Bahan-bahannya:
1 croissant (dibelah tengah)
2 biji telur
1 keping cheedar cheese
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Timun
Tomato
Sos cili
Mayonis
Cara-caranya:
Pecahkan telur didalam mangkuk kecil yang tahan microwave, kemudian letakkan sedikit garam dan lada hitam, pukul sedikit telur dan masukkan dalam microwave dan panaskan selama 1 minit, kemudian keluarkan sekejap dan letakkan pula cheedar cheese didalam mangkuk yang berisi telur tadi dan panaskan kembali didalam microwave selama 30 saat, kemudian keluarkan telur dari mangkuk dan letakkan telur didalam croissant yang telah dibelah tadi, hiaskan dengan timun dan tomato juga letakkan cili sos dan mayonis, sedia untuk dihidang.
Punyalah seronok tadi gi Central nak buat grocery shopping n masuk satu kedai ni terjumpa punyalah banyak ikan dan salah satunya ikan kegemaran Aby ni iaitu ikan bulus!
Kalau kat Mesia, Aby paling suka makan ikan ni, aku selalu goreng celup tepung ikan bulus ni n goreng garing2... fuwooo memang best makan dengan nasi n rasem.

Dan yang ni ikan yang mak aku suka n aku pun suka juga iaitu ikan timah, ikan timah ni sedap masak lemak cili api! mmm... terangkat wei!!!
Bukan setakat ikan ni je yang ada, selain tu ada ikan kembung, kerisi, keli pun ada jangan tak cayalah... banyak lagilah... harap lepas ni stok ikan kat Dk ni macam sekarang ni lah hendaknya!
Eeee... seronoknya aku nak memasak! semangat sikit kalau nak masak kalau banyak stok makanan macam kat Mesia tu!
Yahooo!!!
Posing ala2 heroine cite winter sonata! hehehe....

Upin & Ipin (Betul!Betul!Betul!)


Baik laaa... (Bak kata shinchan)



Bahan-bahannya:

2 buku roti bulat (dibelah dua)
2 biji telur ayam (direbus dan dibuang kulitnya)
Sedikit majerin
Timun (dihiris nipis)
Tomato (dihiris)
Sos cili
Mayonis

Cara-caranya:

Sapukan majerin dipermukaan roti yang telah dibelah tadi dan letakkan diatas kuali non stick sehingga roti kekuningan, angkat dan ketepikan.
Potongkan telur yang telah direbus tadi nipis2 dan susunkan diroti, letakkan juga timun dan tomato kemudian letakkan sedikit sos cili dan mayonis, sedia untuk dihidang.


Bahan-bahannya:

2 keping ikan salmon
1 s/b minyak zaitun
Secubit garam
Sedikit lada hitam

Bahan untuk sos putih:

2 s/b majerin
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 s/b tepung gandum
1/2 s/t mix herbs
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
Secubit garam
Sedikit lada hitam
1/2 biji lemon (untuk perahan)

Cara-caranya:

Taburkan garam dan lada hitam diatas ikan salmon dan gorengkan dengan minyak zaitun sehingga ikan masak, angkat dan ketepikan.

Cara membuat sos putih:
Panaskan majerin didalam periuk kecil, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati, masukkan pula bahan2 sos yang lain, masak sehingga menggelegak dan trutup apinya.

Cara menyediakan:
Letakkan ikan yang telah dogoreng tadi didalam pinggan, kemudian perahkan 1/2 biji lemon tadi diatas ikan, tuangkan pula sos putih diatas ikan dan bolehlah dihidang.
Tambahkan juga dengan sayur-sayuran, kentang goreng/rebus dan lain2 jika suka.
Bahan-bahannya:
Dowry fish fillet (beberapa keping)
2 biji telur
Serbuk roti (bread crumb)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Bahan untuk sos putih:
2 s/b majerin
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 s/b tepung gandum
1/2 s/t mix herbs
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
Sedikit lada hitam
Secubit garam
Cara-caranya:
Pukul telur bersama lada sulah dan sedikit garam, celupkan dowry fish fillet kedalam bancuhan telur tadi, kemudian celupkan pula dengan bread crumb, ratakan dan pastikan ikan disaluti sepenuhnya dengan bread crumb, gorengkan ikan didalam minyak yang banyak, goreng hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
Cara membuat sos putih:
Panaskan majerin didalam periuk kecil, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan tepung gandum dan kacau sebati. masukkan pula bahan2 yang sos yang lain, masak sehingga menggelegak dan tutup apinya.
Cara menyediakan:
Ambil ikan yang telah digoreng tadi dan letakkan didalam pinggan, kemudian tuangkan sos putih diatas ikan tadi dan bolehlah dihidang.
Tambahkan dengan sayur-sayuran, kentang goreng/rebus dan lain2 jika mahu.
Semasa menunggu mummy yang sedang dicheck oleh Dr!

Sabar menanti! kesian dak Rhea ni menunggu dengan penuh kesabaran...kalau budak lain dah lama melalakkkk!!!!


Kakak Rica dan abang Rico dah beso! tak kan tunggu lama2 nak melalak plak!
Hari ni korang ponteng skul ehhhh!!!
Tak pe! sekali sekala mummy kasi channn!!!

Lepas gi klinik kita semua bertolak ke Ikea!
Tapi bukan banyak sangat yang aku beli cuma adalah barang yang aku cari tu! alah! barang2 biasa je!

Daddy mencari barang2 yang dah tersusun mengikut nombor dan tempatnya!


Jangan boring ye daddy! tu hah Rhea tunjukkan kat mana tempatnya! tuuuu....

Tadi semasa di Toys 'R' Us dapat aku ambil gambar aksi2 anak2 aku memilih mainan!
Ewah! ewah! ewah! bukan main pilih yer abang Rico! rambang mata yer!!!

Yang anak dara ni dah tak pk pun pasal mainan! dah besolah konon2nya! nak main pun benda2 macam game tu!
Ek elehhh...
Hah! dak Rhea ni lain plak! nak mainan yang dak jantan suka!
Mmm.. tunggu beso sikit eh! bila Rhea dah pandai kayuh basikal nanti daddy belikan untuk Rhea eh!!!

Rhea ni seboleh-boleh nak basikal ni tapi daddy tak belikan cz dia masih tak pandai kayuh lagi! tahu sorong-sorong jek!
Tak lama lagi dapatlah tu! sabo eh! tunggu dah pandai mengayuh!

Selepas penat berbelanja kat Ikea dan Toys 'R' Us, masing2 kelaparan dan tempat yang paling dekat sekali ialah Mcd ni! so apa lagi! serbuuuu!!!
Tengoklah daddy yang kelaparan tu! 2 biji burger pun tak cukup tau! pas tu dia gi order lagi! tu belum anak2nya! sama jugak! tak cukup satu, dengan kentangnya lain...

Rhea pun sama! tak padan kecik! boleh habiskan sebiji burger dengan makan kentangnya lagi!
Ya ampunnn!!!!

Mummy cool jer... makan burger je (filet o fish! tu je yang halal) dengan hot chocolate, dah cukup!
Aku ni bukannya kuat makan sangat cuma kalau kat Mesia tu selera makan bertambah cz mak punya masakkan kan "enak tenan" bak kata orang jawa!
Wah! dah macam MADAM (bak kata mak mertuaku)
Dak Rhea ni dapat kerusi baru, daddynya belikan!
Pas ni tak payahlah Rhea ni nak menyelit kat sofa yang kitaorang selalu duduk cz dia dah ada kerusi sendiri!

Seronoknya dia yer...senyum simpul dapat kerusi baru!


Periuk belanga ni sebenarnya mainan milik Rhea! aku gi Ikea sekali terpandangkan set periuk belanga ni, punyalah cute cz saiznya yang kecik tu! kalau tengok memang macam periuk betul2, material yang digunakan untuk buat periuk ni sama dengan yang kita pakai kat dapur tu cuma saiznya saja yang kecil! memang cute sangat! ni mummy pun boleh pinjam! hehehe... buat rebus telur!

Dan yang ni aku beli kat Toys 'R' Us untuk Rhea.
Kalau dah ke Ikea tu takkan tak gi Toys 'R' Us cz bersebelahan jer...
Benda alah ni pun dah penuh satu rumah kalau dipasang!
Macam ni nak jalan pun sangkak! tersangkut-sangkut kaki wei! tapi anak punya pasal! layankan je lahhhh...

Esok hari yang bz tapi bukannya bz sangat2 cuma ada appt... dengan Dr.
Esok dah tentunya Aby tak kerja! appt... pukul 12 lebih n pas tu aku cakap dengan Aby nak gi IKEA!
Hahaha! esok aku nak gi IKEA! adalah barang yang nak dicari kat sana tu! kalau tak, takkan nak kesana plak!
Saat aku memasak kat dapur, dak Rhea ni memang selalunya pandai membawa dirinya!
Selalunya memang dia tak kacau pun kalau aku sedang masak atau tengah buat apa2 pun!
asal dia nampak aku depan mata dia oklah...puas hati dia!
Selalunya kalau tak dia bertenggek kat atas tu, dia akan dok diam kat bawah tu!


Hehehee..cutenya dek tomei ni!


Eeee....


Sekarang Rhea selalu temankan mummy kat dapur, tengok mummy masak! nanti Rhea besar Rhea plak masakkan mummy eh!!
Macam kakak Rica dah pandai masak 2-3 jenis lauk, nanti Rhea pandai masak semua lauk! boleh kalahkan kakak!



Bahan-bahannya:

Ayam (dipotong-potong)
2 s/t ketumbar *
1 s/t jintan kasar *
1 s/t jintan halus *
1 s/t lada hitam *
1/2 s/t serbuk lada sulah
1 s/t serbuk kari ayam
1/2 s/t serbuk kunyit
1 biji putih telur (dipukul sikit)
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara-caranya:

Tumbuk bahanyang bertanda * dan campurkan didalam ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan, kemudian masukkan pula lada sulah, serbuk kari, serbuk kunyit, garam, putih telur dan sedikit tepung jagung, gaul kesemua bahan dengan ayam hingga sebati dan perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan ayam yang telah diperap tadi sehingga garing dan ayam masak, angkat dan toskan minyaknya.

Bahan-bahannya:
1/2 biji kobis (dipotong kecil2)
4 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
2 biji cili merah *
2 biji cili hijau *
2 s/b kicap cair
2 s/b udang kering
Perasa
Cara-caranya:
Hiris bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, gorengkan udang kering hingga garing, kemudian masukkan bahan yang telah dihiris sehingga layu, masukkan pula kobis dan gaul sehingga kobis lembut, akhir sekali masukkan kicap cair dan perasa, gaul sebati dan bolehlah ditutup apinya.


bahan-bahannya:

1/2 biji nenas (dipotong-potong)
4-6 ekor ikan sepat masin atau ikan kembung rebus
1 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor
7 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
8-10 biji cili padi *
1 inci kunyit hidup *
3 biji buah keras *
Sedikit hirisan lengkuas *
Sedikit belacan *
Santan secukupnya
Garam dan perasa

Cara-caranya:

Kisar bahan yang bertanda * dan masukkan didalam periuk, kemudian masukkan juga nenas yang telah dipotong-potong dan tenggekkan diatas dapur dengan api perlahan selama 2-3 minit.
Kemudian masukkan santan, gaul rata dan biarkan mendidih tapi jangan sampai pecah santan, sentiasa dikacau perlahan.
Bila mendidih masukkan ikan, asam gelugor, daun kunyit, garam dan perasa, jika kuah sudah masin kurangkan garam, gaul perlahan hingga pecah minyak dan ikan masak, bolehlah ditutup apinya.
Alah! alah! alah! sedihnya dak Rhea ni! tengok tu muka dia punyalah sayu dah pilu!
Hehehe... bukannya apa! sebenarnya masa tengah main2 dengan kakaknya tetiba dak Rhea ni jatuh tergolek dan kepalanya terhantuk meja! hah! tu yang melalak bagai nak rak!
memanglah sakit tapi budak2 ni kalau tengah main tu kira kalau takat jatuh2 ke terantuk2 ke kira normal lah tuuu....
Nak tahu tak? dak Rhea ni kalau dia nangis walaupun dalam keadaan kesakitan! tangisannya tu bukannya kuat sangat! kadang aku dengar dah macam bunyi anak kucing tersepit jer...
Bagus juga ye kalau nangis yang tak memekakkan telinga atau memecahkan gegendang telinga macam sesetengah budak2 tu! eee... tekanannnn mendengarnya! naik cair taik telinga!
Kah! kah! kah!
Petang tadi aku tunggu Aby balik kerja cz nak ajak Aby gi Netto, nak cari nenas!
Tekak ni teringin nak makan gulai nenas dengan ikan sepat masin! arrhhh... sedapnya!
So aku pun dah bersiaplah saat Aby balik kerja tadi!

Aku gi dengan Aby dan Rhea je cz Rico n Rica tak nak ikut, nak main game je kat umah atau maybe budak2 tu malas nak pakai baju berlapis-lapis!


Ni lah nenas yang aku beli! nasib baik banyak stok nenas kat Netto hari ni, hehehe...seronoknya memilih...


Dan barang2 ni adalah barang2 yang tak diundang dalam kepala otak aku nak beli!
Aku ni kalau plan nak beli 1 barang tapi yang dibeli 1 trolley!
Buruks betul perangai!
Tapi takpelah...barang2 ni pun bukan tak digunakan, standby je! nanti bila nak pakai kan dah ada! menyenangkan aku jugak, tak payah hari2 nak bertapa kat Netto tu!


Seperti biasa sebelum boleh main atau tengok tv, Rico n Rica kena habiskan kerja sekolah dulu!
Setiap hari selepas balik sekolah, Rico dan Rica diberi makan dulu atau terus budak2 ni buat kerja sekolah, kadang nak kasi makan, budak2 ni taknak! katanya nak buat kerja sekolah dulu! aku pun jenis yang tak kesah sangat! asal budak2 ni nak makan, ok lah walaupun tak tentu masanya!
Tapi pasal kerja sekolah memang kena buat dan habiskan cz daddy budak2 ni teramatlah cerewetnya tentang pelajaran... yerlahhh...dia nak anak2nya berjaya bila besar nanti seperti dia jugak so padanya pelajaran teramatlah penting untuk diorang ni kalau nak berjaya!
Walau macam mana pun aku bersyukur mempunyai anak2 yang nak mendengar kata dan patuh apa saja yang aku dan daddynya kata dan harapkan,
moga anak2 aku menjadi anak2 yang baik dan berjaya bila besar nanti, aminnn....


Bahan-bahannya:
1/2 kg daging lembu pejal
1/2 mangkuk cili kering *
10 biji bawang merah *
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan air asam jawa
3 s/b kicap pekat manis
1/2 cawan bawang goreng
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Rebus daging bersama sedikit halia dan 2 biji bawang putih yang telah dititik hingga lembut, angkat dan toskan airnya.
Potong nipis2 daging yang telah direbus tadi dan tumbuk setiap hirisan daging hingga leper, buat sehingga habis.
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging yang telah ditumbuk leper tadi sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
Dikuali yang sama, gunakan sedikit saja minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan gula melaka, air asam jawa, garam, perasa dan sedikit gula pasir, kacau rata sehingga kering, masukkan daging dan bawang goreng, kacau sehingga sebati dan bolehlah ditutup apinya.
(SUMBER DARI: Cik Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA:
  • (Bahan A)
  • 180g mentega
  • 20g shorterning (lemak sayur)
  • 130g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/t esen vanilla
  • (Bahan B)
  • 200g tepung gandum
  • 100g tepung sagu ubi
  • 1/2 s/t serbuk penaik
  • 40g nestum (dikisar halus)
  • (Bahan Hiasan)
  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula berwarna untuk hiasan
  • Coklat masakkan sebagai hiasan
  • CARA-CARANYA:
  • Satukan semua bahan A dan pukul sehingga semua bahan sebati dan berkrim, perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  • Canaikan doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan yang disukai, susun cookies diatas dulang pembakar dan sapukan dengan kuning telur dan hias dengan taburan gula bewarna.
  • Bakar didalam oven yang telah dipanaskan 150c terlebih dahulu dan bakar selama 10-12 minit.
  • Bila keluarkan cookies daripada oven biarkan seketika dan barulah dialihkan, tunggu betul-betul sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara.
(SUMBER DARI: Cik Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA:
  • 400 g tepung halus
  • 100 g gula aising
  • 1 camca teh baking powder
  • 110 g mentega
  • 1 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 2 tangaki daun bawang, hiris halus
  • 40 g lada benggala merah, didadu kecil
  • 75 g parutan keju parmesan
  • 1 kuning telur, untuk disapu
CARA-CARANYA:
  • Satukan tepung, gula aising, baking powder dalam satu bekas, gaul rata.
  • Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti.
  • Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh (jangan habiskan susu jika adunan sudah menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan).
  • Tambah hirisan daun bawang, cincangan lada benggala merah dan juga keju.
  • Gaul hingga rata. Rehatkan doh 20 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 200c, tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan canai doh setebal 1 cm, terap ikut acuan kegemaran atau potong dengan pisau.
  • Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
  • Buat hingga habis.
  • Sapu kuning telur dan bakar 25 - 30 minit hingga scones kuning keemasan.
  • Sejukkan atas jaringan.
Mak tengah tengok Rhea kan?
Ni Rhea tengah tido mak!
Rhea rindu mak!
Hari2 Rhea cakap "love makkk!"


Tengah sedap tido tiba2...




2 orang cucu mak ni balik skul dan memekakkk!!!





Rhea terbangunnn...
dan bulatlah matanya kembali!





Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin