Kong (Tepung halus)
  • 1 s/t Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
  • 1 s/t yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam *
  • 30 g gula halus *
  • 1/2 s/t cuka *
CARA-CARANYA:
  • Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
  • Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  • Campurkan bahan yang bertanda *
  • Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
  • Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON').
  • Perap doh selama 45 minit.
  • Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  • Bahagi kepada 10 bahagian, bulat2kan.
  • Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti kelapa tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
  • (Resepi inti kelapa ada didalam ''Dapur Anak Mak'' bahagian ''Inti'')
  • Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg telah disapu dengan lemak sayur.
  • Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
  • Perap pau lebih kurang 20 minit.
  • Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
  • Angkat dan sejukkan.
Puas aku korek2 dan cari2 gambar kawanku Lin yang kini berbahagia kat Mesia nu, akhirnya jumpa juga walaupun dah puas aku repair dan clearkan gambar yang jauh dan blur tu, tapi itu saja yang dapat aku buat, kiranya ok r nampak gak muka dia.
Sebenarnya ramai kawan aku yang sekarang ni aku dok teringat, tapi dorang dah r jauh ikut tugasan masing2 dan yang kat Denmark ni ada r sesalu gek aku jumpa, cumanya yang jauh2 tu hanya jumpa didalam mimpi je r..huwaaa...
Ni r kalau dok terpelanting jauh dihujung donia, semuanya dirasakan jauh..
Yang Lin ni plak memang dok dekat Denmark ni, kiranya kalau aku nak jumpa memang r boleh cumanya minah tu balik Mesia dah lebih 2 bulan kot tapi tak balik2 Denmark ni lagi, adoh lamanya wei kau kat Mesia, aku dah windu! cepat r balik sini, kalau boleh bawa r Kak Zara sekali, hihihi...
Pada kawanku Lin yang sedang berseronok kat Mesia tu, cepat r balik, teringat dan rindu r plak dengan lawak2 kau tu (boleh masuk raja lawak babe, kat Mesia tu!)
Lin, cepat r balik! rindu kat suara kau yang garau dan ganaz itew.

Azizi, cepat balik! Ti Sue rindu ngan gigimu yang macam rabbit tu, tak ingat kat Abang Rico ke?

Afifi, cepat balik! nanti Ti Sue buatkan kek peberet untuk Keby

Abdillah, grrrr...no komen!
Kihkihkih...

Kak Zara, kalau ko datang Kak, kiranya bonus paling best r, aku belum abis tuntut ilmu masak dengan ko nih Kak!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin