BAHAN-BAHANNYA:

4 biji kentang (dibuang kulit dan dipotong nipis2)
50 gm ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 cawan air asam jawa
6 s/b kicap pekat manis
2 s/b kicap pekat masin
Garam, perasa dan gula

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan kentang hingga garing, angkat dan toskan.
Dikuali yang sama, gorengkan pula ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Dikuali yang sama juga tinggalkan kira2 3 s/b minyak yang telah digunakan tadi, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, kemudian masukkan air asam jawa, gaul rata dan biarkan hingga menggelegak, masukkan kicap manis, kicap masin, garam (jika perlu) perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Oleh kerana hari ni semua penghuni rumah ni sakit termasuk aku jadi aku letak gambar ubat je lah kat sini!
Maklomlah nak letak gambar muka orang sakit nampak burok sangat ropenya! tapi memang aku satu keluarga sakit! mula tu dak Rico je yang batuk, maybe dia berjangkit dengan kawan dia dekat skul, pas tu Rica! semalam Rhea kena flu n terus demam! today aku dengan Aby bangun tido terus sakit! bangun pun macam dah tak larat! badan menggeletar! tulang2 rasa sakit! kaki kena simpul biawak! telinga berdengung! tekak sakit! arrhhh... macam2lah yang datang menyerang! dan hakikatnya hari ni memang semua sakit dan melepek je!
Nak masak pun tak larat ni siapa yang nak jawab ni? nak makan apa?
Nak je aku buat bubur dalam keadaan sakit2 macam ni tu je lah makanan yang sesuai dimakan! tapi aku tahu! kalaulah aku masak bubur! memanglah tak laku! tak dimakan pun!
Mahluk2 dalam rumah ni citarasa memang tinggi! dah sakit2 pun tekak nak makan yang sedap2 dan yang teruknya ialah "Aku" dan dalam keadaan sakit macam ni aku kenalah gagahi juga masak untuk diorang tu!
Kalau ikut tekak aku yang sakit ni memang aku bedal bubur kosong je pun dah ok!
Arrhhh.... saat2 macam ni betapa aku perlukan mak aku!
Selalunya kalau aku sakit! maklah yang selalu masakkan dan suapkan! ni aku yang kena jaga diri sendiri dan jaga keluarga sekali! kadang rasa macam nak menangis!meraung!menjerit! tapi kenalah tabahkan hati! jadilah dewasa sikit wahai "Sue" takkan nak dok celah ketiak mak jer...
Ahhh... aku tak dulik! tu yang aku nak!
Mak! aku nak mak! aku nak mak!
(hehehe...macam budak keciklah pulak!) Rhea pun tak macam ni! haru betullah aku ni!

Budak hinguih ni masih tak kering2 lagi hinguih dia!

Aduh! Rhea pin! (pain)

Oleh kerana Rhea tidak berapa sehat jadi memang keraplah dia tido!
Kesian tengok keadaan Rhea ni, nasib baiklah dia tak merengek je!
Esok plak aku nak mencari lauk kat Central, nak gi jemputan umah Zana/Kama lagi cz mereka buat house warming! dengan keadaan Rhea macam ni nampaknya aku pergi satu tempat je lah...tak dapatlah pergi kedua-dua tempat ni!
Zana! kalau aku tak pergi umah kau, aku mintak maaflah yer...Rhea ni tak sehat! aku pun nak keluar gi Central kejap je cari lauk!
Kita jumpa lain kali yer...



Bahan-bahannya:

1 cawan sagu (basuh dan toskan)
1 cawan gula
2 cawan air
1 s/t pewarna dan perasa pandan (Emulco)
Kelapa parut + secubit garam

Cara-caranya:

Masak gula dengan air hingga gula larut, masukkan pewarna pandan, gaul rata kemudian masukkan sagu, kacau hingga mendidih dan sagu nampak jernih, tuangkan sagu didalam loyang atau acuan dan biarkan sejuk, bila kuih sejuk bolehlah digaul dengan kelapa parut, sedia untuk dihidang.

Bahan-bahannya:

2 biji lobak merah (carrot) - dimayang halus
1/4 kobis bulat - dihiris nipis
6 batang kacang panjang - dipotong serong
1/2 mangkuk tauge
2 tangkai daun bawang - dipotong panjang
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
3 biji bawang merah - dihiris nipis
1 biji bawang putih - dihiris nipis
2 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
15 ekor udang basah - dibuang kulitnya
1 s/t serbuk ikan bilis
Garam dan perasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili hijau, tumis hingga layu, kemudian masukkan udang basah dan digaul hingga udang berubah warna, masukkan kobis, lobak merah dan kacang panjang gaul seketika dan masukkan pula garam dan perasa, akhir sekali masukkan tauge, daun bawang dan tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu dan dipotong dadu, gaul sebati dan bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:

Ikan tenggiri/tongkol/caru/atau lain2
20 tangkai cili kering *
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit *
1/2 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 batang serai (dititik)
1 s/t alba
2 s/b air asam jawa
1 cawan santan pekat
Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:

Gorengkan ikan dengan sedikit garam hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
Kisar bahan yang bertanda * dengan lebihan minyak goreng ikan tadi dalam anggaran 4 s/b lebihan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan alba, serai yang telah dititik dan air asam jawa, gaul hingga garing dan masukkan pula santan pekat, gaul hingga pekat, masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi, garam, perasa dan sedikit gula, gaul lagi hingga betul2 sebati, pekat dan kering, bolehlah ditutup apinya.
Kesianlah baby koretku ini diserang selsema!
Hari tu dak Rhea ni dah demam disebabkan selsema yang teruk hingga melecet seluruh hidung dan mulut akibat sering dikesat, masa tu dekat seminggu lebih juga baru baik, ni kena lagi! aku pun dah naik fobia nak kesat hinguih dia tu!
Kejap ok! kejap tak! bahaya juga penyakit berulang-ulang ni! asyik nak gi jumpa Dr je lah pulak!
Mmm...daddy! buatlah appt...lg dengan Dr! Ada apa dengan Rhea ni? harap takde apa2!
Tengok je dah nampak sedap apatah lagi rasanya! tapi memang sedap pun!
Sebenarnya lauk ni bukan aku yang masak, tapi pemberian dari kawanku "LYNNE" alah yang terror buat kuih muih tu, lebih2 lagi kuih2 talam! segala jenis kuih talam kalau cakap si Lynne ni lah yang buat, confirm mesti licin dulu!
Tadi Lynne kasi lauk ni, nama lauk ni "Sambal goreng" tapi Lyyne punya stylelah...memang sedap!
Mak aku pun pernah buat lauk macam ni tapi aku tak tahu namanya, yang aku tahu, makan je! hehehe...
Apa pun, terima kasih untuk Lynne kerana kasi lauk yang sedap tu! aku cakap kat dia yang lauk dia sedap! tapi dia tu merendah diri konon! katanya lauk dia tak cukup bahan!
Orang kalau masak sedap, memanglah macam tu! takkan ngaku dan merendah diri punya! taklah bangga cakap masak sedap, tapi bila rasa! .....nak keluar anak tekak!
Kah kah kah!!!
Terima kasih daun keladi yer Lynne!


Bahan-bahannya:
10 biji bawang merah *
4 biji bawang putih *
1 jari kunyit hidup *
1 cm halia *
2 s/b udang kering *
2 s/b ikan bilis *
Sedikit belacan *
2 s/t jintan kasar (disangai tanpa minyak) *
2 batang serai (dititik)
1 jari lengkuas (dititik)
Santan kelapa secukupnya
Garam, perasa dan gula
Bahan sayur:
Kobis (dipotong kecil)
Kacang panjang (dipotong serong)
Carrot (dipotong kecil2)
Tauhu kering (direndam dengan air dan toskan)
Sooh hoon (direndam dengan air dan toskan)
Cara-caranya:
Blend bahan yang bertanda*
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan blend, serai dan lengkuas sehingga naik bau, kemudian masukkan santan secukupnya, biarkan mendidih, masukkan sayur-sayuran seperti kobis, kacang panjang dan carrot, gaul rata dan biarkan sehingga sayur hampir masak, kemudian masukkan garam, perasa dan sedikit gula jika mahu, gaul sebati dan akhir sekali masukkan tauhu kering dan sooh hoon, biarkan seketika, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.
Hidangkan sayur lodeh dengan nasi impit yang telah dipotong dadu dan tambahkan dengan sambal telur jika mahu.

Bahan-bahannya:
Telur ayam (direbus dan dibuang kulit)
20 tangkai cili kering (direndam sekejap dengan air panas) *
8 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
Sedikit belacan *
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Blend bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan blend hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa, gaul rata sehingga garing kembali, kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat2, garam perasa dan sedikit garam, gaul sebati dan masukkan telur yang telah direbus terlebih dahulu tadi, gaul perlahan-lahan sehingga sambal betul2 masak, bolehlah ditutup apinya.
Saja je nak tunjuk harta benda aku yang mungkin tak bernilai pada sesiapa yang melihatnya tapi teramat penting dalam kehidupan seharian aku, pendek kata memang pentinglah pada aku!
Tanpa benda2 ni memanglah dapo aku tak berasap dan berkeronconganlah perut Aby dan anak2nya, maklomlah! Aby tu bukan suka sangat makan luar kalau kat DK ni lah...belum jumpa tempat yang sedap kat tekak dia! bukanlah isteri dia ni masak sedap sangat sampai dia taknak makan luar tapi korang faham cukuplah laki aku tu bukan melayu sejati, dah tentu2nya lidah dia memang payah nak telan benda2 lain selain dari masakkan yang dia dah biasa makan, cerewetlah jugak! nasib baiklah isteri dia ni jenis yang main order je kira bolehlah buat walaupun tak sesedap mana pun! kalau tak? makan maggi jelah yer bangggg....

Mohd Adam Ziqri, amboi! nama bukan main indah lagi ye mak kau kasi! tapi tokcik pun suka gek dengan nama tu, makna nama yang baik2.
Budak kecik kat gambar ni ialah cucu aku (anak noni yang bongsu)

Nak cerita ni! kami sekeluarga gelarkan dia ADOL! sebab muka dia kalau panggil ADOL macam sesuai jer...hehehe...tapi Aby panggil budak ni SMEAGEL (toyol bogel dalam cerita "Lort of the ring" tu! hehehe...terukszz tau Aby tu!


Cucu aku ni sebenarnya istimewa sikit, dia dilahirkan dengan tak berapa nak cukup bulan, terkuntet tett.. tengoklah badan dia tu, umur dah nak masuk 2 tahun tapi badannya tersangatlah kuntet dan jalan pun belum pandai sangat! semua lambat! tapi muka plak nampak tua dari umurnya, kalau ketawa seluruh muka berkedut macam "The clown"( cerita batman) tapi pada aku dia memang istimewa, suka sangat ketawa, suka buat lawak! dan memang cutelah pada akulah...aku windu kat dak Adol ni! teringat keletah dia kadang aku tersenyum sengsorang! Adol! tokcik Windu niiii...

Ni lah anak saudara aku yang sama umur dengan aku selain Noni, dalam keluarga aku panggil dia ni dengan panggilan mamat je tapi kalau kat sekolah tempat dia mengajar murid2 dia panggil dia Ustaz Apai, garang ooo... time dia mengajar! takutzzz!!!
Dia ni baru ada anak satu dan masih kecil lagi anak dia, mana taknya, tu lah! sapa suruh kawin lambat2 hehehe...
Ni lah anak saudara aku yang dah ada anak2 bujang beso2, nama anak saudara aku ni Noni, dan Noni ni sama umur dengan aku, dulu masa kecik2 kami satu skul dan satu kelas lagi, ada lagi seorang anak saudara aku yang sama umur dengan aku tapi lelaki, kita orang panggil dia ustaz cz dia tu cikgu agama mengajar kat sekolah arab, tp sekarang memasing dah berumahtangga dan bezanya Noni ni dengan aku ialah dia dah ada anak bujang! Best betul kan kalau masih muda tapi dah ada anak2 yang beso2, senang! dah boleh diharap! kadang tu Noni ni jalan dengan anak bujangnya pun orang ingat macam kakak dengan adik jer... jeles aku tau! bila lah anak bujang aku nak beso2 eh! alah si Rico kuntet tu lah...badan macam tu jer aku tengok tak beso2 pong!



BAHAN-BAHANNYA:

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1oo gm udang kering (direndam dan dikisar)
2 biji bawang putih *
4 biji bawang merah *
7 tangkai lada kering *
1 cm halia *
1 batang serai *
1 s/t serbuk kunyit
2 s/b gula pasir
1 s/t garam
Sedikit minyak masak

Bahan untuk doh:
250g keledek (direbus dan dilenyek)
3 1/2 s/b tepung gandum
1/2 s/t garam
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:

Untuk membuat intinya, Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan bahan inti yang lain termasuk kelapa parut, gaul sehingga semua bahan sebati dan kering, tutup apinya dan ketepikan.
Untuk dohnya, Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak, uli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras dan melekit, tambah tepung sedikit jika doh lembik atau melekit.
Ambil sedikit doh dan canaikan menjadi bentuk bulat dan leperkan, isikan inti sedikit ditengah-tengannya dan tutupkan rata, buat sehingga habis.
Panaskan minyak secukupnya didalam kuali, gorengkan kuih sehingga masak atau keperangan, angkat dan toskan.

Bahan-bahannya:
Mee kuning atau spaghetti (direbus terlebih dahulu)
100g udang basah (dibuang kulit)
200g daging (direbus dan dihiris nipis/simpan air rebusannya)
50g udang kering (dikisar halus)
8biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
8 tangkai cili kering *
2 biji keledek (direbus dan dilecek)
2 s/b kacang tanah (disangai dan ditumbuk)
2 s/b gula merah atau gula melaka
Garam dan perasa
Bahan lain:
Telur ayam (mengikut jumlah orang)
Daun sawi
Tauge (dicelur)
Sedikit kobis (dipotong kecil)
Tomato (dibelah 4)
Bawang goreng
Hirisan daun sup
Cili merah/hijau (dihiris)
Hirisan limau
Cara-caranya:
Blend bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan blend hingga naik bau, masukkan air rebusan daging secukupnya dan udang kering yang telah dikisar terlebih dahulu, gaul rata kemudian masukkan pula keledek yang telah dilenyek, kacang tanah, daging dan udang basah, gaul dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam, gula merah dan perasa, gaul sebati biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.
Cara menyediakan:
Untuk menghidang sepinggan mee, ambil mee kuning atau spaghetti sedikit dan masukkan didalam mangkuk dan ketepikan.
Ambil sedikit kuah untuk seorang makan dan masukkan didalam periuk kecil, tenggekkan diatas api yang kecil, kemudian masukkan kobis, daun sawi, tomato dan pecahkan telur, biarkan sehingga telur dan sayur masak kemudian tuangkan kuah diatas mee/spaghetti tadi, letakkan juga tauge, taburkan dengan hirisan daun sup, cili merah/hijau, bawang goreng dan hirisan limau, sedia untuk dihidang.
Snow turun...

Bulan dah nak masuk spring, matahari pun selalu keluar tapi tetiba snow plak!
Lebat plak tu! cantiknya tak payah cakaplah...memang cantik!
Walaupun kadang lebat! kadang hilang! kadang lebat balik! macam malu2 nak keluar tapi hari ni memang snow turun!


Saat macam ni memanglah aku manusia yang paling seronot dan kalau snow turun je tak sampai 1/2 jamlah...kawan2 aku macam AYA dan LYNNE mesti sms aku punya bagitahu yang snow turun n mesti aku suka!
Aku tahu diorang pun suka tengok snow, sebab tu kalau snow turun masing bersms dan menikmati keindahan snow turun bersama-sama dirumah memasing!
Seronot tau kalau tengok snow ni! macam hati jadi tenang jer...semua putih bersih...cantik sangat!
Indah betul ciptaan TUHAN ni yer...aku terpesona!


Bahan-bahannya:
1 genggam halia muda (dibuang kulit dan dipotong-potong)
1/2 mangkuk ikan bilis (digoreng garing)
1/2 s/t lada hitam (ditumbuk kasar)
Cara-caranya:
Tumbuk halia yang telah dipotong-potong tadi hingga lumat, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu dan lada hitam, tumbuk hingga ikan bilis hampir hancur, gaul rata dan masukkan didalam mangkuk, bolehlah dihidang.
(Sambal krosak ni bagus dimakan ketika didalam pantang bersalin)

Bahan-bahannya:
20 ekor ikan bulus (dibersihkan)
3 s/b tepung gandum
2 s/b tepung beras
1 s/t serbuk kunyit
Secubit garam
Minyak secukupnya
Cara-caranya:
masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam didalam mangkuk, kemudian bancuhkan dengan sedikit air sehingga cair, kemudian celupkan ikan didalam bancuhan tepung td dan gorengkan didalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu, goreng sehingga ikan garing, angkat dan toskan minyaknya.



Bahan-bahannya:
20 batang kacang panjang (dipotong memanjang)
1 biji tofu (saiz besar dipotong dadu)
5 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 s/b ikan bilis (direndam sekejap dengan air) *
Santan kelapa secukupnya
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Tumbuk bahan yang bertanda *
Masukkan santan didalam periuk, masukkan juga bahan yang telah ditumbuk tadi dan tenggekkan diatas dapur dengan api yang sederhana, kacau selalu supaya tidak pecah santan, bila mula mendidih, masukkan kacang panjang, garam dan perasa, gaul rata dan biarkan sehingga kacang masak, akhir sekali masukkan tofu dan gaul perlahan-lahan kerana tofu terlalu lembut, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.


Penat aku mengemas satu umah, dari tingkat atas sampai lah ketingkat bawah, tp apa pun aku puas hati cz umah nampak bersih, kali ni aku lebihkan pada bilik air cz aku tukar warna karpet, semelum ni aku guna alas yang kat atas tu tp tiap kali nak jalan mesti terselak-selak cz alas tu kecil2 so kali ni aku tukar yang sehelai besar, hah! senang sikit!
Yang alas kat atas tu aku basuh dulu pastu tak tahu nak letak mana n aku letak je kat situ, nampak ok lah sikit! tak lah nampak lantai kayu lagi. Apa pun kali ni bilik air dan jamban aku serba oreeeennn....!



Fida! samalah....
Kau ni sehati sejiwa dengan aku eh!!! hehehe...eee

Bahan-bahannya:
Untuk som som:
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
1 s/t garam
7 cawan santan
3 helai daun pandan (disimpul)
Untuk air gula:
1 biji gula melaka
3/4 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuatnya:
Untuk masak air gula:
Masukkan semua bahan didalam periuk kecil dan masakkan dengan api sederhana hingga gula betul2 larut, angkat sejukkan dan tapiskan.
Untuk masak som som:
Satukan kesemua bahan didalam mangkuk kecuali daun pandan, kacau dengan menggunakan whisk, tapis bancuhan kedalam periuk, masukkan juga daun pandan dan masak diatas api yang kecil sambil terus mengacau hingga pekat dan likat kemudian tuangkan adunan kedalam loyang atau acuan dan biarkan sehingga sejuk, hidangkan dengan air gula.
Sedap jika air gula disimpan terlebih dahulu didalam peti sejuk dan keluarkan semasa hendak dihidang.
Perhhh...tajuk entry yang tak boleh tahannn...
La! ingatkan apa kan!
Rupanya dak Rhea tengah tolong menumbuk kat dapo!

Hah! ni nak cerita ni, dak Rhea ni memang dari dulu suka tolong aku kalau aku tengah menumbuk guna batu lesung ni, asal aku pegang je batu lesung, dia akan cepat2 sebok nak tolong!
Selalunya aku akan suruh dia tolong letakkan bawang sebiji demi sebiji sambil aku menumbuk dan dia akan buat sampailah bawang atau apa yang aku suruh tu habis! kelakar pun ada, bangga pun ada cz ada anak yang lagi kecik dah menunjukkan minat kat dapo macam ni!


Sempat posing lepas siap menumbuk!
Ni Rhea pinjam batu lesung aku untuk nak buat main masak2 kat bawah tu!


Tengok ni! Rhea nak masak jugak macam mummy!
Nanti besar Rhea nak jadi macam mummy!

Bahan-bahannya:
Mee kuning atau guna spaghetti
1/2 mangkuk danging lembu (direbus dan dihiris nipis, simpan air rebusan)
20 ekor udang basah (dibuang kulit)
1/2 mangkuk fish ball
3 biji bawang putih (dititik)
2 s/b kicap cair
4 s/b sos tiram
1 s/t lada hitam
Bahan tambahan:
1/2 mangkuk bunga kobis
1/2 mangkuk sawi
1/2 mangkuk tauge
1 batang carrot (dibuang kulit dan dihiris nipis)
1/2 biji capsicum merah/hijau (dihiris panjang)
Sedikit kacang papan
Sedikit bawang goreng
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak didalam kuali besar, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan sos tiram, kicap cair dan lada hitam, gaul rata kemudian masukkan stok air rebusan daging tadi, biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung, gaul hingga kuah mulai pekat, kemudian masukkan daging yang telah direbus, udang basah dan fish ball, biar sehingga udang masak, masukkan pula semua jenis sayur-sayuran, capsicum, garam, perasa dan gula, gaul rata dan akhir sekali masukkan mee kuning atau guna spaghetti yang telah direbuskan terlebih dahulu, taburkan bawang goreng, gaul sehingga semua bahan rata dan bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan, sedap juga dihidang dengan cili jeruk.

Bahan-bahannya:
Untuk sos petis:
1 botol petis/otak udang
1/2 cawan air asam jawa pekat
1 biji gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
3 s/b kicap cair
5-6 biji cili padi
3 biji bawang putih
Bahan untuk rojak:
Tauhu (digoreng dahulu dan dipotong)
timun (dipotong-potong)
Nenas (dipotong-potong)
sengkuang (dipotong-potong)
Kangkung (dicelur)
Tauge (dicelur)
Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
Cara-caranya:
Untuk buat sos petis:
Satukan kesemua bahan didalam periuk kecil, masak diatas api yang sederhana hingga pekat, angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan:
Ambil semua bahan rojak dan masukkan didalam mangkuk, kemudian tuangkan sedikit sos petis didalam mangkuk, gaul sebatikan semua bahan dan bolehlah dihidang.

Bahan-bahannya:
2 s/b majerin
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Secubit garam
Sedikit lada hitam
Cara-caranya:
Pecahkan telur didalam mangkuk, masukkan juga susu segar, garam dan lada hitam, pukul sikit.
Panaskan majerin didalam kuali non stick, kemudian masukkan telur tadi, gaul rata dan masak telur hingga masak sambil hancur2kan telur dan angkat telur dan tuangkan didalam pinggan dan bolehlah dihidang, tambahkan hidangan dengan sosej dan salami yang telah digoreng terlebih dahulu, makan dengan cili sos.


Bahan-bahannya:

500 gm pisang (dilecek)
50 gm kelapa parut (jika mahu)
120 gm tepung gandum
4 s/b santan pekat
50 gm gula pasir
20 gm gula melaka
2 s/b madu
secubit garam
Daun pisang secukupnya (dipotong dan dilayurkan)

Cara-caranya:

Lecek pisang, masukkan bahan seperti kelapa, santan, gula, madu, garam, gula merah dan tepung, gaul sebatikan, ambil sehelai daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz dan telah dilayur, cedokkan sedikit adunan, letakkan memanjang dan lipatkan daun (lipat belebat) dan susun didalam periuk kukusan, kukus selama kira-kira 30 minit, bila masak keluarkan kuih dari pengukus, bolehlah dihidang.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin