Kad Raya dari Mamasyipah.
Terima Kasih daun keladi.


Walaupun aku gagahkan badan ni untuk bangun! tapi nampaknya penyakit ni lagi kuat untuk menumbangkan aku! arrhhh...
Hari ni lagi teruk aku sakit! tak boleh bangun, segalanya terasa sakit! mood pun out apatah lagi dengan selera! langsung takde! nak makan pun tekak sakit! yang termampu masuk hanyalah bubur putih, tu pun rasa macam nak muntah! tapi mak yang suapkan gaknya tak jadik nak muntah! hihi ngada2 r plak! nak mak gek! sib baik mak sehat so mak plak yang kena jaga aku sakit! cian mak! sabar jew r...
Petang tadi Aby bawa gi klinik, yer r takut gek, manalah tahu sejak2 penyakit menular ni ada, takut gek terjangkit kan, tapi alhamdulillah...setelah diperiksa dengan teliti dan segala bagai dichecknya oleh Dr, aku hanya diserang demam selsema biasa aje, Dr kata maybe perubahan cuaca yang menyebabkan aku demam, arhh...lega.
Doa2 kan aku cepat sihat yer...cian anak beranak aku, tak beli lagi persiapan untuk ghaya!
Nantikanlah next entry aku lepas sihat eh...
Kalau aku masih tak sihat dan tak update dalam masa terdekat ni, korang faham2 jer r yek!
Selamat berpuasa untuk korang...cauuu...

Masa ni tengah tunggu berangkat walaupun aku bangun sebelum subuh! hihi tak sabar nak balik Mesia punya pasal!
Tapi yang tak bestnya aku diserang dengan penyakit selsema! badan pun rasa semacam, macam nak demam pun ada gek! takut r nanti kat S'pore airport tak lepas masuk Mesia kalau demam atau sakit! Oh!!! tidak!


Alah Bestnya dah sampai! sonot tak terkira wei! masa sampai tu plak, ramai yang menanti! kecoh riuh rendah...aku soke walau tak berapa sihat! hilang sakit kejap!
Gambar kat atas, Rhea bersama pok'de kesayangannya...



Selepas berbuka, memasing kepenatan!
Inilah saja gambar yang sempat aku ambil kerana faktor kesihatan yang tak mengizinkan...huwaaa...aku demam!


Jiran aku ni biasa r kalau tau aku sekuarga nak kemana-mana lebih dari seminggu, dia akan menggelabah r...padahal kalau dia selalu gi bercuti tu ada aku kesah..muahahaha... tapi kalau aku yang nak gi, ya ampon! dia plak yang macam tak tentu arah, agaknya takut lama nanti tak jumpa Rica kot! huhu
Sebenarnya Jiran aku ni memang sayang ler dengan dak Rica tu, nape tah? gaknya takde cucu kot, lagipun dia tu dah anggap dak Rica dah macam cucu dia, untung r dak tu, macam2 di kasinya.
Semalam lak dia jemput aku datang umah dia caz nak bermanja-manja dan menghabiskan masa dengan Rica, so aku bawa r kerumah dia, alah bukan jauh no! depan umah je! tapi dia yang suruh datang sekuarga, so aku anak beranak datang r kan...Adoh! kalau dah kat rumah dia tu, bukan boleh balik cepat, ada je yang nak diceritakan, tapi aku suka kat dia, orang tua yang baik sesangat, hubby dia lagi r baik, arhhh...payah nak cerita, pendek kata dorang memang baik r...cuma kesian, takde cucu cicit tu yang depa sunyi kot, anak pun ada 1 je, tu pun dah tua tak kahwin2, kije dok belajo tak abis2. mmm...

Ni lah Kirsten, tempat aku dan anak2 menumpang kasih kat negara omputeh ni, aku dah anggap dia macam mak aku r..dia pun selalu ambil berat pasal kitorang, kasi macam2 kat kitorang, pendek kata Kirsten ni memang baik r dan kalau aku dah tak duduk Denmark lagi nanti, mesti orang yang aku selalu teringat kat Denmark ni ialah Kirsten ni, huwaaa...sedey r plak! sob!sob!


Adoh! tak sempat hakak nak update nih...bz mengemas tak sudah-sudah...
Apapun kengkawan jemput berjumpa tu apa salahnya luangkan masa tu eh! lebih2 lagi kalau dijemput untuk makannn...musti ler datang! hihi...insyaallah kalau diizinkan lah kan macam hari sabtu lepas ni aku dijemput oleh Lin/Abdillah untuk berbuka puasa kat umah dorang, jauh gek umah dorang tu tapi apa ada hal kalau tujuan nak kesana dengan hati yang seronok! semangat tu mesti r berkobar-kobar yer dak...hihi..


Hidangan yang telah dimasak dan dihidangkan oleh Lin dan kakaknya iaitu Kak Zara ku sayang...sedapnya makan nasi lauk kampung ni, ada masak lemak nangka, sambal tumis udang, ayam, rojak asma, murtabak Zana dan kek2 r...pendek kata sedap r makan reramai cenggitu, ada orang siap tunggu depan meja tau! gaknya takut tak dapat kot! huahuahua...
Apapun terima kasih daun keladi yer Lin, len kali jemput hakak lagi okey!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin