Weekend kalau keluar, dah tentu2nya aku tak masak, siang tadi lepas balik dari jemputan makan2 terus merayap, biasalah kalau dah merayap tu memang segala-galanya pun kat luar termasuk makan! best gek aku dapat cuti masak! sampai rumah pun dah lewat, jadi memang melayan tengok tv je lah sambil tunggu mata mengantuk, hari pun dah lewat, tinggal tunggu tido je lah.
Dalam pukul 11.30 malam macam tu tetiba anak2 dan bapak budak boleh mintak maggi! adoooh!!!
Ingat nak tido ke? apa ke? rupanya memalam buta masih lagi nak isi perut, bior beno diorang ni?
Nak taknak kenalah jugak masakkan depa tu! segala macam benda yang ada dalam esbok tu aku letak kat maggi diorang, bior kekenyangan pastu tido! senang! tak payah nak mintak apa2 lagi! dah malam lah weiii!!!


Hari ni aku sekeluarga dijemput oleh Ala iaitu seorang student dari Malaysia yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya kat Denmark ni, kiranya macam majlis perpisahan r gitu! orangnya cek mek molek yang duduk kat depan sekali tu dan lagi 4 hari Ala ni akan balik ke Malaysia...mmm best eh dapat balik sebelum raya! takpe kau balik dulu eh Ala, nanti aku ikut kemudian..huhu..
Untuk Ala, diucapkan semoga selamat nanti sampai ke tanahair dan selalulah ingat kita-kita semua kat sini.


Beginilah suasana majlis tu, ramai juga yang datang dan memasing memang bawa makanan dan tentu-tentulah banyak makanan yang terhidang...



Dan kerana datang terus makan dengan muka tak malunya, jadi ini sajalah gambar makanan yang sempat aku ambil, yang lain-lain tu agak jauh dari aku dan ramai orang, segan plak nak ambil gambar tu so aku ambil yang depan-depan mata je lah ehhh...
Hidangan hari ni ialah nasi campur bermacam-macam lauk r..dah nama pun nasi campur, juga mee kari dan bermacam-macam jenis kuih-muih...layannn...


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan RasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah berjuang
Ke jalan Allah Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga


Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)"


(Minta haLaL ye Da! aku ambik dari bLog kau!)





Ni lah kenangan gambar masa zaman2 berdating dengan Aby dulu, masa tu aku punyalah kecik dan kurus kering! Aby plak memang dari dulu pun orangnya beso dan tinggi! kalau aku dengan Aby macam kat celah ketiak jer r tersepit! hihi...
Sebenarnya aku letakkan gambar lama ni adalah diatas kemahuan seseorang yang teringin gaknya nak tengok zaman2 aku muda2 sewaktu berendut dengan Aby (En Rad kot! yang nak tengok tu? jangan ketawakan eh?)
Hihi..memang r kelakar kalau tengok gambar lama2 macam ni, poyo pun ye gek! tapi kenangan gambar2 lama macam ni bukan senang nak dapat (zaman muda2) sekarang pun bukan tua sangat!
Jadinya harusku simpan sebagai kenangan dan nostalgia buat diri sendiri.





Hari ni bukan tak masak!
Aku masak seperti biasa, cuma tak masukkan resepinya cz ,kebanyakkan masakkan hari ni resepinya dah ada dalam senarai kat blog aku ni, so aku letak gambar orang tengah makan pun ok r eh?
Ku tepekkan gambar Aby yang sedang menikmati hidangan nasi daun pisang! sesekali makan macam ni teringat gek nostalgia kat Malaysia, huhu..
Lagipun makan nasi daun pisang cam ni senang keroje aku, tak payah nak basuh2 pinggan, pas makan terus buang! sonang baitu!
Apapun korang tengok r muka Abyku itu, berselera sekali yer...mana taknya? dapat makan makanan fav dia, licin sampai daun pisang tu, sib baik tak dibedalnya dengan daun-daun pisang tu sekali! (ayat perasan masak sedap!)
Hyehhyehhyehh....



BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN DOH:
  • 300 g tepung gandum atau guna tepung roti
  • 1 s/b tepung susu
  • 200 ml air
  • 15 g gula pasir
  • 4 g yis
  • 25 g shortening 1 s/t garam
  • BAHAN LAIN:
  • 2 Tin kecil tuna - dengan minyak zaitun
  • 3 s/b cili sos
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 2 biji cili hijau - dihiris halus
  • 1 biji cili merah - dihiris halus
  • 4 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • Mozarella cheese secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah
CARA-CARANYA:
  • UNTUK DOHNYA:
  • Masukkan kesemua bahan kedalam mixer tapi tukar besi pada besi yang membuat roti, mix hingga sebati dan menjadi doh, keluarkan doh dan tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan anginnya, kemudian rehatkan doh selama 10 minit, canaikan doh seperti biasa dan letakkan diatas pizza pan dan cucuk adunan dengan garfu.
  • Gunakan BM lagi senang, cuma masukkan kesemua bahan kedalam BM sehingga siap menjadi doh, keluarkan dan buat proses yang sama seperti diatas.
  • Uli dengan tangan pun boleh jika mahu, cara-caranya campurkan kesemua bahan doh kedalam mangkuk besar kecuali air, kemudian bancuh kesemua bahan dengan air sedikit demi sedikit sambil terus diuli hingga menjadi doh yang tidak melekit pada tangan, tetapi jangan terlalu lembut.
  • CARA MEMBUAT PIZZA:
  • Canai adunan doh menjadi bentuk bulat yang nipis dan letakkan diatas pan pizza atau dulang pembakar, cucuk-cucukkan adunan yang telah dicanai tadi dengan garfu, masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 180c.
  • Keluarkan adunan tadi dan sapukan dengan sos cili serata permukaan adunan, kemudian taburkan bawang, cili merah dan cili hijau, diikuti dengan taburan mozarella cheese, kemudian taburkan pula daun ketumbar.
  • Akhir sekali taburkan tuna yang telah dihancurkan terlebih dahulu diatas pizza tadi.
  • Bakar semula pizza selama 20 -25 minit.
  • potong-potong pizza dan bolehlah dihidangkan.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 1 s/b serbuk pati ikan bilis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang telah berisi dengan tepung tadi kecuali air dan minyak, gaul hingga sebati tetapi bancuhan janganlah terlalu lembik atau terlalu keras.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gunakan api yang sederhana.
  • Sudukan sedikit-sedikit adunan tadi kedalam kuali, buat hingga habis.
  • Balik-balikkan gorengan sehingga masak keperangan dan garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidangkan bersama cili sos.

MFJ


All My Life

I will never find another luva sweeta than you,
Sweeta than you
And I will never find anutha luva more precious than you
More precious than you
Girl you are
Close to me you’re like my mother
Close to me you’re like my father
Close to me you’re like my sister
Close to me you’re like my brutha
You are the only one my everything and for you this song I sing

And all my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life
I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too

I said you’re all that I’m thinkin’ of…..baby

Said, I promise to never fall in love with a stranger
You’re all I’m thinkin’ of, I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really love you

And all my life, baby, baby, I’ve prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me

You’re all that I ever known
When you smile, on my face, all I see is a glow
You turned my life around
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too

All my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too...

Buat kawanku Iddahashim yang kini berada di Riyadh, aku ucapkan
''Selamat Hari Lahir'' untukmu, semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang.
Tiada hadiah yang dapat aku persembahkan untukmu, hanya sekadar ucapan dan gambar ini sebagai tanda yang diriku selalu ingat tentang persahabatan kita, dan kau selalu diingatan.
Salam sayang dari sahabatmu yang jauh.

SUMBER DARI: Cik Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA:
  • 500 g udang besar - dibersihkan
  • 8 batang kacang panjang, dipatah 2 inci setiap satu
  • 1 batang carrot - dipotong kecil memanjang
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam, perasa dan gula
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - diketuk
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 3 biji buah keras *
  • 1/2 inci belacan - dibakar *
  • 3/4 camca besar udang kering *
  • 15 tangkai cili kering (dipotong dan rendam dalam air panas, toskan)
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, hiris , bawang putih hiris, halia dan serai titik hingga wangi, masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan udang, gaul rata dan masak sekejap hingga udang kecut.
  • Tuang santan cair dan biar mendidih, masukkan carrot dan santan pekat.
  • Biar mendidih perlahan, tambah garam, perasa dan sedikit gula.
  • Kemudian masukkan asam gelugur dan kacang panjang.
  • Bila kacang panjang sedikit lembut, bolehlah ditutup apinya.
SUMBER DARI: Kaksma
BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 biji telur - mengikut kepingan roti
  • Beberapa keping roti sandwich - dibuang tepinya
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit butter atau majerin
  • Sedikit cheddar cheese
CARA-CARANYA:
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yang digunakan.
  • Letakkan sekeping roti yang telah disapu dengan sedikit butter didalam setiap bekas muffin atau bekas membakar kecil dan tekankan sedikit ditengah-tengah roti supaya senang untuk dimasukkan telur nanti.
  • Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji pada setiap roti tadi.
  • Tabur lagi sedikit lada sulah dan garam.
  • Masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 15-20min atau hingga telur putih just set dan telur kuning cair sedikit.
  • Akhir sekali taburkan sedikit cheddar cheese keatas telur yang panas tadi, biarkan seketika hingga cheese cair dan bolehlah dihidang bersama sos cili jika mahu.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-6 keping roti sandwich
  • 2 s/b mayonis
  • 1/2 s/tserbuk lada sulah
  • 1/2 s/t garam halus
  • 1 tin kecil tuna - dengan minyak zaitun
  • Sedikit butter
CARA-CARANYA:
  • Sapukan setiap keping roti dengan sedikit butter dan ketepikan.
  • Masukkan tuna kedalam sebuah mangkuk, kemudian masukkan mayonis, serbuk lada sulah dan garam halus, gaul rata kemudian letakkan sedikit-sedikit pada roti tadi, tutup kembali roti yang telah diisi dengan inti tuna dan bakarkan didalam sandwich maker selama beberapa minit hingga keperangan.

Ni lah aktibiti bebudak ni sejak cuti skuL!
Aku rasalah...kaLau bebudak ni naik skuL sok, mesti diorang ni rajin nak membaca buku dan buat homework kan? mana taknya, dah kesedapan menunduk macam tu! hehehe!!!
(Tak mananya diorang rajin nak baca buku seLagi tekak aku ni tak menjerit macam tarzan!!! kat diorang tu!)
KaLau akuLah kan? kije dok macam tu je, mesti dah kena penyakit tengkuk atau teLenggg!!!
Yang kecik tu pun sama naik gek! apa yang abang dengan kakak buat, dia copy je! padahaL sepatah hape pun tak tahu!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 keping tauhu - dibelah 3 segi
  • 1 batang timun
  • 1 mangkuk kecil tauge - dibuang ekornya
  • Minyak masak secukupnya - untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Kupas kulit timun dan potong 4, belah tengahnya dan buang bahagian lembut (bijinya) ambil bahagian keras timun sahaja dan dipotong memanjang.
  • Celurkan tauge seketika dan toskan airnya.
  • Campurkan tauge dan timun kedalam mangkuk sambil digaul rata, ketepikan.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan tauhu yang telah dibelah tadi sehingga keperangan, angkat toskan minyaknya dan sejukkan.
  • Belah tengah bagahian tauhu tadi dan sumbatkan dengan campuran timun dan tauge tadi sehingga penuh belahan bahagian tauhu tadi.
  • Sedia untuk dihidang bersama dengan sambal kacang atau sos kacang.
BAHAN SOS KACANG:
  • 6 s/b sos cili
  • 1 s/b pes cili
  • 1 s/b kicap pekat manis
  • 1 cawan kecil kacang tanah - disangai tanpa minyak dan dikisar
  • 1 s/t bijan - disangai tanpa minyak
  • 2 s/b gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 s/t garam
  • 1 s/t tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
  • 1 1/2 cawan air
CARA-CARANYA:
  • Masukkan sos cili, pes cili, kicap pekat manis, gula merah, gula pasir, garam dan air kedalam periuk kecil dan masakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang tanah yang telah dikisar bersama bijan yang telah disangai terlebih dahulu tadi sambil digaul rata.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung dan digaul sehingga sos menjadi pekat.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 s/b sos cili
  • 1 s/b pes cili
  • 1 s/b kicap pekat manis
  • 1 cawan kecil kacang tanah - disangai tanpa minyak dan dikisar
  • 1 s/t bijan - disangai tanpa minyak
  • 2 s/b gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 s/t garam
  • 1 s/t tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
  • 1 1/2 cawan air
CARA-CARANYA:
  • Masukkan sos cili, pes cili, kicap pekat manis, gula merah, gula pasir, garam dan air kedalam periuk kecil dan masakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang tanah yang telah dikisar bersama bijan yang telah disangai terlebih dahulu tadi sambil digaul rata.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung dan digaul sehingga sos menjadi pekat.
  • Sejukkan dan masukkan kedalam botol.
  • Simpan ditempat yang dingin atau peti sejuk untuk sos tahan lebih lama.
  • Sos ini sedap dimakan bersama popia atau tauhu sumbat.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin