BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 2 s/b marjerin
  • 1 s/t garam
  • Sedikit air
  • Marjerin - untuk menyapu
CARA-CARANYA:
  • Campurkan tepung gandum, telur, garam, dan marjerin kedalam mangkuk, bancuhkan dengan air sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, kemudian masukkan bancuhan tadi kedalam blander dan kisar hingga halus.
  • Didalam kuali leper, sapukan sedikit marjerin dan panaskan kuali, tuangkan sedikit bancuhan tepung tadi, ratakan seperti lempeng dan biarkan sehingga masak, gulungkan.
  • Buat hingga bancuhan tepung tadi habis.
  • Gunting2kan roti kerca sebelum dihidangkan bersama kuahnya.
BAHAN KUAH:
  • 250 gm daging cincang
  • 250 ml santan
  • 75 gm rempah daging - dibancuh dengan sedikit air
  • 4 cm halia
  • 4 biji bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 200 gm tomato puri
  • Rempah tumis
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak sapi
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak sapi didalam periuk, masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari dan santan, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih, masukkan pula daging cincang, tomato puri, garam, perasa dan sedikit gula, kacau hingga rata.
  • Bila daging masak dan kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama roti kerca.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm high protein flour *
  • 50 gm gula halus *
  • 1/2 s/t garam halus *
  • 8 gm yis mauripan *
  • 25 gm majerin *
  • 1 s/b susu pekat manis *
  • 1 biji telur saiz kecil *
  • 115 ml air *
  • Sekaya/kaya secukupnya - inti
CARA-CARANYA:
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda * kedalam breadmaker, pilih setting untuk 'dough' dan tekan 'ON'
  • Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk2 doh untuk keluarkan anginnya.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan bulat2.
  • Ambil sebiji doh tadi dan leperkan, isikan inti kaya dan tutupkan semula doh menjadi bentuk bulat, untuk senang kalau nak masukkan inti kayanya, masukkan kaya didalam piping bag dan picitkan kedalam doh.
  • Buat hingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar, biarkan doh naik lagi 2 x ganda kemudian picitkan kaya diatas doh tadi sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 190c selama 10-13 minit atau hingga warna bun bertukar keemasan.
Adus! tak best betul r kalau boss tumbang nih! semua kerja tergendala dan terbengkalai! sama je r tu maknanya kak oi!
Hari ni pagi2 lagi Aby dah ngadu ngan aku yang tulang tangan dia terasa sakit dan badan dia rasa semacam, rasa macam orang yang nak jatuh sakit! aku tengok pun dari tadi memang dia baring melepek je kat sofa tu tak gerak2, cian gak kan walaupun sepatutnya time2 cuti macam ni kitorang pi jalan2 makan angin.
Takpe r kan...dah nak sakit, nak buat camne? bangun pun dah tak larat tu, nak jalan kemana? mungkin lain kali je r kita jalan2 lagipun Aby bukan dapat cuti lama sangat macam orang lain, kadang orang cuti, Aby kije! orang kije, Aby cuti!
Walau camne pun aku harap Aby cepat sihat, bukan sebab nak ajak pi jalan2 tapi biar r sihat seperti biasa.
SUMBER DARI: Dayang Jack

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm mentega
  • 1/3 cawan milo
  • 2 s/b serbuk koko
  • 1 s/t esen vanilla
  • 1 s/b gula hitam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • Biskut marie secukupnya - dipatah 2
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu dan lanserkan loyang 7 inci dengan mentega dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  • Ayak tepung, milo dan serbuk koko, gaul rata.
  • Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul hingga sebati, masukkan susu pekat manis, pukul lagi, masukkan gula hitam dan masukkan campuran tepung sedikit2 sehingga habis, kemudian masukkan esen vanilla, apabila sebati, tuangkan 3-4 senduk nasi adunan tadi kedalam loyang untuk lapisan pertama, ratakan dan susunkan biskut marie diatas adunan, tutup loyang dengan kertas foil dan kukuskan selama 5 minit, buat proses yang sama sehingga kelapisan yang terakhir.
  • Untuk lapisan yang terakhir, tak perlu letak biskut marie, kukus lapisan terakhir tadi selama 1 jam untuk kek masak rata.
Suka r anak2 aku dapat xmas present daripada Kirsten, iaitu jiran depan rumah aku yang baik hati dan sesangat sayang kat anak2 aku tu! pepagi dorang dah hantar kek untuk aku dan present ni untuk anak2 aku, terharu r gak kan...ada juga orang ingat kat aku dan anak2 aku time2 xmas macam ni, kalau dulu kat Mesia memang meriah sambutannya cz sedara mara Aby dan kawan2 Aby ramai yang sambut xmas ni, pastu dorang akan jemput kitorang untuk celebrate xmas, mmm...memang seronok tapi bila dah kat Denmark ni terasa juga kemeriahannya, walaupun bukan agama kita untuk sambut perayaan ni tapi apa salahnya sekadar memeriahkan suasana xmas kan...orang ghaye kita pun ghaye gek! aku ni lagi r kahwin campur, macam2 perayaan aku ikut ghaye! hihi...seronok!
Tadi siang aku anak beranak gi r kuar merayap jejalan hidu udara luar yang sejuk dan nyaman..huahuahua...nyaman kewww kak oi?
Lama gek r aku merayap, biasa r kan..Aby pun tak kije, ni r masanya nak merayap dan cuci mata, sok dia dah kije hah! terperuk je r aku kat umah mengadap periuk belanga kat dapo tu! mak oi! sekarang bebual main periuk belanga eh tak agak2, macam r banyak bebeno ko masak kak oi! hihi..
Dipendekkan cerita periuk belanga ni, tadi petang r masa nak balik dari merayap tu, Uncle Ji buah hati si Rhea tu tepon r Aby ajak pi makan2, mmm...nak ikutkan tadi masa nak kuar umah aku dah masak so kalau balik kebuluran pun tinggal pulun jer...mmm...takpe r oleh kerana masak pun bukan spesel sangat, hanya nasik lemak je so apa kata kita bedal makanan tempat Poji ajak tu, nasik lemak aku tu buleh buat sarapan esok pagi, tu pun kalau tak sakit perut r kan..makanan kat Denmark ni boleh tahan lama kalau disimpan, tak basi cuma kadang perut aku yang tak boleh nak terima lauk2 semalam nih! kompom coroi! cis! tapi takpe r kalau aku tak makan pun anak2 dan Aby masih boleh makan cz perut dorang tak r sengada-ngada macam perut aku.
Mmm...dipendekkan cerita nasik lemak plak! sesampai je kat tempat yang dicadangkan dek Poji tu, meja pun dah Poji reservekan untuk kitorang sume so tinggal meng order je r...mak oihhh! makanan sampai je nampak memang sedap dan kalau makan lagi r sedap...tengah kebuluran plak tuh! mmm...memasing bedal r tak ingat dunia, hah ko! kebeletengan kata orang jawa (kekenyangan), mana taknya, makanan dah r banyak pastu makan sekenyang-kenyangnya pun masih ada lagi yang tinggal, Aby yang perut macam tu pun sampai dah tak boleh isi lagi, kihkihkih...burok ghopenya!


Kahkahkah! ketawakan Poji! muka poyo sambil bersandar kekenyangan...burok Ji ghope kau! tu r pulun tak toleh kiri kanan! sib baik masa balik tu masih boleh jalan, kalau tak satu kije plak Aby nak mendukong Poji bawa masuk dalam kete! muahahaha....Amboi bukan main ey ketawakan laki orang! cuba ko tengok tangan laki ko tu kat mana? tu pun dia tahan je gaknya! ntah2 dia tu pun dah nak tebarai!


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN KEK:
  • 200 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 1 biji oren - diparut nipis kulitnya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan jus oren
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • ( 1 cawan = 250 ml)
CARA-CARANYA:
  • Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus diputar, kemudian masukkan kulit oren dan tepung, gaul hingga sebati kemudian masukkan jus oren, putar sebentar dan tuangkan adunan kedalam loyang pembakar yang telah digriskan, bakar adunan pada suhu 150c selama 45 minit.
  • Sejukkan kek dan barulah dihiaskan dengan frosting (royal icing).
  • BAHAN FROSTING:
  • 2 biji putih telur
  • 2 s/b lemon jus
  • 330 gm gula icing - diayak
  • Pewarna
CARA-CARANYA:
  • Putar telur bersama lemon jus hingga sebati, masukkan gula dan terus diputar sehingga kembang dan lembut, letakkan warna dan putar hingga warna sebati dan rata.
  • Masukkan frosting kedalam piping bag dan hiaskan terus diatas kek.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm tepung roti *
  • 4 gm dry yeast *
  • 20 gm gula halus *
  • 3 gm garam *
  • 10 gm susu tepung *
  • 20 gm shorterning *
  • 130 ml air *
  • Mentega dan gula sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda * kedalam breadmaker, pilih menu untuk buat roti dan tekan 'ON'
  • Bila siap, keluarkan adunan dan tekan2 untuk keluarkan anginnya.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan buatkan bentuk bulat2, susunkan diatas dulang pembakar.
  • Biarkan adunan naik lagi 2 kali ganda dan bakar dalam oven pada suhu 180c selama 12-15 minit.
  • Bila masak, semasa panas2 sapukan permukaan bun dengan mentega dan taburkan gula.
Ntah kenapa r dengan aku ni, dari dulu sampai la ni pun tekanan darah aku adalah rendah, tak normal langsung! selalu sangat nak pitam2 atau pening2, sebab tu kalau nak keluar rumah tu aku kena pastikan yang makanan atau gula aku akan cukup dalam badan, kalau tak? mmm...confirm pitam time tengah jejalan! asal aku rasa macam nak pitam tu cepat2 r Aby sumbat gula2 atau glucose tablet dalam mulut aku nih! leceh kan...tapi tu lah aku sebenarnya, memang dari dulu pun aku cenggitu, doktor cakap aku takde penyakit yang pelik atau apa2 penyakit pun, cuma disuruhnya aku makan makanan yang boleh menambahkan darah, tu je! rasanya aku ni dah terlebih makan makanan yang macam tu, dah sampai nak jadi drakula ni hah! tapi masih lagi sama je, tetap tekanan darah aku pada kadar yang rendah, keturunan kot cz dalam keluarga aku ada 2-3 orang anak sedara aku pun yang cenggitu.
Mmm...nasib! nasib!

BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm tauge - dibuang ekornya
  • 100 gm udang basah kecil - dibuang kulitnya
  • 3 biji bawang merah - dihiris halus *
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus *
  • 1 biji cili merah - dihiris *
  • 1 biji cili hijau - dihiris *
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak zaitun
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak zaitun didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda * hingga layu, kemudian masukkan udang, kacau hingga udang berubah warna, masukkan tauge, daun ketumbar, garam dan perasa, kacau sebentar dan bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin