Bahan-bahannya:
Scallop
2 s/b kicap manis
3 s/b oyster sos
1 s/b cili sos
1/2 s/t serbuk lada hitam
1 s/b minyak zaitun (olive oil)
1 s/t gula
1 s/b jus lemon
secubit garam
Cara-caranya:
Sapukan olive oil didulang pembakar kemudian letakkan scallop dan sayur-sayuran yang disukai jika mahu diatas dulang pembakar dan masukkan didalam oven, bakar scallop tadi pada suhu 200c selama 20 minit.
Cara membuat sosnya:
Panaskan sedikit olive oil didalam periuk kecil, masukkan kicap manis, oyster sos, cili sos, serbuk lada hitam, gula, jus lemon dan secubit garam, biarkan menggelegak dan sos menjadi pekat, bolehlah ditutup apinya.
Cara menyediakan:
Ambil scallop dan sayur sayuran yang telah dibakar tadi dan susunkan diatas pinggan, kemudian tuangkan bahan sos yang telah dimasak tadi, sedia untuk dihidang.











