Tadi aku gi Stroget, cari barang sikit! besalah orang dah semangat nak balik raya ni dari sekarang dah sebok beli barang2 untuk buahtangan kat anak2 sedara dan cucu sedara aku yang kat Mesia nuuu...alah!beli sikit2 dulu nanti time dah nak balik sok jadik banyak gek!
Anyway, masa sampai kat Stroget tu aku terkezut gek! mana taknya! suasana dah macam kat Mesia, dengan perarakan orang2 bangsa Cina termasuk omputeh yang berangan macam Cina pun ada, dan omputeh yang berangan nak jadi macam orang Hindu pun ada! mmm...macam2 r diorang ni! kelakar pun ada gek aku tengok! tapi layankan jewlah diorang2 ni, dah takde kije agaknya hujung2 minggu diorang nihhh! huahuahuaaa...aa





BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN DOH:
  • 300g tepung gandum atau guna tepung roti
  • 1 s/b tepung susu
  • 200 ml air
  • 15g gula pasir
  • 4g yis 25g shortening
  • 1 s/t garam
  • BAHAN LAIN:
  • 1/3 botol sos pasta
  • 2 biji tomato - dihiris nipis
    Sedikit oregano herb
    Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Hirisan salami secukupnya
  • Cheese potong secukupnya - untuk menabur
  • Parmesan secukupnya - untuk menabur

CARA-CARANYA:

  • UNTUK DOHNYA:
    Masukkan kesemua bahan kedalam mixer tapi tukar besi pada besi yang membuat roti, mix hingga sebati dan menjadi doh, keluarkan doh dan tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan anginnya, kemudian rehatkan doh selama 10 minit, canaikan doh seperti biasa dan letakkan diatas pizza pan dan cucuk adunan dengan garfu.
    Gunakan BM lagi senang, cuma masukkan kesemua bahan kedalam BM sehingga siap menjadi doh, keluarkan dan buat proses yang sama seperti diatas.
    Uli dengan tangan pun boleh jika mahu, cara-caranya campurkan kesemua bahan doh kedalam mangkuk besar kecuali air, kemudian bancuh kesemua bahan dengan air sedikit demi sedikit sambil terus diuli hingga menjadi doh yang tidak melekit pada tangan, tetapi jangan terlalu lembut.
  • CARA MEMBUAT PIZZA:
  • Canai adunan doh menjadi bentuk bulat yang nipis dan letakkan diatas pan pizza atau dulang pembakar, cucuk-cucukkan adunan yang telah dicanai tadi dengan garfu, masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 180c.
    Keluarkan adunan tadi dan sapukan dengan sos pasta diatas adunan pizza tadi, kemudian taburkan oregano herb dan juga daun ketumbar, taburkan pula cheese yang telah dipotong kecil2 mengikut banyak mana yang mahu dan masukkan didalam oven, bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c mengikut jenis oven, bila masak, keluarkan pizza dan taburkan sedikit parmesan, potong-potong dan bolehlah dihidangkan.
Lagi koleksi Abyku yang dah siap, berhempas pulas Mat Mechanic tu menyiapkan koleksi keretanya dengan penuh gigih sekali! eawww... gahjin nyewww!
Sekarang Mat Mechanic tu sedang menyiapkan lagi tah beberapa model keretanya ituuu! nak tahu tak nape aku panggil Mat Mechanic? sebab kalau tengok jari2 dan celah2 kuku Aby dah macam Mat Mechanic, penuh dengan cat2 kereta dan pendek kata nampak tidak bersih sekali! eawww...mak geliii!!! gi bersihkan gih!!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibuang tulangnya
  • 1 s/t serbuk paprika
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur - dipukul dengan garfu
  • Sedikit air
  • Serbuk roti secukupnya (bread crumbs)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • BAHAN SOS:
  • 2 s/b minyak zaitun (olive oil)
  • 1 s/b cili pes
  • 1 s/b tomato puri
  • 3 s/b madu (honey)
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 4 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 1/2 cm halia - ditumbuk halus
CARA-CARANYA:
  • Lumurkan telur yang telah dipukul tadi dengan ayam.
  • Satukan tepung jagung, paprika dan serbuk lada sulah, kemudian gaulkan dengan ayam, celupkan ayam tadi dengan sedikit air dan salutkan ayam dengan serbuk roti (bread crumbs) sehingga menutupi keseluruhan ayam.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ayam tadi sehingga ayam masak dan garing, angkat dan toskan.
  • Sementara itu panaskan minyak zaitun (olive oil) didalam periuk kecil, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili pes dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan tomato puri dan madu (honey) , tambahkan sedikit air yang telah dicampur dengan sedikit tepung jagung untuk memekatkan sosnya, gaul hingga mendidih dan bolehlah ditutup apinya, hidangkan bersama isi ayam yang telah digoreng tadi.


BAHAN-BAHANNYA:
  • NASI GORENG:
  • 1 mangkuk nasi sejuk (kira-kira 4 pot)
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 4 biji cili padi *
  • 2 biji cili merah *
  • 2 s/b udang kering
  • 4 s/b butter
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan butter didalam kuali dan gorengkan udang kering hingga garing, kemudian masukkan bahan tumbuk, gaul rata hingga garing, masukkan garam dan perasa secukupnya, akhir sekali masukkan nasi sejuk sambil digaul hingga sebati dan masak, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan bersama udang panggang, keropok, telur rebus dan hirisan timun.
  • BAHAN UDANG PANGGANG:
  • 8 - 10 ekor udang basah besar
  • Beberapa biji tomato cherry
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Butter
  • Lidi untuk menyucuk (lidi sate)
CARA-CARANYA:
  • Udang dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. kemudian cucukkan dengan lidi berselang seli dengan cherry tomato, kemudian susunkan diatas dulang pembakar, potong dadu beberapa ketul butter dan taburkan diatas dulang pembakar tadi, bakar dalam oven pada suhu 180c selama 25-30 minit dan balik2kan udang setiap 10 minit supaya masak rata.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg udang basah
  • 30 tangkai cili kering * (direndam sekejap dengan air panas)
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 inci belacan *
  • 2 s/b udang geragau
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 s/b air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar kasar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar dan udang geragau hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa dan gaul hingga hampir kering, masukkan pula air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan bawang besar dan udang basah, biarkan hingga udang berubah warna dan akhir sekali masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul sebati sehingga sambal betul2 kering, bolehlah ditutup apinya.

Seorang anak kecil yang hadir dalam kehidupan kami sekeluarga membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan dengan hilai tawa dan karenah yang sangat2 menyerikan kehidupan kami.
Rhea Alicia!



Bahagianya bila selalu dapat bersama dengan yang tersayang lebih2 lagi dengan suami tercinta, arhhh...pendek kata tak terucaplah dengan kata2, hanya hati yang mampu bicara!
Wei! dah kenapa dengan aku hari ni gaknya? tetiba datang plak penyakit jiwang karat dan merapu! macam tak percaya yang aku ni sebenarnya adalah romantis! bluekkk!!! nak muntah pun ada bila tetiba aku jadi romantis macam ni! tapi nak kata apa kan, aku ni juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sesekali tu nak jugak berjiwang karat dengan Abyku itewww!!!
Hihihi...maluuu...

Banyak yang nak dikongsikan pada korang pada birthday party anak2 aku hari ni, cuma penat plak rasa badan ni dan mood nak tulis pepanjang pun macam terbantut jek! gambar pun aku tepek mana yang sempat je lah eh!! kalau nak tepek semua tu maunya penuh blog aku ni! so aku tepek mana yang termampu dek jari ni je lah! layannn!!!


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin