skip to main |
skip to sidebar
BAHAN-BAHANNYA:
- 3/4 cawan tepung hoen kwe - campuran warna merah
- 3/4 cawan tepung hoen kwe - campuran warna hijau
- 3/4 cawan tepung hoen kwe - campuran warna kuning
- 9 cawan santan
- 3 cawan gula pasir - boleh dikurangkan jika mahu
- Sedikit garam halus
- Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
- Masukkan 3 cawan santan kedalam periuk, letakkan secubit garam, 1 cawan gula dan 3/4 cawan tepung hoen kwe yang campuran warna merah, gaul rata dan didihkan diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat, kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak, ratakan permukaan adunan.
- Buat proses yang sama tapi gunakan pula tepung hoen kwe campuran warna hijau, bila masak pekat dan berkilat, tuangkan diatas lapisan yang berwarna merah tadi dan ratakan permukaannya.
- Seterusnya buat proses yang sama dan gunakan tepung hoen kwe yang berwarna kuning, masak pekat dan berkilat, tuangkan diatas lapisan yang berwarna hijau tadi dan ratakan permukaannya.
- Biarkan sehingga betul2 sejuk, barulah dipotong menggunakan pisau yang betul2 tajam atau basahkan pisau dengan sedikit air untuk dapatkan potongan kuih yang cantik dan licin.
- Sedia untuk dihidangkan.
Walaupun tak sampai 10 minit hujan batu turun tadi tapi sempat jugak aku ambil gambarnya...
Mulanya aku tak sedar hujan turun, waktu tu aku kat dapur sedang memotong kuih, tapi bila aku pandang kat tingkap nampak hujan turun lebat tapi nampak besar2 dan kasar2 airnya, bila aku perhatikan betul2 rupanya ketulan ais yang turun tu bersama-sama dengan hujan, bila aku buka pintu belakang! berteraburan ketulan ais kecil2 jatuh kelantai kayu dah tentu2 lah bunyinya jugak kuat! seronoklah pulak! anak2 aku pun kutip2 ais tu! maklomlah...jakun!
Hari tu turun gek hujan batu tapi taklah aisnya besar sangat, kali ni nampaklah aisnya besar sikit dari biasa.
Sungguh menakjubkan betul ciptaan Tuhan ni ye!
Nak tahu cerita tak? semalam tah apa anginnya tekak aku ni teringin nak makan tapai pulut, terfikir-fikir kalau tapai pulut tu sejuk2, ya ampun! lagik lah sedap!
Aku pun dengan penuh semangatnya nak menuju ketingkat bawah dimana letaknya stor runcit aku yang aku khaskan untuk barang2 keperluan masakkan aku, kat dalam stor runcit tu memang macam kedai runcit, bak kata ''macam2 ada!!'' kengkunun nak pi stor runcit tu lah!nak mengambiknya beras pulut dengan ragi, maklomlah nak buat tapai, terhingin punya pasal!
Aku ni tahulah..kalau turun tangga tu memang kelam kabut, rasa macam nak cepat sampai! tah di mana silapnya kaki ni melangkah... .sekali aku terpeleset kat tangga tu, jatuh bagai bidadari yang berwajah huduh sekali! biasalah orang tengah jatuh mana ada berwajah cantik! berkerut dan berkedut menahan sakit!
Budus punya tangga! apasal time aku jatuh tu tak dilembutkan kayu yang keras tu! hehehe...gila ke apa aku ni!
Sakit woi! tapi tak la jatuh dari bahagian atas anak tangga tu sampai kebawah, dah sampai kat bahagian tengah2 tu hah! lagi 4-3 anak tangga dah sampai kebawah, walau macam mana pun dah namanya pun jatuh! tetaplah sakit! dahla tulang aku ni jenis tulang yang kecik2...mmm...masa aku jatuh tu gaknya bunyi kuatlah jugak, Aby yang tengah tengok tv kat hall pun dengar padahal dekat hall tu dahla bunyi tv kuat, pastu pintu masuk hall tu ditutup plak tu! maknanya bunyi aku jatuh memanglah kuat! tapi rasanya takde yang patah riuk cz aku nampak ok je...alhamdulillah...cuma pagi ni aku bangun ada kesan lebam sikit kat kaki dan siku dan segala tulang belulang aku terasa sakit! tapi idak ler sakit sesangat sampai tak boleh buat kije lain! aku masih ok!
Sejak pindah umah ni rasanya dah lebih 3-4 kali aku jatuh cuma dulu aku pernah jatuh teruk sampai demam! dan anak2 aku pun pernah jatuh jugak dan Rico mangsa yang paling teruk! dahla badan dia tu sekeping je! cian! masaalah tangga rumah tu ialah tangga kayu dan tangga tu memang jenis kayu yang licin, pastu plak dok dalam umah pakai stokin, lagilah rasa licin, ada gek stokin yang tapak getah berbiji tu yang macam ceqbulann maksutkan pada aku tapi time jatuh tu time pakai stokin biasa cz stokin yang getah berbiji kat tapak tu kalau paki memang tak selesa..rasa tapak berbiji-biji! tak sedap nak menapak! hehehe...apapun untuk keselamatan..haruslah dipakai gek lain kali.
Aby yang tak pernah jatuh! agaknya badan dia berat dan susah untuk jatuh! badan kukuh! tapi mintak dijauhkanlah...cian kalau Aby jatuh! mesti pecah tangga tu! dan pastinya badan sebesar dan seberat Aby pastinya terasa sakit yang lebih! hih!!! jauhkanlah...
Dah lepas tu pun aku masih lagi bersemangat hendak buat tapai pulut yang diinginkan! yer lah...dah namanya pun teringin nak makan! so lepas baring2 hilangkan sakit! aku pun buat lah jap tapai pulut tu! tapi ada orang kata kalau nak buat tapai banyak pantang larangnya, dan satunya katanya tak boleh bermuka masam nanti tapai tu akan rasa masam! yer ke?
Yang pastinya masa aku buat muka aku berwajah kesakitan so apa jadi dengan tapai aku tu? nak tahu kebenarannya...kita tengok 2-3 hari lagi apa jadi kat tapai aku tu! tapi yang penting aku tak fikir pun sampai kesitu, kita kena berfikiran positif kan...cuma nak tengok je pantang larang ni masih boleh dipakai lagi atau sekadar cakap2 orang jek!
Dan gambar yang kat atas tu adalah tapai pulut aku yang dah siap diperam dan dicelimutkan (selimutkan) elok2...tapai pun sejuk gek! maklomlah tapai Denmark!
Tengoklah rambut Rhea yang dah mula nak panjang tu! dah la kerinting! tapi masa kecik2 ni kalau rambut kerinting nampak cute kan? sok kalau dah beso kena plak rambut kerinting, adoh! semak mata memandang! ghimas! takpe! salun banyak! hehehe..
Sebenarnya rambut dak Rhea ni lagi panjang dari dalam gambar ni tau! tapi time dia mandilah bila air dah kena rambut, berjuntai turun kebawah rambut dia tu! bila rambut dah kering! naik balik macam springgg...toinggg! takde fesyen yang sesuei nak buat kat rambut dak ni, ada takde pun cuma ikat je! tak boleh nak buat pape!
Apa pun rambut Rhea memang semulajadi kerinting kerana faktor keturunan...terima je lah seadanya...wahwahwah...

BAHAN-BAHANNYA:
- 200 gm tepung pulut
- 3-4 biji pisang - dipotong bulat
- 1/2 cawan sagu biji - dibersihkan dan toskan
- 1/2 cawan gula melaka - yang telah dihiris halus
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Santan secukupnya
- Secubit garam
- Pewarna merah, hijau dan kuning
- Air secukupnya
CARA-CARANYA:- Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk kemudian masukkan secubit garam dan tuangkan sedikit air sambil diuli hingga menjadi doh, bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna yang berasingan pada setiap doh.
- Sementara itu didihkan air didalam periuk dan bentukkan setiap doh seperti bebola kecil2 dan masukkan didalam air yang sedang mendidih tadi, bila bebola terapung itu menandakan sudah masak dan bolehlah diangkat menggunakan tapis dan ketepikan.
- Diperiuk yang lain didihkan santan bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan sehingga gula larut, gunakan api yang kecil sahaja sambil terus digaul perlahan-lahan, kemudian masukkan bebola tepung yang telah dimasak terlebih dahulu tadi bersama-sama sagu biji, gaul hingga sagu biji jernih dan akhir sekali masukkan pisang, gaul rata dan biarkan hingga pisang masak, bolehlah ditutup apinya.
- Bolehlah dihidang semasa hangat atau sejukkan didalam peti sejuk.

BAHAN-BAHANNYA:
- 800g daging kambing tanpa tulang (dipotong besar2)
- 1/4 s/b cili pes
- 1 cawan yoghurt
- 1 s/b halia (yang telah dicincang halus)
- 1/4 cawan minyak sapi
- 1 s/t lada hitam kisar
- 1/2 s/t serbuk kunyit
- 1/2 s/t garam masala
- 1/2 s/t serbuk buah pala
- 3 tangkai daun ketumbar (dicincang)
- 1 cawan air
- Garam dan perasa
CARA-CARANYA:- Masukkan daging kedalam mangkuk besar kemudian masukkan juga cili pes, halia dan yoghurt, gaul rata dan tutupkan permukaan mangkuk dengan aluminium foil dan simpankan daging didalam peti sejuk selama 2 jam.
- Panaskan minyak sapi didalam kuali kemudian masukkan lada hitam kisar dan serbuk kunyit dan diikuti dengan daging yang telah diperap tadi, gaul rata dan masukkan air, garam dan perasa secukup rasa, biarkan hingga mendidih dan tutup kuali, gunakan api yang kecil dan biarkan sehingga daging masak, selepas itu taburkan dengan daun ketumbar dan letakkan sedikit air di tepi daging saja, tutup lagi kuali dan biarkan selama 15 minit atau sehingga daging lembut, taburkan dengan garam masala dan serbuk buah pala, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.
BAHAN-BAHANNYA:
- 1-2 biji lontong (direbus dan disejukkan terlebih dahulu)
- 6 biji bawang merah *
- 2 biji bawang putih *
- 2 s/b udang kering *
- 3 s/b cili pes (cili kering yang telah dikisar) *
- Sedikit tauge (dibuang ekornya)
- Sedikit daun sup (dihiris)
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit minyak
- Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:- Potong dadu besar2 lontong yang telah direbus dan disejukkan terlebih dahulu tadi.
- Kisar bahan yang bertanda *
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang bertanda * hingga garing, kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata kemudian masukkan lontong yang telah dipotong tadi bersama tauge, gaul sehingga bahan sebati dengan lontong dan akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun sup, gaul seketika dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 bungkus kuey teow
- 5 biji bawang merah - ditumbuk
- 2 biji bawang putih - ditumbuk
- 4 s/b tom yam pes
- 2 s/b tom yam cili pes
- 2 s/b sos ikan - nampla sos
- 2 s/b jus limau purut
- 1/2 mangkuk tauge - dibuang ekornya
- 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
- 1 batang carrot - dipotong kecil
- 6-8 batang putik jagung - dipotong kecil
- Sedikit sotong - dipotong ambil badannya saja
- Sedikit udang basah - dibuang kulit
- Garam, perasa dan gula
- Sedikit minyak
CARA-CARANYA:- Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga garing, kemudian masukkan pes tom yam. tom yam cili pes, sos ikan dan jus limau purut, gaul hingga naik hampir garing kemudian masukkan udang basah, sotong dan carrot, gaul rata hingga bahan masak kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata masukkan pula putik jagung dan gaul lagi hingga putik jagung layu, masukkan kuey teow sambil terus digaul hingga semua bahan rata dan akhir sekali masukkan tauge dan daun ketumbar, gaul seketika hingga tauge layu dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
- Kulit popia secukupnya
- Putih telur
- Minyak secukupnya - untuk menggoreng
- BAHAN INTI
- 1 mangkuk tauge - dibuang ekornya
- 8-10 batang kacang panjang - dihiris nipis
- 4 batang carrot - dipotong memanjang nipis2
- 1 biji sengkuang - dipotong memanjang nipis2
- 5 biji bawang merah *
- 2 biji bawang putih *
- 2 s/b udang kering * direndam sebentar dengan air
- Garam, perasa dan gula
- Sedikit minyak
- Sedikit air
CARA-CARANYA:- Tumbuk halus bahan yang bertanda *
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing, masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang, gaul rata dan masukkan sedikit air, gaul lagi hingga layu, kemudian masukkan tauge, garam , perasa dan gula secukup rasa, gaul lagi hingga tauge layu dan bolehlah ditutup apinya.
- Biarkan sejuk dan buang airnya jika inti berkuah dan biarkan inti sejuk, bolehlah disimpan didalam peti sejuk.
- Keluarkan inti dari peti sejuk jika hendak digunakan untuk membuat popia.
- Jika tidak tercemar, inti boleh tahan lama disimpan didalam peti sejuk.
- CARA MEMBUAT POPIA:
- Kopek kulit popia sekeping demi sekeping dan isikan sedikit inti kedalamnya dengan memanjangkan dan gulungkan mengikut gulungan popia dan lekatkan hujung kulitnya dengan sedikit putih telur, buat sehingga habis dan gorengkan popia dengan minyak yang secukupnya pada api yang sederhana kerana popia akan masak dengan permukaan kulit yang licin dan cantik, jika minyak terlalu panas, kulit popia akan berbiji-biji dan meletup letup.
- Goreng hingga popia kelihatan keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
- Hidangkan popia dengan cili sos.
Disebabkan hari ni takde kije so takde menda nak buat, tangan ni gatal gi punggah apa yang ada kat dalam peti sejuk tu, nampak plak kulit popia yang dah bape hari dibeli tapi tak dicuit pun! tengok kesian plak kat kulit tu daripada kering cam tu je jadinya aku belai2 hari ni kulit tu untuk dibuat popia.
Nak masukkan dalam freezer pun boleh kat kulit popia tu tapi kalau aku letak kat freezer lagilah tak nampak langsung cz freezer tu kat tingkat bawah dan jaranglah aku nak nampak kalau dah kat dalam freezer! tu pasal aku saja letak kat peti sejuk! dekat dapo! senang nampak so taklah dilupakan!
Mmm...biasalah kalau nak buat popia kenalah sediakan dulu intinya dan bila semua dah tersedia, inti pun dah dibuat dan disejukkan, aku pun memulakan buat popia tu sampai habis! dapatlah satu tupperware! cukuplah untuk aku anak beranak dan kalau ada lebih dapat aku kasi jiran kat depan umah aku tu! makcik omputeh tu! tah reti ketidak makan popia tu gaknya! tapi kalau setakat popia tu rasanya dia bedal kot! hehehe...
Ntah bila nak menggorengnya aku pun tak tahu! simpan je dalam peti sejuk tu!
Esok lusa kalau rajin baru goreng!
Mmm...pemalehhh boto! bak kata Abang Rad (radbrowser)

BAHAN-BAHANNYA:
- 2 keping daging burger (untuk 1 biji burger)
- Roti burger atau roti bulat
- Cheese
- Timun - dihiris nipis
- Tomato - dipotong bulat
- Daun salad
- Cili sos
- Mayonis
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit butter
CARA-CARANYA:
- Roti dibelah 2 dan disapukan dengan sedikit butter, bakar diatas kuali non stick sehingga kekuningan dan ketepikan.
- Letakkan sedikit butter didalam kuali non stick tadi dan gorengkan daging burger hingga garing dan angkat, ketepikan.
- Ambil roti burger bahagian bawahnya yang telah dibakar tadi dan letakkan timun, tomato dan daun salad, kemudian letakkan cili sos dan mayonis, kemudian letakkan sekeping daging burger dan taburkan dengan sedikit serbuk lada sulah, letakkan cheese diatas daging burger tadi dan tutupkan dengan sekeping lagi daging burger, letakkan sedikit lagi cili sos dan tutupkan dengan bahagian atas roti, cucukkan bahagian tengah burger dengan lidi supaya senang hendak dimakan.

BAHAN-BAHANNYA:
- 1 mangkuk tauge - dibuang ekornya
- 8-10 batang kacang panjang - dihiris nipis
- 4 batang carrot - dipotong memanjang nipis2
- 1 biji sengkuang - dipotong memanjang nipis2
- 5 biji bawang merah *
- 2 biji bawang putih *
- 2 s/b udang kering * direndam sebentar dengan air
- Garam, perasa dan gula
- Sedikit minyak
- Sedikit air
CARA-CARANYA:
- Tumbuk halus bahan yang bertanda *
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing, masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang, gaul rata dan masukkan sedikit air, gaul lagi hingga layu, kemudian masukkan tauge, garam , perasa dan gula secukup rasa, gaul lagi hingga tauge layu dan bolehlah ditutup apinya.
- Biarkan sejuk dan buang airnya jika inti berkuah dan biarkan inti sejuk, bolehlah disimpan didalam peti sejuk.
- Keluarkan inti dari peti sejuk jika hendak digunakan untuk membuat popia.
- Jika tidak tercemar, inti boleh tahan lama disimpan didalam peti sejuk.