BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 s/t soda bikarbonat *
  • 1 s/b gula pasir halus *
  • Secubit garam *
  • Air sejuk secukupnya
  • Madu secukupnya
  • Ice-cream - dipotong
  • Sedikit minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Masukkan tepung kedalam mangkuk, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda * kacau rata, tuangkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil dikacau sehingga bancuhan pekat sedikit, jangan terlalu banyak letak air.
  • Biarkan bancuhan selama 10 minit.
  • Sapukan sedikit minyak sayuran diatas kuali kecil non-stick dan panaskan diatas api yang kecil, tuangkan sedikit bancuhan tepung tadi dan ratakan nipis, kemudian balikkan sehingga masak rata dan warna keperangan, angkat dan ketepikan.
  • Buat sehingga habis bancuhan.
  • Susunkan beberapa keping lempeng diatas pinggan hidangan, kemudian tuangkan sedikit madu dan letakkan potongan ice-cream diatasnya, sedia untuk dihidang.

3 Ulasan:

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

tunggu jam 8 malam...ada entry untuk mu..hahahah

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

AMBIK RESEPI YEK KASI KAT EMAK BOLEH LAYAN MAKAN ESOK ..MEKASIH

Suejoshua berkata...

Terima kasih Ayu kerana tepek gambar Kak Sue kat blog Ayu, teringat masa jumpa raya hari tu kan, insyaallah kalau panjang umur kita jumpa lagi raya tahun depan erkkk..

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin