Hari ni adalah hari yang sesuai untuk berjalan dan berpicnic so kita orang berpakat untuk berjalan-jalan dan berpicnic reramai, memasing bawa makanan sebanyak yang ada! so kalau dah ramai yang pergi dah tentu2 nya banyak makanan yang terhidang dan sedaplah untuk dibeduk, sambil2 makan! sambil2 borak! perhh...sonok!

Suasana semasa makan...masing2 tengah lapo! so apa lagi?

Hah! tengok tu! sebakul buah mata kucing Lynne bawa! aku apa lagi, dengan selambanya melantak selagi ruang perut ada kosong! Memang best makan beramai-ramai macam ni, riuh rendah!

Bapak2 menunjukkan bakat bermain bola ye walaupun ada diantaranya yang berkaki bangku
(macam laki aku) hehehe...

Ni sapa nak jawab? Hah! biar aku yang jawab!
Dari kiri: Cipot saiz 50, Isrin saiz 60, Kama saiz 40, Poji saiz 20 Muahahaha..
Laki aku takde! cz dia yang ambil gambar ni! hahaha...jahattt!

Gambar di diambil semasa balik dari picnic tadi, so kita orang sambung berjalan ketempat lain, gambar aku bersama Aby dan Rhea yang berlatarbelakangkan orang Mesia.

Gambar kami sekeluarga.

Aku bersama Rhea yang sudah kepenatan! tengok saja muka dia tu dah tahu!

Aku abadikan gambarku bersama kawanku yang sedang membuyong sekarang ni, Lynneisrin, tak sabo nak tunggu Lynne ni meletop! yeeey babyyyy!!!!

Mak2 orang bergambar kenangan di Amager.

Anak2 bergambar kenangan di Opera House.

Masih lagi di Opera House tapi dah nak balik kerana Rhea mulai kesejukkan dan waktu ni sebenarnya dah pukul 8.30 malam walaupun masih terang menderang!
Pelik tapi benar!

Bersama suami yang tercinta.

Rico & Rica


Jangan ada yang loya tekak plak bila aku cakap laki aku ensem! Alah mamat ni lepas aku gunting rambut dia tu nampak ensemlah kat mata aku! selalunya serabai rambut panjang dah macam Rajinikanth, kahkahkah!!! Woihhh! Rajinikanth tu pelakon tamil yang terkenal tau! mak mertua aku punyalah minat tahap tak tido malam beb kat pelakon tu! Ni kalau mak mertua aku baca blog aku ni, abis aku kena piat telinga! Berbalik pada cerita gunting rambut ni, nak aku ceritakan lagi sekali bahawa se nyer mengunting rambut kat Dk ni adalah ke tahap mencekek kedarah kerana kos satu orang kalau gunting jejak ke Dkk150 (Rm80-90) macam tu lah kira2 nya! nak2 plak aku ada seorang lagi hero iaitu anak bujangku, so kalau diorang berdua gunting rambut maunya jejak Dkk300, mahal kan? Tu yang gunting ala2 kombet, kalau nak style2 lagi tah berapa agaknya? Nasib baik Tuhan kurniakan kelebihan pada aku yang sangat2 aku bersyukur kerana kelebihan ni lah dapat aku jimat sikit, lagipun aku ni dulu pernah kerja kat salun, so pengalaman tu teramatlah penting! boleh dipakai guna kemudian hari! kalau kat Mesia tu satu keluarga aku kebanyakkannya lah akan suruh aku yang guntingkan kerana FREE.

Tadi gi Ikea, so seperti biasa kalau dah ke Ikea tu tak sah kalau tak singgah Toys ''R'' Us, biasalah melayan anak2...macam ni lah...Dak Rhea ni memang macam ni, kalau mummy dia suruh posing, tak payah aku susah2 nak ajar, tau lah dia macam mana nak posing! Like mother like daughter!


Tadi masa balik dari Ikea hujan bukan main lebat so cuaca dah tentu2 lah sejuksss...tapi Rhea ni punyalah selesa tido dalam kereta lebih2 lagi telah diselimutkan oleh abangnya dengan selimutnya yang tebal! ahh...mimpi indah!


