
Aha! aktiviti hari ni ialah makan...makan...makan...dan makan.
Dengan cuaca yang dah sejuk je manjang, mood masak pun malas so jalan2 cari makan r, apa lagi! hihi..dan tempat yang kitorang terjah nari ialah Indian Palace iaitu restoran India yang menyediakan masakan India r kan, takkan masakkan Jepun plak!

Masuk je kat dalam tu, anak2 aku terus je cakap asal datang sini mesti macam bau rumah Atha dengan Tatha iaitu bau rumah mertua aku! tapi memang betul pun cakap dorang, memang asal masuk sini, sama bau macam masuk umah mertua aku.
Masa masuk je waiter kat situ cakap makanan belum ready cz aku nak makan buffet dan meja pun belum betul2 dikemas walaupun dah ada pelanggan lain dok makan kat situ, apa yang nak dikemaskan lagi pun aku tak tahu tapi waiter tu suruh aku duduk dulu kat tepi pintu masuk tu, menci r...nak kena tunggu2 ni, dah r perut kebuluQ, lagipun dah pukul 2 petang, apa lagi yang belum ready, lemau r dorang buat kije!

Tapi kalau tengokkan pada makanan yang berasap-asap sampai gambar pun naik kabur memang ada lagi makanan yang belum diletakkan! so memang betul r dorang cakap makanan belum ready.

Biasa r kalau makan buffet ni kan boleh makan seberapa banyak yang ko nak lantak, so hapa lagik! bedal r...tapi makan pun bukan banyak sangat, memasing perut jenis ciput je so makan sikit dah kenyang, lagipun makanan kat sini semua yang berat2 tu pasal r cepat kenyanggg...mmm...makanannya biasa2 je! rasanya mak mertua aku masak lagi power ranger babe!

Lepas makan je terus gi rumah kawan aku Zana, aku kesana atas tujuan menghantar barangan kiriman yang dikirimnya waktu aku balik Mesia hari tu, tapi bukan banyak mana pun barang yang dikirim tu, seketui je! yang lebihnya nak dok melepak kat rumah dia, hihi...cian ko Zana, tak pasal2 kena masak2 sebab kitorang datang.

Sampai sana je makanan dah terhidang, tapi aku tak makan dulu cz baru je lepas makan tadi, so dorang2 je yang makan, aku dok r berceloteh sambil2 tengok dorang makan.
Dah memalam sikit baru r aku terasa nak makan buah2 n Aby plak mencedok tom yum mee, tapi bukan tu je makanan yang ada, nasi dengan lauk pauk siap ada sambal belacan ulam petai babe! ya hampon! masuk je rumah Zana tadi dah bau petai! menyelerakan tul, pakkal je aku dah kenyang melantak bagai nak rak tadi kat restoran tu, kalau tak! dah lama aku membedal nasik ulam petai tu!
Apa pun tima kaseh r Zana eh kerana sudi masak2 kan kitorang dan mengemas rumah kerana anak2 aku dok menyerakkan mainan kat bilik ko!