Terima kasih lagi sekali pada Linda (1001 selera 1001 rasa) kerana kad ini, lain kali kasi lagi, hihi..
Selamat berpuasa yer...


Hari ni aku merajinkan diri aku untuk buat biskut ni, oleh kerana aku dah pernah buat biskut ni dan dah tepekkan dulu resepinya so tak payahlah letak resepinya lagi ek? kalau korang nak resepinya gi je kat bahagian ''Biskut'' dalam blog aku nih! cari resepi ''Irish cookies"
Sebenarnya aku buat biskut ni cz nak bawa esok sebagai buah tangan pada Tuan rumah yang menjemput aku sekeluarga dan kawan-kawan yang lain untuk datang kerumahnya pada majlis berbuka puasa esok!
Terima kasihlah pada pak Herman dan Kak Siti yang menjemput kami sekeluarga, dan yang bestnya kalau kesana cz dapat bergambar beramai-ramai untuk dimasukkan gambar kitorang dalam suratkhabar! maklomlah kitorang ni perantau so seperti biasalah kalau dah merantau tu pastinya gambar-gambar perantau akan terpampang dalam suratkhabar untuk salam aidilfitri yang akan datang! Heee...ngelat gek aku ni ek? sebok nak bergambar kengkunun nak masuk dalam suratkhabar pastu kat suratkhabar tu tulis ucapan sedih pasal perantau yang tak balik beraya! padahal seminggu sebelum raya aku dah cau balik Mesia! hihi..hentam sajalah labu asal perantau kira boleh r tumpang sekaki.
hihi..poyo!

Terima kasih buat Lindafendi (http://iskandarirfan.blogspot.com) kerana kadnya ye!
Akak dah amik semua kad2 yang Linda kasi (amik semua!tamak nih!) hihi..
Dikesempatan ini akak nak ucapkan pada Linda Selamat menjalani ibadah puasa dan Salam Ramadhan dari akak yang jauh diperantauan.




BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 biji telur - direbus atau digoreng
  • 1-2 s/b daging cincang
BAHAN-BAHAN SOSNYA:
  • 2 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1/2 biji capsicum - dipotong dadu
  • 2 s/b kacang pis
  • 2 helai daun limau - dimayang halus
  • 2 s/b jagung ( dalam tin)
  • 5 batang kacang panjang - dipatah memajang
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 - 3 s/b sos cili
  • 3 - 4 s/b sos tomato
  • 1 s/b bancuhan air tepung jagung
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Rempah tumis
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Gorengkan telur atau rebuskan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan rempah tumis dan biarkan hingga naik bau, masukkan bawang besar, baeang putih dan halia yang telah dihiris, kacau hingga bawang hampir layu, masukkan cili merah, cili hijau, capsicum, cili sos dan tomato sos...kacau rata.
  • Masukkan pula sedikit air dan juga bancuhan air tepung jagung...kacau rata dan tengok kepekatannya...kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi.
  • Masukkan garam secukup rasa, serbuk perasa dan gula semanis ikut citarasa dan rasakan masam, masin dan manisnya...ikut citarasa sendiri.
  • Biarkan kuah mendidih seketika dan masukkan telur yang telah digoreng terlebih dahulu bersama daging cincang dan kacang panjang, kacau sehingga kacang layu, masukkan pula daun limau, kacang pis dan jagung, kacau rata.
  • Bila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Terima kasih pada Amy yang berada di Germany untuk kad ni kerana ingat gek kat akak dan sudi kasi akak kad ni.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan juga untuk Amy dan suami, semoga dibulan yang mulia ini dapat merapatkan lagi silatulrahhim sesama kita.

Celamat berpoce!
Hari ni aku masak crayfish iaitu sejenis lobster kecil, aku suka disebabkan warnanya merah menyala dan nampak menyelerakan walaupun belum masak! hihi..crayfish ni sebenarnya ada 2 warna, yang jenis air tawar warnanya lebih pada kelabu tapi yang merah ni daripada laut dalam r kan...air masin, tu yang warnanya merah kot? banyak sangat terendam garam kulitnya tu! hihi..memandai jer aku nih..
Berbalik pada masakan, hari ni aku buat crayfish tom yam, nak cuba gek eh bila crayfish ni dibuat tom yam? selalunya orang guna udang dan seafood yang lain tapi jarang2 sekali orang guna crayfish ni so hakkak pun nak cobe gek apakah rasanya sodap atau sebaliknya?
Mmm..tak rogi nyah! memang sodap! rasanya seakan-akan udang campur ketam dan manis tau! isinya sedikit kenyal tapi sedap r...
Memang tak pernah rasa crayfish sebelum ni, tapi lobster tu selalu r gek rasa kalau balik Mesia tu, makan kan restoran seafood so ingatkan rasanya sama macam lobster je cz crayfish ni pun spesis lobster gek kan..tapi lain nyahhh..ko tak caya ko cuba! dan kalau makan crayfish ni kena banyak2 cz isinya ciput jew..kalau sikit tu memang tak puas, buat sangkut celah gigi jew..hihi..


BAHAN-BAHANNYA:
  • 25-30 ekor crayfish (sejenis lobster kecil) - dibersihkan
  • 8 cawan air
  • 4 s/b pes tom yam
  • 2 s/b pes cili Thai
  • 4 s/b perahan jus limau
  • 2 s/b sos ikan (Nampla sos)
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 2 inci lengkuas - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 12 biji cili padi - diketuk sikit
  • 2 helai daun limau - dikoyak
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Masukkan air kedalam periuk, kemudian letakkan diatas api yang sederhana, masukkan juga pes tom yam, pes cili, perahan jus limau, sos ikan, bawang besar, lengkuas, serai, cili padi dan daun limau.
  • Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan udang kekapis yang telah dibersihkan tadi sambil digaul rata, biarkan seketika, masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul perlahan dan akhir sekali masukkan tomato, gaul lagi dan bila tomato dan udang kekapis masak, bolehlah ditutup apinya dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.
Hari ni dapat e-kad dari Kakak alam mayaku yang sangat aku sayangi iaitu Kak Ct Delima, terima kasih sangat kerana sudi kasi Sue e-kad ni dan selalu ingat pada Sue yang jauh diperantauan ni...
Dari Sue juga buat Kak Ct '' Salam Ramadhan'' diucapkan, semoga ibadah kita sentiasa diterima Tuhan dan selalu diberkati, amin.
Sayang Kak Ct selalu.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 s/t soda bikarbonat
  • 1/2 s/t serbuk penaik
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • BAHAN TABURAN:
  • 1 cawan kacang tanah - dikisar
  • 1 tin kecil jagung manis (krim)
  • Gula pasir secukupnya
  • Sedikit mentega
CARA-CARANYA:
  • Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, serbuk penaik, sedikit pewarna kuning dan air hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Biarkan seketika hingga adunan mula naik sedikit dan berbuih, gaul rata.
  • Panaskan kuali leper (pan) non stick dan sapukan permukaan kuali dengan sedikit mentega, gunakan api yang kecil.
  • Ambil satu senduk kecil adunan dan tuangkan keatas permukaan kuali dan ratakan nipis, biarkan setengah masak dan bolehlah ditabur rata dengan sedikit kacang tanah yang telah dikisar terlebih dahulu, sedikit gula, dan jagung.
  • Biarkan hingga kekuningan, lipat dua dan bolehlah diangkat.
  • Sapukan permukaan apam balik dengan sedikit mentega.
  • Buat hingga habis adunan dan bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 keping isi ikan salmon
  • 4 s/b perahan jus limau nipis
  • 8-10 keping hirisan limau nipis (dipotong nipis)
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit butter
  • 2-3 helai daun salam kering (dikoyak-koyak)
  • Aluminium foil secukupnya (untuk membungkus)
CARA-CARANYA:
  • Perapkan ikan bersama perahan jus limau selama 1/2 jam.
  • Kemudian letakkan ikan diatas aluminium foil, taburkan permukaan ikan dengan lada hitam dan garam halus hingga rata.
  • Susunkan permukaan ikan dengan hirisan limau yang telah dihiris nipis, daun salam dan letakkan sedikit butter ditepi ikan.
  • Bungkuskan ikan dan bakar dalam oven pada suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg sotong - dibuang kulit hitamnya dan dibersihkan
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus
  • 4 biji cili padi merah - dihiris halus
  • 2 biji cili padi hijau - dihiris halus
  • 2 tangkai daun bawang - dihiris
  • 4 s/b perahan jus limau nipis
  • 1 s/t hirisan kulit limau nipis
  • 1 s/t sos ikan (nampla sos)
  • Sedikit garam halus
CARA-CARANYA:
  • Celur sotong hingga hampir masak, angkat dan toskan.
  • Hiris halus sotong yang telah dicelur tadi dan masukkan kedalam mangkuk, kemudian masukkan juga bawang besar, cili padi merah, cili padi hijau, daun bawang, perahan jus limau nipis, hirisan kulit limau nipis dan sos ikan (nampla sos), gaul kesemua bahan hingga rata dan akhir sekali taburkan garam halus sambil digaul seketika dan bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg udang besar - dibersihkan
  • 4 keping kobis jeruk asin - dipotong kecil
  • 1 s/b otak udang (petis)
  • 1 batang serai - dititik
  • 20 tangkai cili kering * (direndam dahulu dengan air panas)
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci kunyit hidup *
  • Garam, perasa dan gula
  • 6 cawan air
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak, kemudian masukkan air dan otak udang (petis) gaul rata dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan udang, kobis jeruk asin, garam, perasa dan sedikit gula, gaul seketika dan biarkan sehingga udang masak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 2 biji cili merah *
  • 4 biji cili padi *
  • 4 s/b udang geragau kering
  • 1 s/b serbuk pati udang
  • 1 s/b bawang goreng - dihiris
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing, kemudian masukkan udang geragau, serbuk pati udang, garam dan perasa, gaul rata, masukkan pula nasi sejuk, gaul sehingga bahan sebati, taburkan dengan bawang goreng, gaul rata, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.

Bangun je tido nari terasa buhsan betul! rasa macam kepala hotak ni berserabot! kije2 kat umah dah bereh..mmm...pas masak tadi terfikir plak yang nak gi umah Lynneisrin cz semalam ada gek cakap kat dia kalau hari ni ghajin, aku nak merayap umah dia tengok anak dara dia yang baru lahir minggu lepas, so aku pun sms r Lynne dan kabo kat dia nak datang umah dia.
Sampai je umah dia dok r borak2 sambil riba baby dia tu, geram r kan dengan baby2 ni, nak2 kalau yang cute teramat! lagi r geram!
Rasa macam nak kucubit-cubit dan geget2 anak si Lynne tu tau! tapi anak orang woi! ko gile ke hapa sesuka hati ko nak buat cam tu, kang disamannya aku ni, naye akak! huhu..
Sempat gek kubedal Lynne buat lengat pisang, ghajin betul minah tu, dalam hari masih menyempat buat kuih...ya adoh! kalau aku tak kose! baik aku baring ala2 orang dalam hari.. (dasar pemalas! kata mak aku dulu!) spoil r aku ni sebenarnya..
Pas balik umah Lynne tu aku singgah sat umah Poji, nak tengok plak keadaan bini dia yang tengah ngandung (ala2 tengah mabok muntah kundang!) adoh! taknak aku ngandong lagik weh kalau pk2 pasal mabok2 ni, naik kuruih kering dibuatnya badan ni nanti! (macam r sekarang tak kuruih!) akak dah penchennn hokkey! huhu...
Selepas jam mencecah kol 8 lebih malam aku pun cau r kan...tuan umah pun sok nak kije, tak paham kew? hihi..bla r...
Lagipun Aby dan budak2 sok nak menjalankan tugas memasing gek, mmm...cepat betul weekend berlalu eh..buring betul! dah r menghitung hari nak balik Mesia terasa lame bagai nak mampoihhh...huwaaa...

( Abaikan je lah gambar kat atas tu yer...takde kena-mengena pun dengan cerita yang aku tuliskan kat atas tu, huhu )


Hal kesah dak Rhea nari...
Tadi siang aku terperasan yang dak Rhea senyap je! selalunya suara dia je menyakat abang dengan kakak dia, ada je dideranya abang dan kakaknya tu tapi tadi ni tak plak dengar2 sore dia! takkan tido plak kot? baru je bangun tido, lagipun masih awal lagi, bukan masa dia tido pun..
Mmm..cari punya cari ropenya budak tu terselit kat tepi tv bilik mainan tengah menyorok main PSP kakak dia yang tengah charge!
Amboi! amboi! amboi! banyak cantik dia punya landing kat situ!
Kalau nak tahu yang dak Rhea ni memang lagi dulu berangan nakkan sangat PSP kakak dia tu, lebih2 lagi PSP tu warna purple, kiranya warna pompuan r..padahal daddy dia dah belikan game untuk budak2 kecik punya tapi dia tak main pun game tu, dia tetap nak yang kakak dia punya!
Yang abang dia taknak plak! agaknya PSP abang dia warna hitam, tak menarik kot kat mata dia? macam r tahu main! pakai tekan2 je aku tengok! tapi kalau dia main kengkunun macam ye ye ooo je muka dia...pirahhh...
Hah! ni lah jadinya kalau orang tak perasan! mesti dia dengan sembunyi2 akan main PSP kakak dia...mmm anak bertuah betul!
Kecik lagi nak mainan yang mahal, hengat daddy ko kije cop duit kew apa?




BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN NASI:
  • 4-5 pot beras
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 1 s/t garam halus
  • Daun pisang secukupnya - dilayur
CARA-CARANYA:
  • Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air mengikut sukatan beras.
  • Masukkan garam halus dan daun pandan, gaul rata dan masak seperti nasi biasa.
  • Bila nasi masak, cedokkan sedikit nasi dan letakkan keatas daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu, kemudian letakkan lauk - pauknya seperti mee goreng, serunding, sambal goreng (sayur yang digoreng dengan hati dan pedal ayam) ayam goreng dan telur masin, kemudian bungkuskan.
  • ( Resepi lauk-pauknya ada didalam ''Dapur anak mak'' )

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin