Inilah tetamu2 aku yang datang pada birthday party anak2 aku hari ni, ramai jugalah yang takde kerana bercuti, memandangkan kat Dk ni tengah cuti sekolah so ramai yang gi bercuti tapi walapun begitu tetamu2 yang datang hari ni cukup memeriahkan suasana, seronok dapat sesekali berkumpul dan berborak-borak, semestinya kalau dah berborak tu hanya suara aku yang macam guruh berdentum dan hilai ketawa kawan2 aku saja yang kedengaran, diorang tu kuat berborak juga cuma suara diorang tu tak sama dengan suara aku, diorang tu lemah lembut jek! (kecuali Aya! kuahkuahkuah!) aku ni lain! badan je kecik, suara plak mengalahkan gajah! agaknya ada kawan2 aku yang dah pekak dek pekik suara aku nih! kesian diorang tu! hihihi...sabau je lah eh?
Berbalik pada birthday party hari ni, korang layankan je lah gambar2 kawan2 aku yang datang kerumah aku hari ni, macam2 perangai dan macam2 ragam!



Inilah juadah yang sempat dihidangkan pada birthday party Rico & Rica tadi.
Aku masak nasi campur berlaukkan kari ayam, sayur campur, sambal udang, ayam panggang dan mee rebus, kuih plak aku hanya sempat buat lepat pisang dan bingka jagung, juga aku beli sedikit rambutan dan minuman.
Juga aku sediakan goodie bag untuk tetamu aku dan tetamu anak2 aku.
Kawan2 kat sini semua datang bawa kuih muih, aku memang dah tahu diorang akan bawa sesuatu kalau datang, jadinya aku hanya buat kuih sikit jek!
Dan kuih muih dari mereka ada kuih serimuka, lopes,butter kek dan apam balik.
Memang banyak makanan2 tu kalau dah dicampurkan semuanya, sampai tak terabis tapi aku ni biasalah...kalau tak habis tu sebelum diorang balik kenalah tapau sorang sikit, kalau tak memang tak termakan kerana dah lewat dan masing2 dah penat nanti malas nak makan dan terbiar makanan tu macam tu sampai basi, jadi untuk elakkan jadi macam tu, lebih baik dibagi-bagi sorang sikit yer dak?



oLeH KeRaNa HaRi Ni BiRtHdaY RiCa, KiTa sEmUa NaK BaWa Dia Gi sHoPPiNg aPa jE MaiNaN YaNg Dia NaK! MaSuK jE KaT tOy'S r Us Dia TeRuS TaK bUaNg2 MaSa Dan TeRuS MeMuNgGaH baRaNg dEnGan RaKuSnYa SeKaLi! HeHeHe...LaNtaK kO LaH NaK!
SeMenTaRa BeBuDaK tU HiLaNg MeNcaRi Dan MeRaMbaNgKaN MaTaNya, aKu PuN TaK LePaSkaN PeLuaNg MeNiLiK MaiNaN2 YaNg aDa KaT SiTu! mmm...aKu PuN JaKuN GaK PaSaL MaiNaN2 Ni SeMua! Ye LaH..DuLu MaSa aKu KeCiK2 mEnDa2 Ni SeMua BuKaN aDa! JaDi SiFaT JaKuN tU DaTaNgLaH BiLa tEnGoK bEbEnDa Ni! CiaN aKu KaN? pOyOs BeTuL!


Hari ni 3hb july ialah birthday Rica, beza seminggu saja daripada Rico.
Kalau Rico dah menyambutnya minggu lepas, hari ni Rica plak! so today bawalah budak Rica tu gi jalan2 n gi belanja dia makan Mcd dan gi cari present dia.
Party Rico dan Rica akan diadakan esok iaitu 4hb sabtu, so kalau nak tengok gambar2 suasana party diorang nanti, korang tungguuu!!!



Gambar ni diambil pada tahun 1981 iaitu Aby berumur 16 tahun dan kalau nak tahu gambar yang kat atas tu gambar Aby semasa sekolah menengah di Swiss Cottage Secondary School kat Singapore.
Zaman persekolahan Aby memang kat Singapore kengkununnya jodoh dah dekat je cz aku kat Jb je masa tu! hah! dah dekat kan? hehehe...padahal masa tu umur aku baru 4 tawun! nak dijadikkan ceritalah kunun2 nyer...pirahhh! agaknya masa tu Aby nampak aku pun tak pandang! budak kecik berumur 4 tawun yang comot dan koreng, ireng, kering dan kuntet!
Korang bayangkanlah ye kalau dah jodoh, perbezaan umur dah tak dipandang pun! tapi masa aku jumpa Aby dan bercinta cintun pun umur aku masa tu dah 20an so walaupun jarak tu memang banyak tapi dah dewasa so tak r nampak macam budak kecik kalau dibandingkan masa gambar Aby yang kat atas tu dengan umur aku masa tu!
Tu lah namanya jodoh! telah ditentukan oleh yang maha kuasa walaupun kadang mustahil pada akal fikiran kita tapi tidak pada yang maha kuasa!
Walau apapun aku gembira dan bahagia.



BAHAN-BAHANNYA:

  • 4 cawan beras basmati
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Rempah tumis (4 beradik)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang putih (dimayang)
  • 2 s/b minyak sapi
  • 2 s/b bawang goreng
  • Sedikit garam

CARA-CARANYA:

  • Rendam beras basmati selama 10 minit, bersihkan dan toskan.
  • Panaskan periuk rice cooker diatas dapur dengan api sederhana, masukkan minyak sapi didalam rice cooker, bila minyak sapi panas, tumiskan rempah tumis hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang, gaul hingga bawang layu, masukkan pula serai dan daun pandan, gaul rata barulah masukkan beras, gaul seketika lebih kurang 1-2 minit, masukkan sos tomato, tomato, susu cair dan sedikit garam, gaul sebatikan semua bahan kemudian angkat periuk dan letakkan dalam rice cooker dan tutup periuk, teruskan memasak seperti masak nasi biasa, bila nasi hampir kering, taburkan bawang goreng dan gaul sikit, tutup semula periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  • Hidangkan bersama ayam masak merah.

BAHAN AYAM MASAK MERAH:

  • Ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • Sedikit garam
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 s/b kacang pis (dalam tin)
  • 1 s/b kismis (jika mahu)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak secukupnya
  • BAHAN KISAR:
  • 8 tangkai cili kering (direbus dulu)
  • 2 barang serai
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar

CARA-CARANYA:

  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali, gaulkan ayam dengan garam dan gorengkan ayam hingga hampir masak kemudian angkat, toskan minyaknya.
  • Dikuali yang sama, tapi kurangkan jumlah minyaknya (anggaran 4 s/b minyak) tumis bahan kisar hingga garing, masukkan sos tomato, serai yang telah dititik dan tomato yang telah dipotong dadu tadi, gaul sebatikan kemudian masukkan pula ayam dan bawang besar yang telah dipotong bulat, gaul lagi lalu masukkan garam, perasa dan gula secukupnya, gaul balik2 kan ayam dan biarkan hingga kuah pekat, akhir sekali taburkan kismis dan kacang pis, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.




Sejak dah masuk summer ni cuacanya makkk oiii! paneh bukan main! dok dalam rumah dah macam dok dalam oven! dah r rumah jenis bertutup! ye r...umah kat negara omputeh ni mana ada tingkap macam kat Mesia tu, boleh buka tutup! yang boleh buka pun tingkap dapur dengan tingkap bilik air jek! tu pun pada aku tak memberikan kesan sangat! tetap panehhh! bukak kipas pun yang keluaq hanyalah hangin paneh...macam takde!
Dan kalau nak tahu panas kat sini adalah panas yang cepat menghitamkan kulit! sinar UV nyer...mmm...pakai apapun tak lot!
Sejak2 musim panas ni tiba, aku selalu suruh anak2 aku main kat luar, ye lah cian kat diorang sebab dok dalam rumah memang panas! dan yang kesiannya jugak anak2 aku dah hitam mengalahkan masa duduk kat Mesia dulu!
Eh! apa daa..duduk kat negara omputeh jadik hitam!




Inilah cara anak2 aku menghitamkan kulit diorang!
Sok raya balik Mesia sedara mara tak kenal kerana dah hitam! huhuhu....



Hakku pun dah tak tahan gek kat dalam umah tu! so dok r kat luar tu sambil tengok2 bebudak tu main sambil aku temurunkan aktibiti makcik2 aku yang dulu dok kat kampung dok petik kopi tapi anak saudaranya ini dok petik strawberry...dah up sikit! huahuahua...
Dan yang sebenarnya aku memanglah takut nak berjemur kat luar ni, nanti dah tak cun! takut hitamzzz! mmm...apa nak buat? terima jew lah seadanya Cik Sue oi!ko tu dah memang hitam! lagi tak sedo diri! cuma tak bekarat jew lahhh hokkey!


Inilah hasil yang aku dapatkan dari penat lelah memetik strawberry, ek eleh! penat lelah kemendenye! peluh pun tak keluar!
Dan hasil ini akan dingap oleh budak kecik yang memang minat dengan menda alah ni!



Selain dari aku anak beranak, Aby juga turut keluar rumah untuk menghitamkan kulitnya! tapi aku pelik kerana budak2 dah nampak hitam! aku pun dah nampak coklat (ayat yang taknak mengaku hitam!) tapi Aby yang selalu keluar kena panas tu tak hitam2? aku memang pelik! cuma rentung jew!!! muahahaha.... wei apa daa kutuk laki hakku! tak baek tau! laki hakku tu semulajadi memang begitew hokkey so dalam keadaan yang macam ni dia seorang yang tak nampak perubahan! kira dia beruntung r...tak payah nak pikir2 takut hitam kan? dan untuk Abyku itew, kau tatap manjadi pojaan hattiku! (ayat bodek! mesti ada apa2 ni!) huhuhuu!!!





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg udang basah - dibersihkan
  • 2 biji terung - dipotong bulat
  • 15 tangkai cili kering * - direndam dengan air panas sebentar
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 batang serai *
  • 2 biji buah keras *
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • 6 cawan santan
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing, masukkan serai yang telah dititik bersama asam gelugor sambil digaul rata, masukkan pula santan, biarkan hingga mendidih tapi gunakan api yang sederhana sambil digaul perlahan supaya tidak pecah santan, masukkan udang, garam, perasa, sedikit dan gaul lagi hingga udang berubah warna dan masak, akhir sekali masukkan terung dan gaul, biarkan hingga terung masak dan bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg tulang kambing - bahagian peha
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 s/t serbuk lada hitam
  • 1 biji sup bunjut (adabi)
  • Rempah tumis - 4 beradik
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup - dihiris
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan rempah tumis, bahan tumbuk serbuk lada hitam dan sup bunjut hingga naik bau, masukkan pula air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih, masukkan tulang tadi bersama dengan garam dan perasa, gaul rata dan biarkan sehingga masak, akhir sekali taburkan bawang goreng bersama daun sup, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 10 biji putik jagung - dibelah 2
  • Kacang buncis - dihiris
  • Bunga kobis - dipotong kecil
  • 2 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 1 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau - dihiris nipis
  • 1 s/b udang kering
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan udang kering dan gaul rata hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hijau sambail digaul hingga layu, masukkan kobis bunga, garam dan perasa, gaul hingga kobis bunga lembut dan akhir sekali masukkan kacang buncis dan putik jagung, gaul hingga semua bahan masak, bolehlah ditutup apinya.

Akhirnya Aby berjaya dapatkan pistol ni! dulu memang dia nak beli sebagai koleksi cz kat Denmark ni kalau setakat pistol gas macam ni tak payah pakai lesen pun! dan pistol ni walaupun pistol gas tapi tetap bahaya kerana ada peluru plastik dan fungsi gas tu ialah untuk keluarkan peluru tu, kalau kena orang memang boleh cedera dan berat pistol ni adalah dalam 1 kg lebih macam tu lah, lupa plak nak timbang! tapi kalau pegang memang terasa beratnya! ye lah...besi kan...
Apapun sebenarnya Aby nak simpan pistol ni kat bawah katil tempat dia tidur! Nak tahu cerita tak? semalam Aby cerita rumah kawan dia baru lepas kena rompak! so bro ni terasa seramlah jugak dengar kawan dia cerita tu, so kalau ada pistol ni boleh gek dibuat menakut nakutkan perom...tu! kalau kena pun parah jugak so kiranya pistol ni bergunalah untuk protection!
Lepas ni tah apa lagilah yang dibelinya untuk koleksi...tengokkan je lah...




Dalam senyap2 rupanya bila aku cari dak Rhea ni dia tengah bermake-up! tengoklah tu siap pakai lipstick! ingat tantek sangatlah tewww...dengan rambut yang ala2 Mak Siah bisu! muahahaha...orang Jb yang duduk kat kampung aku jew yang kenal Mak Siah Bisu tu! tapi Mak Siah tu dah pakai tudung! so kalau nak tahu rambut Mak Siah tu macam mana? hah! macam rambut Rhea tuuu!!!
Adohhh!!! anak MFJ ni macam2 perangailahhh...pening hakku!





Hari ni aku tak bz, semua kerja dah siap aku selesaikan hari ahad lepas so tugasan harian dah tak banyak, cuma masak je lah...tu pun atas permintaan Abyku yang baik hati itew hari ni aku masak yang senang sekali iaitu roti canai.
Sememangnya roti canai dah tersedia kat freezer aku tu iaitu roti canai segera, jadinya kalau nak makan nanti aku tinggal gorengkan je lah...yang aku buat hanyalah kuahnya yang sonang baitu!!!
Dah takde kerja macam ni rasa bosan plak! terpandang ler kat hujung tingkap dapur aku pada 3 batang ubi kayu yang tak disentuh sejak 3-4 hari yang lalu...
Mmm...oleh kerana Abyku itew memang suka bebenau makan bingka ubi atau panggilan biasanya kuih bakar ubi so aku pun dengan semangatnya membuat kuih tu...so hasilnya adalah yang kat dalam gambar tu, oleh kerana kuih ni dah selalu sangat aku buat dan dah ada dalam senarai resepi aku so tak payahlah aku tulis resepinya yer...kalau korang nak resepi kuih ni, cari jew kat blog aku bahagian ''DAPUR ANAK MAK'' ok.



Ni pula ialah kuah roti canai yang dah aku siapkan dan hanya tinggal membedalnya sahaja, cuma sambal tumis aku tak buatlah cz sambal telur semalam ada lagi bakinya, cuma telurnya dah takde, so aku tinggal panaskan je nanti, tapi aku tak r berani nak makan sambal semalam tu, maklomlah perut aku ni sensitip sikit! so Aby je lah yang berani makan...hehehe...






BAHAN-BAHANNYA:
  • 5-6 telur ayam - direbus
  • 20 tangkai cili kering - direndam sebentar dengan air panas *
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci belacan *
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gorengkan telur yang telah direbus terlebih dahulu tadi sehingga keperangan, angkat dan roskan.
  • Dikuali yang sama tapi kurangkan jumlah minyaknya (anggaran 4 s/b) tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa sambil digaul hingga hampir garing, masukkan bawang besar dan digaul lagi hingga bawang layu, masukkan pula garam, perasa dan gula secukup, gaul rata dan akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi sambil digaul sehingga sambal sebati pada telur, bolehlah ditutup apinya.

Hari ni genaplah anak lelaki ku Rico 10 tahun...
''Happy Birthday'' Mummy, Daddy, Rica dan Rhea ucapkan untuk Rico, semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang baik dan berilmu.
Hari ni takde buat apa2 party yang special untuk Rico, hanya sekadar coklat kek simple yang aku buatkan untuk Rico dan hiasan kek tu Rico yang buat sendirik! hehehehh...tah apa2 tah ditaburnya kat atas kek tu, apapun bior r...kek dia!
Sebenarnya birthday party Rico akan diadakan pada hari sabtu, 4 July minggu depan bersama dengan birthday adiknya Rica...heheheh...buat sekali! save budget!!!



Hari ni ialah birthday anak saudara aku iaitu Mohd Fadzly yang ke 26 tahun kalau tak silap aku, alah tak berapa ingat r..ramai sangat kaum kerabat, walau apapun aku tetap ingat tarikh lahirnya kerana sama dengan tarikh lahir Rico, muahahaha...tak gune punya makcikkk!!!
Untuk Mohd Fadzly yang ku panggil PoK'dE, aku sekeluarga di Denmark mengucapkan ''Happy Birthday To You" semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat2 dapat jodoh yerrr...hehehh...
Cayang dan windu PoK'dE selalu dari Rico yang sama tarikh lahir dengan PoK'dE dan kalau nak tahu Rico ialah buah hati PoK'dE dan diorang ni sekepala dan same attitude, poyosss!!!





BAHAN-BAHANYA:
  • 100 ml minyak masak
  • 3 s/b minyak sapi
  • 125 gm kacang dhal - direndam hingga kembang
  • 800 gm beras basmathi - dicuci dan toskan airnya
  • 125 ml susu sejat (susu cair)
  • 1 liter air
  • 2 s/b serbuk pati ayam - maggi
  • Sedikit daun pudina - dihiris
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit kismis
  • Sedikit garam
  • BAHAN A:
  • 10 biji bawang merah - dimayang
  • 3 biji bawang putih - dimayang
  • 4 cm halia - dititik
  • Rempah tumis - 4 beradik
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan A hingga wangi, masukkan kacang dhal sambil digaul rata, kemudian masukkan air, susu sejat, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, gaul rata dan biarkan hingga mendidih, masukkan beras dan gaul rata dan tutup periuk, teruskan masak seperti masak nasi biasa, bila nasi kering, taburkan kismis, bawang goreng dan daun pudina, tutup periuk seketika kemudian gaul gembur-gemburkan nasi dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau lauk pauk yang lain.


Hari ni birthday anak lelaki aku, Rico yang ke 10 tahun.
Seperti biasa anak2 aku kalau birthday je akan dapat present dari jiran depan rumah aku yang selalu aku ceritakan tu, dia tu takde cucu dan anggap anak2 aku sebagai cucu2 dia, so setiap kali birthday atau tak birthday pun Kirsten tu akan belikan apa2 untuk anak2 aku, apapun aku bertuah dapat jiran yang concern macam tu.
Memandangkan hari ni birthday Rico so dia dapatlah sesuatu dari Kirsten tu dan mummy daddy juga ada hadiah untuk Rico tapi tak kasi sekarang cz nak kasi time party birthday Rico & Rica 4hb july minggu depan (sabtu) so tungguuu!!!


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin