SUMBER DARI: Dayang Jack

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm mentega
  • 1/3 cawan milo
  • 2 s/b serbuk koko
  • 1 s/t esen vanilla
  • 1 s/b gula hitam (browning sugar) atau guna coklat (emulco)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • Biskut marie secukupnya - dipatah 2
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
  • Lanserkan loyang 7 inci dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas minyak, ketepikan.
  • Ayak tepung, serbuk koko dan milo, campurkan dan digaul rata.
  • Pukul mentega bersama gula hingga betul2 kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul hingga sebati.
  • Masukkan pula susu dan pukul lagi hingga rata, kemudian diikuti dengan gula hitam (browning sugar) atau guna coklat (emulco) pun boleh dan seterusnya masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit dan esen vanilla, pukul hingga sebati.
  • Gunakan senduk nasi dan senduk 3-4 senduk adunan tadi, tuangkan didalam loyang untuk lapisan pertama dan ratakan, kemudian susunkan biskut marie diatasnya, tutup loyang dengan kertas foil dan kukuskan selama 5 minit.
  • Buat proses yang sama hingga habis dan untuk lapisan terakhir, jangan letak biskut marie diatas adunan.
  • Kukus lagi selama 1 jam atau hingga masak untuk lapisan yang terakhir.
  • Setelah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk, letakkan filling yang disukai diatas kek, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2 biji kentang - dipotong dadu besar
  • 6 biji cendawan champignon - dibelah 4
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 bungkus sup bunjut (adabi)
  • 1 s/t lada sulah
  • 2 tangkai daun bawang - dihiris
  • Rempah tumis 4 beradik
  • Stok ayam secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk bersama rempah tumis dan sup bunjut hingga naik bau dan garing, kemudian tuangkan stok ayam secukupnya, ayam dan kentang, gaul rata dan biarkan hingga ayam dan kentang masak.
  • Masukkan serbuk lada sulah, garam dan perasa, gaul sebati dan masukkan cendawan, gaul hingga cendawan lembut, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama taburan daun bawang.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 tin corned beef - keluarkan dari tin dan hancur2 dagingnya
  • 2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 2 s/b lada sulah
  • Sedikit garam
  • Sedikit butter
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit butter didalam kuali, gorengkan corned beef yang telah dihancur-hancurkan tadi hingga dagingnya lembut, kemudian masukkan bawang besar, lada sulah, garam dan sedikit perasa, gaul rata hingga agak kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama nasi atau roti sebagai intinya.

Kad dari Puan Iena (pn-iena.blogspot.com)
Terima kasih kerana sudi bagi Sue e-kad raya ni.




BAHAN-BAHANNYA:
  • 150 gm mentega
  • 200 gm tepung gandum *
  • 20 gm tepung jagung *
  • 10 gm tepung kastard *
  • 20 gm serbuk badam *
  • 1/4 s/t baking powder *
  • 1 biji kuning telur
  • 80 gm gula icing
  • 1 s/b serbuk koko
  • 1 s/b perasa dan pewarna coklat (emulco
CARA-CARANYA:
  • Campurkan bahan yang bertanda * dan diayak bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan dipukul lagi hingga rata.
  • Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega tadi sambil digaul rata.
  • Bahagikan adunan pada dua bahagian dan satu bahagian lagi diletakkan serbuk koko dan pewarna coklat (emulco), gaul rata dan uli hingga menjadi doh.
  • Dan satu bahagian lagi biarkan pada warna asal dan diuli rata hingga menjadi doh.
  • Canai nipis adunan warna asal dan ketepikan.
  • Kemudian canai nipis pula adunan warna coklat dan letakkan diatas adunan warna asal tadi (letakkan diatas plastik supaya senang hendak menggulung)
  • Gulungkan perlahan sehingga hujung sambil tekan-tekan adunan supaya gulungan padat.
  • Potong bulat kira-kira 1/2 cm menggunakan pisau yang tajam dan susunkan diatas dulang pembakar.
  • Bakar dalam oven kira-kira 10 minit atau hingga masak pada suhu 170c.
  • Bila masak, sejukkan dijaringan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 400 gm tepung gandum - diayak
  • 200 gm tepung jagung - diayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/t esen vanilla
  • 2 s/b perasa dan pewarna coklat (emulco)
  • Gula manik - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Pukul butter dan gula hingga putih, kemudian masukkan kuning telur, pukul hingga sebati.
  • Ayak tepung gandum dan tepung jagung terlebih dahulu, masukkan sedikit demi sedikit kedua-dua jenis tepung kedalam adunan butter tadi sambil digaul rata dan diuli hingga menjadi doh yang tidak melekit.
  • Bahagikan adunan pada dua bahagian dan satu bahagian lagi diletakkan warna coklat dan satu bahagian lagi biarkan pada warna asal.
  • Uli doh warna coklat hingga betul2 rata.
  • Campurkan pula kedua-dua adunan warna asal dan warna coklat, uli campur-campurkan kedua-dua warna hingga menjadi marble.
  • Canaikan dan terap gunakan acuan yang disukai.
  • Letakkan gula manik ditengah-tengah biskut dan bakar didalam oven pada suhu 170c selama 10 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan dijaringan sebelum dimasuk kedalam bekas kedap udara.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus mee beras - dimasak hingga lembut dan toskan
  • Tauge - dibuang ekornya
  • 1 ekor ayam - ambil isinya sahaja dan dipotong kecil2
  • 6 biji mawang merah *
  • 2 bij bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 4 s/b rempah kari ayam
  • Rempah tumis 4 beradik
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan cair secukupnya
  • Cili hijau/merah - dipotong bulat
  • Bawang goreng
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan rempah kari dan air asam jawa, gaul rata dan masukkan ayam yang telah dipotong-potong kecil tadi, gaul lagi dan tuangkan santan cair, biarkan sehingga mendidih dan ayam masak.
  • Masukkan pula garam, perasa dan sedikit gula, gaul hingga sebati dan bolehlah ditutup apinya dan hidangkan bersama mee beras yang telah dimasak dan tauge yang telah dicelur tadi, hiaskan dengan cili hijau/merah dan taburan bawang goreng.
SUMBER DARI: Dayang Jack

BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 cawan biskut marie - dihancurkan
  • 150 gm butter
CARA-CARANYA:
  • Gaul bahan diatas hingga sebati dan tuangkan didalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit majerin.
  • Tekan2kan adunan hingga padat, ketepikan.
  • BAHAN ICE-CREAM:
  • 200 gm cream cheese
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 cawan susu segar
  • 1 s/b perahan jus lemon
  • 1/2 cawan wipping cream
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 s/t gelatin (halal)
CARA-CARANYA:
  • Cairkan cream cheese bersama air panas, kacau hingga rata.
  • Campurkan susu segar bersama perahan jus lemon, kacau hingga pekat.
  • Campurkan bancuhan cream cheese dan susu tadi, gaul rata kemudian masukkan wipping cream, gula halus dan gelatin, gaul hingga kesemua bahan sebati dan tuangkan kedalam mix bowl.
  • Putar kesemua bahan hingga sebati dan tuangkan kedalam loyang yang berisi dengan biskut marie tadi.
  • Bekukan selama 7-9 jam.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm spinach cheese pasta
  • 200 gm daging cincang
  • 6 biji cendawan champignon - dihiris nipis
  • 6 biji cherry tomato - dibelah 2
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili hijau - dihiris halus
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 4 biji bawang putih - dicincang
  • 1 s/b italian herbs
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 2 s/b tepung gandum - dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • Mozarella cheese - parut
  • Stok air rebusan daging/ayam secukupnya
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Celur pasta selama 3-5 minit atau hingga masak, angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak zaitun didalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, kemudian masukkan daging cincang bersama stok air rebusan daging/ayam dan tomato puri, gaul rata dan biarkan hingga mendidih dan daging masak.
  • Masukkan pula cendawan, italian herbs, garam, perasa dan gula.
  • Gaul hingga sebati, akhir sekali masukkan bancuhan air tepung gandum dan cherry tomato, gaul hingga sos pekat, bolehlah tutup apinya.
  • Tuangkan sos keatas pasta yang telah dicelur tadi dan hidangkan bersama taburan mozarella cheese.
SUMBER DARI: Lynneisrin CPH

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg tepung gandum - diayak
  • 500 gm butter
  • 70 gm tepung susu
  • 1 biji kuning telur
CARA-CARANYA:
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama tepung susu kedalam mangkuk besar, gaul bersama telur hingga rata, kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
  • Canai adunan dan terapkan dengan acuan tart, letakkan pula jem nenas ditengah-tengahnya sebagai inti.
  • Bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau hingga masak.

BAHAN INTI:
  • 450 gm nenas - yang telah diparut
  • 200 gm gula kastor
  • 1/2 s/t esen nenas
  • 1/2 s/t jus lemon
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
CARA-CARANYA:
  • Masak nenas yang telah diparut bersama gula hingga mendidih, masukkan esen nenas, jus lemon dan bunga cengkih, gaul rata.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga menjadi jem pekat dan hampir kering, angkat dan sejukkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 450 gm nenas - yang telah diparut
  • 200 gm gula kastor
  • 1/2 s/t esen nenas
  • 1/2 s/t jus lemon
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
CARA-CARANYA:
  • Masak nenas yang telah diparut bersama gula hingga mendidih, masukkan esen nenas, jus lemon dan bunga cengkih, gaul rata.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga menjadi jem pekat dan hampir kering, angkat dan sejukkan.

SUMBER DARI: Hana

BAHAN-BAHANNYA:
  • CARAMEL:
  • 40 gm gula
  • 10 ml air panas
CARA-CARANYA:
  • Cairkan gula, kacau hingga keperangan, bila mula mendidih, tuangkan air panas dan alihkan daripada api.
  • Griskan setiap acuan dengan sedikit butter dan tuangkan 1 s/b caramel tadi pada setiap acuan sementara caramel sedang panas, ketepikan.
  • CUSTARD:
  • 200 ml susu segar
  • 10 gm gula
  • 1/2 s/t esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 30 gm gula
CARA-CARANYA:
  • Campurkan susu segar dan gula, masakkan diatas api yang kecil, kacau dan masukkan esen vanilla, kemudian bolehlah ditutup apinya dan ketepikan.
  • Pukul sedikit telur bersama gula dengan menggunakan whisk, kemudian tuangkan kedalam susu tadi dan pukul lagi hingga sebati, tuangkan bancuhan kedalam acuan yang berisi caramel tadi dan kukuskan dengan api yang kecil selama 15-20 minit.
  • Bila masak, tutup api dan biarkan custard tadi didalam pengukus selama 10 minit dan barulah dikeluarkan, taburkan kacang sebagai hiasan.
  • Masukkan didalam peti sejuk, sedap dimakan semasa dingin.
SUMBER DARI: Kak Ct Delima


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg udang besar - dibuang kulit tinggal ekornya
  • 2 s/b tepung ubi
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • Lada sulah
  • Garam
  • Breadcrumbs - untuk menyalut
  • Minyak secukupnya - untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Gaul udang bersama garam, lada sulah dan tepung ubi hingga rata, kemudian celupkan udang seekor demi seekor kedalam telur dan salutkan pula udang tadi dengan breadcrumbs.
  • Gorengkan udang tadi hingga kekuningan dan garing, angkat dan toskan.
SUMBER DARI : Rozzan

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg daging lembu atau ayam - isinya sahaja dan dihiris nipis
  • 150 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • Timun - dipotong nipis
  • Bawang besar - dihiris
  • Ketupat/nasi impit secukupnya - dipotong dadu
  • Minyak secukupnya - untuk menggoreng
  • BAHAN KISAR:
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup atau 2 s/t serbuk kunyit
  • BAHAN REMPAH:
  • 5 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan kasar
  • 1 s/b jintan halus
CARA-CARANYA:
  • Sangai bahan rempah dan dikisar halus.
  • Gaulkan kesemua bahan kecuali timun, bawang besar, ketupat/nasi impit dan minyak dengan daging atau ayam, kemudian perapkan selama 5 jam atau lebih.
  • Setelah itu, gorengkan daging atau ayam dengan minyak yang banyak sehingga garing, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama kuahnya.
  • BAHAN KUAH:
  • 20 tangkai cili kering *
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 4 biji buah keras *
  • 1/2 inci belacan *
  • 2 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 s/t serbuk ketumbar
  • 1/2 s/t serbuk jintan kasar
  • 1/2 s/t serbuk jintan halus
  • 600 gm kacang tanah - disangai dan dikisar
  • 250 gm gula pasir
  • Sedikit air asam jawa
  • Air daging/ayam (dari perapan daging/ayam tadi)
  • Garam dan perasa
  • Minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan sedikit air, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar dan serbuk jintan halus, gaul sehingga sebati, kemudian masukkan kacang tanah kisar, air asam jawa, gula, garam, perasa dan air daging, gaul hingga mendidih dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama satay yang telah digoreng tadi, ketupat/nasi impit, timun dan bawang.
SUMBER DARI: Mamafami

BAHAN-BAHANNYA:
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • Tepung gandum secukupnya - (ditambah sewaktu menguli doh ikut lembut)
  • Blueberry jem - sebagai inti
  • Cawan kertas secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Pukul gula aising bersama butter seketika, masukkan kuning telur dan pukul lagi, masukkan pula tepung jagung kemudian gaul rata.
  • Uli perlahan adunan bersama sedikit demi sedikit tepung gandum hingga menjadi doh.
  • Canai doh setebal 3/4 cm dan terapkan menggunakan acuan bentuk bulat.
  • Sapukan sedikit blueberry jem diatas permukaannya dan lipat dua, buatkan dua keping dan cantumkan, masukkan kedalam cawan kertas dan susunkan diatas dulang pembakar.
  • Buat sehingga habis dan bakar kedalam oven pada suhu 180c selama 20 minit.
  • Bila masak, biarkan sejuk diatas jaringan dan bolehlah disimpan didalam bekas kedap udara.
SUMBER DARI: Hanieliza


BAHAN-BAHANNYA:
  • 100 gm mentega
  • 75 gm minyak sapi
  • 60 gm gula kastor
  • 1/2 s/t pewarna hijau epal
  • 50 gm serbuk badam
  • 15 gm tepung beras
  • 220 gm tepung gandum
  • ( Topping coklat putih dan gula urai sebagai hiasan )
CARA-CARANYA:
  • Pukul mentega, gula, minyak sapi dan pewarna hijau hingga sebati, kemudian masukkan tepung beras dan tepung gandum, gaul rata.
  • Masukkan pula serbuk badam sambil digaul dan diuli hingga menjadi doh.
  • Canai kemudian terapkan menggunakan acuan.
  • Bakar pada suhu 175c selama 15 minit atau hingga masak.
  • Setelah masak, paipkan atau lorekkan dengan coklat putih yang telah dicairkan terlebih dahulu dan taburkan dengan coklat urai sebagai hiasan.

SUMBER DARI: Kak Ct Delima
BAHAN-BAHANNYA:
  • 130 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 160 gm tepung gandum *
  • 20 gm tepung kentang *
  • 20 gm tepung jagung *
  • 10 gm tepung kastard *
  • 20 gm serbuk badam *
  • 1/4 s/t serbuk penaik (baking powder) *
  • ( Topping coklat dan butiran gula manik sebagai hiasan )
CARA-CARANYA:
  • Ayak bersama bahan yang bertanda *
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian campurkan campuran tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan serbuk badam.
  • Gaul rata dan uli hingga menjadi doh.
  • Canai doh dan terap dengan acuan ice-cream.
  • Susun diatas dulang pembakar dan sapukan telur diatas biskut.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit atau hingga masak.
  • Setelah biskut masak, celupkan, paipkan atau lorekkan dengan coklat masakkan yang telah dicairkan dan taburkan dengan gula manik diatas coklat tadi.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin