BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 biji pisang - dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Panaskan kukusan.
  • Masukkan pisang yang telah dilenyek kedalam mangkuk, kemudian masukkan pula gula, sedikit garam dan tepung, gaul sebati kemudian masukkan santan dan digaul hingga betul2 adunan sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus adunan selama 40-45 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebentar barulah dipotong.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 biji bawang putih - dititik
  • 1/2 s/t serbuk lada hitam
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 4 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap pekat manis
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 3 s/b tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 6-8 ekor udang basah - dibuang kulitnya
  • 5-6 biji fishball - dihiris
  • 3 biji fishcake - dihiris
  • Sedikit daging atau isi ayam - dihiris nipis
  • 4 biji putik jagung - dibelah 2
  • 1 batang carrot - dipotong nipis
  • 4 tangkai sawi - diambil daunnya
  • 4 cawan air rebusan daging (stok)
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah, gaul seketika dan masukkan air rebusan daging (stok) biarkan hingga mendidih, masukkan pula daging dan biarkan seketika, kemudian masukkan udang basah, carrot, garam, perasa dan sedikit gula, gaul lagi dan masukkan pula fishball, fish cake, putik jagung dan sawi, gaul hingga sayur layu dan masukkan telur, gaul rata masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul lagi hingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan kuey teow, gaul hingga semua bahan rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan dengan hirisan cili padi dan sedikit kicap cair.

Gambar Rhea yang telah aku pilih sedari dia baru dilahirkan sehinggalah dia sekarang sudah berusia 2 tahun.
Teringat semasa dia masih kecil sehingga sekarang ni terasa terlalu cepat masa berlalu...
Ohhh! Rhea Alicia ku sayang...kehadiranmu menyempurnakan hidupku dan seluruh keluarga.
Sayang yang tiada berpenghujung...




BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1 cawan tembikai - dipotong dadu kecil2
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 s/t esen vanilla
CARA-CARANYA:
  • UNTUK PUDING:
  • Campurkan tepung jagung, 4 cawan air, 1/2 susu pekat dan 1/2 gula didalam periuk, masak diatas api sederhana, kacau hingga pekat dan berkilat, kemudian tutup api dan tuangkan di acuan, dan taburkan tembikai yang telah dipotong dadu kecil2 tadi, biarkan sejuk dan masukkan didalam peti sejuk.
  • UNTUK KUAH KASTARD:
  • 1 tin susu cair dimasak dengan 1 cawan air, 1 cawan gula dan esen vanilla, masak hingga gula larut, padamkan api dan sejukkan, masukkan di peti sejuk.
  • CARA MENYEDIAKAN:
  • Potong kecil2 puding yang telah sejuk tadi dan masukkan kedalam bekas, kemudian tuangkan kuah kastard keatas puding tadi dan bolehlah dihidangkan.




BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN LAPISAN BAWAH:
  • 600 gm beras pulut - dicuci dan ditoskan airnya
  • 100 ml santan + air
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Kukus pulut bersama santan, garam dan daun pandan sehingga pulut tanak, keluarkan dan masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak kemudian tekan padatkan pulut sehingga betul2 mampat dan kukuskan semula selama 10 minit.
  • BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 120 gm tepung gandum
  • 3 s/b tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan
  • 1/2 cawan pes daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Campurkan kesemua bahan lapisan atas kedalam mangkuk, kemudian gaul rata dan masukkan kedalam blender dan blend sehingga adunan sebati, tapiskan adunan dan tuangkan kedalam pulut yang telah dikukus tadi, kemudian kukus semula selama 40 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan barulah dipotong dan dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Ubi kayu - dibuang kulit dan dipotong-potong
  • 1 biji ragi - diparut halus sehingga jadi serbuk
  • Daun pisang secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Rebus ubi sehingga masak tapi jangan sampai lembek.
  • Sejukkan ubi yang telah direbus tadi, kemudian taburkan dengan ragi sehingga rata, pastikan ragi kena pada sebua bahagian ubi.
  • Alaskan daun pisang kedalam periuk atau bekas, kemudian masukkan ubi yang telah ditabur dengan ragi tadi, tutup periuk atau bekas rapat2 kemudian balutkan periuk atau bekas dengan kain bersih dan ikatkan rapat.
  • Simpan periuk atau bekas tadi ditempat yang kering sehingga 3-4 hari atau sehingga naik bau tapainya.
  • Selepas itu bolehlah dimakan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-5 keping ikan tenggiri potong
  • 3 biji limau nipis - diambil jusnya
  • 2 s/b gula
  • 1 s/t garam
  • 8-10 biji cili padi - ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 1 inci belacan - dibakar
  • 1 biji tomato - dipotong dadu kecil2
CARA-CARANYA:
  • Lumurkan ikan dengan garam dan gorengkan sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Tumbuk cili padi bersama belacan yang telah dibakar terlebih dahulu dan masukkan kedalam mangkuk, kemudian masukkan air limau tadi kedalam mangkuk yang telah berisi dengan cili padi dan belacan, masukkan pula tomato, bawang besar, garam dan gula, gaul sehingga bahan sebati dan tuangkan keatas ikan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, sedia untuk dihidang.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 biji jantung pisang - dihiris halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1 cm belacan *
  • 2 s/b air asam jawa
  • Sedikit ikan bilis
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang besar, cili merah, cili hijau, ikan bilis dan bahan tumbuk hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan jantung pisang yang telah dihiris halus tadi, gaul rata kemudian masukkan air asam jawa, garam dan perasa, gaul lagi sehingga jantung pisang betul2 layu dan lembut, bolehlah ditutup apinya.

Warna baju, samo! warna suor pun samo! nampak macam serope, tapi tak samo!
Hiyolah! mano nak samo, yang kocik tu nampak come! yang beso tu nampak gomok yo! adakah aku dah gomok? ohhh!!! tidakkk!!!
Sebenonya aku tak gomok! gambo tu yang buat aku nampak gomok! ni salah Aby yang tak goti ngambik gambo! harharhar...Aby yang dipersalahkan!
Takpolah!!! sebenonya aku tak kesah! gomok pun gomoklah janji ROCK!
Dan untuk omakku kalo mak nengok gambo anak mak yang gomok ni sok aku balik Rayo mak masak sayo2 ajolah yo!
Sayo2 jek? buleh cayo ko? ntah2 segalo apo yang ado pun aku pulun!
Burok perange!



Tebal
BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras wangi - dibersihkan
  • 4 1/2 cawan santan cair - mengikut sukatan cawan beras
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 s/t alba
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
CARA-CARANYA:
  • Beras dibersihkan dan dimasukkan kedalam periuk nasi, kemudian tuangkan santan kedalam periuk nasi tadi, letakkan juga bawang merah, daun pandan, serai, alba dan garam, masak seperti masak nasi biasa, dan bila nasi kering, renjiskan sedikit pewarna merah, hijau dan kuning, tutup semula periuk nasi dan biarkan seketika.
  • Buka semula periuk nasi untuk gembur2kan nasi supaya warna2 tadi bercampur rata dan bolehlah dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan timun.


Tadi Aby balik kije bawa balik kotak kecik ni, company kasik!
Sekalik bukak ropenya dapat pen! lawo r jugak cz pen tu dibuat daripada kulit!
Ingat kasi emas ke setongkol! ropenya pen! mmm...pen pun pen lehhh...dah orang nak bagi lagi banyak songehhh!!!




Hobiku yang dah lama aku lupakan sejak sebok buat benda2 lain, tapi bila dipandang balik perabut kecilku yang tak bertambah lagi tetiba hati ni rasa macam nak penuhkan dulu bahagian hall yang masih kosong ni, so aku mulai penuhkan hall yang dulunya hanya ada meja dan sofa tu je tapi sekarang aku dah tambahkan dengan kerusi, lampu, pasu bunga, sink dan pinggan mangkuk, jadi lepas ni aku cuma nak cari perabut2 dibahagian lain seperti bilik tidur dan macam2 lagi, so bila dah penuh barulah boleh aku beli rumahnya untuk diisi semua perabut2 ni.
Nampak macam real tapi bayangkan pinggan mangkuk tu sebenarnya hanya sebesar kuku jari tanganku saja, tapi walau macam mana pun barang2 ni tetap cute pada mata aku dan aku memang suka selain dari sekarang tengah kemaruk simpan barang2 lama seperti cawan2 lama dll.
Sejak melihat kawan2 alam mayaku yang sekarang tengah bz mengumpul barang2 lama seperti cawan dan pinggan mangkuk lama tetiba hati ni teruja juga nak simpan barang2 lama untuk dibuat koleksi.
Lepas ni balik Mesia habislah pinggan mangkuk lama mak aku yang kat stor tu aku punggah dan aku ambil untuk dibuat koleksi.
Benda yang berfaedah ni kalau kita buat dengan penuh minat, pastinya akan memberikan hasil yang baik dan memberikan kepuasan untuk diri kita.


Doa



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/4 cawan kacang dhal - direndam hingga kembang
  • 2 biji kentang - dipotong kecil2
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 1 cawan santan pekat
  • telur ayam - mengikut jumlah hidangan
  • Sooh hoon - direndam dahulu
  • Garam dan perasa
  • BAHAN TUMBUK:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • BAHAN TUMIS DARAT:
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 tangkai cili kering - dipotong 2
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t jintan manis
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Rebus kacang dhal didalam periuk hingga masak, masukkan kentang dan rebus lagi hingga kentang empuk, masukkan pula bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam dan perasa secukup rasa, gaul rata dan masukkan santan pekat tadi, gaul lagi dan biarkan mendidih sambil terus digaul supaya tidak pecah santan.
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis, biarkan telur masak keras barulah digaul perlahan-lahan, akhir sekali masukkan sooh hoon dan digaul seketika, bolehlah ditutup apinya.
  • Dikuali yang lain, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumis darat hingga bawang layu dan naik bau wangi, kemudian tuangkan kedalam kuah dhal tadi lalu ditutup penutup periuknya seketika, sedia untuk dihidang.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kilo daging lembu (dipotong besar2)
  • 2 biji bawang besar (dihiris tebal2)
  • 4 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1/2 s/t serbuk lada hitam
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 2 s/b kicap pekat manis
  • 2 s/b kicap cair
  • 4 s/b sos tiram
  • 1 s/b tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan kicap cair, air dan daging yang telah dipotong tadi, gaul rata, tutupkan kuali dan masak hingga daging empuk, masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kicap pekat manis dan sos tiram, gaul sebati, masukkan bawang besar, cili hijau, garam dan perasa, gaul rata dan bila bawang dan cili layu akhir sekali tuangkan bancuhan air tepung jagung, gaul hingga kuah pekat dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk cendawan biasa
  • 2 batang carrot (dipotong bulat)
  • 6-8 biji fishball (dibelah 2)
  • 8-10 biji telur burung
  • 1 biji kentang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji kiub pati lembu
  • Rempah tumis 4 beradik
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan rempah tumis dan bahan tumbuk hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air secukupnya, kiub pati lembu, garam dan perasa.
  • Bila mendidih, masukkan kentang dan gaul rata, biarkan hingga kentang hampir masak kemudian masukkan carrot dan telur burung dan fish ball, gaul lagi dan akhir sekali masukkan cendawan, gaul seketika hingga cendawan lembut dan bolehlah ditutup apinya.

BBQ


Hari ni aku buat bbq kat belakang rumah aku memandangkan cuaca agak elok so aku apa lagi! sediakanlah apa yang patut untuk dibuat bbq tu dan aku jemput kawan2 yang dekat dan yang senang nak datang!
Best gek petang2 tak tahu apa nak buat kerja dok bakar2 dan panggang2 sambil makan2 dan borak2 terasa seronok gek! so aku habiskan hujung minggu aku dengan berbbq.



Tukang bakar dan panggang hari ni ialah En Poji.
Dan dia juga tukang memekak dan kecoh!
Hehehe...tapi kalau takde tukang memekak ni tak best plak! sunyi sepi lah plak eh!!!



Sambil makan dan berborak!
Hah! Zizul tu dengarlah Poji punya auta tu!



Tak abis lagi bakar dan memanggang, diorang ni dok main bola sepak plak! yang main bapak2 budak plak tu! haru biru jadinya!



Lynne, Isrin dan Danish sang harimau bersama Suepoji dan Wawa.
En Isrin tu selebet je muka! tak sedap ker makanan tu? hehehe...
Len kali aku buat lagi eh? kali ni buat best2 sikit cz hari ni buat apa yang ada jer...so kuranglah makanan yang tersedia, len kali aku prepare betui2 k.




BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN KUAH:
  • 15 - 20 biji cili padi (ditumbuk halus)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cm belacan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 s/b petis
  • 3 s/b kicap pekat manis
  • 2 s/b tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Gula secukupnya
  • BAHAN BUAH:
  • Nenas (dipotong kecil2)
  • Timun ''
  • Sengkuang ''
  • Mangga muda ''
  • Jambu air ''
  • Jambu batu ''
  • Epal hijau ''
  • BAHAN LAIN:
  • 1/2 cawan kacang tanah (disangai tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
  • 2 s/b bijan (disangai tanpa minyak hingga kekuningan)
  • Tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu (dihiris nipis)
CARA MEMBUAT KUAHNYA:
  • Masukkan bahan kuah kecuali bancuhan tepung jagung kedalam periuk dan masak diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul rata, masak hingga kuah pekat dan bolehlah ditutup apinya.
CARA MENYEDIAKAN ROJAK:
  • Ambil sedikit setiap potongan buah2 dan hirisan tauhu, masukkan didalam mangkuk yang besar, kemudian tuangkan kuah secukupnya, gaul rata hingga kuah sebati dengan buah kemudian taburkan kacang tanah dan bijan, sedia untuk dihidang.

Doa




Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin