Sebenarnya dah lama aku tengok betapa Aby sengsara makan pakai pinggan biasa yang sekarang kitorang pakai tu, walaupun pinggan yang kita pakai memang pinggan yang jenis beso gedabak! tapi tetap buatkan Aby sengsara walaupun dia tak bagitahu kat aku, tapi tengok dari cara dia makan tu adalah betapa kesiannya!
Akhirnya tadi masa keluar aku dapat belikan Aby pinggan yang pada aku memang sesuai ler sangat2 dengan Aby! beso dan sememangnya pinggan ni jenis pinggan keturunan kaum kerabat dia r..hihi...
Mmm...pas ni Aby makan kari ke..rasem ke..atau lauk yang banyak dan banjir2! konpom tak terkeluar dari pinggan punya!
Selalunya kalau nak makan tu kena r ambil lauk agak2 je tapi kali ni makan mesti penuh sepinggan dan berbilang bangsa punya lauk pun boleh muat kat pinggan tu! hahaha...
Selalunya makan kat umah mak dia je pakai pinggan macam tu, tapi kali ni aku belikan r untuk pakai kat umah sendiri, tapi Aby sorang je r yang pakai cz aku anak beranak memang tak pandai pakai pinggan tu, dah macam talam pun ada gek! kahkahkah... (ni kalau mak mertua aku baca! jawab r aku! pas tu datang umah dia nanti dia hidangkan nasi dengan daun pandan jew!!! baru tau! padan muka ko! ) apapun aku tahu mak mertua aku sporting gilo! jenis tak kesah! dia pun tahu anak menantu dia ni kepala tak berapa nak betuLLL! huhu...
Apapun pada korang kalau malas nak pk pasal beli pinggan pyrex ke atau pinggan yang mahal dan bercorak cun2, korang beli je pinggan yang macam aku belikan Aby tu, lauk boleh tahan panas dan boleh makan banyak gek! huahuahua..
Baru je nak sihat sikit dah merayap lagi!
Buhsan r pose2 nak menunggu waktu buka tu lama bebeno! kalau merayap tu idak ler rasa lama sangat! tup! tup! tak perasan waktu berlalu...dah nak waktu buka kan? aku selalu buat macam tu r...untuk mengelakkan rasa lama nak berbuka!
So nari merayap r gi Field's, takde nak cari apapun! saje jew gi buang2 masa! (hihi..ada gek gi buang2 duit!) biasa r kalau dah kuar tu nampak apa2 yang terhingin, musti nak beli gakkk!
Yang dak Rhea tu biasa r (gambar kat atas) pantang nampak game! apa je jenis game dia akan berhenti untuk main walaupun tak tahu main! mmm...lain bebeno dengan aku masa kecik dolu2!
Aku masa kecik dolu asal nampak pasir atau air pasang (air sungai) musti main punya r...kalau masa tu game ni dah tercipta pun, conpom aku tak heran kot! yang penting dapat main pasir dan mandi air pasang! mmm...burok ghopenya yer masa kecik2 ko dolu! (hakku r..)


Habis je kedai2 aku jelajahi, last2 masuk Bilka (macam K 4 kat Mesia)
nyesal pun ada beli barang kat situ, tak perasan pun yang line nak bayau tu panjang berjela...ya adoh! kena r juga berbaris walau panjang pon! takkan nak letak balik bebarang yang dah ambil tu! bukan sikit, 1/2 trolley gek! ya ampon! tengok je r muka Aby (muka kelaparan dan muka duit nak terbang!) aloh! kesian!
Yang anak dia plak, dak Rhea dah tak tentu arah dok dalam trolley tu! macam unke pun ada! tengok tepi! tengok bawah! tengok atas!
Aku tengok jam! sib baik masa abis bayar kitorang terus balik dan sampai umah lagi 10 minit time nak buka!
Sekarang ni dah kenyang r...burbbb (kari lagik!)

Hari ni hakak tak pose, bukan sengaja tak nak pose! tapi disebabkan badan ni letih jek disebabkan penyakit yang ada kat badan ni, jadi keadaan tak mengizinkan hakak berpuasa! maaflah yewww...
Petang tadi gi klinik, check up! tapi Dr kata takde yang harus dirisaukan, cuma sakit biasa, so hakak tidaklah risau! cuma kena r ghajin makan ubat, nanti nak balik Mesia dah sehat, doa2 kan lah eh?
Disebabkan hakak tak berapa nak sehat jadi rumah dah macam tongkang karam, korang tengok jew r dalam gambar tu, bantal tonggang terbalik! bersepah dengan Rhea sebok kengkunun baca suat kabo, pastu dibior je atas sofa tu! adohhh! makin sakit hakak tengok! nak marah kesian plak sebab sebok nak membaca! tak marah! hati sakit! adohhh! serba sakittt!
Disebabkan nari cuma Aby sorang je yang pose dan diatas tanda kesiannya dia pada seteri dia ni, katanya masak yang senang2 je! yang simple dah r..(kesian kew dengan seteri dia nih? ingat nak kata tak yah masak! beli jewww..ghopenya....huhu)
Mmm...apapun hakak tak kesah sebab masak yang paling senang je untuk Aby dan bebudak, hakak nak baringgg...pas ni.


BAHAN-BAHANNYA:
  • Nasi sejuk secukupnya
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 8 biji cili padi *
  • 1 biji cili hijau - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • 4 s/b udang kering
  • 4 biji telur - dipukul sedikit
  • 300 gm udang basah - dibersihkan
  • 200 gm sotong - dibersihkan
  • 1 s/b serbuk cili
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 2 s/b madu
  • 4 biji bawang putih - dicincang halus
  • Garam dan perasa
  • Majerin
  • Lidi untuk menyocok
CARA-CARANYA:
  • Lumurkan udang dan sotong bersama serbuk cili, serbuk kunyit, madu, bawang putih dan garam, kemudian cucukkan dengan lidi dan panggang dengan sedikit majerin hingga masak, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan majerin didalam kuali, gorengkan udang kering hingga garing dan angkat.
  • Dikuali yang sama, tambahkan majerin jika perlu, tumiskan bahan tumbuk, cili merah dan hijau hingga hampir garing, kemudian masukkan garam dan perasa, gaul rata, tuangkan telur sambil dikacau hancur2 kan hingga telur masak, kemudian masukkan nasi sejuk dan udang kering yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul hingga betul2 rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan nasi goreng bersama seafood yang telah dipanggang tadi.
SUMBER DARI: IDDA HASHIM

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil dan dibersihkan (boleh juga gunakan daging kambing atau lembu)
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 10 helai daun kari
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji bawang besar - dicincang
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1/2 s/t lada hitam
  • 1 s/t lada putih
  • 1 s/t garam masala
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 inci halia - cincang
  • 2 sendok kecil ghee
  • 1 s/b saffron (koma-koma)
  • UNTUK HIASAN (BAHAN TABURAN)
  • 1 s/b daun ketumbar - hiris halus
  • 2 s/b pine nut - jika ada
  • 2 s/b raisin
CARA-CARANYA:
  • Masakkan potongan ayam bersama bawang putih cincang, halia cincang, kunyit serbuk, garam masala, buah pelaga, bunga cengkih, tomato, lada hitam, lada putih dan garam sehingga ayam benar-benar empuk.
  • Tambahkan air jika perlu.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan 1 senduk kecil ghee dan goreng sebentar beras basmathi dan ditambah segelas air, biarkan nasi setengah masak, tutupkan dan ketepikan.
  • Panaskan baki ghee dan tumiskan bawang besar cincang, kayu manis, daun kari hingga naik bau, masukkan ayam yang telah empuk dan nasi setengah masak tadi, tambahkan garam jika perlu.
  • Gaul rata dan biarkan kuah agak kering, kemudian masukkan saffron.
  • Tambahkan air jika nasi belum benar-benar masak.
  • Setelah masak dan kuah mengering, angkat dan masukkan nasi ke dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 10-15 minit.
  • Angkat dan hiaskan dengan pine nut, daun ketumbar, raisin.
Inilah ghopenya apple kat garden umah aku, apple ni sebenarnya kecik je saiznya, macam saiz buah laici dan rasanya lain sikit, macam rasa apple campur jambu batu, sedap tau! dan setiap tahun kalau balik Mesia memang aku petik dan bawa balik mesia kasi kat kuarga aku, apple ni tak banyak cz ada sepokok je kat garden umah aku ni so kuarga aku je yang dapat merasa, huhu..
Kat Mesia pun memang melambak apple cuma rasanya lain sikit dan saiznya kecil kiut miut, sekali ngap je abishhh!!!
So untuk kuarga aku kat Mesia nu, tahun ni aku bawa balik lagik apple kiut ni eh?
Tungguuu...

Kepada seluruh Warganegara Malaysia,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
Salam dari anak Malaysia di Copenhagen, Denmark.



Hari ni aku keluar gi cari barang, balik pun dah lambat! memang tak sempat nak buat hidangan berbuka yang da vazz! ingatnya nak beli je kat luar tapi bebudak dan bapak budak taknak plak! dorang nak mummy gek yang buat! ya adoh! hakak baru ingat nari coti masak lagik, ghopenya kena gek gi dapo!
Memandangkan dorang taknak makan nasik, aku buatkan je apa yang ada kat peti simpanan makanan aku tu (dah macam peti harta karun lak!) mmm..tekak aku plak memang tokleh nak masuk benda2 macam dorang makan tu selalu sangat, nak masuk nasik gek kat tekak ni jadinya aku masak yang cincai2 je lah iaitu lemak cili api telur ceplok! so sapa yang malas dan nak cepat boleh r ikut resepi cincai tu yer..
Dan untuk dorang tu hahaha...memandangkan kat Mesia dah masuk hari Merdeka! so buat burger Merdeka r...(semangat kemerdekaan tu musti ada!) walopon keroje aku masakkk je kat dapo!
Masa berbuka pun masih ada lagi, so aku sempat gek buat kuih yang cincai gek iaitu lepat pisang memandangkan daun pisang yang hampir kecut dan pisang kat esbok yang hampir menopause tu, dapat gek r dijadikan kuih untuk buka kitorang anak beranak!
Kepada kengkawan kat Denmark ni, "Selamat Berbuka Pose'' dan yang kat Mesia tu ''Selamat bersahur'' dan maaf zahir batin (ko dah kenapa? belum lagik r...)


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 10 biji cili api (cili padi) *
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 6 cawan santan
  • Telur ayam
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda * dan masukkan kedalam periuk, kemudian masukkan juga santan dan asam gelugor.
  • Letakkan diatas api yang sederhana sambil dikacau perlahan supaya tidak pecah santan dan bila mulai mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan sehingga telur keras, barulah dikacau perlahan, kemudian masukkan garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan hingga tomato lembut sedikit, bolehlah ditutup apinya.

Lagi sekali kami dijemput kemajlis berbuka puasa dan party birthday..
Hari ni ialah hari ke-8 kita semua berpuasa di Denmark ni, suasananya tak lah semeriah kat Mesia tapi bila ada majlis berbuka barulah dapat rasakan kemeriahan suasana berpuasa! sebab tu kalau ada majlis2 seperti ini kita tak lepaskan peluang! memang terasa kemeriahannya...seronot tau!
Hari ni selepas majlis berbuka puasa, bermula lah pulak birthday party untuk anak2 dorang iaitu anak Kama/Zana (Afiq) dan anak Lin/Abdillah (Afifi Ben 10)
Selamah Hari Lahir untuk budak2 tu, semoga jadi anak yang baik dah soleh, amin.

Dan hidangan kali ini memanglah tersangat banyak dan sedap2, tengok je gambar dah tahu!
Hakak siap tapau bawa balik lauk buat sahur! hihi..kitorang kat sini memang cam tu!


Beberapa keping gambar sewaktu berbuka puasa dan party birthday nari!


Dan pastinya gambar hakak yang ala2 hancus ni telah diambil oleh Abyku yang ala2 paparazzi pada malam ini, bukan Aby je yang jadi paparazzi tak bergaji, hubby depa sume pun malam ni jadi paparazzi..bergemelapan umah Kama penuh dengan flash dok lip lap lip lap! sume gambar pun depa dok ambil! ya adoh!
Apapun memang seronok r rasanya bila bersama macam ni...


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin