Hari tu trip pertama barang2 aku dah sampai...kali ni aku dok tunggu r plak trip kedua, tadi siang adalah sampai barang yang aku tunggu2 tu tapiiii...ni je ke? takkan sekotak je yang sampai padahal masa pos trip kedua tu rasanya sekali harung Aby pos? manakah kotak2 yang lain2? manaaa?


Walaupun sekotak je yang baru sampai ni aku pun nak tahu gak apa isi kotak yang ni, ghopenya jajan anak2 aku! mmm...gula2 je yang sampai! mana jajan mamee aku? mana twisties aku? mana bla bla bla...mana?


Yang ni memang aku punya! peberet dari zaman sekolah dulu! (buah kana)
sib baik ada gak jajan untuk aku kat dalam kotak tu, kalau tak maunya aku benganggg!
Harapnya kotak yang lelain tu sampai r esok lusa ke cz aku pelik! masa pos sama2 tapi masa sampai pasal sekotak2 plak! atau dorang ni sengaja simpan kotak2 tu n sengaja nak hantar kotak2 ni pada hari lain2, ye r mana r tahu saja nak dengki aku tido! cz selalunya barang2 ni akan sampai waktu aku tengah sedap membute! tetiba memekak bunyi doorbell umah aku yang bunyinya memang tak sedap langsung didengar dek telinga ni, boleh cair taik telinga kalau dengar doorbell umah aku ni tau!
Arhhh...apapun yang depa buat kat aku ni tapi aku tetap menanti barang2 aku dengan penuh harapan dan kegelojohan! huahuahua...
Memandangkan Aby takde! dia gi ke Dubai atas urusan kije, arhhh...buhsan betul rasanya! sunyi je hari2 yang aku rasa, maklom r aku jarang2 sekali berjauhan dengan dia, selalunya kalau Aby gi mana2 pun idak ler lama sangat, yang paling lama pun 3-4 hari je tapi idak ler untuk kali ni, cz kali ni Aby gi tak tentu bila baliknya, kalau siap awal dapat r balik awal tapi kalau masih banyak yang belum sattle kat sana tu nampaknya sampai hujung minggu depan kot?
Sepatutnya tak payah r sampai kesana tapi budak yang handle kat sana tu dah tak boleh buat apa2 kengkonon dah takde idea r kot atau dalam bahasa aku ialah mati akal! hah! dulu yang sesebok nak sangat kije2 macam tu buat apa kalau tak gheti nak handle! kije je r basuh tayar keretapi ke (keretapi ada tayar kew?) atau basuh rel keretapi ke, huahuahua...ni tak pasal2 nyusahkan orang! menci! aku plak yang kena tinggal! dapat tengok Aby pun kejap2 je! tu pun malam, siang memang taknak kacau dia kije.
Baru bape hari je Aby tinggalkan kitorang tapi terasa sangat sunyinya, anak2 aku plak bukan jenis memekak telolong, memasing dah ada tugas yang kena buat so idak ler ghiuh sangat, Rhea plak! mmm...paham2 je r dak tu, siapa yang kenal dia memang tahu r dak Rhea ni camne!
Selalunya time2 cenggini aku selalu kena sakat, kena dengki dan segala bagailah yang membuatkan aku terpekik terlolong dek perbuatan Aby tu, kiranya gaduh2 manje r...hihi..tapi bila Aby takde terasa r sangat sunyinya! tu r time ada nak bercekau! bila takde, hah! padan muka ko! huwaaa....huaaaa...wuahaa...(sambil nangis2 hinguih meleleh-lelehhh..masok dalam molot..)


Walaupun nampak depan mata apa yang Aby buat atau apapun yang Aby kijekan tapi tetap aku rasakan jauh...jauh beribu batu!
Adoh! burok benonya aku ni, macam r selama ni tak pernah kena tinggal dengan Aby tuh! ye r maksutnya kena tinggal atas urusan kije r...ni r masaalahnya kalau dah lama bersama, sekali tak jumpa sekejap pun dah rasa macam dunia nak berakhir padahal paling lambat pun minggu depan je dah balik kak oi! ada orang sampai berbulan-bulan tak jumpa laki idak ler kecoh sedunia macam ko ni kak oi! bawa2 r bertenang! laki ko gi keroje, gi carik duit, untuk ko jugak! yang kecoh sesangat tu pehaL!

(idak ler apanya...akak cuma nak luahkan perasaang je!)
uhuk! uhuk!

BAHAN-BAHANNYA:
  • 400 gm nangka muda - dipotong kecil
  • 200 gm kacang panjang - dipotong panjang
  • 1 keping tauhu - dipotong dadu
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 5 biji cili padi *
  • Sedikit ikan bilis - direndam sekejap dengan air, toskan
  • Santan secukupnya
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Rebuskan nangka muda dengan sedikit garam hingga nangka masak lembut, angkat dan toskan airnya.
  • Tumbuk bahan yang bertanda * dan masukkan kedalam periuk bersama-sama santan, letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan nangka, kacang panjang, garam dan perasa, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan tauhu, kacau perlahan dan biarkan sebentar, barulah ditutup apinya.
Kena r plak isi TAG dari Acik ni, pastu bukan TAG biasa, ada ke kena isi biodata aku zaman2 pemerintahan Raja bersiong..adoh! ingat lagi ke nih!


Nama : Suraya (aku adalah idola wanita pilihan untuk Zainal Abidin, hihihi)
.
Nama Samaran: Suejoshua (nak letak gak walaupun masa tu belum ada Joshua) Chik, Ochee, Kakcik dan segala nama yang ada cik cik...
.
Tarikh Lahir : 22 Feb 1977
.
Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (bangunan merah yang sekarang ni sama je aku tengok macam umah aku kat Denmark)
.
Makanan Kegemaran : Apa je yang mak aku masak! makan sampai menjilat pinggan!
.
Minoman Kegemaran : Milo dan hot chocolate (dulu takde pun merasa hot chocolate tu, hihi)
.
Hobi : Suka kumpul menan yang dapat dalam jajan..
.
Kenangan manis : Banyak r...tak tahu nak tulis yang mana..
.
Kenangan Pahit : Tersungkur jatuh kebawah dari tangga bas sekolah macam orang tengah berenang..huwaaa...maluuu..
.
Penyanyi Pujaan : Zainal Abidin r cz masa tu dia selalu memanggil-manggil nama aku...perasan jap!
.
Pelakon Pujaan : Julia Rais dan Ramona Rahman
.
Cita-cita : Nak jadi pramugari (dapat naik kapal terbang) tapi B.I hancusss dan skolah pun tak sampai kemana so lupakan je r..walaupun begitu tapi sekarang selalu gek dapat naik kapal terbang! sonot!
.
Falsafah : Jaga diri, hiasi peribadi (ceewaahhh...)
.
Best Fren : Masa tu punya r ramai cz aku adalah budak yang glamour! kah kahkah...tipu!
Mmm..masa tu adalah dalam 5-6 orang kot, tak ingat sangat r...
.
Impian : Nak gi K.L jadi artis, tapi takde bakat pun yang sebenarnya, huwaaa...
.
Alamat : Johor Bahru (cukup r tu)
.





BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm - dibersihkan
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 1 s/t lada sulah
  • 2 s/b kicap cair
  • 2 s/b teriyaki sos
  • 3 s/b bancuhan air tepung jagung
  • 2 s/b minyak zaitun
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
  • Sedikit bawang goreng
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak zaitun didalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan kicap cair,teriyaki sos, lada sulah, garam dan perasa dan sedikit air, kacau rata dan bila mendidih masukkan bancuhan air tepung jagung, kacau hingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan siew pak choy, gaul hingga layu dan taburkan sedikit bawang goreng, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin