
SUMBER DARI: Rozzan
Bahan-bahannya:
110 gm tepung gandum
80 gm gula halus
4 biji telur
1 s/t serbuk penaik
1/2 s/b ovallate
2 s/t esen ros
Sedikit pewarna yang disukai
Cara-caranya:
Ayak tepung bersama serbuk penaik.
Pukul gula halus, telur dan ovallate hingga kembang, masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak tadi, pukul lagi kemudian masukkan esen rose sambil terus memukul hingga adunan sebati, bahagikan adunan pada beberapa bahagian jika mahu untuk diletak pewarna.
Masukkan adunan berselang seli dengan warna yang berlainan didalam loyang yang telah digris dengan majerin terlebih dahulu kemudian kukus didalam periuk kukusan hingga masak.
Bila masak, bolehlah dipotong2 dan dihidangkan.