BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 bungkus kecil mee hoon - dicelur hingga lembut dan toskan
  • 1 ekor ayam - dipotong 4
  • 2 s/b serbuk ketumbar
  • 1 s/b serbuk jintan halus
  • 1 s/b serbuk lada sulah
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 cm lengkuas - dititik
  • Rempah tumis
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 mangkuk kecil tauge - dicelur
  • 5-6 biji telur - direbus
  • 2 tangkai daun sup atau daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Rebuskan ayam hingga empuk, angkat ayam tadi dan toskan, simpan lebihan stok ayam untuk dibuat kuah soto.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, masukkan rempah tumis, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan halus dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan stok ayam tadi, tambah air jika perlu.
  • Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa, kacau rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Siat2kan isi ayam hingga habis.
  • Masukkan sedikit mee hoon yang telah dicelur terlebih dahulu tadi kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, tuangkan kuahnya, hidangkan bersama begedil kentang (resepi ada didalam ''Dapur anak mak'' bahagian ''Kentang'') telur rebus, daun sup atau daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap.

4 Ulasan:

eqbalzack berkata...

bestnye blog ni .....byk recepi...

buat apa kat denmark? ikut husband ye?

Suejoshua berkata...

Ya betuL!

hani berkata...

mmmm best soto in denmark!!

Suejoshua berkata...

Macehhh ;D

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin