Sebenarnya dah lama gak aku perasan yang dak Rhea dah nampak besar! pada mata aku r...walaupun badan dia kecik tapi perubahan yang aku nampak ialah dari segi percakapan, cara dia bermain dan rambut kintingnya yang dah agak panjang dan idak ler berapa kinting sangat lagi sekarang ni! hihihi...
Arhhh...walau apapun tanggapannya, Rhea tetap baby sampai bebila.


Haaa....bestnya! akhirnya yang ditunggu-tunggu dah turun..snowww!
Tadi masa tengah masak aku dok tengok2 r tingkap kat dapur rumah aku, mana r tahu snow dok turun yang macam telah diperkatakan, ghopenya memang betuL! dan aku apa lagik! menjerit sambil lompat2 pakai baju sejuk dengan topi sebab nak main2 snow kat luar rumah! hihihi....idak ler terlompat-lompat macam monyet! tipu jer..konon control ayu r kan...slow je pakai baju sejuk dengan topi, pastu dok mengcangkung depan tangga rumah tadah snow jatuh kat badan aku! lembut je! tapi sejuk ya amat! baru je kejap keluar adalah dalam 5 minit sambil posing2 pastu hinguih dah start nak keluar! hah! cari penyakit namanya tu! kihkihkih...


Sejuk oi! memang sejuk! tapi aku nak gak mengadap snow walaupun kejap! hakku jakun walaupun dah beberapa kali juga tengok snow siap main2 lagi, tahun lepas pun dok main2 snow kat garden rumah aku yang masa tu penuh dengan snow! dan tahun ni dapat main snow lagi! arhhh...dulik hapa hakku! korang nak cakap aku jakun ke apa ke lantak r...yang penting aku suka sangat kalau snow turun! cantikkkk!!!!

Hari ni cuaca memang r seeejukkk! ya hampon! seeejukkk teramat! dok dalam freezer pun kalah tau!
Walaupun dalam rumah aku memang pasang heater 24 jam tapi memang terasa kesejukkannya apatah lagi yang kat luar rumah, grrrrrr...
Pagi tadi masa Aby nak gi kije, dia ada pesan suruh anak2 pakai baju tebal2 sebab cuaca akan jadi lebih sejuk nari so masa bebudak bersiap-siap nak gi skul memang aku dah sediakan baju2 yang sesuai untuk dorang.
Kesian plak tengok kat dorang, penat nak pakai baju bebanyak ni tau! memula tu pakai singlet, pastu pakai baju dalam jenis kain panas lengan panjang sepasang, pastu pakai baju biasa lengan panjang, pakai seluar panjang yang tebal, cover lagi dengan sweater jenis tebal berbulu, barulah pakai baju sejuk tebal kalis sejuk! (tapi masih terasa sejuknya!) dengan sarung tangannya lain, topinya lain, cian anak2 aku jalan pakai baju tebal2 dah macam robot! berat tau nak membawa baju2 yang dipakainya tu! nanti masa kat skul kena buka selai2, pastu masa nak balik kena pakai balik! sampai meka selalu merungut, tapi nak buat camne kannn...namapun duduk negara sejuk! memang r sejuk manjang gamaknya!


Tengok r temperature yang aku ambil pagi tadi, korang bayangkan r sejuk ke tak? ni pun maybe akan jatuh lagi hingga ke - C tah!
Katanya hari ni snow turun! ye ke?
Hihihihikkk....walopun sejuk, hakku suka! grrr...snowww....www (bukan suka sejuknya! suka tengok snownya jew!)



BAHAN DAGING:
  • 4-6 keping daging steak
  • 2 s/t lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 s/t garam
  • 6 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins)
  • Sedikit minyak
BAHAN SOS:
  • 2 s/b olive oil
  • 1 s/b cili pes
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 4 s/b cili sos
  • 2 s/b tabasco sos
  • 2 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins)
  • 1/2 s/t oregano kering
  • 1/2 cawan air suam
  • 3 s/b bancuhan air tepung jagung
  • Garam dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk2 daging menggunakan penumbuk daging dan perapkan daging bersama bahan daging kecuali minyak selama 2-3 jam.
  • Sambil menunggu daging diperap, bolehlah membuat sosnya.
  • Panaskan olive oil didalam periuk kecil, masukkan bawang putih dan oregano kering hingga naik bau, kemudian masukkan cili pes dan kesemua jenis sos juga air suam, kacau hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, akhir sekali tuangkan bancuhan air tepung jagung dan dikacau hingga mendidih dan pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali leper non stick, masak daging yang telah diperap tadi kira-kira 5 minit kemudian angkat daging tadi dan letakkan didulang pembakar, masukkan didalam oven dan bakar daging tadi pada suhu 180c selama 10 minit atau hingga masak, angkat dan hidangkan bersama sosnya.

Musim2 sejuk cenggini, anak2 cepat sangat jatuh sakit, selsemanya lain, batuknya lain, tapi harap2 idak ler sampai ketahap demam sebab anak2 aku ni jenis yang jarang2 kena demam tapi kalau dah kena memang teruk! tu yang taknak tu!
Hari tu masa balik Mesia aku bawalah stock ubat2 sikit buat sementara waktu ni sehingga ubat2 yang dipos tu sampai, dan diharap mencukupilah untuk kitorang sekeluarga tapi kalau boleh ubat2 ni tak luak langsung, tu maknanya kitorang tak diserang penyakit, tapi kena r sediakan juga, dah kita ni pun namanya manusia, tak kebal pun! so memang kena simpan juga ubat2 nih!
Kat Denmark ni kalau kita sakit pastu gi klinik, jangan harap pun ko dapat ubat walaupun ko sakit macam nak kojoi, dr akan kasi resit ubat pastu ko kena r gi beli sendiri kat farmasi, tu pasal aku sediakan ubat2 ni buat simpanan kami sekeluarga disaat-saat terdesak nanti.

SUMBER DARI: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 biji telur gred "A"
  • 100 g gula halus
  • 1/2 s/t ovallate
  • 120 g tepung protein rendah atau tepung gandum
  • 1/2 s/t baking powder*(*digaul rata dan ayak)
  • 85 g mentega - dicairkan dan biar sejuk
  • 120 g pisang lecek #
  • 1/4 s/t soda bicarbonate #
  • Secubit garam # (#dilecek hingga hancur)
CARA-CRANYA:
  • Putar gula halus dengan ovallate hingga rata.
  • Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat, putar pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  • Masukkan pisang lecek, putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cari dan gaul rata menggunakan spatula.
  • Isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak.
  • Biar kek sejuk, jika menggunakan loaf tin atau tin bulat panjangkan masa membakar 20 - 25 minit lagi atau hingga masak.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin