Hari ni aku ke FISKETORVET iaitu shopping centre kat Denmark ni yang selalu aku pergi, suka gi sini cz dekat tapi shopping centre ni idak ler beso mana pun cuma memandangkan dekat, tu yang selalu gak datang sini, makanan kat sini pun boleh tahan sedap dan senang nak cari, banyak tempat makan.
Aku idak ler berlanja sakan cuma singgah MNG belikan anak-anak sedara aku pakaian sesikit, biasalah anak-anak dara kat Mesia tu kemaruk dengan MNG cz kat Mesia brand ni boleh tahan mahal gek, kat sini pun kira boleh tahan mahal cuma memandangkan tengah sale tu kira mampu r nak dibelinya.
Tapi aku dapat gak r selai jaket jeans kat situ untuk aku, lawa gak...nampak ranggi, hihi...(selai jewww...mahai! tak mampu nak beli bebanyak!) huhuwaa...
Sebenarnya aku keluar hari ni cz ikut Aby beli model kereta-keretanya (hobi dia r yang pasang2 tu!) pas tu singgah plak ke Central cari bahan nak buat nasi ambang kampong esok! tekak terhengen! sib baik daun pisang melambak! musti sodap kalau nasik ambang dibungkus dengan daun pisang kan? mmm...
Pas tu barulah ke FISKERTOVET tu, siap jumpa orang bergaduh berdarah-darah tangan depa tau! (alehh..patong jer...) hihi...
Tak lama kat situ pas tu terus balik cz kepala hotak aku macam pening-pening lalat je, kurang makan bekfes kot pagi tadik! gangguan r...
Sampai umah terus masak nasik cz dak Rico tetiba mintak Indian food dengan pappadam, ya adoh! ngidam r plak dak jantan ni! oleh kerana dak Rico ni jarang-jarang nak mintak makan nasi, ni dah terlanjur dia mintak makan nasi, so buatkan r kan, daddy dia pun konpom soke! mmm...aku, Rica dengan Rhea ikut je, kitorang tak cewet..bedal jew..
K r..cauuu...































