Hari ni keluar rumah gek, biasalah weekend! banyak tempat gek yang disinggahnya tapi memandangkan hari ni tah apa hangin aku macam takde mood bebeno nak mengambik gamba! jadi tengok jewlah gamba yang sekeping ni walaupun masa ni dah balik dan dah sampai rumah ponnn...
Nanti tulis pepanjang tapi takde gamba, takut tak kose plak orang nak membaca celoteh aku ni, jadi aku selitkan jugak gamba aku yang tak semengah ni!!! korang jangan menyampah tengok gamba aku dah ler yew???



BAHAN-BAHANNYA:
  • Bahan perap daging:
  • 4-6 keping daging kambing bahagian peha (dipotong nipis) *
  • 6 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins) *
  • 2 s/b kicap pekat manis *
  • 2 s/b kicap cair *
  • 1 s/t garam *
  • Bahan sos:
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • 6-8 s/b sos worcesrershire (Lea & Perrins)
  • 4 s/b kicap cair
  • 4 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tomato
  • 1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Campurkan bahan perap daging bersama dengan daging kambing yang telah dipotong nipis tadi, gaul sebati dan perapkan selama 1-2 jam.
  • Tuangkan sedikit mintak didalam dulang pembakar dan susunkan daging kambing didalam dulang, kemudian masukkan didalam oven dan panggang selama 40 minit sambil dibalik-balikkan setiap 10 minit hingga daging masak.
  • Cara membuat sosnya:
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk kecil, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan kicap worcestershire, kicap cair, sos cili, sos tomato, sedikit garam dan gula, gaul rata dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung, gaul hingga sos menjadi pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Cara menyediakan:
  • Ambil daging kambing yang telah dipanggang tadi dan letakkan dipinggan, kemudian tuangkan sos diatas daging, hidangkan bersama kentang yang direbus, jagung yang telah dibakar dengan sedikit majerin, kacang pis (tin) dan sayur-sayuran yang disukai, sedia untuk dihidang.

Award dari LindaFendi @ http://iskandarirfan.blogspot.com/

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

*TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA lINDA KERANA SUDI BAGI AWARD NI PADA KAK SUE YER!!!

*DENGAN INI SUE JUGA NAK KONGSIKAN AWARD NI PADA:

* FIDA
* RB
* KAKSMA
* KAKCT DELIMA
* INAHAR ALI
* ACIK
* RYN'S
* CEQBULANN
* AZIZUL
* NAFHAM
* DAN SESIAPA YANG MENGENALI SUEJOSHUA, SUDI SUDIKANLAH...



One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll . . .


One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .


One day in your life
When you find that youre always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there


PENYANYI: MICHAEL JACKSON





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus pasta (apa2 jenis pun boleh)
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 2 s/b cili pes
  • 4 s/b tomato sos
  • 2 s/t dry oregano
  • 2 s/t serbuk pati ikan bilis - maggi
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 3 biji tomato - dipotong dadu
  • Udang basah - dibuang kulit dan dibersihkan
  • Sotong - dipotong kecil2
  • Scallop - dipotong dadu
  • 1 s/b minyak zaitun
  • 3 s/b majerin
  • Garam dan gula
  • Cheese - diparut
CARA-CARANYA:
  • Didihkan air bersama minyak zaitun didalam kuali, kemudian masukkan pasta dan biarkan sehingga pasta lembut, angkat dan toskan.
  • Dikuali yang lain, panaskan majerin dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili pes, tomato sos dan oregano, gaul kemudian masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ikan bilis, tomato dan sedikit air, gaul rata dan biarkan sehingga mendidih, masukkan pula udang, sotong, scallop, garam dan gula secukup rasa sambil digaul sebati dan biarkan sehingga seafood masak, akhir sekali masukkan pasta yang telah direbuskan terlebih dahulu tadi dan digaul sebatikan semua bahan dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan bersama dengan sedikit taburan cheese yang telah diparut.


BAHAN-BAHANYA:
  • 1 Kg udang basah besar - dibersihkan
  • 1 batang timun - dibelah 2 dan dipotong tebal
  • 1/4 biji kobis - dipotong besar2
  • 10 biji putik jagung
  • 2 tangkai daun kari
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 4 s/b serbuk kari ikan
  • 2 s/b serbuk cili
  • 1 s/t jintan kasar
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t alba
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Santan secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk bersama jintan kasar, biji sawi, alba dan daun kari sehingga garing, masukkan pula rempah kari ikan dan serbuk cili dan tuangkan air asam jawa, gaul rata sehingga garing, masukkan sedikit air jika perlu, kemudian masukkan udang tadi dan digaul hingga warna udang bertukar menjadi merah, tuangkan santan secukupnya dan sambil digaul rata, biarkan pada api yang sederhana dan bila mulai mendidih, masukkan timun, garam dan perasa, gaul rata dan bila timun hampir layu masukkan pula kobis dan putik jagung, gaul rata dan biarkan sehingga kesemua bahan masak rata dan bolehlah ditutup apinya.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.

Sempurnakan nikmatmu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah
engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk
kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kami memohon kepada mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur se
berkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon
anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...

Setelah baca , fowardkan doa ini kepada seberapa banyak rakan-rakan
anda.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan Insyaallah.
Amin.






Kengkunun nak takutkan orang dengan entry ni! tapi bila aku tanya beberapa pihak tentang mata aku tu, jawapan diorang tak takut pun tengok mata tu dan kelako lagi adalah cz nampak macam juling jew...huwaaa...apalah...tak bagi sokongan langsung dengan hasil kerja aku!
Mmm...nyampah! apa pun hari ni memang aku penat dan mata aku memang pedih akibat tak cukup tido! gambar kat atas tu korang abaikanlah tentang mata yang nampak juling dan bengkak tu serta kedut2 diserata muka! mak dah tua ropenya nyahhh....



Hari ni pagi lagi aku dah bangun, lepas siapkan bekal anak2 untuk gi skul aku bersiap pulak untuk ikut Aby gi check up lutut dia dan blood pressure...
Untuk blood pressure nampaknya doktor bagi keputusan yang baik untuk blood pressure Aby, maknanya Aby ok2 saja...bukan apa! Aby tu selalu kena sakit kepala! maklomlah kerja kat office tu memang selalu buat Aby sakit kepala! stress tak sudah! cian gek tengok Aby bergelumang dengan kerja yang menyakitkan kepala dia selalu! tapi nak buat macam mana? dah tu kerja yang dia kena buat! so terimalah seadanya...
Pasal lutut tu pulak! Aby memang ada osteoarthritis so tak banyaklah yang doktor cakapkan cz penyakit tu dah memang Aby ada! cuma doktor cakap teruskan makan ubat! tu jer...mmm...penat je gi! tu je yang doktor cakap! tapi hari ni gi check up pun bukan pasal ada apa2, gi sebab dah memang check up kena datang hari ni, so datang je lah...




Lepas habis check up kitaorang pun gi kat satu tempat ni untuk tapau makanan cz hari ni aku memang tak masak! beli kat luar jer...
Sampai je kat rumah, Aby dapat panggilan dari cikgu Rico yang mengatakan Rico jatuh kat skul dan tangan dia tak boleh angkat! sekarang Rico sedang berehat dibilik rawatan kat skul sementara tunggu aku dan Aby gi ambil dia...
Sampai kat skul Rico, kita pun masuk kat office jumpa cikgu dia dan gi tengok Rico yang tengah terbaring menunggu aku datang!
Nampak ok je dak Rico tu cuma tangan je nampak macam terkehel!
Lepas bawa dia ke klinik, nampaknya memang takde apa2! cuma muscle dia je yang sakit disebabkan jatuh tu! 2-3 hari ni ok lah...
Sampai rumah, Rica pun dah balik dari skul jugak n lepas semua makan, kita semua keluar lagi gi Field iaitu shopping complex yang kengkununnya besar sangat kat Denmark ni, tapi pada aku Plaza Angsana kat Jb tu lagi besau! muahahaha...




Adalah barang yang nak dicari kat Field ni, kalau tak takkan sebok sangat sampai kesini yer dak? lepas semua barang yang dicari tu dapat! bergegaslah nak balik sebab kononnya nak tengok bonfire kat tepi pantai malam ni!




Bila hari mulai senja...aku sekeluarga menuju ke pantai,dimana ramai orang berkumpul untuk menyaksikan bonfire!
Hari ni orang2 dekat Denmark meraikan hari apatah aku pun tak tahu, tapi diorang akan sambut setiap tahun untuk hidupkan api yang besar ditepi pantai dan diatas kapal2 laut, jadi aku pun teringin nak tengok macam mana ropenya yang orang dok sebok beriye-iye nak gi tengok sangat api tu...
Sampai kat sana memanglah orang ramai macam semut, pastu parking memang penuh so Aby dapat parking pun jauh...nampak api pun dari jauh jek...pastu bukannya best sangat cz tunggu malam gelap untuk tengok api kat kapal2 pun malam tak gelap2! dah pukul 10 malam pun masih terang...aku buat keputusan untuk balik je cz dah tak tahan dengan cuaca yang tersangatlah sejuk sampai telinga aku dah mulai sakit! dan Rico pun nampak macam tak berapa sehat akibat jatuh kat skul tadi siang...mmm...jom balik! aku penat dan ngantuk!


GeRaMnYa AkU tEnGoK dAk RhEa Ni! DaH tErLeBiH pAnDai SaNgAtLaH nI...
TaDi MaSa AkU mAiN2 dEnGan DaK rHeA nI bArU aKu TeRpErAsaN yAnG bAdAn DiA pEnUh DeNgAn BeKaS cOnTeNg2, BiLa AkU tAnYa, DiA bUaT mUkA tAk BeRsAlAh DaN mUkA nAkAl! KeLaKaR pUn AdA, gErAm PuN aDa!
EeEeEe...AnAk SaPa La Ni???

Tiada terucap dengan kata-kata pada mereka ini selain dari setulus kasih sayang yang tiada berpenghujung dan ingatan tulus ikhlas dari anak-anakmu...


Lepas balik dari cari lauk kat Central tadi aku ajak Aby gi picnic! alaaa...pi picnic anak banak jew tapi aku bawa gek la makanan sikit dari umah dan jajan2 untuk bebudak, yang selebihnya Aby beli burger untuk anak2 dan durum untuk aku dan Aby.
Sonok gek cuma kadang cuaca ok, kadang sejuk!
Apa pun layankan ajewlah gambar aku anak beranak berpicnic yek! n gambar baby cute tu adalah anak salah seorang yang ada berpicnic kat situ gek, dapatlah aku ngambik gambar budak tu walaupun aku tak kenal mak pak dak tu! tapi budak kecik tu memang cute! biasalah anak omputeh! cute r...




Sampai jew kat umah anak2 sebok nak main scooter, aku pun nompang main kejap buat keluarkan peluh sikit kasi badan yang sejuk ni terasa panas sikit! tapi bila lepas main tu bukan rasa panas jew! rasa hangit pun ada! kihkihkih...
Seronok gek main scooter tu tapi bila anak neighbour aku datang nak main dengan anak2 aku so aku angkat kaki r...malulah pulak! nanti budak tu ingat aku ni kakak Rico dan Rica pulak sebab main scooter! muahahaha...perasanggg...




Melayan pulak anak koretku petik strawberri kat depan rumah aku! strawberri ni memang tengah musim kat sini, tumbuh merata tapi saiznya kecik dari yang biasa, tapi jangan risau! boleh makan! tahun lepas strawberri ni banyak dak Rhea yang petik dan habiskan kat depan rumah tu, nampaknya tahun ni dak Rhea akan buat benda yang sama! tengoklah tu, kanmain semangatnya dia petik strawberri tu! tapi jangan risau sebab strawberri tu aku akan pastikan bersih sebelum dimakan oleh dak Rhea tu!



Hah! dah penat hari ni buat macam2 benda! penatlah pulak rasanya, mana taknya! kesan sakit jatuh masih terasa kat badan ni walaupun dah ku bedal painkiller tah berapa bijik?
Alah! penyakit ni jangan dilayan sangat! nanti lambat baik! so kena derkkk jew lah...tu yang hari ni bila dapat keluar rumah tu aku jenjalan puas2...
Dah malam2 barulah terasa penat badan ni, kerja pun takde! mak melepak je lah mengadap tb layan cita Pearl Harbour, memang suka sangat tengok cita tu walaupun masuk ni tah bape kali dah nengok! hehehe...





Doyan ni aku beli tadi masa gi Central cari lauk, hari tu dapat beli morah2 jew tapi hari ni ragenya ntah mahal sikit! gaknya tak musim sangat kot! tu yang mahal sikit tu, aku beli untuk 2 tupperware tu ragenya Dkk120 (Rm80) dan setiap 1 tupperware adalah dalam 5-6 ulas sahaja, tu yang beli 2 tupperware, banyaklah sikit dapat! kalau rajin nak buat bubur, kalau malas bedal macam tu je lah...masa beli tu bukan teringin sangat nak makan sebab hari tu baru jew makan tapi bila masuk kat dalam kedai tu bau doyan ni macam memanggil-manggil hidung aku ni so tak pasal2 aku ambil je 2 tupperware tanpa pikir panjang! pastu dah beli tak tahu nak buat apa! hehehe...poyo betul!




Dan lagi buah yang memanggil-manggil hidung aku ialah nangka dan pelam tu!
Bila aku berdiri sebelah kotak yang berisi dengan pelam tu, baunya mak oi! menusuk kelobang hidongku ini! apa lagik! sapu r...
Nangka tak payah cer...lah! memang lagi jauh dah sekampong baunya! Hah! yang ni memang kena ambil sebab fav Aby.
So hari ni kitaorang makan buah-buahan tempatan!
Manishhh...


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin