
Merata-rata tempat kat Denmark ni dah penuh dengan bermacam-macam decoration untuk sambut Xmas, memang cantik dan berwarna-warni.
Tadi aku gi Field's iaitu salah satu shopping complex kat Denmark ni, yang bestnya setiap kedai kat situ telah dihiasi sempena menjelang Xmas tak lama lagi.

Aku pun apa lagi kan...sempat r posing kat Xmas tree yang ala2 macam kurang meriah je gitu! tapi tu je pokok yang tak ramai orang perasan, maklom r..segan r plak nak posing2 depan dengan orang ramai! so aku terselit kat celah pokok ni takde orang perasan pun! nak bergambar kat pokok yang meriah, kat tengah2 dunia r plak! terpampang! hakak maluuu...ek eleh...tetiba ko malu r plak! huhu..

Macam biasa r kan...kat sini kebanyakkan kedai2 tutup pukul 5 petang dan kat luar tu dah tentu2nya r dah gelap gelita, so balik r tunggu apa lagi!
Oppss..sebelum tu kena tapau makanan dulu, coti nari, sapa yang nak masak?
Kalau macam anak2 aku dan Aby tu pilihan makanan dorang untuk ditapau semestinya burger atau apapun tapi aku tak boleh r nak makan menda2 cam tu, sekali sekala bley r..dah jelak oi! dan setiap kali nak tapau makanan untuk dibawa balik tu pastinya aku akan order nasi berlaukkan daging kambing atau lembu panggang dan salad, macam gambar yang kat atas tu! sejak datang Denmark ni kan...ni lah makanan yang selalu aku tapau, memang suka dengan rasanya walaupun nampak simple tapi pada tekak aku teramat r sedapnya, dengan nasinya yang wangi ada rasa masin2 sikit, daging tu memang rasa daging panggang r..garing lagi! mmm...sedap r senang cerita! dan semestinya kedai pilihan aku iaitu kedai Pak Haji Abbas, hihihi...gelaran yang aku bagi kalau nak gi kedai dia tu.
Apapun tajuk kat atas tu ada kena mengena ke dengan cerita nih?
Mmm...










