Bahan-bahannya:
280g butter
200g gula halus
5 biji telur (gred A)
280g tepung gandum
40g serbuk koko
1/4 s/t soda bikarbonat
1 3/4 s/t serbuk penaik
1/4 nescafe (dibancuh dengan sedikit air)
100g coklat masak (dicairkan)
3/4 cawan air sejuk
Bahan topping:
100g coklat masak
1 s/b susu pekat
3 s/b air
Taburan hiasan (ikut citarasa masing2)
Cara-caranya:
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sedikit demi sedikit, masukkan juga bancuhan nescafe dan coklat masak yang telah dicairkan terlebih dahulu, akhir sekali masukkan air sejuk dan pukul sehingga sebati.
Tuangkan adunan kek kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan gunakan loyang yang boleh buka dibahagian bawahnya.
Panaskan oven pada suhu 180c dan bakar adunan kek selama 45 minit atau hingga masak.
Untuk topping:
Panaskan susu pekat dan air, masukkan coklat masak hingga cair dan pekat, bolehlah ditutup apinya.
Cadangan hidangan:
Apabila kek masak, letakkan diatas pinggan atau cake board, sapukan topping dan hiaskan.


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibuang kulitnya)
  • 3 s/b jus lemon
  • 1 1/2 s/t garam
  • 1/4 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 cawan plain yoghurt
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 1/4 s/b serbuk ketumbar
  • 3/4 s/t serbuk jintan putih
  • 1/2 s/b serbuk cili
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit minyak (untuk percik)
CARA-CARANYA:
  • Ayam dikelar-kelar dan dicucuk-cucuk supaya bahan perap meresap masuk dengan rata.
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Didalam mangkuk besar, campurkan jus lemon, garam, serbuk kunyit dan sedikit pewarna merah, masukkan ayam dan gaul rata, perap selama 10-15 minit.
  • Didalam mangkuk yang lain, masukkan yoghurt, bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih, gaul ayam yang diperap tadi dengan bahan campuran yoghurt dan perap lagi ayam selama 1-2 jam, bakar ayam didalam oven pada suhu 200c, sesekali percikkan sedikit minyak diatas ayam tadi untuk mengelakkan ayam kering.
  • Masak hingga ayam masak rata dan bolehlah dihidang semasa panas.

  1. Herman er en venskabskage
  2. Herman er en naturling gaerende kage derfor er det vigtigt ikke at stille ham i koleskabet!
  3. Han skal sta pa et bord uden lag pa,han skal sta lyst og nar du rorer i ham skal du huske at skrabe kenterne.
  4. Husk at daekke ham med husholdningsfilm.
  5. ADVARSEL! Hvis Herman ikke bobler er han dod!
  6. Det er forbudt at give Herman et nyt navn
  7. Dag 1. du far Herman
  8. Dag 2. ror i Herman 1-2 gange om dagen
  9. Dag 3. ror i Herman 2-3 gange om dagen
  10. Dag 4. Herman er sulten giv ham 2 dl maelk, 2 dl hvedemel, og 2 1/2 dl sukker ror godt i Herman.
  11. Dag 5. ror i Herman 2-3 gange om dagen
  12. Dag 6. ror i Herman 2-3 gange om dagen
  13. Dag 7. ror i Herman 2-3 gange om dagen
  14. Dag 8. ror i Herman 2-3 gange om dagen
  15. Dag 9. Herman en sulten giv ham det samme som dag 4 og ror godt i Herman, og del ham i 5 lige store dele og giv 4 til dine venner.
  16. Dag 10. Herman er rigtig sulten giv ham 1 1/2 dl olie, 2 1/2 dl sukker, 3 aeg, 3 1/2 dl hvedemel, 2 tsk.Bagepulver 1 tsk, salt 100g hakkede nodder 100gr hakket chokolade 2 revne aebler 2 tsk.Kanel ror alt gidt sammen og haeld Herman i en stor rund from 26-28 cm stil Herman pa nederste rille i ovnen og bag ham ved 175 grader i 40 min.


Hah! kalau korang nak tahu apa yang aku tulis kat atas tu ialah mengenai "kek persahabatan'' yang telah diberikan oleh jiran depan rumah aku kat Dk ni, namanya KIRSTEN, seorang wanita tua yang tinggal bersama dengan suami, sepasang pasangan yang kaya! hahaha! KAYA!

Tapi bukan itu yang aku pandangkan pun! sebenarnya KIRSTEN ni seorang wanita yang sangat baik, dia ni takde cucu cicit pun walaupun dah tua, kaya tapi mungkin dia kesunyian! sebab tu dia baik dengan semua jiran2 yang duduk kat sini termasuk aku, hehehe...

Semalam KIRSTEN ni datang rumah aku dan bawa bancuhan kek yang kat atas tu, kek ni akan diperam selama 10 hari tapi setiap hari kek ni akan diberi makan, ditambah bahan2 dan dijaga supaya tak mati, jangan korang pelik plak! tapi tu lah yang KIRSTEN tu cakapkan lah, semuanya ada tertulis diatas tu dalam bahasa Danish, korang mesti ada yang tak tahu bahasa Danish ni, aku pun bukan tahu kesemuanya, tapi Tak susah manapun cz KIRSTEN dah terangkan pada aku dalam bahasa inggeris, so idaklah susah aku nak menjaga kek ni, cumanya kena perhatian lebih kat kek ni, takut2 tak jadi plak nanti dia ingat aku tak hargai persahabatan antara aku dengan dia.

Sebenarnya kat Dk ni dah tradisi diorang membuat kek macam ni untuk merapatkan persahabatan dan hubungan sesama manusia so terciptalah kek seperti ini, dan selepas kek ni diberi makan, dijaga dan diperam hingga tamat tempoh iaitu 10 hari, kek ini akan dibakar dan jadilah kek, dan kek ini akan dihantar semula pada KIRSTEN, dan kek yang pada KIRSTEN akan diberikan pada aku, begitulah ceritanya mengenai kek persahabatan ni yang selama ni aku tak pernah tahu pun kat Dk ni ada benda2 macam ni.

Satu pengalaman yang best juga, nanti bila dah jadi akan aku tunjukkan kek yang dah siap dibakar ye!

Tunggu lagi 10 hari!

Siapalah yang tak sejuk hati dan sejuk perut ni bila tengok anak sekecil Rhea yang suka sangat dengan bahan2 bacaan dan suka menulis, dulu aku dah pernah cakap yang dak Rhea ni memang takde mainan yang disuka, kalau ada pun aku atau daddy dia yang belikan just untuk standby je kalau2 dia cari barang untuk main, tapi selalunya kalau gi kedai2 mainan, dak Rhea ni main kejap je pastu dia akan letak balik! tapi kalau dia tengok buku2 walaupun buku yang dia tak faham apa pun dia akan tetap suka dan akan pegang je tak lepas!
Bukan aku nak menunjuk tentang anak sebijak Rhea ni, tapi aku pun yang mummy dia ni kadang naik hairan! kelakuan Rhea dah macam budak yang dah beso2 tu! aku tengok dak Rhea ni memang akan cepat matang nanti!

Happy sangat kalau dapat buku! walaupun tak tahu baca, Rhea akan tengok je buku tu konon macam tengah membaca!


Selain membaca, Rhea juga suka menulis!



Apalah agaknya ya yang terlintas didalam kepala budak sekecil Rhea saat dok pegang buku tu!
Mudah-mudahan Rhea ni besar nanti akan jadi budak yang bijak dan akan berjaya belajar hingga keluar negara kalau boleh! cumanya aku je yang risau kalau dah belajar kat luar negara tu tanpa perhatian ibu bapa kat sana takut belajar memain! macam sesetengah orang tu, ada peluang belajar kat luar negara tapi belajar buat syarat je n last2 keputusan pun nyawa2 ikan, tak pasal2 kena bayar balik biasiswa! tak ke haru tu! hampeh! hampeh!

Takpe lah dek, belajar kat negara sendiri pun takde salahnya, yang penting kau tu dah memang bijak! kalau belajar jauh2 pun tapi lemau! buat habis duit daddy kau je nanti! yang penting kau nak belajar yer???


Penat ke menulis sampai menyandar macam tu sekali! tapi yang penting senyumanmu itu tatap manjadi pojaan hattiku!

Comei dek!

Tulislah dek apa yang kau nak tulis walaupun aku perasan yang buku tu sebenarnya terbalik! hehehe....!!!



Untuk tatapan atok yang Rhea panggil "mak'' tengoklah ni mak! Rhea pandai toles!

Biasalah! kalau dah musim bunga kan? so banyaklah bunga! daripada terbiar kat luar tu, lebih baik aku ambil untuk dijadikan hiasan kat dalam rumah aku ni!
Lagi pun bunga2 kat sini walaupun bermacam-macam warna dan jenis tapi semua bunga ada bau! dan bau2 nya memanglah wangi! bila aku ambil bunga2 tu, letak kat dalam rumah, mmm...semerbak baunya tau!
Bunga yang kat dalam gambar atas tu aku tengok macam bunga tulip tapi ntah eh! aku ni mana tahu jenis2 bunga, cuma yang aku tahu bunga ros dan bunga taik ayam je! hehehe...Walau apa pun kalau dah namanya bunga, tetap cantik!
( Bunga ni aku tujukan khas buat tatapan emakku yang berada di Malaysia )


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
8 0z / 225g minyak sapi
1 s/t baking powder
Ceri merah dipotong kecil2 (sebagai hiasan)

Cara-caranya:

Gaulkan tepung gandum, gula kastor dan baking powder hingga rata.
Cairkan minyak sapi dan sejukkan.
Masukkan minyak sapi kedalam adunan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut, bentukkan adunan kecil2 seperti bebola, buat hingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar, hiaskan dengan ceri merah yang telah dipotong kecil2, bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit atau hingga masak.
Sejukkan baru disimpan didalam bekas.

Bahan-bahannya:
8g serbuk agar-agar
600 ml air
300 ml susu cair
120g gula halus
1 s/b tepung kastard
1 s/t esen vanilla
1 cawan gula pasir *
3 s/b air *
Cara-caranya:
Untuk karamel, masak gula pasir yang bertanda * dengan api yang sederhana hingga cair, kacau perlahan-lahan hingga bertukar menjadi kuning keemasan dan berbuih, tuangkan air yang bertanda * dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, kacau sebati dan masak hingga pekat, angkat dan tuangkan kedalam acuan atau bekas, ketepikan.
Untuk agar-agar, satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapiskan.
Di dalam periuk, satukan gula, air dan serbuk agar2, kacau rata dan tenggekkan diatas api yang sederhana, kacau hingga bahan larut dan mendidih, perlahankan api kemudian masukkan bancuhan susu cair + kastard tadi, kacau rata, masak hingga pekat (bila angkat senduk, bancuhan jatuh bertali) tutup api dan tuangkan didalam acuan atau bekas yang telah berisi karamel tadi, sejukkan dan simpan didalam peti sejuk selama 2-3 jam, keluarkan agar-agar dan isikan diatas piring, hidang semasa dingin.

Bahan-bahannya:
1 peket pasta (direbus hingga lembut)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 biji bawang putih (dicincang halus)
2 biji cili merah (dicincang halus)
1 s/b pes cili
2 s/b udang geragau
20 ekor udang basah (dibuang kulit dan dibersihkan)
6-8 batang kacang buncis (dipotong serong)
1/2 mangkuk kecil kobis bunga (dipotong kecil2)
1 batang lobak merah (disagat)
4 s/b minyak zaitun
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Rebus pasta hingga lembut, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat, angkat dan toskan airnya.
Panaskan minyak zaitun didalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan pes cili hingga garing, kemudian masukkan udang basah dan udang geragau, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu, bila udang masak, masukkan kacang buncis, kobis bunga dan lobak merah, gaul rata, biarkan seketika hingga sayur masak, masukkan pula garam, perasa dan sedikit gula, gaul lagi dan akhir sekali masukkan pasta yang telah direbus terlebih dahulu tadi, gaul hingga bahan sebati dan bolehlah ditutup apinya.
Selain dari bunga2 bermacam-macam warna yang tumbuh merata di Dk ni, pokok2 juga mengeluarkan bunga2 yang banyak dan salah satunya ialah pokok seperti yang kat dalam gambar ni, pokok ni dipenuhi dengan bunga yang berwarna purple! memang cantik! dan pokok ni aku ambil gambarnya di dalam taman tepi rumah aku, seronok sekarang ni dengan cuaca yang mulai panas, dipenuhi pulak dengan bunga2 tumbuh merata tempat, bangun tido bukak tingkap je nampak pokok yang penuh dengan bunga, bila tengok kat tingkap dan pandang bawah kat taman plak penuh dengan bunga macam2 warna! ahhh!!! best juga dok kat Dk ni yang kat Mesia takde! kalau kat Mesia banyak bunga pun disebabkan orang tanam, tapi kat Dk ni tak payah dok susah payah nak tanam, tumbuh dengan sendirinya, tapi aku tengok walau banyak pokok dan bunga2 keluarkan bunga dengan sendiri, tapi ada juga lah orang tanam bunga dan diorang tanam bunga yang lagi cantik2, kalau lalu kat depan rumah atau taman diorang, perhhh...cantik nyer bunga2 diorang! sedap je mata memandang... dan terasa romantis sesangat! hehehe...aku suka! alah! jadi minah bunga lah pulak!
Walau macam ne pun, kalau aku dapat ambil gambar2 bunga akan aku tepekkan kat blog aku ni eh! untuk tatapan kakak2 alam maya ku yang suka dengan bunga2 (agaknya laaa)
( Istimewa untuk Kak Ct Delima, Kak Asma, Mamafami, Datin El dan kakak2 yang mengenali diriku )
Akhirnya inilah pilihan Aby untuk anak koretnya, kahkahkah! tu je yang dapat terkeluar dari molot aku! tu lah! memilih sangat! konon nak Ferrari punya car seat, sekali gi order dekat Ferrari store belum ada untuk budak besar lagi, tengok kat Bilka pun sama dan nampak quality materialnya tak berapa bagus! hai! anak kome tu pompuan! yang nak berFerrari-Ferrari tu buat apalah...
So tempat yang banyak choice ialah Recaro dan rasanya Recaro ni lagi safe dari Ferrari, so inilah pilihannya untuk anak koretnya yang dibelinya siap dengan muzik yang dok terkeluaq daripada car seat tu! hehehe...bukan Rhea yang jakun! mummy dia plak yang jakun!
Ye lah! aku dulu masa kecik2 mana ada merasa menda alah tu!
Dok main tarik2 pakai upeh kelapa adalah, konon2 macam naik kereta! hehehe... (tapi tu masa balik kampung mak r kat Batu Pahat)
poyo sey aku masa kecik2! tapi best apa, kenangan kecik2 yang sekarang dah takde orang buat lagi!


BAHAN-BAHANNYA:

4-6 biji telur ayam (direbus

1 mangkuk cili kering * (direndam dengan air panas sebentar)

6 biji bawang merah *

3 biji bawang putih *

1 inci halia *

1 cawan yoghurt

1 cawan air

3 s/b rempah kari ayam/daging

2 biji tomato (dibelah 4)

2 biji cili merah (dibelah 4 tanpa putus)

Garam, perasa dan gula

Sedikit minyak


CARA-CARANYA:

Kisar bahan yang bertanda *

Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan kisar bersama rempah kari hingga garing, kemudian masukkan yoghurt dan air, gaul rata dan biarkan sehingga menggelegak, masukkan cili merah, telur, garam, perasa dan sedikit gual, gaul sebati dan akhir sekali masukkan tomato, gaul perlahan dan biarkan sehingga kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.



Bahan-bahannya:

3-4 ekor ikan sepat masin (dibersihkan)
4 biji bawang merah *
3 biji cili merah *
1 ketul belacan * (sebesar ibu jari)
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
6-8 biji bendi
Air secukupnya
Perasa dan garam jika perlu

Cara-caranya:

Kisar bahan yang bertanda *
Masukkan bahan kisar didalam periuk, masukkan juga asam gelugor dan air secukupnya, tenggekkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan ikan, daun kunyit, perasa dan garam jika perlu, gaul rata dan akhir sekali masukkan bendi, biarkan hingga ikan dan bendi masak, bolehlah ditutup apinya.




BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 kepingan besar lasagne (rebus hingga lembut-lebih kurang 2 minit)
  • 1 mangkuk daging cincang
  • 1 mangkuk cendawan butang/tiram (hiris)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 4 biji tomato segar(potong dadu)
  • 1 kiub stok ayam
  • ½ cawan keju mozzarella/cheddar (parut)
  • 3 atau 4 sudu besar minyak zaitun
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Untuk paste, campurkan 3 sudu besar air, 1 sudu besar serbuk cili kering, 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • Panaskan minyak minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang merah hinngga naik bau, masukkan bahan paste, kiub ayam, serbuk buah pala, lada hitam, garam, perasa, sedikit gula, tomato puree dan daging cincang, masak sehingga daging masak, masukkan tomato segar dan cendawan, masak sos dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
  • Sediakan bekas pembakar, lapisan pertama letakkan kepingan lasagne dan lapisan kedua letakkan sos daging, ulang proses yang sama sehingga lapisan terakhir, taburkan keju parut.
  • Bakar dlm oven selama 30/40 minit, suhu 180C.






Bahan-bahannya:

2 keping ikan salmon
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji cili merah - dicincang halus
1/2 s/t serbuk lada hitam
6 s/b pasta sos - perasa asli
1 biji tomato - dipotong dadu
1 s/b jus lemon
Garam, perasa dan gula
Sedikit minyak

Cara-caranya:

Untuk membuat sosnya, panaskan sedikit minyak didalam periuk kecil, masukkan bawang besar, cili merah, dan serbuk lada hitam, gaul hingga naik bau, kemudian masukkan pasta sos, jus lemon, tomato, garam, perasa dan gula, gaul rata dan biarkan sehingga mendidih, tutup apinya, dan ketepikan.
Taburkan sedikit garam dan lada hitam diatas ikan salmon dan gorengkan dengan sedikit minyak hingga ikan masak, angkat dan letakkan diatas pinggan, kemudian tuangkan sos tadi diatas ikan salmon, sedia untuk dihidang.

Tadi aku gi Netto, kononnya nak cari telur, sampai sana nampak macam banyak barang plak yang baru sampai so biasalah aku ni kalau gi sana tu, yang nak dibelinya satu barang tapi bawa balik tah apa2 tah....
Hari ni aku tak banyak kerja umah so dapatlah gi Netto tu, selalunya kirim Aby je masa dia balik kerja tapi hari ni rajin plak nak menapak kesana, alah sebenarnya Netto yang kat umah aku tu bukannya jauh pun cuma malas dengan tak je kalau nak gi.
Hari ni pun aku bukan masak grand sangat, cuma ikan tenggiri masak kicap cz permintaan Aby, bening sawi, ikan masin goreng, sambal totok, permintaan anak2 dan kuih koci, tapi kuih koci tu bukan permintaan sesiapa, saje je buat cz kesian tengok daun pisang yang dah mulai kuning tak bercuit-cuit kat dalam peti sejuk nu, bila aku layur daun pisang tu jadilah semakin kuning, alah! dah tak cantik plak nampak bila dah jadi kuih, tapi takpelah daripada takde kan! bila makan sama je rasanya, sodap jugak! kat tekak akulahhh...hehehe...
So gambar yang aku tepek kat atas tu gambar aku baru balik dari Netto tu lah, gambar kat tepi umah je sebenarnya, saje nak berposing sesekali walaupun pakai baju buruk je! tapi takpe r sebab dalam gambar tak nampak buruk kan???
Walau sebenarnya burok dah lusuhhh...
Alah gi kedai je...malas nak melaram...mm...mm


BAHAN DOH:

200g tepung pulut

1/2 cawan tepung pulut hitam

3/4 cawan air

Secubit garam (dibancuh dengan sedikit air)

BAHAN INTI:

1 biji kelapa parut

1 biji gula melaka

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

BAHAN LAIN:

Daun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur)

Minyak untuk menyapu

CARA-CARANYA:

Untuk membuat intinya,
Potong gula melaka kecil2 dan masukkan didalam periuk kecil bersama gula pasir dan air, masak hingga gula larut, angkat dan tapiskan kemudian tuangkan kedalam kuali, masukkan juga daun pandan dan kelapa parut, gaul hingga masak dan inti kering, angkat dan sejukkan.

Untuk doh,
Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam didalam satu bekas, tuangkan air sedikit demi sedikit kedalam bekas yang berisi tepung tadi sambil terus menguli, masukkan juga bancuhan sedikit air garam dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit.

Cara membuatnya,
Ambil sehelai daun pisang, sapukan permukaan daun pisang dengan minyak, ambil sedikit adunan doh dan leperkan sedikit dan letakkan sedikit inti ditengah doh tadi dan tutupkan inti dengan doh, kemudian lipatkan daun seperti biasa (lipatan kuih koci) buat hingga habis dan susunkan kuih didalam periuk pengukus dan kukus diatas air yang menggelegak selama 15 minit atau hingga masak.



BAHAN-BAHANNYA:

4 keping isi ikan tenggiri (dibersihkan)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 biji buah pelaga
1 s/t lada hitam (ditumbuk)
6 s/b kicap pekap manis
2 s/b kicap pekat masin
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Minyak

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gorengkan isi ikan tenggiri dengan sedikit garam hingga garing, angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, bunga cengkeh, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan air asam jawa dan gaul rata, masukkan pula kicap pekat manis, kicap pekat masin, garam, perasa dan gula secukupnya, tambahkan sedikit air jika perlu, bila mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi terlebih dahulu, gaul dan biarkan sehingga pekat, dan bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:

2 ikat sawi (dipotong-potong)
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 s/b ikan bilis * (direndam dengan air sebentar dan toskan)
Garam dan perasa
Sedikit minyak
Air secukupnya

Cara-caranya:
Tumbuk halus bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga garing, kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih, masukkan garam, perasa dan sawi, gaul rata dan bila sawi layu, bolehlah ditutup apinya.

Wahai adik iparku yang sangat aku sayangi... mengapa sepi tanpa berita?
Halooo... minah! senyap jer... bz ke?
Rindu la wei!!!
Aku terdengar berita dari suara angin yang masuk ditelinga aku ni mengatakan yang kau sedang merancang membuka sesuatu?
Hah! buka apa? hehehe... lawak!
Nak buka kedai dobi eh! wah best lah eh! nnti aku balik Mesia boleh tolonnn...
Bahan-bahannya:

500g bihun (direndam lembut dan toskan)
200g udang basah
100g isi ayam
150g tauge
100g daun kucai
1 batang carrot (disagat)
4 biji bawang merah *
4 biji bawang putih *
1 s/b lada hitam *
1 s/b tauchu (dilecek halus)
Garam dan perasa
Cara-caranya:

Tumbuk halus bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga garing, masukkan udang basah dan tauchu, gaul rata kemudian masukkan carrot, garam dan perasa, gaul rata dan masukkan bihun, tauge dan daun kucai, gaul sebati dan bolehlah ditutup apinya.
Hidangkan dengan cili jeruk atau cili sos.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin