
SUMBER DARI: Mak
BAHAN-BAHANNYA:
- 1/2 kg tepung gandum
- 6 gm yis mauripan (yis segera)
- 1 cawan kecil gula
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Sedikit pewarna yang disukai (optional)
- Kelapa parut secukupnya (dicampur dengan secubit garam)
- Panaskan periuk pengukus.
- Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk yang besar bersama yis, gula dan garam, bancuh adunan dengan air sambil dikacau dengan senduk sehingga adunan tidak pekat dan tidak cair, letakkan sedikit pewarna jika mahu, kemudian tutup adunan sehingga naik.
- Tuangkan adunan kedalam loyang dan biarkan adunan sehingga naik rata pada permukaan loyang tapi jangan terlalu penuh.
- Sementara itu, kukus kelapa parut yang telah dicampur garam tadi selama 4-5 minit, dan keluarkan dari pengukus, ketepikan.
- Kukus pula adunan yang telah naik tadi sehingga masak, cucuk ditengah-tengah apam dengan lidi untuk memastikan apam masak, kalau adunan licin dan tidak melekat pada lidi tadi menandakan sudah masak, dan juga permukaan apam jika di tekan dengan jari tidak melekit.
- Keluarkan dari pengukus dan biarkan seketika sebelum dipotong.
- Hidangkan apam tadi dengan kelapa parut yang telah dikukus.






















