Arhhh...lega rasanya cz banyak barang dah siap dikemaskan kecuali kain baju kotor yang nak dibasuh je r..tu pun bukan kije aku, itu kije dak Rica, aku longgokkan je bertimbun-timbun, pepandai r dia nanti nak basuhkan.
Sejak balik dari Mesia kitorang anak beranak masuk tido awal cz semua cepat ngantuk, kalau tak dulu...jejak kul 12 malam masih tak tido lagi, ni baru pukul 10 malam memasing mata dah kuyu2 ala2 mat gian!
Tapi kalau ditengok gambar kat atas tu, ada orang mata terbeliak r plak! nape ehh? nak cover mata dah kuyu kot? tu yang kengkunun beliakkan mata yang dah semula jadi memang jenis terbeliak! huahuahua...
Apapun selamat malam buat korang yang memalam buta masuk blog aku nih!
Aku titun dulu ehhh...

Ya hampun! dah memalam buta tekak ni teringin plak nak makan nasik berlaukkan lemak cili api! mana nak cekau malam2 cam ni, ingat kat Mesia ke ada kedai jual nasik campo!
Siang tadi aku masak ikan tenggiri kicap jek! tapi masa nak makan malam tekak ni tetiba ngidam! hahaha...ngidam? oh tidak! bukan mengidam sebab ngandung ok, tapi tekak ni ngada2 nak makan benda yang takde depan mata! arhhh...nak gak!
Ku bongkar apa yang ada didalam simpanan peti makanan ku, akhirnya ikan sepat masin ni menjadi habuan aku! hihihi...
Aku suruh dak Rica tumbuk cili api dengan kunyit idup, aku campak bahannya dalam periuk yang dah ada santan, aku campak lagi asam gelugor dan pak aji dan bla bla bla...siappp...
Perhh..punya r banyak aku makan dengan dak Rica, siap ulam dengan pete (petai) mak oi!! harum bau dia! Aby jeling2 serong je kat aku tapi aku bedal je buat muka seposen! kahkahkah...


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 tangkai cili kering *
  • 3 batang serai *
  • 6 s/b gula merah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 cawan kacang tanah - digoreng dan di tumbuk atau blend kasar
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam kuali
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing atau naik bau, masukkan air asam jawa dan kacang tanah tumbuk sambil terus dikacau. gunakan api yang kecil sahaja.
  • Masukkan gula merah, garam dan serbuk perasa, kacau lagi hingga betul2 pekat dan naik minyak, bolehlah ditutup apinya dan hidangkan bersama nasi impit.
''Selamat Hari Lahir'' yang ke 32 tahun oppss..salah! tu umur aku! hihi...alah nak tahu gak ke umur Aby? tambah lagi 10 tahun jer...
Apapun semoga Abyku itew berbahagia selalu disampingku yang banyak karenah dan cerewettt juga anak2 yang...ya adoh! peninggg!
Dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan dan dijauhkan daripada fitnah, iri hati dan hasat dengki manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi.

''Happy Birthday!'' dariku dan anak2.
Cayang Aby dan daddy celalu...

Terkezut plak eh baca perkataan ''seludup'' tu!
Elehh..bukannya apa, masa balik dari Mesia kelmarin, aku dapat r seludup masuk barang2 makanan yang tak sepatutnya lepas ke Denmark ni dan salah satunya ialah kapur makan ni! rasanya dulu satu bandar Cph ni aku cari kapur makan ni tapi tak jumpa! kapur tulis tu banyak r...
Sebenarnya aku suka sangat kapur makan ni, tapi bukan diratah macam tu je, selalunya aku letak kat dalam masakkan aku untuk penyedap, tapi bukan semua masakkan boleh diletak kapur ni, masakkan yang selalunya aku letak kapur ni adalah...hahaha...rahsia dari omak aku k, rahsia keluarga! ececehhh...miang r plak nak berahsia-rahsia!
Aku pun suka sesangat makan kuih kasui so kuih kasui memang kena letak kapur sikit, kalau tak letak memang lain r rasa tekak aku, dulu pernah buat tak letak kapur dan ganti dengan bahan lain sebagai gantian, mmm...tak sama pun!
Banyak r gak lagi barang lain yang aku seludup masuk tapi bukan disorok-sorok sangat, aku bungkus je dalam kotak2 yang sekali jalan dengan beg2 aku, boleh r plak lepas! padahal aku dah cakap dengan Aby yang barang makanan berair-air ni kalau tak lepas pun aku dah terima je hakikat! alhamdulillah...lepas tanpa sebarang sekatan! dah r semua beg2 dan kotak tu dah terlebih berat dari berat yang sepatutnya, siap2 dah sediakan duit untuk bayar kerana terlebih keberatannya...lepas r jugak tanpa sebarang sekatan dan perbincangan, alhamdullillah...agaknya dorang tahu aku selalu masak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, tu yang lepas tuh! muahahaha...
Dan semoga barang yang aku pos tu segera sampai, mmm... (ntah bila)

Pagi tadi aku sekeluarga dah selamat menjejakkan kaki di bumi Denmark.
Sampai di Denmark ni terus terasa sejuk, maklom r musim dah masuk kemusim sejuk, berangin manjang, bercakap pun keluar asap2 dah macam naga isap rokok r plak!
Tengok gambar kat atas tu cian kat Aby, beg punya r banyak! tak cukup beg! kotak2 pun aku tibai dok sumbat isi barang! korang tau r aku ni kalau beli barang selalu memang tak ingat dunia, last2 Aby yang sengsara nak membawanya! sabar je r Aby yek!
Sampai je kat rumah aku terus call mak aku yang dirindui, biasa r mak tu mesti nangis2, lebih2 lagi ni baru2 balik, lagi r dia terasa sunyi bila kitorang balik! tak dengar riuh rendah dan ketawa terbahak-bahak aku ni! suara Rico dan Rica bertekak! suara Rhea bergaduh berebut mainan dengan anak sedaranya Mirul (Ayun) terasa r sangat kesunyian tu! cian mak!
Tadi call pun dia nangis2 cerita kat aku bila ternampak h/p mainan Rhea tertinggal, pastu teringat Rhea tolong mak isi gula-gula dalam plastik, mmm..macam2 r yang mak teringat-ingat tu, aku tahu! tapi nak buat macam mana, semua tu kenangan sampai r aku balik ke Mesia lagi nanti.
Sabar je r mak eh..alah! sekarang ni masa cepat sangat berlalu, nanti aku balik lagi!
Mmm...tadi sampai kat rumah, ya hampon! berabuk! nak pk kemas beg2 lagi nih! eee...menci! nasib baik tak payah masak cz masa aku sampai tadi makanan dah tersedia kat dapur umah aku, hihi...terima kasih pada Puan Suepoji kerana masakkan untuk aku sekeluarga, maybe pagi tadi laki dia anto makanan tu sebelum aku sampai kat umah aku cz laki dia ada kunci umah aku gak, dia ler yang jagakan umah aku masa aku takde kat sini dan selalu tolong startkan kete Aby juga! maceeehhh Pojiii!
(Ji! lain kali ko tolong kemas sekali umah aku tau! siap dengan vacuum, lap tingkap! basuh bilik air, basuh kete laki aku dan kerja2 rumah yang lain k!)
Kahkahkah! ni dah lebeyyy! aku gurau je eh Ji! ni kau dah jagakan umah dan kete laki aku pun dah terima kasih bebanyak, siap masakkan lagi ni, ko paham2 je orang baru sampai memang fenin2 lalat!
Terima kasih lagi sekali, tak tahu nak balas apa! Tuhan je yang dapat balas kebaikan ko! macehhh Ji!


Kejam celik! kejam celik! dah pun 5 minggu aku kat Mesia dan masanya dah tiba untuk aku berangkat pulang ke Denmark, arhhh...sedih memang r sedih lebih2 lagi nak meninggalkan mak aku yang tersayang tapi nak buat macam mana kan...sabar je r...Tuhan je yang tahu hati dan perasaan aku bila nak tinggalkan mak! macam nak pecah rasa dada ni!
Hari2 terakhir aku sebelum pulang ke Denmark rasanya nak lama2 berkepit dengan mak, tapi masa berlalu terlalu pantas! arhh..malas r nak cerita! sedeyyy!!!


Gambar ni diambil beberapa jam sebelum aku sekeluarga pulang ke Denmark!


Bahagia rasanya kalau selalu dapat macam ni, macam dulu! selalu dapat berkepit dengan mak!
mak! aku sayang mak selalu!!! huwaaa...

Aku bawa mak jejalan tapi idak ler jauh mana, gi Teluk Danga je atau lebih terkenal dengan nama Danga Bay di Jb ni r..lagipun mak bukan boleh bejalan jejauh, nanti pinggang dan lulut dia mesti sakit so mak jalan r pelan2 sambil2 aku pimpin, memang seronok dapat bawa mak berjalan dan happykan perasaan dia, dok terperuk je kat rumah melayan penyakit ni pun buhsan jugak, aku suruh mak sesais sikit, kalau tak sesais macam ni penyakit tu lagi r malas nak keluar kat badan tu! mak ni kalau sesiapa ajak berjalan pun memang susah dia nak ikut, madang tak mau je jawapannya, ye lah badan tak sihat kan, tapi kalau aku yang ajak, laju je! huahuahua...buat kakak2 ku jangan mare ye! mak suka jejalan dengan aku sebab aku suka buat lawak! kuikuikui...dok eh..aku gurau je! sebenarnya mak tu dah memang biasa dengan aku, lebih selesa katanya! (katanya) dengan kakak2 aku pun dia selesa gek cuma aku kan anak koret dia, mesti r dia kalau boleh nak selalu melekat dengan aku, dulu memang aku jaga mak, tapi bila kena pindah Denmark, kakak aku plak ambil tanggung jawab jaga mak ni, cian mak! kena terpisah dengan aku, selalu sakit lak tu! huwaaa...mak! doa r cepat masa berlalu, nanti aku balik ke Mesia lagi setahun lebih (lamanya) aku jaga mak balik eh...sayang mak selalu.
Jauh lah plak melalut ni, cerita sedih plak tu, baru je balik happy2 kat Danga bay tadi.


K r..sambung cerita kat Danga Bay ni, sampai je tentu2nya kena makan dulu, cian mak, nanti jalan2 takut dia lapar, tapi lepas menggg order makanan tu, punya r lama dorang hantar makanan sampai mak pun dah naik ngantuk, air sampai dulu pun dah macam nak abis kije disedut nunggu makanan tak sampai2, banyak orang order kot?
Sampai gak r akhirnya, tapi tak sempat nak ambik gambo makanan sebab budak2 laju je membedal, takpe r tak penting asal mak kenyang dah aku happy!
Pas makan kitorang jalan2 ambil angin laut, tengok lampu2, tengok2 kedai2, dan beli2 hihihi...


Bebudak sempat r main memacam game yang ada kat situ, yang adoh! tiket dan kupon kat situ mahal gak, kopak banyak gak Aby, tapi aku tahu Aby tu suka je tengok bebudak main2 dengan menda alah ni sume!


Bebudak ni memang r puas nampaknya main2 dengan ni semua, aku pun puas gak, dapat bawa mak keluar jejalan tengok dunia luar.


Sebenarnya berjanji datang sini dengan yanti (anak saudara aku) tapi dak tu gi open house dulu so dia sampai lambat, nampaknya dak Rica yang kena ambilkan gambar cz dia tu memang selalu ambilkan gambar aku, dah terror dari Rico, cian gambar dia tak banyak cz dia yang kije dok ambil gambar, tapi aku bukan dera dia k, memang dia suka kije menangkap gambo orang, kadang gambar tah apa2 kebendanya pun dia ambik gak! mmm...


Bersama mak dan anak2 ku, sukeeenya aku tengok gambar ni.


Orang dah nak balik baru minah ni sampai dengan tunangnya, tapi sempat jugak r meraun seraun.
Masa ni tengah tunggu Aby ambil kereta cz dah jalan jejauh, nak patah balik gi parking tu punya r nun disana, cian mak nanti kena jalan jejauh dua kali, masa gi tu tak r rasa sangat, masa nak balik tu terasa sangat jauhnya, Aby kata tunggu je kat sini nanti dia pi ambil kete, sume pun dah nampak ngantuk dan penat, yang paling teruk dak Rico r, bley tido dengan duduk! poyo betuL!
Kitorang ok je lagi, sambil tunggu Aby sambil membedal jeruk dengan soton! dap gak!
Kepada Danga Bay, tungguuu...lain kali aku datang lagi (bila dah balik Mesia sok r...)
Babayyyy!

Semasa aku berangkat balik ke Jb dari Klang rumah mertuaku sambut Deepavali, aku singgah dulu kerumah Fida, tak berapa jah dari rumah mertua aku...kalau ikutkan memang jauh gak tapi nak dibandingkan dengan aku yang duduk nun jauh beribu batu ni rasanya idak ler jauh sesangat rumah Fida tu.
Fida ni kawan alam maya aku gak, tapi dulu r sebab dah 2 kali aku jumpa dia termasuk hari ni r kan, dia r kawan yang selalunya aku mengadu banyak hal (tapi hal yang baik2 je tau! jangan ingat lain plak!) Fida! hanya kau dan aku saja yang tahu! hihi...
Seronok jumpa Fida ni, sampai je kat rumah dia, Ryn bersama suaminya (adik alam maya aku yang comei sekali) dan Acik bersama boperennya (tempat aku menghappykan diri bila masuk blog dia) pun ada, dihidangkan pulak nasik ayam oleh Fida yang dimasak oleh sominya KRZ, dissert plak dihidangkan kek yang sangat ler sedapnya, dibeli oleh Ryn kat S.R, hakku sekeluarga bedal r kan, apa lagik! hihihi...
Sori gambarnya aku tak sempat nak ambil, dah sedap dok borak sambil makan sampai lupa nak ambil gambar, lagipun batt kamera aku masa tu tinggal ciput jek! so ambil gambo apa yang patut je r...


Dirumah Fida bersama Aciklana yang cun berlatar belakangkan langsir raya Fida pada tahun ini.


Bersama Ryn yang comei dan putih gebus mak oi! ko putih sangat dek! hakkak tenggelam dah macam milo dengan tairu, dak Rhea pun kalah! kihkihkih...


Bersama Fida yang sangat aku sayangi, terima kasih kerana melayan aku sekeluarga dengan baik sekali, juga terima kasih lagi sekali kerana kasi oleh2 yang mak oi! punya r banyak! tak sempat nak ambil gambar ole2 yang Fida kasi, tapi memang banyak! penuh beg! macam2 yang dikasinya! termasuk baju kebaya dan kerongsang untuk mak dan kakak2 aku.
Ko memang ler baik hati wahai Cikgu Fida! (bodek lagi nih, lain kali sampai 5-6 beg plak k kasi aku) kahkahkah...
Mmm...lepas je beraya rumah Fida aku ajak dia, Acik dan Ryn kerumah Kaksma tapi yang ikut cuma Fida sekeluarga dan Acik juga boperen, Ryn tak dapat nak ikut walau aku tahu dia nak ikut tu, tapi hubby dia kije malam, tu yang dia tak dapat nak ikut! cian Ryn, len kali insyaallah kalau dapat jumpa lagi kita jalan reramai k, mesti sonot.
Untuk korang sume, sampai jumpa lagi dilain kali, jaga diri hiasi peribadi, salam sayang dari aku, Sue joshua.

Dari rumah Fida kitorang terus ke Rembau Negeri Sembilan, alah! bukannya jauh sangat, kat Somban je hah! ntah betul ke tak aku letak umah Kaksma nih! hihihi..
Sampai dekat2 sana aku berenti sat sebab tak tahu umah dia kat mana so hubby Kaksma datang ambil tunjuk jalan, alah! sapa lagi, Encik Murad tu yang selalu dok masuk blog aku kije komen memacam r apa yang dia rasa nak komen, tapi selalunya komen2 dia kelako2..kihkihkih...
So hari ni dapat r aku berjumpa dengan Kaksma, Encik Murad atau abang Murad (kasi nampak muda sikit r ehhh...) dan anak2nya, selama ni asik jumpa kat alam maya je tapi kali ni kita jumpa bebetuL! segan gak tapi bila dah sampai umah Kaksa ni dia melayan kitorang macam dah biasa jumpa so idak ler malu sangat nak2 lagi bila dijemput makan, lajuuu...je! nak2 laki hakku dan laki Fida, mertambah-tambah makan macam kat umah sendirik! hihi...

