Terima kasih untuk Inahar Ali kerana kasi Sue kad untuk mother's day dan "Happy mother's day'' juga untuk Inahar Ali.
Terima kasih untuk Inahar Ali kerana kasi Sue kad untuk mother's day dan "Happy mother's day'' juga untuk Inahar Ali.
Bahan-bahannya:
1 bungkus sagu biji (dibasuh dan toskan airnya)
1 biji kelapa parut
1/2 mangkuk gula merah
3 s/b gula pasir
Secubit garam
Daun pisang secukupnya (dilayur)
Cara-caranya:
Ambil sagu biji yang telah ditoskan tadi dan masukkan didalam mangkuk, kemudian taburkan secubit garam dan kelapa parut, gaul rata dan ketepikan.
Didalam mangkuk lain, gula merah dicampur dengan gula pasir.
Cara membuatnya:
Panaskan periuk kukusan.
Daun pisang dipotong memanjang dan dilayur layu.
Ambil daun pisang yang telah dilayur tadi dan buat seperti kon dan ambil sesudu kecil adunan sagu biji tadi dan masukkan didalam kon kemudian ambil sesudu campuran gula merah dan gula pasir, masukkan didalam kon tadi, ambil semula sedudu sagu biji dan masukkan didalam kon untuk menutupi gula tagi, tekan2 sedikit dan lipatkan bahagian atas kon, buat proses yang sama dan susunkan didalam periuk pengukus, kukus selama 15 minit, bila masak biarkan sejuk baru dihidangkan.
Time2 orang nak cepat, time2 tulah dia nak tersangkut! last2 aku dapat ambil gambar diorang berkawat dari belakang jek! hampehhh betul!
Tapi mummy n daddy pun soke jugak masuk tempat mainan ni, hehehe...Elehhh...mummy nak gek! dulu masa kecik2 tak jumpa mainan macam la ni, poyo sey! dah kenapa kemaruk cari mainan, dah nak mengalahkan anak2 plak!
So adalah barang yang dibelinya ye dak? kalau tak, takkan sampai kesini!
Lepas beli ala kadar, Aby gi bayo n kita semua pun balik umah cz aku nak buat persediaan sikit2 untuk party Rhea, nak kopek2, potong2, kisar mengisar so pagi2 bangun tinggal melangsaikan tugas je! idak ler kelam kabut dibuatnya!
Kalau korang nak tengok party Rhea, tungguuu!!! nanti kalau tak penat aku tepek gambo party tu eh! tapi kalau penat, esok je lah aku update!!!
Tungguuuu!!!!
Bahan-bahannya:
Untuk memerap daging:
4-6 keping daging kambing bahagian peha (dipotong nipis) *
6 s/b sos worcestershire (Lea & Perrins) *
2 s/b kicap pekat manis *
2 s/b kicap cair *
1 s/t garam *
Bahan sosnya:
3 biji bawang putih (dicincang)
6-8 s/b sos worcesrershire (Lea & Perrins)
4 s/b kicap cair
4 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
Garam dan gula
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Campurkan bahan memerap daging bersama dengan daging kambing yang telah dipotong nipis tadi, gaul sebati dan perapkan selama 1-2 jam.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali non stick, gorengkan daging kambing yang telah diperap tadi hingga daging masak dan hampir garing.
Cara membuat sosnya:
Panaskan sedikit minyak didalam periuk kecil, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan kicap worcestershire, kicap cair, sos cili, sos tomato, sedikit garam dan gula, gaul rata dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung, gaul hingga sos menjadi pekat, bolehlah ditutup apinya.
Cara menyediakan:
Ambil daging kambing yang telah masak tadi dan letakkan dipinggan, kemudian tuangkan sos diatas daging, hidangkan bersama kentang goreng dan sayur-sayuran yang disukai, sedia untuk dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)


