Hari ni adalah hari untuk aku berjalan, merayap, menjengkit dan berkeliaran, adoh! sama je maknanya kak oi! kiranya hari sabtu macam ni hari aku r senang cita! walaupun begitu idak ler pepagi aku dah meninggalkan rumah, dek kerana rajin sesangat bangun pagi so aku keluar rumah pun dah dekat pukul 2.30 petang, huahuahua..terus gi ke Fiskertovet (shopping complex).
Masuk je situ mata ni telah disinari dengan cahaya lampu yang kiranya penuh r sana sini, biasa r dok kat negara omputeh ni kalau menjelang kismes semestinya shopping complex akan penuh dengan decoration2, cantik!


Ni ialah salah satu decoration yang ada dalam shopping complex tu, kiranya setiap tingkat ada lain2 decoration, mmm...kalau bebudak memang r suka tengok! mak budak cam aku ni pun suka tengok gakkk!


Termasuk bapak budak, hihihikkk... nak gakkk!


Sebelum balik sempat bergambar, kat parking pun jadik! saja mengabiskan masa sementara Aby masukkan barang2 dalam bonet kete tu, hakak posing r jap dengan bujangku.
Pagi2 kawan Aby, kawan aku gak r kiranya iaitu Mrs Lillian Ravichandran telah datang kerumah aku untuk menghantar sarapan pagi untuk kitorang, bunga untuk aku dan hadiah untuk anak2 aku, heee...masa tu aku pun belum bangun tidur lagi tapi rasanya Mrs Lillian tu dah tahu perangai aku ni yang susah nak bangun pagi, lebih2 lagi weekend macam ni.
Sebenarnya Mrs Lillian ni dah lama duduk kat Denmark ni dan dia ni sebenarnya Singaporean, dialah juga orang pertama aku jumpa dan kenal semasa mula2 dulu datang ke Denmark ni, orangnya memang r baik, hubby dia lagi r best, Mrs Lillian ni Chinese dan berkahwin dengan Indian, macam aku r gak, kahwin campur, hihi..rumah pun dekat2 juga r...kiranya berjiran r kitorang ni.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ceewahh..tapi itulah selalu yang aku sematkan dalam diri aku nih!
Anyway thanks Lillian for the gifts and thoughts.
Hari ni kan tetiba keluar matahari so aku memang cari je r alasan untuk merayap, lebih2 lagi anak2 dah gi skul dan Aby tak gi kije, lagi r aku nak menjengkit (ayat yang kakak aku selalu pakai untuk anak2nya yang kaki merayap!)
Pas buatkan Aby sarapan (bodek r konon!) tetiba Aby cakap nak ikut dia keluar tak cz dia nak gi beli ubat untuk aku (ubat untuk kulit aku cz aku ni kalau terlalu sejuk sangat kulit aku akan kering dan gatal2 sehingga merekah dan luka2) arhh..pantang dipelawa! mesti r nak! pas beli ubat leh ajak merayap tempat lain (konon cakap dalam hati r..)
Dengan semangatnya siapkan dak Rhea dan aku pun bersiap-siap gek r...



Sempat posing depan rumah ni sebelum pergi, walaupun matahari terik! tapi cuaca masih lagi sejuk, tapi idak ler sesejuk macam selalu tu, kiranya pakai baju 2 lapis dah ok.
Pas je beli ubat Aby cakap dia nak ke Silvan, tempat ni kiranya ada menjual barang hardware dan macam2 lagi r...aku bagitahu tentang Silvan ni untuk orang2 dan keluarga aku kat Mesia dan kat mana juga mereka berada yang tak tahu tentang Silvan ni, kalau orang Denmark memang r dah tahu Silvan ni kedai apa kan..nanti orang Denmark ketawakan aku plak kengkunun kecoh sangat nak bagitahu so untuk orang Denmark yang terror sangat pasal apa yang ada kat Denmark ni,kalau aku bercerita tentang apa yang ada kat Denmark ni, aku bukan bagitahu atau cerita kat korang, aku bagitahu kat orang2 jauh yang tak tahu tentang apa yang ada kat Denmark ni.
Hah! dah r Sue, sambung je r cerita kau tu!



Ghopenya mamat ni nak pi beli barang ni! ek eleh...rupanya dia dah ada planning nak gi mana nari! mmm..takpe r sekali sekala aku layankan je r...nampaknya esok je r aku merayap cari barang2 aku plak! nari kasi channn kat dia!
Nak tahu barang apa yang disebokkan pi beli tu?


Senapang nyah! ko bior beno, nak menembak sapa?
Sejak dok Denmark ni, tah apa2 lah yang datang tang minat Aby nih! kemarin pistol gas, nari beli senapang ni plak, pakai peluru besi gek cuma pelurunya kecik je tapi kalau kena kat kepala ko maunya belobang nyah! ya hamponnn laki hakak nih!
Kiranya nak lepaskan geram kot cz kat Mesia bukan boleh sesuka hati beli menda2 macam ni n Aby cakap kalau boleh sebelum balik Mesia sok dia memang nak kumpul banyak2 senjata macam ni untuk bawa balik Mesia! ek eleh! macam r kat Mesia sesuka hati ko je boleh simpan menda2 macam ni!
Arhh..pandai2 r nak simpan, lantak ko asal tak tembak aku dah r..grrr...




Wei jangan memain! takkan nak tembak isteri sendiri! kalau nak tembak gi tembak Poji ke, Kama ke, KRZ ke, Biebo ke, RB ke atau Adam pun leh gek! muahahaha...banyak sey senarai yang nak kena tembak nih!
Jangan mara ye! gurau je!
Alah senapang ni nak buat koleksi je, bukannya apa.
Amboi! main jelma2 ni ingat orang bunian ke!
Sebenarnya baru hari ni aku bangun tadi masa nak buatkan anak2 sarapan pagi dan bekal sekolah ternampak sinaran fajar ni, betul ke namanya fajar eh? aku pakai hentam je, maklom r masa zaman2 sekolah dah lama berlalu..banyak perkataan melayu dah lupa! ek eleh! pasal plak ko tetiba lupa daratan ni, baru dok negeri omputeh bape tahun dah tak ingat perkataan melayu, ko dah kenapa? adakah aku hilang ingatan atau aku telah culture shock! muahahahaaa....
Alah aku bukannya apa, senang cerita masa sekolah dulu taknak belajar betul2 so sekarang dah umur macam ni jadi dungu plak! jadinya cakap pun pakai apa yang pernah didengar atau dalam bahasa supannya, cakap pakai ikut sedap molot jew!
Hah! sambung cer...nampaknya hari ni idak ler hujan manjang macam selalu tu, kiranya hari ni nampak r matahari nak keluar walaupun sebelum ni dia malu2 nak keluar! tapi sesekali kena r gek keluar kan, kesian r kat kita2 ni yang asik bersejuk dan berhujan, snow tu ntah bila r..
Memandangkan matahari keluar hari ni best gek kalau aku keluar gek merayap! tapi kena selalu ingat, duduk kat Denmark ni langit tidak selalunya cerah, cewahhh...kang tetiba je berubah jadi mendung r, berangin r tah macam2 lagi r..macam tulah diibaratkan manusia ni, tetiba!
K r..aku nak cuba pujuk Aby ni, manalah tahu dia ada mood nak keluar merayap, lagipun dia tak kije hari ni, horeyyy!
Mak ehh! ye ye je tajuk tu!
Sebenarnya segan r plak asik2 cerita pasal tapai je, tapi atas permintaan adikku Amy yang berada di Jermany tu nak tengok apa jadi dengan tapai aku buat hari tu so kena r juga tunjukkan kan walaupun dah tinggai 2 ketui! yang ni je tinggai dek! kalau ko nak nanti akak poskan eh..(dalam mimpi!) kihkihkih...sabar jew r...kalau ko dekat dek, masa tengah peram tu akak dah kasi kat ko walaupun nampak tapai tu kurang menarik, tapi rasanya memang manis! pada tekak aku r...dan tapai ni pernah dirasa oleh orang Danish (Denmark) tapi maybe tak sesuai dengan tekaknya so masa makan hari tu muka dia semacam! kihkihkih...kalau Jasmin baca ni mesti dia tahu siapa orang yang aku maksutkan! hihi...
Dan buat adikku Amy, kalau kau nak buat sendiri tapi takde ragi, akak boleh poskan kalau ko nak dek! kau bagi je alamat kau kat email akak eh?
Tadi siang dak Rhea ni dah demam tapi tak r teruk sangat, masih boleh main2 lagi, 2-3 hari ni dia dah kena flu tapi belum demam, pagi tadi baru start demam! aku pun tak r risau sangat, ubat pun sentiasa kasi, tapi makin malam makin panas plak badan dia, senyap baring melepek je! aku check temperature badan dia tapi masih dalam tahap tidak merbahaya, walaupun begitu aku masih berjaga-jaga dan sentiasa check dia, huhu..dah macam doktor r plak! pas bagi ubat tadi dia pun tertidur...cian tengok muka dia time demam, mesti mata, hidung dan bibir akan jadi merah! mmm...demam2 macam ni kalau tepon doktor, dia akan cakap ''jangan pakaikan baju, biar pakai pampers dengan singlet'' gilo kapo! menggigil ko anak aku! walaupun dalam rumah, tapi masih sejuk!
Mmm...harap Rhea cepat sihat.
Ececehhh..tetiba tajuk macam best je gitu kan...selalunya merungut tak abih2, itu tak kena! ini tak kena! sejuk r...buhsan r...tetiba plak hari ahad cenggini jadi indah! musti ada apa2 nih?
Tajuk catatan aku nari ada kena mengena dengan gambar ke? rasanya takkk??
Hihihi...gambar tu saja je aku tepek buat penyeri blog aku ni, alah! gambar pun bukan burok no! kiranya boleh r buat penyeri! hah! sila muntah sekarang jugak!



Sebenarnya kan..kan..kan..tadi aku ada tetamu, datang suami isteri ni hanya nak kasi aku barang yang pada aku sangat menarik! dah r sebelum ni aku tak kenal pun dengan dorang ni, tetiba nari dia datang kasi barang nih! tu namanya rezeki! barangnya adalah rahsia! hikhikhikkk...
Terima kasih bebanyak pada Jasmine dan Adam, jangan serik datang rumah Sue ye, len kali datang lagi yer...tak dulik! kena datang gek! hihi...terhutang budi nih!



K r..aku akhiri catatan nari dengan gambarku yang bibir ala2 bibir bak delima merekah! (Huh! padahal merekah dek cuaca sejuk yang merekahkan bibir aku sampai berdarah dan mulai membengkak! pedih woo..nak nganga mulut terasa macam nak terkoyak! huwaaa...tu r...jahat molot! amik kau! (tu r gaknya yang orang kata kat aku!) agaknya jew!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin