Oleh kerana beberapa hari ni aku kemaruk bergambo! so layankan je lah gambo2 aku yang perasan cun itu yer...
Gambo ni buat tatapan bondaku yang tersayang nun jauh diMesia!
Makkk!!! aku winduuuu!!!!



Rica dan Rhea, dua beradik yang selalu bertekak dan bergaduh! tapi diorang sebenarnya tersangatlah rapat dan sayang antara satu dengan lain, selalunya memang macam tu lah...kalau selalu bergaduh memang bertambah rapat lebih2 lagi kalau adik beradik!
Ternyata Rhea memang sayang sangat dengan kakaknya Rica, kalau tak nampak sekejap dia akan mencari!
Dengan abangnya Rico juga Rhea sayang walaupun dia berdua jarang bergaduh kerana Rico banyak habiskan masa dengan kerja2 sekolah so masa untuk main adalah terhad dan masa bersama Rhea juga terbatas, kesian!



Gambar ni aku ambil hari ni didepan rumah aku sewaktu pukul 9 malam, bayangkan 9 malam tapi matahari baru nak tenggelam dan dah tentu2nya masih terang menderang walaupun keadaan lalu lintas dah kosong.
Beginilah keadaan Denmark sekarang ni, bila masuk musim panas je (summer)
matahari akan naik awal seawal 4 pagi dan turun lambat selambat 10 malam dan makin hari matahari akan turun lagi lambat! korang bayangkan kalau bulan pose! maunya tak pitam nak tunggu berbuka pose! tapi sok kat sini kalau dah masuk bulan pose so bulan pun dah tukar, dah masuk musim luruh jadi matahari pun idak ler turun lambat macam la ni! so korang yang kat Denmark ni kena pose okey! tak boleh ngelat nak menyalahkan matahari turun lambattt! hahahaha...
Dulunya masa bebaru dok kat Denmark ni aku adalah jakun melihat keadaan sebegini dan ada banyak lagi benda2 pelik yang jadi kat Denmark ni yang aku jakun! maklomlah kat Mesia dulu tak pernah alaminya tapi bila jejakkan kaki kat Negara omputeh ni banyak benda pelik dan tak masuk dek akal yang terjadi tapi tu semua pengalaman hidup kat Negara orang yang akan menjadi kenangan hidup aku nanti.
Sekarang ni aku menjalankan kehidupan aku yang ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta diNegara orang walaupun jauh didalam sudut hati ni aku teramat rindu pada Negaraku dan keluarga diMalaysia terutama emakku yang sangat aku sayangi dan rindui!!!



Hari ni kat Denmark semua kerja halfday so Aby balik awal dalam kul 12 tengahari, dah memang planning nak gi Central cari menda2 yang boleh dimasak dan dimakan anak beranak untuk minggu ni, hehehe...cakap je ''minggu'' 2-3 hari nanti gi lagik! poyosss...
Walaupun hari ni halfday orang kije, tapi manusia punyalah ramai! agaknya lepas diorang balik kije semua gi jenjalan kot? tu yang ramai tu dan jalan pun dah tentu2lah banyak kereta so perjalanan hari ni nak ke Central tu lebih panjang, dalam kebosanan dalam kereta yang tak sampai2 lagi seperti biasaklah aku kalau dah takde keroje aku akan ambil gambo2 segala macam gambo dan gambo2 indah dan salah satu gambo yang paling indah yang aku ambil ialah gambo yang aku tepek kat atas tu! kiahahaha..kahaha..aa ada yang terbelahak dan muntah2 ker??? ya ampunnn! mak tak sengaja nyah muntahkan ko!!!



Hari ni baru aku letakkan gambar konsert anak2 disekolah diorang semalam, bermula pukul 7 petang, aku sekeluarga dan keluarga2 yang anaknya bersekolah di "Rygaards School'' menghadirkan diri untuk menyaksikan konsert anak2 yang mengambil bahagian dikonsert itu.
Bertemakan ''Cinderella rockerfella'' budak2, mak bapak dan atok nenek juga ada! sama2 terhibur menyaksikan persembahan murid2 disekolah tu dan yang seronoknya anak2 aku Rico dan Rica turut terlibat dalam konsert tu, hehehe...kalau diorang tak masuk apa2, tak kose aku nak datang! malazzz!!! huahahaha...teruk aku ni!
Masa kat sekolah tu aku jumpa dengan Poji dan isterinya (orang Mesia yang duduk di Denmark ni) kerana anaknya juga turut terlibat dalam konsert tu so rasa seronok cz ada jugak geng orang Mesia kat situ! dan sebenarnya keluarga aku dan Poji dah kenal lama sejak aku sekeluarga duduk kat Denmark ni jadi sesiapa yang rajin baca blog aku ni dah tentu2nya kenal sangat dengan muka Poji dan keluarganya, alah! muka yang selalu berkepit dengan dak Rhea! hehehe..
Apapun konsert semalam kat sekolah budak2 tu memang seronok dan happening sekali!





BAHAN-BAHANNYA:
  • 500g kuey teow
  • 100g tauge - dibuang ekornya
  • 15-20 ekor udang basah - dibuang kulit
  • 6-8 biji telur
  • 4 biji bawang putih - dititik
  • 4 biji bawang merah - dimayang
  • 3 s/b pes cili
  • 2 s/b kicap pekat
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan bawang merah dan gaul rata hingga bawang layu, masukkan pula pes cili, kicap pekat, kicap cair, garam dan gula secukup rasa, gaul sebati kemudian masukkan udang dan gaul lagi hingga udang berubah warna, masukkan kuey teow kemudian gaul hingga semua rencah sebati dan pecahkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis, gaul rata hingga kuey teow sebati dengan telur, akhir sekali masukkan tauge, gaul rata dan bila tauge hampir layu, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-5 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
  • Air secukupnya mengikut sukatan beras
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1/2 cawan kismis
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 s/b minyak masak
  • 1 s/b minyak sapi
  • 2 s/t serbuk jintan manis
  • 1 s/t serbuk jintan putih
  • Garam dan gula
  • BAHAN TUMIS:
  • 5 biji bawang merah (dimayang)
  • 3 biji bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 s/t jintan manis
  • 1/2 s/t jintan putih
  • Rempah tumis 4 beradik
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak dan minyak sapi didalam periuk, tumis semua bahan tumis hingga wangi, masukkan serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih tadi, gaul rata, masukkan pula cili merah, cili hijau, air secukupnya, garam dan sedikit gula, biarkan sehingga mendidih, masukkan beras dan masaklah seperti biasa, bila nasi masak, taburkan kacang peas, kismis dan bawang goreng, tutup sebentar periuk nasi dan bila nasi agak kering, gaul gembur2kan nasi dan bolehlah dihidangkan.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • 60 ml minyak zaitun
  • Garam dan perasa
  • REMPAH CHERMOULA (dikisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 s/t serbuk cili
  • 1 s/t serbuk paprika
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 biji lemon (diperah ambil jusnya)
CARA-CARANYA:
  • Lumurkan ayam dengan rempah chermoula , minyak zaitun, garam dan perasa, perapkan selama 3-4 jam didalam peti sejuk.
  • Keluarkan ayam daripada peti sejuk dan biarkan seketika kemudian susunkan ayam didalam dulang pembakar dan bakar ayam didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180c selama 45 minit dan membalik-balikkan ayam pada setiap 10-15 minit hingga ayam masak.
Pagi ni masa bangun nak sediakan bekalan anak2 ke skul keadaan aku oklah walaupun ada pening2 lalat, macam melayang-layang pun ada gek! dah la badan pun dah macam plywood, hehehe...
Walau macam mana pun dah kira sehatlah ni!
Lepas dak berdua tu gi skul, aku melayan Rhea plak cz masa aku bangun tadi dia pun sebok bangun, sikecik tu pun tak sehat, hinguih meleleh je! malam tadi badan dia panas sikit tapi lepas kasi ubat dah ok! tapi bangun pagi ni badan dia macam panas balik! nasib baik tak meragam!
Hari ni Aby kerja half day cz aku tak berapa aktif kat umah ni so kalau dia balik awal, dapatlah dia tolong aku jagakan anak koretnya itu dan dapatlah aku membongkang merehatkan badan! hehehe...merehatkan badan konon! cakaplah nak melarikan diri dari tugas! pemalazzz!!!
Idak mengapa! sekali sekala ngegade!




Sejak dari malam tadi selepas buat tart telur untuk anak2 bawa bekal ke skul, badan aku dah terasa semacam jek tapi buat2 kuat! malas nak fikir sakit!
Pagi ni masa bangun untuk siapkan bekal anak2 aku dah terasa lagi sakit dan perut meragam semacam, tapi yang tang perut tu aku dah biasa kerana aku ni memang jenis perut sensitip, salah makan sikit je pun boleh jadi haru biru, dah biasa! tapi tang badan sakit tu aku memang fikir jugak! nape plak agaknya tetiba sakit dengan cuaca kat sini yang ok! tetiba jatuh sakit! tapi dah nak sakit kan? apa boleh buat! tapi idak ler sakit teruk, sakit besa2 jek dan yang paling teruk sekali kalau dah sakit ni tahap kemalasan pun datanglah...
So hari ni aku adalah tidak larat hendak kedapur, aku tunggu anak daraku Rica balik dari skul, nak suruh dia masak!
So hari ni Rica yang masak dan seperti sedia maklom yang Rica tu hanya tahu masak sayur air je! oleh kerana peti sejuk aku mulai kekurangan penduduk2nya aku suruh Rica masak air kentang letak sooh hoon cuma hari ni dia masak kureng masin padahal aku dah ajo setiap kali masak lauk tu kena letak berapa sudu garam, berapa sudu pak aji dan berapa cawan air! maybe dia terlebih letak air kot! tu yang tawar sikit, apapun aku beduk jugak daripada takde! oleh kerana anak daraku itu seleranya adalah lebih pada selera kampong, dia telah merajinkan dirinya untuk membuat sambal belacan! hah! yang tu dia memang teror buat! mabeles! dan nak plak goreng ikan masin! hah! yang tu aku tak kasi dia buat kerana kalau aku takde kat dapo aku memang tak kasi dia mengadap dengan minyak panas! bahaya!
Kadang dia masak pun aku jengok2 dan tolong jugak sikit2 cz kat dapo tu ada benda yang bahaya! walaupun dia dah biasa kat dapo tu tapi dia tetap dibawah umur untuk duduk kat dapo tu!
Sib baik gek hari ni daddy dia tak balik makan cz ada dinner dengan bos2 kat luor! selamat aku!
Apapun tima kasih untuk Rica kerana boleh diharap jugak budak itu apabila mummynya ini terbongkang sakit dan malasss...itu yang lebih sebenarnya!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg beras pulut
  • 3 s/t serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 cawan santan
  • 2 s/t garam
  • 1 s/t gula
  • Air secukupnya untuk merendam pulut
CARA-CARANYA:
  • 1. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam gelugur selama lebih dari satu jam.
  • 2. Sesekali hendaklah dikacau supaya rata salutan warna kuning pada beras pulut.
  • 3. Alas loyang pengukus dengan daun pisang atau daun pandan dan tuangkan beras pulut.
  • 4. Kukus sehingga asap keluar dari penutup kukusan.
  • 5. Keluarkan loyang dan gaulkan santan yg telah dicampur garam dan gula.
  • 6. Kukus semula hingga pulut masak, sesekali digaul pulut di dalam loyang menggunakan senduk kayu supaya rata masaknya.
  • 7. Angkat loyang kukusan dan keluarkan pulut, biarkan sejuk sedikit dan boleh dihidangkan bersama rendang dan kari.

Pagi ni aku dapat berita dari kakak aku bagi tahu yang cucu saudara aku kena demam panas sampai kena sawan dan sekarang budak kecik tu kena tahan kat hospital!
Ya Allah! ciannye! aku paling tak sampai hati kalau anak2 saudara dan cucu2 saudara aku kena penyakit!
Aku tepekkan gambo Danish bersama ibu dia (anak saudara aku) sebagai harapan yang korang akan doakan semoga Danish ni cepat2 sehat ye!
Sekarang Danish ni masih berada kat dalam wad, tak nak susu dan apa2 cuma minum air masak je! sedey r aku dengar macam ni!!!
Huwaaa....
Danishhh!!! tokcik doakan Danish cepat2 cehat ehhh!!!
Cayang Danish dari jauhhh!!!





BAHAN-BAHANNYA:
  • LAPISAN BAWAH:
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • Sedikit pewarna dan perasa EMULCO pandan
BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Daun pandan secukupnya dibuat acuan empat segi
  • Sengkuang cina dalam tin (dipotong kecil2)
CARA-CARANYA:
  • Bancuh kesemua bahan lapisan bawah dan letakkan diatas api perlahan sambil digaul hingga pekat berkilat, kemudian tuangkan sedikit2 didalam acuan daun pandan yang telah dibuat terlebih dahulu dan taburkan sedikit sengkuang cina yang telah dipotong kecil2 tadi pada setiap acuan dan ketepikan.
  • LAPISAN ATAS:
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Gaul rata semua bancuhan lapisan atas dan letakkan diatas api perlahan sambil terus digaul hingga pekat, kemudian tuangkan sedikit2 diatas acuan adunan hijau yang pertama tadi hingga penuh acuan, buat hingga habis, sejukkan dan masukkan didalam peti sejuk, hidangkan semasa dingin.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kilo udang (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 s/b rempah garam masala
  • 1 s/t serbuk ketumbar
  • 1 s/t serbuk jintan halus
  • 1 s/t serbuk jintan kasar
  • 2 s/b rempah kari udang (adabi)
  • 1 s/t biji sawi
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji cili hijau (dibelah tanpa putus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 s/b yoghurt
  • 2 s/b air asam jawa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, daun kari dan biji sawi hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk dan gaul hingga garing, masukkan pula rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, serbuk jintan kasar, rempah kari dan air asam jawa, gaul sebati dan masukkan udang serta sedikit air, gaul rata hingga udang berubah warna, masukkan yoghurt, cili hijau, garam dan perasa, gaul lagi dan biarkan hingga udang masak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • Tauhu secukupnya (dipotong 4)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 6 biji cili merah *
  • Sedikit belacan *
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 s/b air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gorengkan tauhu yang telah dipotong tadi hingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya, ketepikan.
  • Dikuali yang sama tapi kurangkan jumlah minyaknya, tumiskan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, gaul hingga garing dan masukkan air asam jawa, garam, perasa dan gula secukup rasa kerana sambal ini rasanya agak manis, gaul lagi hingga sambal pekat dan akhir sekali masukkan tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul rata dan biarkan seketika, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus mee hoon (dicelur dengan air panas dan toskan)
  • 4-5 biji telur (mengikut jumlah hidangan)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 s/t lada hitam *
  • 1 s/t lada sulah
  • 2 biji kiub pati ayam
  • 1 ikat kangkung (dipotong kecil)
  • 8 biji putik jagung (dipotong bulat)
  • 10 biji fishball (dibelah 2)
  • 10 biji prawnball (dibelah 2)
  • 10 biji sotongball (dibelah 2)
  • 5 biji fishcake (dibelag 2)
  • 10-15 biji telur burung
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk besar, tumiskan bahan tumbuk dan serbuk lada sulah hingga garing, kemudian masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam, biarkan sehingga mendidih dan masukkan pula fishball, prawnball, sotongball, fishcake dan telur burung, gaul rata kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji mengikut jumlah hidangan, tapi pastikan jangan sampai telur hancur, biarkan sehingga telur masak keras dan masukkan garam serta perasa, gaul sebati dan akhir sekali masukkan kangkung, putik jagung dan mee hoon yang telah dicelur terlebih dahulu, gaul perlahan-lahan dan biarkan sehingga semua bahan masak, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 10-15 biji telur ayam (yang warna putih lagi bagus)
  • 1kg garam halus
  • Air mineral secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Cuci telur ayam sambil digosok dengan span kasar pada kulit telur supaya pori2 kulit telur terbuka, gunakan telur ayam yang berwarna putih kerana telur yang berwarna putih kulitnya lebih nipis berbanding kulit telur ayam yang biasa, jadi kemasinan garam akan cepat meresap, jika gunakan telur itik lagi sedap.
  • Setelah dicuci bersih dengan span kasar, lap dan keringkan satu persatu telur tadi dan masukkan kedalam bekas bersih yang kedap udara.
  • Sementara itu masak air mineral bersama garam hingga garam larut dan sejukkan.
  • Bila air larutan garam sudah sejuk, tuangkan kedalam bekas yang telah berisi dengan telur tadi, tuang sehingga semua telur tenggelam dan tutupkan bekas tadi, simpankan selama 3 minggu atau lebih dan pastinya akan mendapatkan telur masin yang sesedap rasa.
  • Jika hendak membuat telur masin dengan kaedah lain, bolehlah mencuba cara ini:
  • Rendam telur dengan garam sehingga menutupi telur dan simpankan selama 3 minggu atau lebih.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk telur (dalam 6-8 biji)
  • 3 mangkuk santan pekat
  • 3 mangkuk gula pasir
  • 1 mangkuk isi durian (yang telah dikisar halus)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Secubit garam
  • (gunakan mangkuk yang sama saiz dalam semua sukatan)
CARA-CARANYA:
  • Mix telur bersama gula hingga kembang, masukkan santan, durian yang telah dikisar halus dan secubit garam, mix hingga sebati dan tapiskan bancuhan.
  • Tuangkan bancuhan kedalam periuk dan letakkan diatas api yang sederhana sambil terus digaul rata sehingga pekat dan sekurang-kurangnya dimasak dalam masa 1-2 jam, lagi lama lagi bagus dan sedap.
  • Biarkan sejuk dan barulah dimasukkan didalam bekas kedap udara, jangan tercemar kerana jika tidak tercemar, sekaya boleh tahan lama.

Serimuka durian, perhh..nama pun dah sedap! apatah lagi rasanya! mabelesss...
tapi aku tak letak resepi kuih ni cz kuih ni bukan aku yang buat, serimuka durian ni kawan aku Lynne yang buat, dia anto ni tadi kerumah aku, Lynne tu memang teror dalam segala hal kuih talam, memang mabeles wei kuih2 talam yang dibuatnya!
Tapi minggu ni rasanya aku dah banyak membeduk durian, kemarin beli durian memang banyak, dimakannya lain, dibuat serikayanya lain, hari ni Lynne plak kasi serimuka durian lagik! dah lah musim panas kat Denmark ni, mak oi!! berpeluh! panasss!!! malam tido bukak tingkap dan bukak segalanya yang boleh dibukak! huahahaha....aaaa




Penat berjalan minggu ni, naik kematu tumit kaki aku tapi melayankan anak2 cuti skul ni takpelah...layannn...lagipun kat Denmark ni kalau musim2 panas macam ni banyak carnival yang dianjurkan so masa2 cuti tu banyak terisi dengan benda2 yang menghiburkan, memang best! tapi penat!




Dahla pakai cermin mata terbalik! berangan plak nak bawa kete!
Apa nak jadi dengan anak koret aku seorang ni pun tak tahulahhh...
Macam2 perangai budak ni sejak2 kebelakangan ni, ada je benda yang dibuatnya membuatkan aku gelihati dan ketawa dengan karenah dia!



Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin