Baru sehari aku cakap project Aby dah siap! ropenya ada lagi!
Tengah sedap2 dok tidur melayan mimpi pepagi tetiba doorbell rumahku berbunyi! sakit hati pun ada cz orang yang menghantar tu tak reti tekan sekali agaknya, tekan berkali-kali! apa dia ingat doorbell rumah aku tu bunyi best sangat ke macam bunyi muzik! nak tahu macam bunyi apa? macam bunyi telefon lama yang dok kring krang tu tau tak! kuat plak tu!
Mmm...ku buka pintu, seorang mamat omputeh ni dok sengeh2 hulur kotak kat aku! dan tengok bentuk kotak tu aku dah tahu mesti kereta Aby lah tu, apa lagi!
Tah bilalah diordernya yer...tetiba dah sampai je...tapi aku ni jenis yang tak kesah pun, biarlah asal hobinya tu yang baik2 cuma yang tak bestnya mengganggu tidurku pepagi!!!!!!
So today startlah balik Aby ku mengerjakan keretanya dan aku tidak dilayannya!!! Huwwwwaaaa!!!!! hehehe poyo sey!
Malam tadi Aby keluar gi jumpa kawan2 dia, yelah setelah penat asyik dok kerja je manjang, sekali sekala nak gak merayap, makan2, borak2 sambil cerita ceriti pasal kerja sikit dan pasal2 yang sepatutnya diceritakan lah...
Maaflah ye gambar kurang memuaskan cz pakai camera hp, menggeletaq tangan kot!!!!....

Ini ialah kawan baik Aby kat Dk ni, sehari kalau tak cerita pasal dia memang tak sah Aby tu, nama dia Carsten, tapi orangnya memang baik pun dan kalau nak tahu orang Danish sebenarnya banyak yang baik2 pun.


Ni pula namanya Win Wing, dia ni Singaporean, kawan satu kerja juga dengan Aby tapi kesian juga Win Wing ni cz contract kerjanya kat Dk ni dah nak tamat, so bulan Ogos ni dia akan balik ke Singapore.



Kedua-dua ni pun kawan Aby lah cuma yang pakai tshirt lengan pendek hitam tu ialah bos Aby, muda lagi dah jadi bos eh! best betul tapi dia ni dah nak berenti kerjalah cz dapat tawaran lagi bagus! so Aby dah takde bos lah pas ni, Cian Aby cz dia kata Bos dia ni bos yang paling baik yang dia pernah jumpa!
Takpelah By! pas ni biar i je yang jadi bos u...hehehe...

Memandangkan blog aku ni bukan yang perempuan je dok tengok tapi yang lelaki pun ada gek so aku kongsikan dengan korang tentang minatnya hubby aku (Aby) tentang kereta dan kereta2 yang dibuatnya (pasang).
Korang bayangkanlah gambar yang kat atas tu ialah enjin kereta yang telah siap dipasang, memang susah, barang2nya semua kecik2 pas tu nak kena cat dan gam pas tu barulah dapat dipasang untuk dijadikan kereta, kalau takde kesabaran, lupakan je lah nak buat menda alah ni! boleh pitam oi!
Tapi kalau orang dah minat, mmm...boleh2 saja!

Ha! cun juga kan kalau dah siap! so Aby dah berjaya siapkan kereta yang selama ini dihadapnya tiap minggu! dan yang ni aku pun tak tahu kereta yang keberapa siap dipasangnya tapi tak kesahlah asal dah siap semuanya....


Kereta milik Aby yang dah siap tapi kereta yang kecil2 3 biji kat depan tu hanyalah kereta besi, tak pasang tapi Aby minat so dibelinya sebagai hiasan.
So lepas ni project Aby dah takde sehinggalah kereta yang ditempahnya sampai!
So sekarang Aby masih lagi menunggu keretanya yang tak sampai2 dengan penuh tekanan dan penderitaan! hehehe...ye ke macam tu sekali!
Idak ler...


Bahan-bahannya:

1 cawan kacang hijau (dibersihkan)

2 helai daun pandan (disimpul)

2 senduk kecil gula pasir

6 s/b gula merah/gula melaka

2 cawan santan pekat

Secubit garam

Air secukupnya

Cara-caranya:

Rebuskan kacang hijau dengan air hingga kacang kembang, kemudian masukkan daun pandan, gula pasir, gula merah dan secubit garam, gaul rata dan masukkan pula santan pekat, biarkan lagi hingga mendidih dan semua bahan sebati, bolehlah ditutup apinya.

Hidangkan semasa panas atau sejuk.


Bahan-bahannya:

4 biji kentang ( dibuang kulit dan dipotong dadu)

6 biji bawang merah *

3 biji bawang putih *

2 inci halia *

3 s/b serbuk cili

1 s/b serbuk kunyit

1 s/t jintan kasar

1 s/t jintan halus

1 s/t biji sawi

3 s/b air asam jawa

1 cawan yoghurt

1 tangkai daun kari

Garam, perasa dan gula

Minyak secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gorengkan kentang hingga lembut, angkat dan toskan.

Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk, jintan kasar, jintan halus, biji sawi, dan daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan air asam jawa, gaul rata dan masukkan sedikit air jika perlu, kemudian masukkan yoghurt, garam, perasa dan sedikit gula, biarkan hingga pekat barulah masukkan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu, gaul sebati dan bolehlah di tutup apinya.



Bahan-bahannya:

1 ekor ikan merah (dipotong dan dibersihkan)

5 biji bawang merah *

2 biji bawang putih *

2 inci halia *

1 s/t serbuk lada hitam (kasar)

1 sup bunjut (adabi)

Sedikit daun sup (dihiris)

Sedikit bawang goreng

Garam dan perasa

Sedikit minyak

Air secukupnya

Cara-caranya:

Tumbuk bahan yang bertanda *

Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan tumbuk, lada hitam dan sup bunjut hingga naik bau, kemudian masukkan air, biarkan hingga mendidih, masukkan ikan, garam dan perasa, gaul sebati, biarkan hingga ikan masak, masukkan pula daun sup dan bawang goreng, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.

Bukan blog aku laaa....
Akhirnya berjaya juga tolong kawan aku buatkan blog untuk dia sambil2 diajar oleh Aby, kiranya takdelah benak sangat kepala hotak aku ni!
Tapi takdelah grand2 sangat pun, yang simple2 je...
Memandangkan kawan aku tu bz dan kureng sikit berpengalaman tentang dunia blogging ni so apa salahnya ditunjuk ajar, aku pun bukanlah terror sangat, masih baru! jadi apa yang tahu tu dapatlah dikongsikan bersama lagipun tolong untuk orang nak mencari rezeki ni dapat pahala juga tau!
Kawan aku ni nak letak product2 yang nak dijualnya contohnya macam tudung, jubah, baju swimming untuk muslimah dan lain2 lagi so kalau dah penuh nanti ditepeknya gambar product2 jualannya tu baru aku letak kat blog aku dia punya link, so korang yang baca kalau teragak nak beli dan order barang dengan dia, silakanlah yer...

Bahan-bahannya:
10g serbuk agar2
2 cawan air
1 cawan susu segar berperisa coklat
1/2 cawan horlick - dibancuh dengan sedikit air panas
3/4 cawan gula - jika suka manis boleh tambah lagi
Beberapa keping biskut marie - sebagai hiasan
Cara-caranya:
Didihkan air bersama gula dan serbuka agar2 hingga larut, masukkan susu segar berperisa coklat dan bancuhan horlick, didihkan dengan api yang kecil dan gaul hingga sebati dan bolehlah ditutup apinya, tapiskan dan tuangkan kedalam acuan, biarkan seketika dan bila puding sudah tak berapa panas, susunkan biskut marie keatas puding tadi, sejukkan dan simpan didalam peti sejuk, bila sudah betul2 sejuk, keluarkan dari peti sejuk, dipotong-potong dan bolehlah dihidangkan.

Bahan-bahannya:
1/2 biji broccoli (dipotong kecil2)
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 s/t serbuk pati belacan (maggi atau tumix)
Garam dan perasa
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, gorengkan ikan bilis hingga garing kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, masukkan pula broccoli, gaul hingga broccoli layu, kalau perlu tambah sedikit air, akhir sekali masukkan serbuk pati belacan, garam dan sedikit perasa jika perlu, gaul rata dan bila broccoli lembut, bolehlah ditutup apinya.
Sejak2 umur dah meningkat ni, dah menjangkau hampir 2 tahun, macam2 kepandaian yang mulai nampak dan salah satunya ialah menyanyi, setiap kali naik atas pentas (atas meja) mesti menyanyi, kadang tu siap menari! lemah semangat aku! bukan apa? takut terlungkup kebawah! tak ke haru biru kepala kau dek!
Mmm..memang tak boleh cuai dengan dak Rhea ni! selalu kena perhatikan sebab sejak2 ni dak Rhea ni aktif semacam!
Tapi tengok gambar tu cute tak?

Kalau suruh posing memang tak payah ajar! tau nak posing sendirik! yang tu memang ikut mummy dia! hehehe...berangan tak sudahhhh!!!
Tapi yang ni posing macam ala2 apa ek? macam teleng pun ada gek aku tengok atau dak Rhea ni posing ala2 model perfume kot? tiak tu angkat tinggi sikit dek!


Kalau semalam aku letak gambar sahabat baik aku, hari ni aku letak pulak sahabat alam maya aku yang semakin hari semakin rapat, walaupun berjauhan tapi kita selalu bertemu di internet!
Nak kata sahabat alam maya pun kita pernah berjumpa! tapi asalnya hubungan aku dengan dia ni dari internet ler... mmm...mana2 r asal bersahabat, tak kira macam mana jenis sahabat pun asal orangnya baik dan sesuai dengan kita dah kira baguihhh r kan...
Nama kawan aku ni Fida, aku suka panggil dia kekadang dengan panggilan 'Cikgu Fida' cz dia ni memang cikgu pun!
Seronok r kawan dengan Fida ni, ceria selalu dan yang paling best sekali Fida ada anak 2 orang yang tersangatlah cute2, geram aku wokkkk!!!!
Hubby Fida ni cikgu gek, kiranya cari pasangan yang sesuailah...hehehe...
Antara aku dengan Fida ni ada chemistry sebab tu rasa seronok bersahabat dengan Fida ni.
Ada la lagi sahabat alam maya aku kat luar sana tu, macam Acik, cikgu Ryn's, Kak Asma/PC, Kak Ct Delima dan Kakak2 yang sehaluan hobinya dengan aku (memasak), best r kumpul ramai2 sahabat ni, hidup tak r sunyi...
Dan untuk semua sahabat2 ku, terima kasih kerana menjadi sahabat aku, semoga hidup akan lebih ceria dan bahagia.






Bahan-bahannya:

1 cawan sagu biji (dibersihkan dan toskan)
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 s/t esen rose
Sedikit pewarna merah
Kelapa parut + secubit garam (dikukus sebentar)

Cara-caranya:

Masak gula dengan air hingga gula larut, masukkan esen rose dan sedikit pewarna merah, gaul rata kemudian masukkan sagu yang telah dibersihkan terlebih dahulu, kacau hingga mendidih dan sagu nampak jernih, tuangkan didalam bekas atau acuan, sejukkan.
Bila betul2 sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa, sedia untuk dihidang.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Bahan nasi goreng:
  • 1 mangkuk besar nasi sejuk
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 senduk kacang peas
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 1 s/b serbuk pati ikan bilis (maggi)
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Bahan lauk:
  • 4 keping daging burger (dipotong dadu dan digoreng garing)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris kecil2)
  • 2 biji cili merah (dihiris tebal2)
  • 1 biji cili hijau (dihiris tebal)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Sedikit kobis bunga (dipotong kecil)
  • Sedikit kacang papan
  • 1 s/t serbuk cili
  • 6 s/b cili sos
  • 1/2 cawan air
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Untuk nasi goreng:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga garing, kemudian masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ikan bilis (maggi), garam dan perasa, gaul rata, masukkan pula kacang peas, gaul seketika dan bolehlah masukkan nasi sejuk, gaul hingga semua bahan sebati dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama lauk.
  • Untuk lauknya:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau hingga layu, kemudian masukkan serbuk cili, cili sos dan air, biarkan sehingga mendidih, masukkan kacang papan, kobis bunga, garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata dan akhir sekali masukkan tomato dan daging burger yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul sebati dan biarkan hingga sayur masak, bolehlah ditutup apinya.
Happy aku hari ni bila kawan baikku menghubungi aku, email aku dengan gambar terbarunya dan juga gambar anak2 nya yang pada aku semuanya dah beso2 panjang, best lah kawan2 aku ni, umur muda tapi anak2 dah beso2, belasan tahun dah, anak aku juga belum cecah belasan tahun lagi, tapi tahun depan jejaklah abang Rico 11 tahun, heeee seronoknya!
Kalau nak tahu, nilah kawan baik aku, dia ni orang Mesia, kawan baik aku sejak 14 tahun yang lalu dan sampai la ni walau berjauhan tapi kita tetap berhubung, dan yang bestnya kalau aku balik Mesia, dia pun akan balik juga, dapat jumpa! dia ni dulu dok kat Riyadh cz laki dia orang arab, so kenalah duduk kat sana, tapi beberapa tahun yang lepas dia dok kat Jakarta cz laki dia kena transfer kat sana, ni rasanya dia dah nak kena balik Riyadh balik, ahhh...semakin jauh! tapi aku tahu kawan aku ni akan tetap menghubungi aku walau kat mana dia berada, kawan baiklah katakan, dan inilah erti sebenar sebuah persahabatan...
Banyak kenangan pahit manis dah aku lalui bersama-sama, menangis, ketawa, bergaduh, bertumbuk! (hahaha tak sampai kesitu) tapi kami serasi walaupun berbeza pendapat kekadang!
Dia berpelajaran, cukup ilmu termasuk ilmu agama, tapi tulah satu kelebihan dia, tak pernah menunjuk-nunjuk dengan kelebihan yang dia ada, mungkin itu yang buat aku serasi dengan dia, baik budi pekerti, suka merendah diri dan yang paling best dia ni tak kedekut! seingat aku sejak berkawan dengan dia ni selalu kalau kita lepak2 dia lah yang selalu belanja, bukan makan dan minum je kadang barang2 pun dibelikan! (Bunsss...tapi aku pun ada belanja kau kan!!! hehehe...)
(Oppsss...cerita pasal belanja ni teringat plak aku belum collect lagi souvenir yang dia kasi kat aku!)
Dan satu lagi kelebihan dia ni pada aku dia ni pelumba kereta! kalau bawa kereta, mak oi! orang lelaki pun kalah babe! mungkin tu kepuasan dia kot kalau bawa kereta lelajusss...
Mmm.. teringat semua tu jadi kecut perut aku! mana taknya, pernah terjadi dulu dia ni lari dari roadblock, polis kejar pun polis sedut asap kereta dia je! tak dapat babe! gila rrr...(tapi tu masa zaman2 muda dulu lah...sekarang pun masih muda gek! hehehe...)
Semua tu kenangan aku dengan dia...walau aku jauh tapi aku selalu ingat kat dia ni, dan dia pun ingat kat aku (aku tahu! kau windu aku kan Bunsss...)
Kalau dipanjangkan umur raya tahun ni dapat kita jumpa kat Mesia ek! aku nak collect duit raya kat kau! termasuk anak2 aku sekali, hehehe...tak malu!
Aku doakan semoga kawanku (Idda) atau nama gelarannya yang aku seorang je boleh panggil (Bunsss...) semoga didalam lindungan yang maha kuasa, berbahagia selalu bersama suami tercinta dan anak2 yang tersayang, salam sayang dari aku yang jauh...

Bahan-bahannya:
10g serbuk agar2
2 cawan air
1 cawan susu segar
3/4 cawan serbuk minuman coklat (dibancuh dengan sedikit air panas)
3/4 cawan gula pasir (kalau nak manis tambah gula lagi)
1 s/t esen vanilla
Coklat chip putih secukupnya
Cara-caranya:
Didihkan air bersama serbuk agar2 dan gula, masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat, didihkan dengan api yang kecil, masukkan esen vanilla, gaul sebati dan bolehlah ditutup apinya.
Tapiskan dan tuangkan didalam acuan, biarkan seketika dan bolehlah taburkan coklat chip putih tetapi semasa menabur pastikan coklat chip putih tak tenggelam, pastikan semasa menabur agar2 tidak terlalu panas, sejukkan agar2 dan simpan didalam peti sejuk.
Hidangkan agar2 setelah sejuk.

Bahan-bahannya:
1/2 biji kobis bunga (dipotong kecil2)
5 batang kacang panjang (dipotong kecil2)
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 batang cili hijau (dihiris nipis)
1/2 s/t biji sawi
1/2 s/t jintan halus
5-6 helai daun kari
1 s/t serbuk kunyit (dibancuh dengan sedikit air)
2 s/b majerin
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Panaskan majerin didalam kuali, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau, biji sawi, jintan halus dan daun kari, gaul hingga naik bau, kemudian masukkan kobis bunga dan kacang panjang, gaul lagi hingga sayur hampir lembut, kemudian masukkan bancukan serbuk kunyit, garam dan sedikit perasa, gaul rata sehingga kering dan bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:

3 ekor ketam saiz besar (diketuk dan dibersihkan)
1 s/t serbuk cili *
1 s/t serbuk kunyit *
1 s/t garam *
1 s/b serbuk ketumbar
1 s/b serbuk jintan halus
1 s/t serbuk lada sulah
5oo ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 biji tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah (dibelah tanpa putus)
Garam, perasa dan sedikit gula
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
3 biji buah keras
Sedikit air

Cara-caranya:

Perap ketam bersama bahan yang bertanda * selama 30 minit kemudian panaskan minyak yang banyak didalam kuali dan gorengkan ketam sehingga ketam tenggelam dari minyak, goreng hingga ketam masak, angkat dan toskan minyaknya.
Dikuali yang lain, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus dan serbuk lada sulah hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan santan dan asam gelugor, kacau hingga mendidih kemudian masukkan ketam yang telah digoreng terlebih dahulu, sedikit garam, perasa dan sedikit gula jika mahu, gaul rata dan masukkan pula cili merah, gaul lagi perlahan-lahan dan akhir sekali masukkan tomato, gaul seketika dan bila kuah pekat bolehlah ditutup apinya.
Kesiannya anak koretku ini kepenatan sampai tertidur tak menyadar...
Tapi bila ku pandang wajah gebunya yang sedang lena tidur tu rasa sejuk je hati ni! macam nak gigit pun ada gak! geram arrahhhh....


Bahan-bahannya:
2 biji epal merah (dibelah 6 dan dihiris nipis)
2 biji epal hijau (dibelah 6 dan dihiris nipis)
2 biji pear (dibelah 6 dan dihiris nipis)
2 biji plum (dibuang biji dan dipotong dadu)
1 mangkuk anggur (dibersihkan)
2 s/b jus lemon
2 s/b kismis
2 cawan plain yoghurt
Cara-caranya:
Masukkan kesemua buah didalam mangkuk besar, kemudian masukkan juga jus lemon, kismis dan plain yoghurt, gaul sebatikan semua bahan dan simpan didalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan sebagai dessert.

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam:

  • Ayam (dipotong kecil2 dan dibersihkan)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 4 s/b kicap manis
  • 3 s/b sos tiram
  • 4 s/b kicap cair
  • 2 s/b lada hitam kisar
  • 2 cawan air
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak

Bahan untuk nasi:

  • 4 cawan beras (dibersihkan dan toskan airnya)
  • Rempah tumis (4 beradik)
  • 2 inci halia (dititik)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 s/b majerin
  • 1 ketul kiub pati ayam (maggi)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Bahan sosnya:

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis (dibelah 2 dan ambil jusnya)
  • 3 s/b gula
  • 2 s/b cili sos
  • Sedikit hirisan kulit limau nipis
  • Sedikit garam
  • Sedikit air suam

Bahan untuk sup:

  • 1 ketul kiub pati ayam (maggi)
  • 1/ s t serbuk lada sulah
  • 6 cawan air
  • Garam dan perasa
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit daun bawang

Bahan-bahan lain:

  • 1 batang timun (dibuang kulit dan dipotong nipis)
  • 2 biji tomato (dipotong bulat)
  • Daun salad secukupnya

Cara-caranya:

  • Untuk masak nasinya, panaskan periuk rice cooker diatas dapur, masukkan majerin dan biarkan sehingga majerin cair, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, gaul sehingga naik bau kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan tadi, air dan sedikit garam, gaul rata dan biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam (maggi) kemudian alihkan periuk di rice cooker dan masaklah seperti biasa sehingga masak nasi.
  • Untuk masak ayamnya, panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kaemudian masukkan kesemua bahan ayam termasuk ayam, sambil dikacau-kacau biarkan sehingga ayam masak dan kuah memekat, bolehlah ditutup apinya. Untuk supnya, masukkan kesemua bahan sup didalam periuk kecuali daun sup dan bawang goreng, letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan daun sup dan bawang goreng, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya. Untuk sosnya, Kisar bahan sos sehingga halus, dan tuangkan didalam mangkuk, boleh disimpan didalam peti sejuk jika mahu.
  • Cara menyediakan nasi ayam, ambil sedikit nasi ayam, letakkan didalam pinggan, letakkan juga ayam black pepper dan bahan lain seperti timun, tomato dan daun salat, hidangkan dengan sup dan sos.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin