
Setiap masa, setiap minit dan setiap detik kalau boleh aku tak nak bazirkan macam tu saja dan seboleh-bolehnya aku akan menghabiskan percutian aku di Mesia ni dengan berkepit bersama mak aku yang sangat2 aku sayangi dan kasihi.
Nak ikutkan memang tak puas kerana masa berlalu terlalu pantas! arhhh...malas nak difikirkan dan selagi masih ada hari aku di Mesia ni selagi tu aku akan menghabiskan masa aku bersama mak!
Kalaulah aku boleh bawa mak ke Denmark tu, alangkah bahagianya aku rasa, tapi sayangnya keadaan cuaca disana tak mengizinkan mak tinggal disana kerana mak tak boleh dengan cuaca yang sejuk, nanti penyakitnya semakin teruk, maklom r mak aku tu ada penyakit sendi yang memang tak boleh kena sejuk dan makan yang sejuk2, pastinya penyakitnya akan menjadi-jadi.
Sedangkan kat Mesia ni kalau hujan dan sejuk sikit mak mulai sakit, ni apatah lagi kat tempat yang sejuk manjanggg...lagipun aku tahu mak aku tu bukan boleh dok jauh lama2 dengan cucu2 dan cicit2 dia yang lain, kalau boleh dia nak cucu cicit dia kat depan mata dan kebanyakkannya cucu cicit dia memang kat Jb so idak mananya dia nak berganjak dari Jb ni. Huwaaaaaaa....aku nak mak gak!
Hihi..burok ghopenya hakak ni kalau melalak! mmm...nak wat camne kan, hakak ni ikut laki kije nun jauh di nogori omputeh nu, sabau jew lah menanti lagi setahun lebih baru balik Mesia, tapi kan nampaknya lagi setahun lebih tu bukan r lama sangat, lagi 2 bulan ni je dah masuk tahun depan, pastu dalam tahun depan tu mesti ada balik lagi ke Mesia jumpa mak, pastu balik Denmark sat beberapa bulan...pastu balik Mesia terussss...eee...bestnya! dan yang paling best aku dah berangan dok sekodeng rumah mana yang aku berkenan sok nak duduk! hihi..dan pastinya aku akan dok dengan mak! yahooo...
Buat mak ku yang tersayang, bersabarlah dengan semua ini, kita pasti berkumpul semula seperti dulu, sayang mak forever.