Sampai je kat rumah dak Rhea ni masih tak menyadar lagi, sambung tido kat rumah! tengok tu! sampai menonggeng! apa ke pesenlah anak MFJ ni yer...


Lepas bangun tido je dak Rhea ni cari makan, so lepas suapkan dia sampai kenyang aku pun lap2 kan je badan dia cz cuaca sejuk, takut plak dia sakit cz tadi masa keluar ada kena angin sejuk! Pas tu dia main mainan yang daddynya belikan tadi dan carpet coklat tu aku saja nak tunjuk yang aku baru beli tadi, muahahaha....

Lagik kereta yang dah Aby siapkan! fuyoo! cun r...kalaulah kereta betul! lagi gerek ni!


Dalam kereta yang telah dipasang dengan rapinya sekali!


Enjin kereta yang juga dipasang dengan telitinya sekali dan nampak macam real enjin! rajin betul Aby tu pasang benda2 yang kecik2 macam tu hingga menjadi sebuah kereta! walaupun banyak kerja dan banyak hari baru siap tapi Aby memang tak akan pernah jemu untuk membuatnya, lebih2 lagi ini adalah hobinya yang paling disukainya sekali!Tunggulah model kereta yang akan datang!!!


BAHAN-BAHANNYA:

1/2 biji kobis panjang - dipotong serong
8 biji putik jagung - dibelah 2
20 biji kacang papan
1/2 biji capsicum merah - dipotong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - dipotong memanjang
1/2 biji capsicum kuning - dipotong memanjang
1 batang carrot - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dititik
2 s/b tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
2 s/b sos tiram
Garam dan perasa
Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan carrot, kacang papan dan semua capsicum, gaul seketika kemudian masukkan bancuhan air tepung gandum, sos tiram, sedikit garam dan perasa, gaul rata, masukkan pula putik jagung dan kobis panjang tadi, gaul lagi hingga sayur masak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.



BAHAN-BAHANNYA:

6-8 telur
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 biji tomato - dipotong dadu kecil2
2 tangkai daun sup - dihiris
2 s/t serbuk pati ayam (magee)
1/2 s/t serbuk lada sulah
1/2 s/t garam
2 s/b butter

CARA-CARANYA:

Pecahkan telur didalam mangkuk, pukul telur, kemudian masukkan bahan hiris, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam, pukul lagi hingga sebati.
Panaskan butter didalam kuali, tuangkan bancuhan telur tadi, gaul sikit supaya bahan masak sebati, taburkan daun sup dan gaul lagi hancur2 kan telur tapi jangan terlalu hancur, bolehlah ditutup apinya.
Sebelum molot2 yang takde insurans mengata aku! disini aku nak bagi tahu bahawa resepi bacon yang kat bawah tu adalah HALAL ok! Bacon ni aku dapatkan halal sebab tu aku beli! Kat Dk ni takde yang mustahil yang boleh dapat, kadang benda2 yang takde kat Negara kita pun ada jual kat sini yang dapat dibeli so kalau ada je peluang untuk dapatkan, apa salahnya kita beli! Dan contohnya seperti bacon ni adalah dari daging lembu halal dan ternyata memang sedap sekali! Tak semestinya kalau dah namanya bacon orang fikir hanya daging oink! oink je! Bacon tu ialah hirisan daging nipis so semua jenis daging pun boleh dibuat bacon! Dan ternyata bacon lembu yang aku beli ni memang sedap! nak2 kalau digoreng garing2..perhhh...macam keropok! yummy!!!


BAHAN-BAHANNYA:

Bacon (lembu) secukupnya
6 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 s/t serbuk lada sulah
1/2 s/t garam
2 s/b butter
Sedikit minyak zaitun

CARA-CARANYA:

Pecahkan telur didalam mangkuk dan pukul sedikit dengan garfu kemudian masukkan garam, serbuk lada sulah dan susu segar, pukul lagi sehingga sebati.
Panaskan butter didalam kuali, masukkan bancuhan telur tadi, gaul hancur-hancurkan sehingga telur masak, angkat dan letakkan didalam pinggan besar.
Dikuali non stick, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak zaitun, gorengkan bacon sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya, hidangkan bersama telur tadi, baked beans, green peas dan garlic bread.

BAHAN-BAHANNYA:

20 ekor sotong - dipotong dan dibersihkan
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
2 inci lengkuas *
2 batang serai *
4 s/b serbuk kunyit
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
Sedikit daun kari
Garam, perasa dan gula
Sedikit air
Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk cili, gaul rata dan masukkan sedikit air, gaul hingga mendidih, masukkan pula sotong, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan biarkan sehingga sotong masak dah kuah kering, bolehlah ditutup apinya.

BAHAN-BAHANNYA:

8-10 biji putik jagung - dipotong ikut suka
5 batang kacang panjang - dipatah-patah
5 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
Sedikit ikan bilis * direndam dengan air sebentar dan toskan
Santan secukupnya
Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Tumbuk bahan yang bertanda *
Masukkan santan didalam periuk bersama bahan tumbuk, tenggekkan diatas dapur dengan api yang sederhana sambil terus digaul sehingga mendidih tapi jangan sampai pecah santan, masukkan kacang panjang, putik jagung, garam dan perasa, biarkan hingga sayur semua masak dan bolehlah ditutup apinya.
Pampers plak sampai! mmm...macam ni lah kalau orang lain yang tukang mengepos dan hari plak yang lain2 so sampainya pun tak sama hari, barang aku yang aku tunggu2 dah sampai tapi kali ni hanya pampers Rhea jek! bila lah yang lain2 tu nak sampai lagi! penat r tunggu!


Tadi aku ke Fullhouse iaitu tempat yang menjual barang dapur dan macam2 lah yang ada kat sana, kalau kat Mesia macam Makro tu lah, barang yang dijual secara borong so kenalah beli banyak! tapi aku bukannya beli banyak mana pun, cari barang yang perlu je! lagipun keluarga aku ni jenis yang makan tak berenti so makanan memang kena standby walaupun badan memasing bukan besau2 sangat kecuali Aby! hehehe...


Susun ye kak! jangan tak susun! selagi ada ruang tu, sumbat je lahhh...


Bab susun2 kat bonet aku serahkan pada yang empunya kenderaan kerana Aby ni cerewet sikit, buatnya masa dia bawa kereta kalau tak susun betul2 nanti ada bunyi2 kat belakang! maunya dia turun n betulkan barang2 tu balik! kereta kalau berbunyi akan mencairkan taik telinga Aby tu, so paham cukup!

Madam ni kalau dapat grape memang dilantaknya sengsorang! tengok tu! amboi!
Masa madam ni makan, mata dia dah ngantuk sebenarnya...so dia makan grape tu sampai tertidur dan grape tu telah diambil alih oleh...



Daddynya! Mmm...bapak dengan anak sama jek perangai!
Takpelah...janji bahagiaaa...






Tadi masa jejalan aku ternampak satu kedai ni penuh dengan Russian dolls ni, aku memang suka dengan Russian dolls, tapi kat Dk ni Russian dolls mahal sikit tapi kalau dah suka kejamkan mata je lah beli cuma hari ni tak dapat nak beli sebab aku sampai dah petang n kedai ni dah pun tutup, len kali dah tahu kedai tu kat mana, datang je lah...setakat ni aku cuma ada 3 pasangan Russian dolls ni, so nak tambah ler lagi...

Rico dan Rica bersama badot yang peramah melayan budak2 yang lalu lalang kat situ..




Masa aku sampai situ, diorang ni tengah melalak-lalak dengan bunyi-bunyian memasing, best juga cz diorang bawa lagu yang best2 siap dengan lenggang -lenggoknya sekali.



Abang Rico dengan kereta Chrysler Bel Air, perhh..kereta ni memang panjang dan besau! walau kereta lama tapi masih nampak elok lagi!



Aby bersama kereta yang berusia 100 tahun


Aby ni memang minat sangat dengan kereta so apa2 jenis kereta walaupun kereta dah antik pun dia tetap suka!


Suasana sesak di bandar tadi masa aku datang kesana, tapi seronok dengan cuaca yang tak berapa sejuk!



Ni juga bangunan yang sempat aku ambil tadi untuk tatapan orang yang belum berkesempatan ke Dk ni.





Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin