Bahan-bahannya:
1 bungkus mee hoon (direndam dengan air suam hingga lembut dan toskan)
1/2 mangkuk tauge
300g udang hidup (dibuang kulit)
1/2 mangkuk fishball (dibelah dua)
1 ikat sawi (diambil daun saja)
Sedikit daun kucai (dipotong memanjang)
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
4 biji bawang besar
10 biji bawang putih
80g udang kering
Sedikit belacan
Bahan kuah:
Ambil 1/2 bahagian rencah daripada bahan kisar
8 cawan air
4 s/b taucho (dilecek halus)
100g kacang tanah (disangai dan dikisar halus)
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis kesemua bahan kisar hingga garing, masukkan garam, perasa dan gula secukupnya, bila secukup rasa dan bahan sebati, keluarkan 1/2 bahagian rencah dan masukkan didalam periuk, ketepikan untuk dibuat kuah nanti.
Seterusnya 1/2 bahagian lagi rencah yang didalam kuali tadi dimasukkan pula udang hidup, fishball dan daun sawi, gaul rata sehingga udang masak, masukkan pula mee hoon, tauge dan daun kucai, gaul sebatikan dan biarkan seketika, bolehlah ditutup apinya.
Cara membuat kuahnya:
Masukkan air, taucho, perasa, gula dan garam (jika perlu kerana taucho dah masin) kedalam periuk yang telah ada rencah tadi, kemudian tenggekkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, masukkan air asam jawa dan kacang yang telah dikisar halus tadi, kacau sebati dan biarkan seminit, bolehlah ditutup apinya.
(Kuah mee selalunya mesti ada rasa manis, masam dan masin)
Cara menyediakannya:
Letakkan sedikit mee siam yang telah digoreng tadi kedalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya, letakkan juga telur yang telah direbus dan taburan bawang goreng (jika suka) sedia untuk dihidang.



