
Nari pepagi pas anak2 aku gi skul, aku pun bersiap-siap bersama dak Rhea, tujuannya nak temankan Aby gi check up, ye r..appt Aby dengan Dr dekat Lab, kiranya aku ikut untuk bagi semangat kat Aby tu, orang ada penyakit ni kita kena bagi semangat sikit supaya dia tak putus asa, ceewaahhh...
Cuaca nari punya r sejuk tapi aku nak ikut gek, cian kat Aby kalau gi sengsorang kan...

Selepas di checknya laki aku tu, Dr letak r menda alah apa tah yang berselirat wire dan tube kat badan Aby, benda alah tu akan check dengan automatic tekanan darah Aby tiap2 1/2 jam untuk 24 jam, hah! bayangkan r...betapa tidak selesanya kerana setiap 1/2 jam benda alah tu akan vibrate dengan sendirinya, camne nak tido lena kan...cian kat laki aku ni, tapi nak buat camne kan..orang dah nak kena penyakit, mana boleh ditolak, lagipun orang dah berumur ni start r penyakit senang nak datang, tapi Aby kata ni penyakit keturunan cz mak dia pun ada penyakit tekanan darah tinggi ni, mmm...kesian kat Aby, sedih plak tengok keadaan Aby macam ni, huwaaa...

Pada saat aku sedang dilanda perasaan sayu melihat Aby berkedaan macam tu, tetiba kunjungan kawan aku iaitu Jasmine dan suaminya menceriakan kembali hari ini, ye r..masa senang memang ramai kawan, tapi masa tengah macam ni siapa r yang nak datang dekat kan...apatah lagi nak bertanya khabar, takkan aku plak yang nak pukul canang! takpe r..susah senang biar ditanggung sendiri, lagipun buat apa nak menyusahkan orang lain, bukan urusan dorang pun perlu ambil kisah! cumanya rasa terharu kerana masih ada kawan yang sudi ambil tahu walaupun tak diberitahu.
Terima kasih pada Jasmine dan Adam kerana kunjungan korang nari sangat membuat aku rasa happy dan ceria.

Tq juga kat Jasmine kerana hadiahkan aku lampu cantik ni, walaupun Anniversary aku dah lepas, tapi kau masih kasi hadiah kat aku, mmm...tak tahu r nak kata apa tapi aku terharu cz kau baik sangat kat aku, padahal aku takde apapun yang nak kasi kat ko!

Terima kasih juga untuk set bed sheet dan comforter yang kau hadiahkan pada dak Rhea ni, pas pasang kat katil dia tadi, punya r suka minah tu baring golek2 atas katil dia ko, macam ulat gonggok!
Harap2 pas ni dia suka tido kat katil dia sendiri cz selalunya dia dok menyebok menyelit tido kat daddy dia, menci tau!










