BAHAN PASTRI:

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur (dipukul dengan garpu)
  • 110 gm mentega
  • 160 ml air
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 200 gm pastri majerin (untuk melapis)

CARA-CARANYA:

  • Gaul tepung, garam dan mentega hingga rata, masukkan telur dan gaul lagi, barulah masukkan air, uli hingga lembut, kemudian masukkan bahan2 yang lain kecuali pastri majerin, uli lagi hingga menjadi doh lembut.
  • Perap sebentar kemudian simpan doh selama 1/2 jam didalam peti sejuk sebelum dicanai.
  • Setelah itu adunan dicanai dan dibahagi dua, dicanai satu persatu.
  • Setiap satu dicanai lebar, sapu dengan pastri majerin, lipat 4, canai lagi seterusnya hingga 3 kali lipat.
  • (setiap lipatan disapu pastri majerin tadi, ia akan membuat kulit rapuh dan berlapis-lapis.)
  • letakkan inti daging dengan cara memanjang dan gulungkan
  • Sapukan kuning telur diatasnya dan dibakar dalam oven pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga masak keperangan.

BAHAN INTI:

  • 250 gm daging cincang
  • 2 s/b rempah kari
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
  • 1 biji bawang merah dicincang
  • Garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

  • Gaul bawang putih, cili merah, rempah kari, garam dan serbuk perasa, bersama daging cincang. perap sebentar.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis daging tadi dan sedikit air, setelah daging masak masukkan bawang yang telah dipotong dadu kecil, kacau rata, biarkan seketika barulah ditutup apinya.
  • Biarkan sejuk sebentar barulah dijadikan inti untuk pastri tadi.

Pembuka gambar Tahun Baru diblog aku dah tentu2 r ada gambar aku kan..dan yang dua lagi jelitawan tu nama dorang adalah sama iaitu Sherry, yang pakai tudung tu ialah kawan aku yang dok sama2 kat Denmark ni dan yang cunzzz kat tengah2 tu ialah adik pada seorang yang dah lama dok kat Denmark ni, dia datang kesini kerana bercuti dan esok dah nak balik pun, mmm...takpe r nanti aku balik Mesia kita calling2 eh..suka tengok Akak Sherry tu, anak dah beso2 tapi tatap maintain ranggi dan jambu.



Gambar2 kandid yang sempat aku ambil, layan je r eh gambar2 aku kat Denmark ni pada sambutan Tahun Baru 2010.
Gambar kat atas tu ialah Rhea bersama dengan kawanku Jah, mula2 tu aku ingat Jah ni meriba anak dia yang kalau tengok muka dorang sikit lebih kurang je, tapi dua kali pandang ghopenya anak aku yang kat riba Jah tu, dah kenapa r plak Rhea nari, nak plak dengan semua orang.


Suami Jah ni pun naik bengang gaknya, ingat bini dia dok meriba anak dia, ghopenya anak orang, hihi..hai Rhea! kacau daun je ko tu!


Yang sebelah Jah pakai baju pink tu la mummy Rhea tapi kengkunun duduk sesorang perasan macam anak dara r tuh!
Hai kak, ko lupa ke yang ko dah beranak pinak! mbik anak ko tu, naik kematu kaki bini aku meriba anak ko! (agaknya tu r yang suami Jah cakap dalam hati kan..tengok muka dah tahu) hihihi...



Lelaki idaman Malaya! ye ke? kahkahkah...jangan nak perasan ye Kama, walaupun ko senyum sampai ketelinga sekali pun ko tetap tak boleh lawan Abang Joshuaku..bluek! tetiba aku plak yang perasan.


Cute r tu kunun buat cenggitu, kalau bini dia yang kat sebelah tu memang cute!


Ivan n wife pun datang, dorang baru je 3-4 bulan dok kat Denmark ni, Ivan ni kawan sekerja Aby dan harapnya dorang enjoy menikmati cuaca sejuk kat Denmark ni, kihkihkih...


Sempat bergambar dengan Puan Muna yang cantik jelita, sayang sekali hanya bergambar kat depan pintu, tu pun masa Muna dah nak balik, sebenarnya memang nak ambil gambar banyak2 tapi disebabkan bz melayan tetamua sampai terlupa nak berposing, takpe r itu tak penting sangat, yang penting tetamu2 aku dapat layanan dari aku sekeluarga.
Terima kasih pada Muna dan suami kerana sudi datang walaupun nampak Muna semacam kurang sihat.


Aku bersama keluarga Sherry, Pak Mail dan adiknya Sherry jugak namanya, terima kasih kerana sudi datang.


Ni lah saja gambar beramai-ramai yang sempat diambil, tu pun pada saat2 orang dah mula nak balik, hakak ni bz melayan tetamu sambil bz berbual-bual sampai terlope nak posing, sabau je r..


Buah tangan dari kawan2, terima kasih banyak2, ni je yang dapat diselamatkan, yang lelain tu dah dibedal dek anak2 aku yang macam piranha, cuma bunga2 yang cantik2 tu idak ler boleh dibedal, hihi..



Sebelum menutup tirai aku pada catatan hari ni aku sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih pada kengkawan yang sudi hadir kerumah aku tapi, diharap jangan serik dan kalau ada yang terkurang dari segi layanan ataupun hidangan, aku mohon maaf banyak2.


Juga aku nak ucapkan Happy New Year 2010 pada semua.
Selamat menyambut Tahun Baru 2010 kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai walau dimana juga mereka berada, semoga Tahun Baru ini akan membawa keceriaan dan kebahagiaan untuk semua.


Malam Tahun Baru yang membawa kebahagiaan buat aku sekeluarga walaupun jauh di Denmark dan dalam keadaan yang sejuk, bayangkan temperature dah mencecah 7 darjah bawah paras beku, grrr...tapi aku gagahkan juga bawa anak2 untuk kebandar melihat bunga api yang sememangnya cantik dan terang menderang.
Lihat saja muka aku yang tak sempat nak berbedak dan kesejukkan kerana tetiba Aby dan anak2 ajak gi tengok bunga api walaupun masa tu dah malam2 bute! sarung baju tebal2 terus cabut! layan jer r...


Wajah2 kesejukkan dimalam Tahun Baru, senyum kelat kerana muka dah mulai nak beku! kihkihkih...kesian!


Yang berdua ni tak payah cakap r...memang dah tak boleh nak senyum! kulit muka dah tegang dek kesejukkan padahal dorang tadi yang ye ye sangat nak keluar, hah! rasakan ko..sejuk ya hamat!


Aku bersama anak koretku Rhea yang dah mula ajak balik, sejuk gaknya dak tu, dah tak tahan!


Aku akhiri malam Tahun Baru aku di Denmark pada tahun ni dengan harapan agar Tahun Baru ni akan membuatkan aku lebih tabah hadapi hari2 yang mendatang...
(Tak sanggup r plak tengok gambar sendirik yang tak berbedak langsung ni! burok beno nampaknya! dah r muka kejung kesejukkan! ya hampon!)
Dari kejauhan ini ku sedekahkan Al-fatiha buat Hj Sawin Bin Hj Marzuki, iaitu pakcikku, semoga dia ditempatkan ditempat insan2 yang beriman, amin..
Pakcikku telah menemui ilahi pada subuh yang hening waktu Malaysia tadi, dia pergi dengan tenang disisi anak2 dan cucunya, semoga dia lebih tenang disana.
Sesiapa pun takkan menduga bila kita akan menemui ilahi, hanya yang berkuasa yang menentukan segala-galanya dan bila mengingatkan akan kematian betapa kita ni manusia yang tersangat kerdil untuk menentang ketentuan yang maha berkuasa.
Sedihnya aku rasakan saat ini, mana taknya..baru siang tadi aku telefon mak dan kakak aku untuk menanyakan tentang pembedahan mak pada 14hb Jan nanti, pastu mak asik2 cerita pasal dia sedih masa gi tengok keadaan abang dia yang terlantar sakit, mak kata puas mak urut2 badan abang dia, mak kata badan abang dia tu hangat je tapi jari2 semua rasa sejuk, mata kejam tapi telinga dengar, mulut asik sebut nama mak dan adik bongsu dia yang masa tu tak dapat datang, rasanya baru 3 hari lepas mak pi tengok abang dia tu, tapi hari ni dia dah pergi buat selama-lamanya...terbayang-bayang aku wajah pakcikku itu, masih aku ingat! rupanya saling tak tumpah macam muka mak.
Tahun ni dah dua orang pakcikku telah pergi meninggalkan dunia ini, walaupun aku harus reda tapi perasaan sedih sentiasa menyelubungi diriku lebih2 lagi bila berjauhan dan tak dapat untuk melihat buat kali yang terakhir..
Semoga mak juga tabah hadapi semua ini.
Aku sedih...arhh..dah tak terucap lagi dengan kata2.

Kepada kawanku Idda yang sangat aku sayangi, semoga tabah hadapi rintangan hidup ini dan sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang mendatang.
Sebenarnya anak Idda yang ke-3 iaitu budak lelaki yang dalam gambar kat atas tu telah patah kaki bahagian betis dan yang kesiannya dia telah dilanggar ketika pulang berjalan kaki selepas mengerjakan solat jumaat, kesian kan!
Aku sedih bila sebelum kemalangan tu budak tu ada minta mak dia kasut futsal dan nampaknya terpaksa r maknya tangguhkan untuk beli kasut tu kan..malang memang tak berbau, semoga kawanku Idda sentiasa tabah hadapi dugaan ni ye, dan aku doakan semoga anak Idda cepat sembuh.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk kecil kerang - yang telah direbus dan dibuang kulitnya
  • 20 biji petai - dibuang kulitnya dan dibelah 2
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus
  • 2 biji bawang putih - di halus
  • 1 biji cili hijau - dihiris halus
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 2 s/b kicap pekat manis
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan hiris hingga layu, kemudian masukkan kerang dan petai, kacau rata, masukkan pula kicap pekat manis, garam dan perasa, kacau hingga semua bahan masak, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN DAGING:
  • 4-6 keping daging steak
  • 2 s/t lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 s/t garam
  • 6 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins)
  • Sedikit minyak
BAHAN SOS:
  • 2 s/b olive oil
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins)
  • 2 s/b kicap cair
  • 2 s/b kicap pekat manis
  • 1 s/b serbuk lada hitam (kasar)
  • 1/2 s/t oregano kering
  • 1/2 cawan air suam
  • 3 s/b bancuhan air tepung jagung
  • Garam dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk2 daging menggunakan penumbuk daging dan perapkan daging bersama bahan daging kecuali minyak selama 2-3 jam.
  • Sambil menunggu daging diperap, bolehlah membuat sosnya.
  • Panaskan olive oil didalam periuk kecil, masukkan bawang putih, serbuk lada hitam dan oregano kering hingga naik bau, kemudian masukkan juga sos worcestershire, kicap cair, kicap pekat manis dan air suam, kacau hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, akhir sekali tuangkan bancuhan air tepung jagung dan dikacau hingga mendidih dan pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali leper non stick, masak daging yang telah diperap tadi kira-kira 5 minit kemudian angkat daging tadi dan letakkan didulang pembakar, masukkan didalam oven dan bakar daging tadi pada suhu 180c selama 10 minit atau hingga masak, angkat dan hidangkan bersama sosnya.

Happy Anniversary buat suamiku yang tersayang...
Terima kasih kerana selama ini telah menjadi suami yang terbaik dan banyak bersabar dengan perangai dan karenah aku yang tak berapa betul! semoga perkahwinan kita akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat, amin.




Terima kasih juga untuk hadiah2 ni, walaupun aku takde apa nak kasi kat Aby, tapi Aby cakap cukup r sekadar bagi sepenuh kesetiaan dan kasih sayang pada dia, itu yang diharap-harapkan dan insyaallah...akan aku tunaikan semampu aku.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin