BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 ekor ketam
  • 2 ekor sotong sedang
  • 6 ekor udang besar
  • 100 gm paru - dihiris nipis
  • 2 keping tauhu
  • 2 biji kentang - dibelah 4 dan direbus
  • 4 biji telur rebus - dibelah 2
  • 1/2 biji sengkuang - dipotong kecil memanjang
  • 1/2 batang timun - dipotong kecil memanjang
  • Minyak secukupnya - untuk menggoreng
  • BAHAN CUCUR UDANG:
  • 6 s/b tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 s/t serbuk kunyit
  • 2 tangkai daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit udang kecil2
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • BAHAN CUCUR KELAPA:
  • 6 s/b tepung gandum
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 s/b gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • BAHAN KUAH:
  • 10 tangkai cili kering - direndam dengan air, toskan *
  • 5 biji cili merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 s/b udang kering *
  • 2 s/b tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cawan kacang tanah - yang telah dikisar
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air
CARA-CARANYA:
  • Bancuh sedikit tepung bersama serbuk kunyit dan garam seperti bancuhan goreng pisang.
  • Panaskan minyak secukupnya, celup ketam dalam tepung dan goreng hingga masak.
  • Gunakan tepung yang sama, gorengkan sotong, udang, paru, tauhu dan kentang yang telah direbus terlebih dahulu.
  • Didalam mangkuk yang lain, masukkan bahan cucur udang kecuali air, kacau rata dan tuangkan air sedikit2 sambil dikacau hingga bancuhan pekat seperti membuat cucur.
  • Gorengkan sedikit2 sehingga habis adunan, ketepikan.
  • Didalam mangkuk yang lain juga, masukkan bahan cucur kelapa kecuali air, kacau rata dan tuangkan sedikit air sambil dikacau hingga adunan boleh dikepal.
  • Ambil sedikit adunan kelapa dan kepalkan menjadi bentuk lonjong dan gorengkan hingga keperangan, buat hingga habis, ketepikan.
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, masukkan air asam jawa dan kacang tanah, kacau sehingga agak garing kemudian masukkan air secukupnya, garam, perasa dan gula, jika mahu manis lebihkan lagi gula kerana kuah rojak ini agak manis.
  • Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih, kemudian tuangkan bancuhan air tepung jagung, kacau lagi dan kecilkan apinya, kacau hingga kuah pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.
  • Potong kecil2 cucur udang, cucur kelapa, kentang dan tauhu goreng, masukkan kedalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan juga ketam yang telah dipotong, sotong, udang, paru, telur rebus, sengkuang dan timun.
  • Hidangkan bersama kuahnya.

5 Ulasan:

Mat Gebu berkata...

sueee...koo nih melampau tau..sabau jee aku..hehehehe

eqbalzack berkata...

udang tu sekilo boleh beli ayam 2 ekor tu...hehe

sedapppp!

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

aduh su..pg2 awe dah bukak blog su..tgk pergh!!! makanan...lapau...su awe jd blg su blog resepi awe k...i follow you

eynda berkata...

Balik Malaysia nanti jadi jiran eynda ek :-D

Suejoshua berkata...

Mat Gebu: Sabau Mat! jangan mara2, nanti cepat kertu walaupun nko selalu cakap nko Pak Tua tapi aku tahu nko lagi muda dari aku ;p

Eqbalzack: Takpe, sesekali bole r..kalau selalu rabak juga kocek hakak! hehe

Nur Hawa: Awe, maceh eh..salam kenal dari Sue.

Eynda: Taknak r, nanti hari2 Eynda datang mengecek! wakakaka...gurau eh Eynda!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin