Hari tu masa keluar aku belikan dak Rhea ni cermin mata cz tengok Fatin anak Fida pakai cermin mata nampak cute plak! so aku belikanlah dak Rhea ni cermin mata, budak2 kalau pakai cermin mata nampak cute kan?
Hari ni masa keluar dengan cuaca yang agak panas so aku kasilah dak Rhea ni pakai cermin mata tu cz dia tak kasi aku nak pakaikan, dia nak pakai sendirik! aku biarkan je lah! sekali aku pandang memang nampak cute pun tapi dua kali aku pandang aku ketawa bagai nak rak! dak Rhea pakai cermin mata terbalik!
Muahahaha....hahaha...hahaha...aa
Poyo r minah ni!




Hari ni melayan anak2 berpesta di Stroget, iaitu betul2 di bandar Copenhagen, orang punyalah ramai, sesak menyaksikan pesta sepanjang jalan dan ada juga yang sambil berjalan sambil menari-nari sepanjang jalan disitu, besttt!!!
Tengok tu dak Rhea yang didukung oleh daddynya kerana orang yang terlalu ramai dan bersesak-sesak, kalau dilepaskan budak tu, maunya hilanggg!!!
Oh tidakkk!!!



pukulan gendang yang memecahkan gegendang telinga!


Tarian gegarrr yang menggegarkan segala yang bergegarrr...



Momok hitam pun ada!


Kononnya puteri duduk diatas kereta berhias!
Tapi oklah kerana aku gelarkan puteri dayang senandong! muahahaha....




Dalam pada reramai manusia kat situ, sempat aku ambil gambo mamat bapok rambut merah ni dengan pakaian perempuan sebenarnya cuma tak nampak cz mamat ni jauh, aku zoom in kan n nampak muke jer...apapun mamat ni tetap ayu dan ayusss...



Kakak ni bukan main menari lagik dengan kain kembangnya yang mengembang dek ditiup hanginnn...


Bukan kata momok hitam dan puteri dayang senandong je ada! orang hitam pun banyak kat Denmark ni! muahahaha...haha...aaa



Cian kat mamat ni kena jadik burong!
Burong pun buronglah bang! janji mashukkk!!!



Alamak! gambo uncensored! layannn!!!
Dimaafkan kerana berpesta!!!




Beruang hitam! kenapalah hari ni banyak sangat yang hitam2 aku jumpa!
Tapi nape tangan beruang tu putih eh?
Kihkihkih!



Anakku Rica bersama anak Poji iaitu Nini bergambar dengan happy sekali bersama beruang hitam yang gatal ni!



Ni mana sesat ada star wars plak!



Ewah! ewah! kau Poji! gambo dengan pompuan sexy bukan main empet lagik eh panas2 ni! pompuan tu angkat tangan takde bau ke Ji?
Kihkihkih!!!



La! Ustaz Kama pun tak lepas kan peluang gek! disebabkan bergambar dengan Ustaz so pompuan ni cover sikit! muahahaha...


Ni laki sapa ni? sapa nak jawab?
Ewah! ewah! sengeh sampai ketelinga ye dapat gambo dengan pompuan sexy!
Kahkahkah! sebebarnya Aby taknak gambo dengan pompuan ni, tapi aku mana boleh tahan tengok Poji dengan Kama bergambo tak ingat dunia, so aku paksa Aby gambo dengan pompuan ni siap aku suruh peluk babe! alah! suke2 je apa salahnya! sportinglah sikit! jangan malam ni Aby tak boleh tido malam dah r..terkenang...kenang...kihkihkih...



Ingat diorang je boleh gambo dengan pompuan sexy ke! aku pun nak gak! tapi kakak ni body tak sexy r...biasalah! kakak kan!!!
Layannn!!!



Rica, Nini dan Afiq iaitu anak Kama tak lepaskan peluang, nak gak bergambo dengan minah ni cuma Rica dengan Nini masih boleh tahan lagik tapi Afiq dah tak boleh tahan cz pompuan tu angkat tangan tinggi sangat so ghau ghau bau diaaa...Afiq tak tahannn!



Lepas berarak sepanjang jalan berpesta, kita semua menuju ke restoran Kebabish iaitu tempat makanan halal yang berdekatan, sambil jalan sambil cuci mata menikmati betapa indahnya kereta itu yer...kereta impian Aby! dapat tengok je lah ye laling!



Memasing dah kelaparan, pas tu order makanan macam tak makan setahun! buruk lantak betul! nak2 si Poji! hehehe...



Kama pun tak kurang buruk lantaknya! semeja diordernya!
Hah! kau! tak abis sampai bertukar-tukar makanan dari meja ke meja untuk nak mengabiskan makanan tu semua!



Anak2 tetap maintain kerana makanan diorang, mak bapak yang orderkan!
tapi budak2 ni dah pandai demand cz lepas makan diorang mintak eskrim!
Adoh!!!



Selepas kekenyangan aku sambung berjalan jap ke sekitar Stroget cz nak beli barang sikit untuk keluarga kat Mesia so aku singgah kat kedai ni yang ada jual macam2 barang cenderahati dan hadiah.
Kalau tengok nama kedai ni orang akan ingat signboard kedai ni salah! tapi sebenarnya betul! kerana tuan empunya kedai ni selitkan bahasa Danish dalam signboard kedai dia so memang betul sebenarnya!
Cz dulu aku pernah dengar ada orang cakap signboard kedai ni salah! bila aku tanya Aby ropenya betullah signboard tu! Cian tuan kedai tu ek! mahal2 buat signboard dikatanya salah!
Pengor kementos betul!




Tadi masa gi beli lauk kat Central aku pulun beli doyan ni, geram tengok isi doyan yang gebus dan tebal, perhhh! manis! isi tebal! bijik kecik jek!
sampai umah aku beduk doyan ni anak beranak termasuk bapak budak sekalik! dan bakinya tinggal yang kat dalam gambo tu, masih banyak dan akan aku buat bubuq atau apa2 yang boleh! kompom mabeles!
Pas ni pssttt... pun bau doyan, kihkihkih....




Kalau korang nak tahu macam mana aku menggg update blog hari2, hah! macm tu lah ropenya!
Kat hujung sofa tu lah tempat aku parking mengadap laptop aku tu untuk aku update kan segala cerita dan resepi2 aku dengan penuh bersemangat sekali! huahahaha...semangat ker...mmm memanglah semangat! benda yang aku suka buat! memanglah bersemangat! lebih2 lagi masa masukkan resepi! mmm...terasa puas hati sangat walaupun resepi yang aku masukkan tu resepi biasa2 je!
Betul tak Kak Asma? pedulikkan cerita2 karut marut yang tak berfaedah, anggap je macam gangguan jelessszz! jangan pedolik! asal resepi kita tatap di update selaluuu!!!
Semoga kakak alam mayaku iaitu Kak Asma teruskan berblog, jangan terhenti kerana blog Kak Asma dah tersohor dan ramai peminat! sayang sangat kalau dihentikan!
Sue tetap nantikan terbitan Kak Asma yang terbaru walaupun tak tahu bilaaa...





Mula2 gosok2 mata...pas tu ada bunyi sikit2, ish! ish!
Paa tuh...huu...waaa....



Dan segala anak tekak dan anak2 yang ada dalam molot tu semua nampak!
Huwwaaa...nak ikut daddyyyy!!!
Geram jek aku tengok dak Rhea ni, sekarang dah pandai nak ikut mana je daddy dia nak gi, nak gerak mana2 pun tak boleh! kadang daddy dia nak gi bilik air pun dilantaknya nak ikut! bahaya! bahaya! kang tembelnya plak mata ko kang! hehehe...
Tadi lepas balik kije dalam pukul 6 petang Aby keluar cz ada dinner dengan kengkawan ofis dia, so masa Aby nak keluar tu lah yang dak Rhea ni melalak nak mengikut! nasib baik nangis kejap je cz aku besokan mata kat dia! hah! takut!
nasib baik dia tahu yang mummy dia ni macam singa! tak boleh dengar melalak terlebih! nanti aku yang mengaum plak! setaman dengar! sapa nak jawab?





Tadi dalam pukul 3 petang Aby call aku!ada ke dia boleh cakap kat aku yang dia tengah gi sale Helly Hensen dekat2 ofis dia! dah lah gi sale time kije, pastu gi tak ajak aku! rasa macam nak marah pun ada! macam nak meroyan pun ada gek!
Aku ni kalau ada sale barang branded tapi tak ajak aku, maunya aku tak meroyan!
Aku suka baju2 (kain) Helly Hansen ni cz kalau musim sejuk memang sesuai sangat pakai baju2 ni, hangat jer...kain sedap!
Nasib baik masa dia balik dia ada belikan jugak untuk aku!
Hah!!!takut!
Muahahaha....aku jahattt!!!!
Tapi yang sayangnya saiz anak2 dah lama habis, yang tinggal saiz yang besau2 dan ada saiz aku pun yang warnanya gelap! tapi Aby belikan jugak walaupun dia tahu aku tak suka sangat warna gelap! ye lah...dari tak beli langsung! maunya kena bebelll dengan aku.





Lihatlah wajah jelita Emelda ni, betapa aku tersangatlah minat gila2 kat Emelda ni, kalaulah aku jelita macam dia...arrhhh...

Berakhir juga zaman solo antara Adlin dengan Emelda seminggu yang lepas setelah sekian lama menjalinkan cinta cintunnya.



Happylah Mak Mah sambal totok ni dapat menantu sejelita Emelda


Pengantin baru


Semoga bahagia kekal ke anak cucu



Selamanya...




Pernah dengar punya peribahasa yang kat atas tu kan?
Tapi peribahasa tu boleh pakai lagik kerrr?
Mana taknya, tadi kat sini hujan batu turun! so hujan batu pun turun gek kat Negara orang!
Kahkahkah...saje je buat kecoh! tu semua hanyalah peribahasa, mestinya ada makna yang tersirat disebalik peribahasa tu, yer dak?
Dan saja je nak buat cerita mengenai gambar yang aku ambil kat atas tu tadi, yelah...tengah memasak melayan perasaan didapur, masak pun ada perasaan tau!!! sekali tengok kat luar naik pelik plak! nape air yang turun kasau2 macam bisinglah jugak! sekali aku perhatikan ropenya hujan batu jatuh berketui-ketui macam ice so aku sambar kamera aku ambil ler...kat Mesia mana nak jompenye hujan batu ni, kepala batu banyak ler..






Bunga2 yang mulai banyak tumbuh memenuhi taman belakang rumah aku, dah macam taman bunga! so sesiapa yang nak dating kat taman bunga, silalah datang ketaman aku ini yer...tapi bukan kata banyak bunga saja, siput dan lebah juga banyak! dan sesiapa yang bermuka kempong dan pipi tak tembam, silalah tampar lebah tu, nanti lebah tu akan tembamkan pipi yang kempong menjadi tembam dan gebusss...


Merah menyala...sekali pandang rasa ceria jer...
Tapi disebalik bunga yang merah menyala tu ada seekor burung yang dah kojoi!!!
Aku nak ambil buat laukkk!!!
Compom mesti sodap!



Yang ni memang cantik, putih bersih warnanya seputih dan sebersih hati aku!
Miahahaha...haha...haha...







BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 biji tauhu telur jepun
  • 6 biji cendawan butang - dihiris nipis
  • 4 biji bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji telur - dipukul dengan garfu sekejap
  • 3 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos ikan
  • 1 s/b bancuhan air tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Air panas mendidih secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Buka plastik balutan tauhu telur dan masukkan tauhu telur kedalam mangkuk, tuangkan air panas mendidih kedalam tauhu telur dan biarkan selama 20 minit kemudian buangkan airnya dan potong2 tauhu telur tadi.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sos tiram, sos ikan, air, garam, perasa dan sedikit gula, gaul hingga mendidih kemudian masukkan cendawan, gaul lagi hingga cendawan layu, masukkan pula telur dan bancuhan air tepung jagung, gaul hingga pekat dan akhir sekali masukkan tauhu telur, gaul perlahan-lahan supaya tauhu telur tadi tidak hancur, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 ikat sawi atau sayur yang disukai
  • 3 biji bawang putih - dicincang halus
  • 3 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap cair
  • 2 s/t serbuk perasa pati ikan bilis
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus dan kukuskan sawi atau sayuran lain hingga layu, angkat dan letakkan didalam pinggan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk kecil, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk perasa pati ikan bilis dan sedikit air, gaul hingga sos menjadi pekat, kemudian tuangkan sos tadi diatas sawi yang telah dikukus tadi, sedia untuk dihidang.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin