Nak ikutkan hari ni maleh betui aku nak keluar memandangkan cuaca yang sejukkk je! tah bila r agaknya tak sejuk! leh pakai t-shirt je, tak yah pakai tebal2! penat r nak pakai baju banyak2, pastu pakaikan bebudak tu plak! memasing dah bangka2 pun bukan reti nak pakai baju bebetul! nak mummy dia gakkk!
Memandangkan aku nak ke Full House cari beef bacon untuk Aby, suka tul dia makan beef bacon tu, nak2 goreng garing2, lagi r dia suka! disamping tu aku beli r beras sekali cz kat Full House ni beras adalah murah dibandingkan dengan tempat2 lain.
Hari ni tidak ler menyopping cz aku telah hilang mood untuk menyopping atas alasan cuaca sejuk! huahuahua...padahal dah pokai wooiii!

Kalau dah keluar tu selalunya aku memang malas nak masak dan kalau masak pun yang bak kata orang ''orang buta pun boleh buat'' hihihikkk... memang betul! penat dan malas punya pasal so nari punya makan malam hanyalah burger, telur goreng campur dengan baked beans, itu saja! hah! korang ingat aku rajin sangat yek! datang penat dan malas aku, macam ni jelah yang anak-beranak aku makan, tahu!
Mmm...ntah r...sejak balik dari Mesia hari tu ''roh masak'' masih belum masuk dalam badan aku nih! nape tah! grrr...seram r plak dengonya! masak pun main roh2 nih! ko gilo kapo? hihi...idak ler main roh2! aku plak yang seram nih! cuma sejak balik Mesia hari tu aku belum ada mood nak masak yang best2 (ceh! best ke?) fikiran masih bercelaru dok fikir pasal mak aku yang kurang sihat dan abang ipar kesayanganku yang asik keluar masuk spital, mmm...makin tambah kedut r muka aku ni, banyak sangat fikir! (takpe nanti aku iron muka aku kasi licin! tadak kedut!) mmm...harap semuanya pulih tak lama lagilah, semoga mak dan abang iparku kembali sihat seperti biasa.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 biji telur ayam - direbus
  • 20 tangkai cili kering - direndam sebentar dengan air panas *
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci belacan *
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 6-8 biji asam boy - direndam sebentar hingga kembang
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga hampir kering, kemudian masukkan sedikit air sambil dikacau hingga pecah minyak, masukkan bawang besar dan digaul lagi hingga bawang layu, masukkan telur yang telah direbus terlebih dahulu bersama asam boy, kacau rata dan masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau sehingga sambal kering, bolehlah ditutup apinya.
Semenjak aku balik ke Denmark ni, cuma beberapa hari je yang mendung, selebihnya hujan je manjang! ni kalau kat Mesia konpom dah banjir punya!
Pada aku bukan jadi masaalah sangat kalau hujan pun, dok terperuk je kat dalam rumah memang r boleh cakap macam tu, ye tak?
Tapi kesian plak tengok time anak2 nak gi skul, dah r sejuk! kena plak lagi berbungkus badan dan beg sekolah, kadang tu dah banyak sangat yang dibungkuskan sampai ada yang tercicir kat skul, dan yang paling tak boleh tahan...


Hah! kasut sekolah yang berdanau dan berlumpur!
Adoh pengsan aku tengok!
Kadang tu jalan memang r basah tapi idak ler berlumpur! yang buat kasut dorang berlumpur ni time balik dari skul bukan gheti terus nak balik rumah, sambung main dengan kengkawan kat padang sekolah dorang tu, dah r sejuk! mmm...memang bebudak ni jenis tak gheti sejuk r gaknya, tahu nak main je! kang sakit aku gak yang susah! dah banyak kali cakap pun tak lot! masuk telinga kiri kuar telinga kanan, kiranya aku cakap tu macam aku menyanyi r kan...agaknya nak tunggu aku jadi tarzan kot! menjerit satu taman baru nak dengar cakap aku!
Oooooo.....ooo
Malam semalam aku buka r discovery channel, tetiba ada plak documentary pasal Singapore dan Malaysia, wah! sonok gak eh..kat Denmark pun sesekali dapat gak tengok kisah2 kat Negara kita, kekadang siap dengar diorang cakap melayu! huhuhu...kat Denmark dapat tengok tv siap ada orang cakap melayu sey! cian aku ni jakun r plak!
Aku tengok sampai habis documentary tu padahal selama ni aku ni jenis yang jarang2 sekali nak tengok documentary, tapi kan kalau orang Malaysia tengok documentary yang aku tengok semalam ni, konpom orang Malaysia yang pernah kutuk2 Singapore tu kan rasa malu babe, bukan aku nak membela orang Singapore, aku kan orang Malaysia! tapi kalau ditengokkan documentary semalam memang malu pun ada, segan pun ada! tapi nasib baik aku belum ujud lagi pada zaman2 Tunku Abd Rahman dan yang teruknya adalah rakyat2nya pada masa itu.
Arhh...malas r nak cerita banyak, kalau korang nak tahu, tengok je tv atau baca sejarah pasal Singapore dan Malaysia, jadi tak payahlah nak berbalah sesama manusia dalam dunia Tuhan ni, kita semua sama je dipandangan yang maha Esa, so jangan r nak beso kepala! menci aku tengok orang yang macam tu, macam bagus, tahu cakap je tapi tak tahu asal usul kisah yang sebenarnya, so jadi manusia kalau tak tahu apa2 lebih baik diammm...cewaahh..tetiba emo plak aku nih! apa khehenyerrr...hik!hik!hik!


Walau apapun aku tetap mengingati jasa bakti dan kecekalan, ketabahan dan keberanian bapa kemerdekaan Malaysia ni, tanpa beliau pastinya rakyat Malaysia akan berpecah belah!
Dah r...aku ni bukannya terror sangat nak bercerita pasal sejarah dulu2 tapi pasal dah tengok documentary semalam tu terasa emo plak! huhu...
Meh cerita pasal lain plak!

Saja je nak tunjuk rambut baru Rhea yang baru aku cantas pagi tadi, mm..nampak ok r sikit kan? kalau tak rambut Rhea ni ada yang panjang pendek so aku cuma ratakan je bahagian belakang, ni kalau bapak mertua aku tahu, kojoL aku dimarahnya! (Ampun mamma, Sue repair2 sikit jew! hihihi...)


Dan yang ni plak memang takde kena mengena dengan rambut Rhea tu!
Saja nak tunjuk rajin yang aku buat tapai ubi tadi, biar aku peram dulu beberapa hari, nanti hasilnya aku tayang kat korang eh? tu pun kalau sempat diambil gambarnya r...maklom r aku dah teringin sangat nak makan tapai nih, silap2 nanti baru bape hari aku dah bedaL kasi pinis! ni kalau kakak aku tengok, konpom kecur punya! ko nak pi beli je kat paso! ulur 2 hengget dah dapat! tapi tak sesedap hakku punya r...aku kan temurun mak! huah..huah..huah..

Takde apa yang aku nak tepekkan gambar nari so aku tepekkan r gambar aku sebelum nak kekedai pi cari roti, hihihi...macam Amy Germany gak, takde apa nak ditepek so tepek r gambar sendiri kat blog sendiri kan...takde sapa pun yang nak marah! ye tak dek? sapa yang nak marah2 tu kiranya memang sengaja nak cari pasal r tue!
Mmm..pada sesiapa yang rindu tahap hilang ingatan kat aku ni, korang tataplah gambarku yang pucat leci macam mayat hidup nih! arhh...lantak ko r nyah..asal laki ko selera dah r...hakak dah tak kose nak bersolek melaram sejuk2 ni kalau takat nak gi kedai! pastu muka ko dilihat oleh orang2 Denmark yang sume muka macam tak mandi pagi dan dilihat juga oleh cashier yang datang dari China, mmm...lain r kalau boleh terserempak dengan Brad Pitt ke, Christiano Ronaldo ke atau paling sangkak pun Rowan Atkinson (Mr Bean) r...baru r hakku tepek make up 10 inci, muahahahaaa...tetiba hotak hakku sottt plak nari!




BAHAN-BAHANNYA:
  • 10-12 ekor udang saiz besar - dibersihkan
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 4 biji cili merah *
  • 1 s/b serbuk ketumbar
  • 1 s/b serbuk kari ikan
  • 1 s/t serbuk garam masala
  • 1 s/t serbuk bawang putih
  • 1 s/t serbuk jintan putih
  • 1 s/t serbuk jintan manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 s/b air asam jawa
  • Garam, serbuk perasa dan gula
  • Daun pisang secukupnya - untuk membungkus
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Masukkan bahan kisar, semua jenis serbuk, daun kari, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan sedikit gula kedalam mangkuk besar, kemudian masukkan pula udang, gaul rata dan perapkan selama1 jam.
  • Ambil beberapa ekor udang yang telah diperap tadi bersama rempah2nya dan bungkuskan didalam daun pisang dan sematkan hujung daun pisang supaya rempah2nya tidak meleleh keluar apabila dibakar nanti.
  • Buat proses yang sama sehingga udang habis dibungkus dan susunkan diatas dulang pembakar.
  • Masukkan didalam oven dan bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit atau hingga udang masak.
Cewaaahhh...kan main lagi tajuk nari eh..
Sebenonya aku ni jenis yang susah nak bangun pagi, tapi selalunya terpaksa kena bangun pagi disebabkan anak2 nak pi skul, mmm...memang lagi dulu pun aku ni jenis yang bangun kalau tak jejak 12 atau 1 tengahari, memang tak bangun r...sib baik Aby tu jenis yang gi kije memang tak reti bersarapan, kalau tak maunya aku sengkang mata aku ni dengan batang mancis! kalau tak memang tak boleh buka mata! burok beno perangeinyer...hihi..
Dulu masa kat mesia adalah ong gaji yang siapkan anak2 aku pi skul tu, aku cuma bangun, kasi duit skul pas tu bye! bye! sambung tido! tapi kat sini nak taknak kena r bangun gak walaupun tak sengkang mata dengan batang mancis! bukan terpaksa ok! tapi dipaksa! huahuahua...
Walaupun begitu kemalasan aku ni tidak r sampai anak2 aku kebuluran, tak sampai hati plak kan nak biarkan dorang tak bawa bekal, dah r skul kat sini takde kantin, memang kena r bawa bekal walaupun sepotong roti ke..tapi selalunya walaupun aku ni jenis yang malas nak sediakan bekal kerana kena bangun pepagi tapi aku selalu bawakan anak2 aku makanan yang berkhasiat k (contoh ibu mithali, kihkihkih...takde tokoh langsung pun!) kesian depa tu dah r jenis badan kering kontang, kalau tak makan lagi r macam jerangkung!
Dan dikemalasanku ini dak Rica boleh mintak nak bawa bekal nasi lemak plak nari untuk bekal pi skul! macam r dorang tak tahu yang problem mummy dia nih! tapi anak punya pasal kuturutkan jua, aku ni kadang kalau bebel ke, merungut ke, tapi aku ni selalu jenis yang tak sampai hati, kemut2 aku buatkan gak! aku ni sebenarnya makin lama dah macam perangai mak aku, kalau anak2, cucu cicit nak makan apa je, kalau tak dibuatkan takut kempunan! betul ke, karut ke tapi aku dah terikut perangai mak! hihi..
Sesekali bawa bekal nasi lemak ok ler..tapi kalau selalu, pitam mummy ko nih!
Buat anak2ku kalau nak mintak bekal yang berat2 tu pk2 kan lah sikit problem mummy ko ni eh...huahuahuah...burok betul perangeinye!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 biji kelapa parut
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

  • 1 batang serai
  • 8 - 10 tangkai cili kering – direndam sekejap dengan air panas, toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 s/b ketumbar - disangai tanpa minyak
  • 1 s/t jintan putih - disangai tanpa minyak
  • 1 s/t jintan manis - disangai tanpa minyak
  • 2 s/b udang kering

CARA-CARANYA:

  • Cuci beras pulut dan masukkan kedalam bekas tahan microwave, masukkan juga santan, daun pandan dan secubit garam.
  • Tutup bekas tadi dan masukkan kedalam microwave, masak selama 15 minit tapi keluarkan setiap 5 minit, gaul rata untuk pastikan pulut masak rata.
  • Setelah pulut masak, sejukkan sebentar sebelum dibentukkan dengan acuan dan dimakan dengan serunding kelapa.
  • CARA MEMBUAT SERUNDING KELAPA:
  • Campurkan bahan kisar bersama kelapa parut, gaul rata dan perapkan seketika.
  • Panaskan minyak dan tumiskan kelapa yang telah diperap tadi hingga garing dan wangi
  • Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup, kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering.
  • Sejukkan sebentar kemudian barulah dimakan bersama pulut.


    BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 biji kelapa parut
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

  • 1 batang serai
  • 8 - 10 tangkai cili kering – direndam sekejap dengan air panas, toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 s/b ketumbar - disangai tanpa minyak
  • 1 s/t jintan putih - disangai tanpa minyak
  • 1 s/t jintan manis - disangai tanpa minyak
  • 2 s/b udang kering

CARA-CARANYA:

  • Campurkan bahan kisar bersama kelapa parut, gaul rata dan perapkan seketika.
  • Panaskan minyak dan tumiskan kelapa yang telah diperap tadi hingga garing dan wangi
  • Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup, kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering.
  • Sejukkan barulah disimpan didalam bekas.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin