
Nak gi jemputan, tapi bukan jemputan kahwin yer...jemputan berjumpa dengan Malaysian Ambassador.
Biasalah aku ni kalau dah berjalan tu nak menunggu sampai ke tempat dituju selalunya memang tak menyabar, dan selalunya untuk hilangkan ketidak sabaran itu, aku akan bergambar perasan ambil sendiri, dan selalunya yang aku ambil tu, gambar muka aku r...sapa lagi? huahuahua...
Wah nari solek sakan yer mak orang ni, perasan kengkunun! ntah sapa nak tengok gaknya! apapun lantak r..dah memang aku suka bersolek pun...kutepek bedak kat muka aku untuk kepuasan diri akulah kan, sapa nyampah nak tengok! aku paksa! korang tengok jugak walaupun tak soke! hahahaha bestnya paksa orang! (kena sampuk ke apa pompuan nih?)
Korang layankan je r ehhhh...

Hah! gambar ni saja nak tunjuk kat korang yang Dok kat Denmark ni bukan musim sejuk je manjang...datangnya panas! tu lah ghopenya! naik bersilau muka dek dijilat dengan cahaya matahari, huwaaa...aku dah legam! (opsss...ayat sensitip tu!) mmm...tapi memang aku dah nampak sejak-sejak ni kulit aku dah gelap sikit (nak sedapkan hati sendiri kunun cakap gelap sikit, padahal dah dalam kategori rentung!) dan macam kasar sikit! nampaknya balik Mesia kenak buat facial r sampai ok balik! kalau tak ok gek akan ku gosok muka aku dengan kertas pasir kasik lichinnn... (menggong ke apa?) idak ler sampai ketahap tu, cuma aku akan buat sesuatu r...lari topik lagik!
Berbalik pada cerita panas terik matahari di Denmark ni, sekianlah sahaja cerita kali ini.
Muahahaha...dah abis cerita r sebenarnya...dan aku dah penat nak tidur! sok nak gi picnic dan gi tempat-tempat yang telah dijanjikan oleh mereka-meraka yang sesama merayap esok!
Sampai esok k...cauuuuu....

























