Kebiasaannya kalau dalam keluarga aku ada yang nak tunang atau kahwin, semestinya dorang akan cari aku untuk buat hantaran atau make-upkan dorang, maklom r dolu ni semua adalah kerjaya aku dan walaupun sekarang dah pencen tapi kemahiran tu masih ada lagi jadi kalau setakat kaum kerabat aku nak buat kerja kahwin tu dapat r save budget sikit.Semalam seharian aku siapkan anak saudaraku dak Yanti punya hantaran, maklom r dah nak tunang sok 10hb, buat cepat2 sikit nanti idak ler kelam kabut, yang hantaran manisan dan kek2 tu aku siapkan dah dekat2 nak sampai harinya nanti.
Sebahagian dari hantaran yang aku dah siapkan, sonok buat hantaran ni, lebih2 lagi kalau minat! lagi r sonok membuatnya.
Walaupun belum sempurna kesemuanya tapi udah ler berjaya disiapkan, kendian2 nanti baru touch-up r..kasi cun, sekarang ni masih banyak kosong lagi, banyak benda belum ditepekkan lagi kat hantaran dak tu, sok dah penuh macam hutan belantara baru cun kot? hihi..