Pekena laksa johor, rojak ulek (yang memang mabeles dah pedas! berair air idong Fida makan! hahaha), puding, kentang goreng dll.


Sebelum balik dah semestinya r kena ambik gambo dulu, maklom r memasing pun ada blog, hah! apa lagik! tepek r kat blog selagi boleh, iyor dak?
Hah! ni r Kaksma yang selalu aku dok sekodeng blog dia tengok resepi2 dari dia r kan apa lagik!
Semoga kali ini hubungan aku dengan Kaksma akan bertambah rapat lagik, hihi..nak korek resepi2 lagi sebenarnya.


Didepan rumah Kaksma bersama Fida dan Aciklana, minah ni pun aku selalu dok sekodeng blog dia kalau aku tengah sedih, nak tahu kenapa? sebab Acik ni kelakau orangnya, so selalunya apa yang dituliskan dalam blog dia tu ada je yang buat aku ketawa atau tersengih sesorang macam orang mereng, atau Acik ni pandai bikin orang mereng kot?
Dan buat Kaksma sekeluarga aku ucapkan terima kasih kerana melayan kitorang dengan baik sekali dan hidangkan makanan yang sedap2 sesangat, sampai kita jumpa lagi dilain kali kalau umur panjang, insyaallah...
Jaga diri, hiasi peribadi dari Suejoshua sekeluarga.
Sayang Kaksma selalu.


Seperti tahun2 sebelum ni, pepagi lagi dah bangun untuk ketua keluarga iaitu bapa mertua aku menyapukan minyak keatas umbun2 kepala, pada orang yang berbangsa India pastinya akan faham dan tahu adat istiadat semua ni dan pada aku ini semua hanyalah sebahagian adat yang aku turutkan apabila dipagi Deepavali, takde niat apa2 dan lagi pun ni semua hanyalah adat saja, tak tersentuh pun pasal agama dan sesiapa yang berkahwin campur macam aku ni akan fahamlah tentang adat budaya bangsa lain, lagipun kita ni sebagai manusia yang ada perasaan memang susah nak mengambil hati orang lai
n terutama keluarga ataupun mertua yang berbangsa lain, jadi seboleh-bolehnya aku kena r pandai bawa diri bila berdepan dengan dorang semua dan yang penting aku tahu siapa aku.
Berbalik pada cerita minyak tadi, lepas disapukan minyak pada umbun2 kepala, mandi r plak bersihkan diri sebelum makan ramai2 untuk sarapan pagi.


Lepas makan, kitorang dok r tengok tv dan berborak-borak sambil tunggu tetamu datang.
Sempat r aku bergambar dengan mak mertua aku yang memang asal
Deepavali, dia yang selalunya bz, aku nak tulun pun dia memang dah ada orang gaji yang tulun, lagipun masakkan2 dia selalunya memang tak boleh diganggu, dia akan buat sendiri melainkan dia yang suruh (hihi..atau gunakan alasan sebab ko ni pemalas wahai Sue!)
Tengok2kan pada gambar ni bila pakai baju punjabi dah nampak macam mengandung pun ada gak!
Oh! tidak! baju hakku ditiup angin masa ambil gambar nih! (sebenonya perut tu dah boroi dok kije melantak tak berenti-renti!)
Hih! banyak plak alasan ko nari eh wahai Sue! semuanya sebab nak cover2!!!


Bersama bapa mertuaku yang sangat aku sayangi dan kasihi.


Ni lah sebahagian dari biskut2 Deepavali kat rumah mertua aku dan yang penting sekali, maruku mesti ada!


Sebahagian juga hidangan dihari Deepavali tahun ni ialah nasi ghee dan lauk pauk yang banyak dan mmm...macam2 nama lauk dalam bahasa tamil, payah r nak cakap! pendek kata kalau makan memang meleleh r segala air2 yang ada kat tubuh badan kita nih! mabeles babe!

Sampai je diKlang aku pun rehat2 sekejap sementara menunggu adik iparku Giri sembahyang untuk mendiang suaminya, sedih tengok masa tu, bertambah sedih lagi bila melihat anak2nya yang masih kecil, tapi apakan daya kita manusia biasa, segalanya dah Tuhan tentukan, walaupun antara keluarga aku dan keluarga Aby berlainan agama tetapi kita memahami perasaan dan hati masing2 dan tentang agama ni aku tersangatlah takut nak persoalkan, takut ada yang terasa hati dan pada aku biarlah semuanya hanya kita sendiri yang tahu dan hanya Tuhan yang tahu segala-galanya.


Seperti kita orang melayu juga, malam Deepavali terasa kemeriahannya seperti malam raya cuma malam raya kebanyakkan orang semua memasak dan malam Deepavali plak kebanyakkan orang keluar gi kedai2 untuk memborong baju2 dan kuih2, selalunya dorang gi kedai2 atau tempat2 yang memang banyak orang2 berbangsa India dan salah satu tempat yang dorang pergi ialah kat Klang, jalan rembau atau lebih terkenal dengan nama little India, aku pun seperti tahun2 sebelumnya memang kat situlah tempat aku dan keluarga Aby gi pada malam Deepavali, suasana memang meriah kat situ, dengan lampu2 terang menderang, muzik2, orang ramai sesak, asap mercun, arhh..pendek kata memang meriah!
Salah satu tempat yang kitorang gi ialah kedai Chennai, selain dari jual kain baju, kat situ juga tempat kitorang buat henna, biasa r kan, Deepavali mesti nak buat
henna.


Tengok r tu, sepanjang malam Deepavali kat jalan rembau ni memang bergemelapan dengan mercun dan suasana yang sesak dan riuh rendah!


Sementara tunggu nak buat henna, sempat gak posing kat depan kedai Chennai ni, siap ada pokok pisang, tapi ni dah memang biasa r kita tengok, kalau ada perayaan apa2, dorang mesti letak pokok pisang, aku pun tak tahu apa maknanya pokok pisang ni tapi yang pasti pokok pisang ni mesti ada.


Kat dalam kedai Chennai ni memang penuh dengan kain baju, dan dah semestinya kain2 jenis sari r kan dan memacam kain lagi yang datang dari India, wei! rambang mata woi kalau masuk sini, rasa macam nak borong semuanya tapi sapa yang nak pakai, hihi...


Aku datang buat henna ni bersama dengan adik ipar aku dan anak2nya, Aby pun ikut tapi mak dan bapak mertua aku tak ikut sebab dorang tak nak mengadap suasana sesak kat sini!


Kalau tengok betul2 tangan kat meja pakai henna ni yang nampak hitam hanya tanhan aku dengan Rica je, yang tangan putih2 tu tangan anak2 adik ipar aku, hihi..dorang yang berbangsa India pun lagi putih dari kitorang, huhu...malu..
Hah! cuba teka yang mana tangan Rhea? hih! geram plak rasanya, macam nak geget pun ada gak nih! nak2 bila tengok tangan2 yang cute2 dan tembam2! arhh...geram!


Hahaha...tangan yang hodoh dan burok ni adalah tangan aku! tengok je dah tahu tangan macam kertas pasir! maklom r tangan hakak ni selalu merendam dengan air, keroje hakak kan masak manjang (ambik kesempatan guna alasan yang orang boleh percaya nih!) hihi..

Berbalik pada cerita tadi, lepas balik dari jalan rembau tu bebudak sambung main bunga api kat depan rumah mak mertua aku dan aku memang r dah penat, dok melepak tengok tv, yang melayan anak2 aku ialah adik ipar aku sambil layan anak2 dia gak main bunga api tu! seronot r bebudak tu!

On the way ke Klang rumah mertua aku, singgah r jap kat Melaka pi beli belacan, cencalok dan memacam lagi r...kalau dah berenti kat situ memang rambang mata, kalau boleh semua benda nak dibelinya, tapi memandangkan nak kerumah mertua aku punya pasal, aku beli ala kadar je r...nanti bau plak bonet kereta Aby! hihi...


Suka sesangat tengok gerai2 yang jual macam2 jenis makanan, kalau r kat Denmark ada tempat2 macam ni kan best!
Ada tu memang ada, tapi maksut aku gerai yang jual macam gambar kat atas tu! hihihi...gilo ke ape kat Denmark ada jual belacan dan cencalok!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin