BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 s/t lemak sayuran (shortening)
  • 1 s/t garam halus
  • Air sejuk secukupnya - untuk menguli
CARA-CARANYA:
  • Gaul mentega, lemak sayuran dan tepung hingga menjadi breadcrumbs, masukkan pula garam halus dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
  • Bungkus doh dengan plastik dan simpan doh didalam peti sejuk sementara membuat intinya.
  • BAHAN INTI:
  • 3 biji kentang - dipotong dadu kecil2
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 6 s/b air asam jawa
  • 4 s/b rempah kari daging
  • 1 s/b serbuk cili
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • UNTUK MEMBUAT INTINYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga garing, kemudian masukkan rempah kari, serbuk cili dan air asam jawa, gaul hingga garing, kemudian masukkan bawang yang telah dicincang tadi bersama kentang dan masukkan air secukupnya (tetapi jangan terlalu banyak).
  • Biarkan hingga kentang masak, masukkan pula kacang pis, garam perasa dan gula secukup rasa, gaul hingga bahan sebati dan kuah agak kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • CARA MEMBUAT SAVOURY PUFF:
  • Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong menjadi beberapa bahagian.
  • Ambil satu bahagian doh dan canai nipis dan potong bulat, kemudian masukkan sedikit inti dan lipat dua, picit sedikit ditepi bahagian puff dan kelimkan.
  • Buat sehingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak atau sapukan dengan sedikit minyak.
  • Sapukan dengan kuning telur.
  • Bakar pada suhu 170c selama 40-45 minit.
Aku ambil award ni dari blog Fida
Terima kasih.

Tadi hakak anak beranak berbuka kat MCD.
Anak2 tak pose, tapi mummy daddy dia bagai nak longgar kepala lutut menunggukan masa nak berbuka tu, kitorang sampai awal kat situ cz singgah IKEA n Toys R us dulu cari barang sikit.
Jejak je kul 8 lebih malam kitorang pun menuju ke MCD lah...order je apa yang boleh makan (yang halal r kan) mmm...lazattt!!! sesekali makan cenggitu pun best gek! tapi compom, kenyang kejap je!


Dan semestinya aku akan order McFlurry cornetto untuk dessert kitorang.
Hah! tengok tu! nampak sedap tak?


Tengok hakak makan, tak toleh kiri kanan! tengok depan je pandang camera! hihi..
Burok lantok pon ade ghopenye!
Memang sedap ye makan kat luar, tak payah penat2 kat dapo!


Dan hakak memang tak masak nari, cuma buat kek kurma kukus dengan biskut strawberry untuk dibawa esok kerumah kawan yang mengadakan majlis berbuka puasa so takkan sahur nanti kitorang nak makan tu gek?
Rezeki jangan ditolak! musuh dicari takpe! (kalo ore tu perange mace jahane r ke) muahahaha...
Ghopenya laksa terengganu dan dessert bubur som som sudah menanti untuk aku anak-beranak buat bersahur ti pagi, yahoo!!!
Macehhh banyak2 pada Suepoji kerana memahami hati dan sanubari hakku! hihihi...



BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 225 gm minyak sapi
  • 1 s/t baking powder
  • 2 s/b pewarna dan perasa strawberry (emulco)
  • Bunga cengkih secukupnya - sebagai tangkai (hiasan)

CARA-CARANYA:
  • Gaulkan tepung gandum, gula kastor dan baking powder hingga rata.
  • Cairkan minyak sapi dan sejukkan.
  • Masukkan minyak sapi kedalam adunan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut, ambil sedikit adunan dan bentukkan kecil2 seperti strawberry, kemudian cucukkan bunga sengkih sebagai tangkainya, buat hingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar, bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan baru disimpan didalam bekas.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm butter
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula
  • 1/3 tin kecil susu pekat manis
  • 30 biji kurma - dipotong kecil2 dan digaul dengan sedikit tepung
  • 5 biji telur
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Pukur butter, susu dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata dan akhir sekali masukkan kurma, gaul rata dan tuangkan adunan kedalam loyang bulat yang boleh buka dibahagian bawahnya dan dialas dengan kertas minyak.
  • Kukus adunan selama 4 jam.
Hah! jawab r ko Rico! guru besar tengah periksa kertas homework ko!
Ada banyak salah ker? jawab r sendirik!
Setiap hari lepas Aby balik kije, ni r tugas yang harus dilaksanakan iaitu periksa semua homework rico dan Rica, takuttt...grrr...
Selalunya Rica terselamat kerana homework dia kebanyakkannya senang dan selalunya dia akan habiskan cepat2 dekat skul, so masa kat umah tak r banyak nak buat n pastinya akan terselamat r bila dekat rumah (jaga ko eh? )
Yang Rico plak memang kalau buat kat skul pun memang tak abis r...homework melambak cikgu kasi, kadang kesian aku tengok! stress budak tu! abih nak buat camne kan? kena r tanggung sendirik! aku dulu sekolah lagi takde sapa nak mengajo! main buat sendirik! tapi sekolah kat Mesia homeworknya memang tak seteruk kat sini kot! takpe! sabau je r Abang Rico, lagi setahun lebih je skul kat sini, pasni ko balik Mesia harap tak macam kat sini (walaupun sebebarnya kat sini sistemnya lagi bagus) dia ni tak faham, budak2 mana tahu bezakan mana lagi bagus! yang dia tahu nak senang je! dan fikir yang senang tu lagi best! mmm...


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan beras calrose (beras sushi) - dibersihkan dan ditos
  • 450 ml air
  • 1 s/t gula pasir
  • 1/2 s/t garam
  • 1 s/b cuka
CARA-CARANYA:
  • Masak beras bersama air kedalam periuk rice cooker hingga masak.
  • Cedokkan dan letakkan didalam bekas.
  • Larutkan gula, garam dan cuka, kemudian tuangkan kedalam nasi tadi dan gaulkan menggunakan senduk kayu hingga sebati.
  • Bila nasi sejuk, barulah didikepal menjadi bebola memanjang, buat hingga habis dan letakkan udang diatasnya.
  • BAHAN UNTUK UDANG:
  • 16 ekor udang harimau
  • 2 s/b cuka
  • 1 s/t gula pasir
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Kupas kulit udang tetapi tinggalkan hujung ekornya sahaja.
  • Cucuk udang dengan lidi supaya tidak mengecut semasa merebus.
  • Masak air dengan sedikit garam hingga mendidih, masukkan udang yang telah disusuk tadi selama 1 minit.
  • Didalam bekas lain, campurkan cuka bersama gula hingga gula larut.
  • Keluarkan udang yang telah direbus tadi dan celupkan kedalam bancuhan cuka selama 2 minit.
  • Keluarkan udang dari lidi dan belahkan udang, buka hingga menjadi seperti bentuk rama-rama (butterfly) dan sapukan sedikit wasabi pada setiap bawah udang tadi, kemudian letakkan udang diatas bebola nasi yang telah dibuat terlebih dahulu tadi.
  • Hidangkan bersama soy sauce.


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 bungkus mee hoon - direndam hingga lembut dan toskan
  • Udang - Kulit udang direbus dan buat stok atau guna stok ayam
  • Sotong - dihiris
  • Fishball
  • Carrot - dibuang kulit dan dihiris nipis
  • Sawi - dipotong-potong
  • Daun bawang - dipotong panjang
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 4 biji bawang - ditumbuk
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 6 s/b oyster sauce
  • 1 s/t tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
CARA-CARANYA:

  • Tumis bawang putih hingga wangi dan masukan oyster sauce, lada sulah, udang, sotong, carrot dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan pula fishball, sawi, stok udang dan tambah air panas (air ikut berapa banyak kuah yang kita nak)
  • Bila semua dah mendidih masukan mee yang telah direndam tadi dan biarkan mendidih sebentar baru masukkan tepung jagung sambil terus di kacau dan akhir sekali masukkan tomato, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama cili jeruk.

SUMBER DARI: Kak Ct Delima


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 6 helai daun pandan - dipotong kecil2
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan + secubit garam
  • BAHAN AIR GULA:
  • 1 cawan gula merah
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 cawan air
CARA-CARANYA:
  • Masak kesemua bahan air gula hingga gula larut, tapiskan dan sejukkan.
  • Untuk masak lapisan hijau, kisar daun pandan dengan 2 cawan air, tapiskan dan masukkan kedalam periuk, kemudian masukkan juga 1 cawan tepung beras, gaul rata dan letakkan diatas api yang sederhana, gaul sehingga pekat dan tuangkan kedalam loyang atau acuan.
  • Untuk lapisan putih, 1/2 cawan tepung beras digaul bersama 1 cawan santan dan garam, masak hingga pekat, kemudian tuangkan diatas lapisan hijau tadi, ratakan.
  • Sejukkan dan masukkan didalam peti sejuk.
  • Hidangkan bersama air gulanya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 8-10 biji bendi - dibersihkan
  • 4 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih *
  • 3 biji cili merah *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci belacan *
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak kecil
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Bahan kisar tadi dimasukkan kedalam periuk bersama dengan sedikit air dan letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan asam gelugor, daun kunyit, bendi, garam dan perasa, gaul rata dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika, bolehlah ditutup apinya.



Dah biasa lah kan tengok budak kecik takut dengan bunyi blender! perkara biasa!
Tadi masa aku kat dapo sambil suapkan dak Rhea ni makan, dan sambil dak rhea buat main mangkuk2, aku blend r bahan nak dibuat masak nari dan pastinya akan kupandang anakku itu sebab aku tahu dia akan tutup telinga! tapi kali ni bila aku pandang lain plak jadinya, ada ke dia tutup telinga dengan mangkuk, tak senonoh betul budak ni, dengan molot penuh makanan, dengan telinga tutup dengan mangkuk dah macam pompuan yang dekat ''Star Wars'' tu hihi..
Adakah ini anak MFJ? ya betul! kalau buat benda2 yang mengarut macam ni memang anak dia r..kompom!

BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 s/t lemak sayuran (shortening)
  • 1 s/t garam halus
  • Air sejuk secukupnya - untuk menguli
CARA-CARANYA:
  • Gaul mentega, lemak sayuran dan tepung hingga menjadi breadcrumbs, masukkan pula garam halus dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
  • Bungkus doh dengan plastik dan simpan doh didalam peti sejuk sementara membuat intinya.
  • BAHAN INTI:
  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji cili merah - dicincang
  • 1 biji cili hijau - dicincang
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Keluarkan ikan sardin dari tinnya dan ambil ikannya sahaja.
  • Buang tulang ikan sardin dan masukkan ikan tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan bahan cincang, sedikit garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata sambil hancur2kan isi ikan tadi hingga kesemua bahan rata.
  • CARA MEMBUATNYA:
  • Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong menjadi beberapa bahagian.
  • Ambil satu bahagian doh dan canai nipis dan potong menjadi bentuk segiempat tepat, kemudian masukkan sedikit inti dan bentukkan memanjang, gulungkan.
  • Buat sehingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak atau sapukan dengan sedikit minyak.
  • Hiriskan sedikit bahagian atasnya dan sapukan dengan kuning telur.
  • Bakar pada suhu 175c selama 40 minit.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg paru - dipotong besar dan dibersihkan
  • 6 biji cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 4 s/b air asam jawa
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Rebus paru sehingga masak, angkat dan toskan airnya, kemudian hiris kecil dan nipis paru tadi.
  • Gorengkan pula paru yang telah direbus dan dihiris tadi hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing, kemudian masukkan air asam jawa, gaul lagi hingga rata.
  • Masukkan pula garam, perasa dan sedikit gula, gaul hingga garing dan tuangkan diatas paru yang telah digoreng tadi, bolehlah dihidangkan.


Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenangkan merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu


BAHAN-BAHANNYA:
  • 3/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 10 s/b gula halus
  • 2 biji telur - saiz L
  • 1 s/b pandan pes - emulco
  • 1 s/t ovallet
  • 1/s cawan kelapa parut
  • Secubit garam
  • Sedikit butter - untuk menyapu
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Kukus kelapa dengan secubit garam selama 5 minit dan keluarkan dari periuk pengukus.
  • Sapukan sedikit butter didalam acuan apam.
  • Pukul telur, gula dan ovallet hingga kembang, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata.
  • Masukkan pandan pes sambil digaul hingga warnanya rata.
  • Sudukan 3/4 peduh kedalam acuan (tapi jangan terlalu penuh).
  • Buat hingga habis dan susunkan kedalam periuk pengukus.
  • Kukus selama 12-15 minit.
  • Bila masak, keluarkan daripada periuk pengukus dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras wangi - bersihkan dan toskan
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 2 inci halia - diketuk
  • 2 s/b butter
  • Rempah tumis - 4 beradik
  • Stok pati ayam secukupnya - mengikut sukatan beras
  • Garam dan perasa
  • BAHAN AYAM BBQ:
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan
  • 4 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 4 s/b BBQ sos
  • 2 s/b serbuk cili
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 6 s/b madu
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • UNTUK NASINYA:
  • panaskan butter didalam periuk rice cooker, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan terlebih dahulu sambil dikacau sebentar, masukkan pula stok ayam, garam dan sedikit perasa, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
  • Alihkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan tekan on, sambung masak seperti masak nasi biasa.
  • Bila nasi masak, gaul gembur-gemburkan nasi perlahan supaya tidak melekit apabila hendak dihidangkan.

  • UNTUK AYAMNYA:
  • Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
  • Kemudian letakkan sedikit minyak kedalam dulang pembakar dan susunkan ayam yang telah diperap tadi dan bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak sambil balik-balikkan ayam supayan masak rata.
  • Bolehlah dihidangkan bersama nasinya, sup, sos sambal, timun dan ulaman yang lain.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan pekat (1 tin besar)
  • 4 biji bawang merah - dihiris
  • 3 biji bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dimayang halus
  • 1 s/t alba
  • Garam dan gula
CARA-CARANYA:
  • Bersihkan beras wangi dan beras pulut (dicampurkan) dan rendam semalaman.
  • Buat dua jenis santan, yang satu santan pekat dan satu lagi santan cair.
  • Untuk santan pekat guna 3/4 tin santan pekat dicampur dengan 1/3 cawan air (sukatan tin gunakan tin santan yang sama).
  • Untuk santan cair, 1/4 tin dicampur dengan 1/3 cawan air.
  • Masak santan pekat bersama bawang merah, bawang putih, halia, sedikit garam dan gula hingga larut tapi jangan terlalu lama (jangan sampai pecah santan).
  • Toskan beras dan kukuskan beras selama 5 minit, kemudian keluarkan dan gaulkan beras dengan santan cair dan alba, kukus semula hingga beras masak.
  • Bila sudah masak, gaulkan pula beras dengan santan pekat dan kukus semula selama kira2 5 minit atau hingga nasi masak rata.
  • Hidangkan nasi bersama lauknya seperti gulai ikan tongkol dagang, solok lada, serunding ikan, acar mentah dan telur masin.
  • ( Resepi lauk-pauk nasi dagang ada didalam ''Dapur anak mak'')


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 biji cili hijau
  • 2 keping ikan tenggiri *
  • 1/2 cawan kelapa parut *
  • 4 biji bawang merah *
  • 1 s/t lada hitam *
  • Santan secukupnya - untuk merebus
  • Garam dan gula
CARA-CARANYA:
  • Belah cili hijau seperti dalam gambar diatas dan rendamkan didalam air seketika.
  • Rebus ikan hingga masak dan asingkan tulangnya, ambil isinya saja dan campurkan dalam bahan tumbuk.
  • Tumbuk bersama bahan yang bertanda * tapi jangan terlalu halus.
  • Letakkan garam dan sedikit gula.
  • Ambil cili yang telah dibelah tadi dan sumbatkan bahan tumbuk tadi hingga penuh bahagian belahan.
  • Buat hingga cili habis dan letakkan didalam periuk, kemudian tuangkan santan dan rebuskan hingga cili agak layu, angkat dan toskan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ekor ikan tongkol - dipotong-potong
  • 4 keping asam gelugor
  • 3 s/b cili pes (cili kering dikisar)
  • 3 biji cili merah - dibelah dua tanpa putus
  • 2 s/b gula merah
  • 5 biji belimbing buluh atau tomato
  • 2 s/b kerisik
  • 2 s/b rempah kari ikan
  • Santan kelapa secukupnya
  • Garam dan perasa
  • BAHAN KISAR:
  • 10 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/t jintan kasar
  • 1 s/t jintan halus
CARA-CARANYA:
  • Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam gelugor hingga ikan masak, angkat dan toskan airnya.
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan pes cili dan rempah kari, gaul rata, masukkan santan secukupnya, gaul lagi sehingga mendidih, masukkan kerisik dan ikan yang telah direbus terlebih dahulu tadi, gaul hingga rata, kemudian masukkan garam, perasa, cili merah, belimbing buluh atau tomato, gaul lagi hingga rata dan biarkan sehingga kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
Nak cita pasaL toge!
Aku gi r beli toge ni kat Central (alah! tempat yang aku besa gi beli barang dapo r) selalunya toge kat situ juaL jenis bundLe! atau ada bungkus kecik pun masih tak abis lagi! tetap banyak! so kalau beli selalunya yang pakainya sikit, yang lainnya tu dah jejak 4-5 hari tak abis2 sampai lesot kerepot dan bau bacin, jawabnya ke tonggg r...tapi masa aku beli barang aku terjumpa toge yang dah siap bungkus sikit2, aku pun capai r sebungkus! mak oihhh...mahai nak mampoihhh...sebungkus ciput macam tu Dkk10! (Rm 7) kaLau kat Mesia toge banyak cam tu adalah 50 sen.
Abihhh...nak pakai punya pasaL, beLi r gek!
Korang bayangkanLah kaLau korang dok kat Denmark ni, maunya bigo! (sib baik aku bigo sikit jew! huhu)
Wahai cik kak oi! udah2 ler kije nak compare rege Denmark dengan Mesia jew...kaLau macam tu jew gamaknya memang r jadi bigo!
Lupakan jew lah...terima jew lah hakikat yang ko tu dok kat Negara omputeh , memang r lain dan berbeza dengan negara sendirik! barang pun banyak yang import, memang r mahaL! (ayat nak sedapkan hati sendirik!)
So kalau kije nak complain je pasaL barang mahaL, makan je nasi ngan kecap hari2! bior kulit pun nanti jadi macam warna kecap! (buat Abyku, jangan terasa eh? muahahaha..)

SUMBER DARI: Retno Prihadana

BAHAN-BAHANNYA:
  • 100 gm unsalted butter
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 300 ml susu segar
  • 1 cawan cheedar cheese - parut
  • 2 s/b parmesan cheese
  • 1/2 s/b mustard
  • 1/2 s/t serbuk lada hitam
  • 4 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
  • 1 s/t parsley cincang
CARA-CARANYA:
  • Panaskan oven pada suhu 190c
  • Sapukan acuan dengan sedikit butter.
  • Cairkan butter diatas api yang perlahan menggunakan periuk kecil, masukkan, tepung gaul rata selama 1 minit, masukkan pula susu segar sambil dikacau menggunakan whisk hingga adunan lembut dan licin, sejukkan sebentar kira2 5 minit.
  • Tuang adunan kedalam mangkuk besar, masukkan juga cheedar cheese, parmesan, mustard dan lada hitam, gaul rata.
  • Pukul putih telur hingga gebu dan kembang.
  • Pukul kuning telur sedikit menggunakan garfu dan tuangkan kedalam adunan tadi, kemudian masukkan pula putih telur yang telah dipukul hingga kembang dan gebu, kaub balik adunan hingga rata dan sebati.
  • Sudukan adunan 3/4 penuh kedalam acuan, buat hingga habis adunan kedalam acuan dan bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum *
  • 1 s/t bikarbonat *
  • 1/2 s/t baking powder
  • 1/4 s/t garam halus
  • 1 s/t esen vanilla
  • 50 gm mentega cair
  • Beberapa hirisan pisang - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Masak gula melaka dengan air hingga gula larut, tapis dan sejukkan.
  • Ayak bersama bahan yang bertanda *
  • Pukul gula pasir dan telur hingga ringan, masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau mengunakan spatula hingga rata.
  • Masukkan garam, esen vanilla, mentega cair dan sirap gula merah tadi, kacau lagi hingga betul2 sebati.
  • Sapukan acuan dengan sedikit mentega dan susunkan kedalam periuk pengukus.
  • Tuangkan adunan sedikit2 kedalam acuan kira2 3/4 penuh acuan (jangan terlalu penuh) dan letakkan sekeping hirisan pisang diatas acuan yang berisi adunan tadi.
  • Kukus selama 20-25 minit.
SUMBER DARI: Cik Mat Gebu

  • 350 gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 140 gm mentega
  • 100 gm krim keju (cream cheese)
  • Secubit garam
  • 30 gm gula halus (gula kastor)
  • 10 biji cherry hijau dan merah (dicincang)
  • 3 s/b UHT whipping cream
  • 1 biji telur *
  • 2 s/b susu segar * ( * disatukan dan kacau sedikit)
CARA-CARANYA:
  • Masukkan mentega dan keju krim dalam mangkuk adunan, ayaK tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan tadi.
  • Masukkan secubit garam dan gaul ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti.
  • Masukkan krim dan cincangan cherry.
  • Gaul hingga rata dan tuang bancuhan telur dan susu sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh lembut tetapi tidak melekat di mangkuk dan tangan.
  • Alihkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur sedikit tepung.
  • Canai setebal 2 cm dan terap dgn acuan bulat berdiameter 6cm.
  • Susun atas dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.
  • Sapu dengan lebihan bancuhan telur dan susu tadi.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200C, selama 13 - 15 minit.
  • Alih skon yang telah masak ke atas redai dan sejukkan.
  • Hidang bersama jem kegemaran..

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus mee hoon - dicelur dan toskan
  • 300 gm fishball *
  • 300 gm shrimpball *
  • 300 gm squidball *
  • 300 gm meatball *
  • 100 gm tauge
  • 4 tangkai daun bawang - dihiris
  • Sedikit bawang goreng
  • BAHAN KUAHNYA:
  • Stok daging atau ayam secukupnya
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 1 s/t serbuk bawang putih
  • 1 s/b minyak bijan
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Goreng bahan yang bertanda * seketika, angkat dan toskan.
  • Masukkan semua bahan kuah kedalam periuk dan letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih.
  • Ambil sedikit mee hoon dan masukkan kedalam mangkuk, letakkan juga beberapa biji fishball, shrimpball, squidball dan meatball, letakkan juga sedikit tauge dan tuangkan kuahnya, taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama sambal kicap.
Jangan terkezut plak dengan title kat atas tu! bukan mummy daddy dia yang tak pose! saje je ejek dak kecik tu! tengok r...sejak ada scooter tu asal nak minum air mesti naik atas scooter, apa yang difikirkan agaknya dak kecik tu eh? ingat lawo sangat ke posing minum air atas scooter tu? tergolek baru tau! dah r tak mandi, tak pakai suar! anak sapa r itewww...

Suejoshua


Aku dan Aby (MFJ)


My family


Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa dan aktiviti hari ni ialah dari pagi sampai ke petang aku memang tak lekat dekat rumah.
Awal lagi dah keluar gi Central cari lauk ler apa lagi...pas tu gi Fisketorvet merayap dan kena saman cz tak letak timer parking (alah! yang macam jam kat tingkap cermin tu!) hahaha...Dkk510 terbanggg duit Aby tak pasal2! (kalau beli ayam dapat 20-30 ekor tau tak!) tu lah sapa suruh lope! aku memang tak ingat langsung cz yang aku ingat cuma nak tuju kat kedai yang aku nak gi tu, hihi.. selfish betul aku nih!
Apapun senin sok Aby gi bayar r..ada masa 10 hari je untuk bayar!
Kesoh r...terlupa pun nak kena saman kew? ini tidak adiL!
Kalau kat Mesia kes saman yang tak penting macam tu dalam 50 hengget jew! menci tau!

Lupakan pasal saman tu r...menci nak fikir!
So balik dari mencari saman tu aku sekuarga bersiap-siap nak gi majlis berbuka puasa kat rumah Pak Herman dan Kak Siti iaitu pasangan suami isteri yang dah bertahun-tahun dok kat Denmark ni.

Sampai je kat sana dan sambil menunggu masa untuk berbuka, kita semua bergambar sakan dan ada gambar2 kita beramai-ramai yang akan diletakkan juga dalam suratkhabar untuk edisi khas hari raya nanti.
Nantilah aku tepek gambar ramai2 tu cz bukan dalam camera aku pun, so gambar2 tu aku tunggu orang yang kasi nanti.
Cuma inilah saja gambar yang dapat aku ambil untuk tatapan korang dan kuarga aku kat Mesia nu...


Ni pula gambar bibik pembantu rumah Pak Herman dan Kak Siti!
Hah! bukan eh?
Ampon Kak Zara, ku pikirkan bibik tadi, gayanya serope bibik! hihi..
Pas ni kalau jumpa Kak Zara harusnya aku akan pakai perisai kat badan ku ini kerana takut ditembak oleh Kak Zara, ampon Kak Zaraaa...

Gambar kenangan dengan beberapa kengkawan yang sempat aku letakkan disini, yang takde tu janganlah berkecil hati kerana akan aku tepekkan lagi bila berkesempatan, penat r... tapi aku pelik cz gambar aku dengan Lin abdillah takde dalam camera aku padahal banyak kali gek aku gambar dengan dia, ni maybe dak Rica gatal tangan dok delete2 gambar.
Nanti ko! aku kutis2 ko!
Lin, kalau kau ada gambar aku dengan kau, hantar r kat aku eh?

Rhea bersama Aunty Dayang dan kakak Nini.


Setelah penat tersengih ambil gambar sampai ngilu gusi, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu MAKAN TIME! (buruk perangai betul!) buka puasa r...
Hidangan yang terhidang semestinya tuan rumahlah yang masak, banyak plak tu! sedap tu tak payah cakap r...tambah2 kalau perut dah berdansa! lagi r sedap membeduk! aku tak payah cakap r...makan sampai tak toleh kiri kanan, pas tu yang paling best sekali aku makan nasi ambil sambal belacan banyak2 (tamak!) sebab nampak menyelerakan dengan ulaman...sekaliii...ambik ko! berasap telinga! sedap tapi pedas tahap cipan! meleleh air hidong! sib baik tak meleleh atas nasi, hihihi..sib baik orang tak nampak! hudoh beno ghopenya!
Apapun memang puas makan hari ni dan paling best dapat berbuka beramai-ramai, pas tu senyap kejap sebab terawih...sambung dok kat dining, sambung makan dan borak2 lagi...pas dah kenyang balik r... (buruk perangai lagi!)
Pas ni umah sapa r plak nak buat majlis buka puasa reramai eh? jangan lupa jemput aku k!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin