Kah! kah! kah!
Kelako betullah bila tengok gambo2 lama semasa jadi model dolu!
Tapi pada masa tu memang aku tengah muda remaja dan yang bestnya aku habiskan zaman remajaku dengan berbagai macam kegiatan dan salah satunya aku menceburkan diri dalam bidang nilah...seronotnya masa tu....

Bersama rakan seperjuangan dalam bidang yang sama.


Hehehe...poyos...


Posing sakan yer...

Semasa menjadi model untuk pakaian pengantin!
cekci wei!!!

Kah!kah!kah!
Ni sapa nak jawab?
Sebenarnya yang kat tengah2 tu walaupun "bukan tulen banggg!!!" tapi dialah boss aku yang paling baik yang pernah aku kenali...
Dulu semasa ku kerja mengandam pengantin, dialah yang menjadi boss aku dan dialah orang kuat yang membawa aku ke bidang modelling ni, walaupun begitu, dia memang orang yang banyak berjasa pada aku dan dia yang banyak bersabar dengan karenah aku!
Yang kelakonya walaupun aku bekerja dengan dia tapi dia selalu kena marah dengan aku lebih2 lagi saat aku sedang bekerja.
Tapi yang bestnya tentang boss aku ni dia selalu minta pendapat aku tentang bidang andaman ni dan selalunya dia akan ikut apa je yang aku cadangkan.
Memang best dapat boss macam ni!
Kepada kau wahai Azie, aku doakan kebahagiaan kau sekeluarga yer...
Aku selalu ingat kat kau!



BAHAN-BAHANNYA:

  • 1/2 kg daging lembu
  • 2 biji bawang besar - dihiris besar2
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dimayang
  • 1/2 biji capsicum merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji capsicum hijau - dihiris memanjang
  • 10 biji cili padi 1 batang carrot - dipotong nipis
  • 1/2 mangkuk kacang papan
  • 4 batang kacang panjang - dipotong panjang
  • 2 helai daun limau
  • 3 s/b sos tiram
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b bancuhan air tepung jagung
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Sediakan nasi secukupnya. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah sehingga daging empuk, angkat daging dan hiriskan nipis2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, daun limau dan cili padi, gaul sehingga layu kemudian masukkan carrot, capsicum merah dan hijau, gaul lagi sehingga carrot masak, kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih, masukkan pula kacang papan, kacang panjang, daging, garam perasa, gula dan sedikit air, gaul lagi sebatikan dan masukkan bancuhan air tepung jagung, biarkan sehingga kuah pekat dan bolehlah ditutup apinya.Ambil sedikit nasi yang telah dimasak terlebih dahulu dan letakkan didalam pinggan, letakkan juga daging merah ala thai dan bolehlah ditambah dengan telur dadar, bolehlah dihidang. .


.
Dak Rica ni dah last2 minit baru nak bagitahu yang dia nak gi rumah kawannya esok untuk birthday party! dah malam2 buta macam ni mummynya jugak yang kena sampul hadiah, so aku pakai bahan apa yang ada jelah kat umah ni cuma hadiahnya tu memang aku ada bawa beberapa mainan dari Mesia haritu, memang aku standby pun cz kalau nak beli kat Dk boleh beli 10 mainan kat Mesia nu tau! paham cukup!!!
Kalau kotak yang aku pos haritu sampai, salah satu kotak tu pun ada penuh barang mainan Aby beli, tinggal nunggu sampai je ntah biler...
Mmm...nampaknya esok aku tak dapat nak merayap cz dak Rica ni ada party plak!
Takpe! sekali sekala anak2 ni nak berparty jugak!
Kasi channn!!!
Gi bercuti! gambar caravan kat atas tu gimmick jer...sebenarnya caravan kat atas tu milik jiran depan umah aku yang akan gi bercuti weekend ni, dan takde kena-mengena dengan aku pun cuma entry BERCUTI tu adalah kena-mengena dengan aku jugak!
Sebenarnya aku ni sedang dilanda masaalah kebingunggan, bukannya apa pun dan bukannya masaalah beso sangat! cuma Aby tu bagi aku pilihan untuk summer holiday bulan 6 ni samaada nak balik Mesia lagi atau gi holiday somewhere?
Kalau korang kan? mana yang korang pilih?
Aku pk2 kalau balik Mesia nanti raya bulan 9 ni balik lagi n taklah dapat gi holiday! cian gek kat anak2 yang excited nak gi holiday! tapi kalau gi holiday, taklah dapat balik Mesia n cuma balik bulan 9 je nanti, tapi bulan 9 pun sekarang ni bukannya lama sangat pun, masa sekarang ni cepat berlalu...
Gedebak-gedebuk pun kalau kira dari bulan 6, balik Mesia lagi 3 bulan jer...
Mmm...nantilah aku pk kan! n kalau korang ada pendapat untuk aku, bagitahu kat aku eh!!!

Bilaku tengok balik gambar2 macam ni terasa rindu kat anak2 saudaraku, yelah...dioranglah sumber kemeriahan keluarga aku, tanpa diorang ni memanglah sunyi, masing2 dengan cara dan perangai masing2 tiada menciplak atau meniru orang lain, semuanya tersendiri...
Memang seronok kalau bersama dengan diorang ni, nak2 yang masih dara tu, masing2 bermolot ala2 makciknya, meriah selalu...
Yang dalam gambar ni n yang dah kahwin hanya aku dan Ceq moon dan kalau tengok2 pun macam masih dara yer...hehehe...ada yang makan hati ker?
Jangan jeles2, tak baik tau! nanti makin tua!

3 dara pingitan dan 2 perasan dara, hehehe...
Akak maintain nyahhh...


Sambil aku memasak kat dapur sambil aku suapkan anak koretku ni mamam...

Dak Rhea ni baru2 nak baik sakit ni selera makannya bertambah-tambah, so awal2 aku dah kena siapkan makanan untuk Rhea.


Tengok tu! bukan main berselera dia mamam...



Mamam banyak2 dek! biar mok! boleh kalahkan Yanti mokkk!!!!



BAHAN-BAHANNYA:

  • Untuk nasi lemak:
  • 5 cawan beras - dibersihkan dan toskan airnya
  • 5 cawan santan
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 s/t alba
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Beras dibersihkan terlebih dahulu dan toskan airnya, masukkan beras didalam periuk rice cooker, masukkan juga santan, daun pandan, bawang dan halia yang telah dihiris, alba dan garam, gaulkan sebati dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak, gembur2kan nasi supaya tidak melekat.
  • Bahan lain:
  • Sambal ikan bilis
  • Telur rebus - dibelah 4
  • Ikan bilis yang telah digoreng
  • Timun - yang telah dibuang kulit dan dipotong bulat
  • Daun pisang secukupnya - yang telah dilayur terlebih dahulu
  • Surat khabar secukupnya untuk membungkus
CARA-CARANYA:
  • Ambil semangkuk nasi lemak dan letakkan diatas daun pisang yang telah dilapis dengan surat khabar, kemudian letakkan sambal ikan bilis diatas nasi (resepi sambal ikan bilis ada didalam bahagian "sambal dan pencicah" Resepi dapur anak mak), telur, ikan bilis dan timun, kemudian lipatkan lapisan daun pisang dan surat khabar seperti gambar diatas, buat sehingga nasi habis, susun nasi lemak bungkus ditempat yang tidak sejuk supaya nasi tahan lama, bila nak makan, keluarkan dan bolehlah dihidang.

Bahan-bahannya:
10 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1/2 mangkuk cili kering *
2 inci halia *
Sedikit belacan *
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 mangkuk ikan bilis - direndam dengan air sekejap
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing, kemudian masukkan air asam jawa, bawang besar dan ikan bilis, gaul rata dan akhir sekali masukkan garam, perasa dan gula secukupnya, biarkan sehingga kering dan bolehlah ditutup apinya.

Cun r iPhone 3G ni, nampak gayanya balik Mesia kali ni aku nak sauk jugak lah, hehehe...
I like! i like!
Baru je aku cerita2 dengan Aby yang bulan dah nak masuk spring dan seterusnya summer n maybe dapat tengok snow lagi, tahun depan jer... cz masa snow turun banyak dulu aku balik Mesia n berada kat Mesia tapi tak sangka plak snow turun hari ni.
Seronoknya rasa, aku ni memang suka tengok snow turun...lebat plak tu!

Tapi agak susah nak dapatkan gambar snow turun yang jelas melainkan kalau ada kereta lalu lalanglah macam dalam gambar ni.


Seronoknya! dapat lagi aku tengok snow turun lebat macam ni!
Aku sms AYA, kawan aku yang suka tengok snow turun dan dia pun tengah tengok snow turun kat tingkat dapur rumah dia..hehehe...
padahal si AYA tu dah bertahun dok kat DK ni tau! lebih 8 tahun tapi masih tak jemu2 tengok snow turun ni apatah lagi aku yang baru nak masuk setahun je, lagilah jakunnn!!!
Tapi korang nak cakap aku jakun ke, apa ke, lantak rrr... asal aku dapat tengok snow!!!

Alhamdulillah...anak koretku ini dah sehat cuma tinggal batuk je sikit2 dan harapan aku tak lama lagi akan baik dan sehat sepenuhnya, amin...

Kesian tengok muka Rhea ni dah nampak cengkung...tapi takpe! normal lah tu kalau budak2 sakit memang cepat sangat turun berat badan dan nampak cengkung.


Lepas ni mummy kasi Rhea makan banyak2 nanti Rhea mok alik eh!

Sudah aku fikirkan apakah yang harus aku masak untuk daging ni sewaktu Lynne gi membelinya, hehehe....
Aku ni memang macam ni, kalau ada cukup benda dan bahan, sentiasa terlintas kat kepala aku ni masakkan apa yang hendak dimasak...
Dan yang penting perut Aby dan anak2nya terisi dengan kenyanggg....
Tajuk entry dah macam cerita kat tv plak! hehehe...
Pagi ni masa aku bangun siapkan anak2 punya sarapan dan bekalan untuk skul, terasa rumah betapa terangnya dek cahaya matahari yang masuk disebalik langsir umah aku ni, so aku bukak besar2 langsir supaya cahaya matahari masuk menerangi rumahku ini, kata orang cahaya matahari pagi kalau masuk dijendela depan rumah tu akan membawa rahmat dan rezeki pada penghuni rumah, tah betul ke tidak apa yang dikatakan tu aku tidak pasti tapi aku suka mengiyakan benda yang baik2.
Lagipun kat Dk ni bukannya senang nak tengok matahari, tapi mungkin memandangkan musim dah nak masuk spring dan summer so lepas ni akan selalulah jumpa matahari, ahhh...seronoknya kalau summer, walaupun cuaca sejuk tapi takdelah sejuk sampai ketulang dan aku takdelah pakai baju tebal2 lagik!
Bukannya apa! tadi masa vacuum rumah punyalah semangat, habis semua celah2 dan kona2 aku vacuum, tapi bab kat tepi2 tempat wire berselirat ni naik pening kepala hotak aku dah macam wire2 ni jugak, terbelit-belit!
Kadang aku ikat elok2 tapi datang plak cik abang tu main tarik je, dah terbarai balik!
Kadang kalau dibiarkan je wire tu macam tu, kepala hotak aku plak yang pening memandangnya!
Aku sorokkan bawah sofa untuk menyedapkan mata memandang, mmm...hampehhh...kejap jer...
Pastu macam tu lah balik ropenya!

Tengoklah tu! kalaulah ada anak kecik yang baru pandai merangkak, maunya terbelit-belit dek wire tu!
Sib baik dak Rhea jenis yang tak gatal tangan nak main2 benda2 macam ni, kadang aku risau jugak tapi kenalah berhati-hati cz ada anak kecik ni kena tajam mata dan pergerakkan.
Ada satu kes tu kan! (kawan akulah) dia tak perasan anaknya main gunting, pastu anaknya ni dengan kreatifnya mengguntingkan rambutnya (jambul) sendirik! hehehe...dan jadilah fesyen yang terbaru dan akan menjadi ikutan tak lama lagi!
Untuk kawanku itu, bersabarlah yer...sememangnya anak kau tu ada ciri2 nak jadi hair stylist! kah!kah!kah!
(Jangan marah babe! aku gurau!)

Bahan-bahannya:
Tauge (dibuang ekornya)
Kacang panjang (dipotong pendek2)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 s/t biji sawi
4 helai daun kari
1 s/t serbuk kunyit (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah dihiris bersama biji sawi dan daun kari sehingga bahan layu, masukkan pula bancuhan air serbuk kunyit dan kacang panjang, bila kacang layu, masukkan garam, perasa dan tauge, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.
Selepas 3 minggu depa ni mencutikan diri sendiri, termasuk hari ni dah beberapa hari depa ni naik skul seperti biasa, mula2 tu tengok keadaan depa macam malas cz dah lama cuti tp bila time dah nak gi skul tu depa ni semangat sikit cz bawa barang2 skul yang baru.
Aku memang belikan depa barang2 skul lebih2 sikit termasuk stanby untuk naik skul bulan 8 nanti, nak beli kat sini memang mahal so ada peluang balik Mesia ni aku boronglah bebanyak, yang ada lagi tu masih belum sampai cz aku pos lagipun bukan nak pakai sekarang so sampai lambat pun takpa!
Aku harap anak aku tak ketinggalan banyak mata pelajaran cz depa semalam bawa balik homework pun macam sama je sebelum depa cuti dulu dan lagipun cikgu Rico semalam cuti nak beranak plak, hehehe...
So Rico pun nampaknya kuranglah sikit homework, biarlah dia rehat2kan sikit otak, taklah terperanjat otak dia tetiba terus je belajo memanjanggg...
Kasi channnn!!!!!
Bila aku tengok keadaan Rhea ni naik risau plak aku cz makin teruk plak melecet kat mulut dia tu! dan yang aku pelik ni nape plak melecet tu jadik teruk kat mulut padahal kalau kesat pun kat bahagian hidung je!
Muskil! muskil!

Harap2 jangan kena penyakit lainlah...aku risau ni!napa kat mulut dia yang jadi teruk!
Kenapa? kenapa?
Ni mesti kena bawa gi jumpa Dr! mesti!
Aku nak tahu kenapa boleh jadi macam ni!
Bila aku pandang kacang sambal dan gula2 yang mak bekalkan pada aku dan cucu2nya ni, betapa perasaan aku menjadi sayu dan sedih...
Teringat masa kat Mesia saat mak bungkus kacang sambal dan gula2 ni untuk dijual pada budak2 sekolah, arrhhh...sedihnya!
Mak! aku teringat-ingat mak!
Gambar ni aku ambil pagi tadi semasa Rhea bangun tengok abang dan kakak nak gi skul, tengoklah muka dia yang sakit dan hidungnya yang dipenuhi hingus dan hampir melecet tu...
Memang kesian, sampaikan dia takut kalau aku nak lap hingusnya cz kulitnya sakit agaknya walau aku kesat perlahan-lahan dia tetap taknak!
Tapi aku akan cuci mukanya nanti dengan air suam supaya kulitnya tak jadi makin teruk!
Cian dek! ni kalau Yanti n Cik Ka tengok mesti diorang kesiannnn....

Sakit2 pun tido ada gaya tau!


Semalam semasa nak balik ke Dk ni Rhea dah kena flu cz kena cuaca sejuk kat Munich n sampai Dk plak cuaca teramatlah sejuknya sampai Rhea dapat demam plak! hari ni dia masih lagi demam dan flunya nampaknya makin teruk!

Yang kesiannya disebabkan flu, hidung Rhea ni macam dah nak melecet cz asik kena kesat dengan tuala je, padahal tuala tu aku guna yang lembut n aku basahkan untuk lap hingus dia tapi maybe terlalu kerap dilap, tu yang sampai dah nak melecet dibuatnya.
Cian r anak koretku ini, lepas makan ubat tadi dia terus knock out tapi nampak tak, walaupun knock out tapi tetap tido sambil gigit bantal!
Tomei dek!
Ti mokkk! sedong demam!
Ka ayek! Ka ayek! Rhea demam!
Ina wok! sedong demam!
Mak! Rhea demam!
Mak yong! mak ngah!
Abah! eya demam!
pin! pin! (pain)

Aku ni bab2 computer n internet ada slow sikit, maklomlah dah tua2 macam ni baru nak belajo! masuk otak pun slow jugak!
Cian cikgu yang mengajo tu, bukan dia yang marah tapi dia dimarah plak!
Aku ni kalau belajo apa2 memang takde kesabaran, nak cepat dapat tapi sikit2 nak naik angin!
Cian yer sapa yang mengajo tu!!!

Naik terperanjat cikgu yang mengajar tu!
Hah! tengok r muka dia!
Pastu cikgu tu cakap "apa2 ajelahhh..."

Setelah balik dari Mesia semalam dan setelah aku kemas2 barang runcit yang aku bawa dari Mesia, nampaknya berisilah balik cz sebelum ni barang runcit aku tinggal sikit2 je tapi ni dah tambah sikit n nampaknya sedaplah sikit mata aku memandang...
Sebenarnya barang runcit aku bawa sikit je cz ada yang aku pos...
Aku bawa mana yang penting n perlu je dulu n yang lain masih ada stok sikit2 kat sini so yang pos tu bila2 sampai pun takpe!
Tapi yang pos tu kalau sampai maunya penuh runcit aku ni!
Bolehlah aku buka kedai runcit kat sini, hehehe....

Lepas balik dari Mesia semalam nak masak pun dah takde benda, kat freezer cuma ada 1 ekor ayam beku dan 2 peket chapatti, tu jer...
Ahh...kalau macam tu takde mood aku nak masak cz aku ni kalau nak masak kena banyak bahan yang dah tersedia baru aku ada mood nak masak.
So apa lagi! gi r cari laukkkk!!!!

Hah! walaupun masih tak penuh lagi freezer aku ni dengan bahan makanan tapi aku dapat juga beli untuk sementara waktu, bila2 kalau aku dah ada mood n dah tenang fikiran ni, barulah aku beli betul2 barang keperluan yang kurang.
Tadi aku ke Central beri barang harian (barang dapo) dan salah satu yang tetap aku kena beli ialah bawang merah ni, i like!
Gambar bawang merah ni aku ambil untuk tatapan kawanku AIDAFIDA yang berada di Mesia, hanya dia yang faham apa maksut disebalik gambar bawang ni, hehehe....

Petai ni bukan aku yang nak beli tapi anak dara aku si Rica, masa aku tengah pilih memilih sayur-sayur tetiba dak Rica ni ambil petai ni terus je letak dalam bakul n suruh aku bayo!
Anak punya pasal, lagipun dia memang sukalah sangat makan petai so aku tak kesahlah nak! asal kau nak makan, mummy tak kesah!


Hah! nak tahu tak rege tauge dalam tapis kecik ni Dkk10 (Rm6.50) macam tulah sikit lebih kurang.
Sebenarnya masa aku beli tauge ni dalam plastik kecik, ni aku dah masukkan dalam tapis kecik ni so korang bayangkan lah kalau kat Mesia maybe dalam 50 sen je kot!
Tapi belilah jugak, nak makan punya pasal cz aku ingat nak bikin mee, so kenalah beli, mee kalau takde tauge macam tak cukup sifat je nampaknya!

Pastu singgah Netto cari ayam cz tekak macam teringin makan nasi ayam black pepper.
Aku kalau dah masuk Netto tu yang nak dibeli cuma ayam tapi bila time bayo 1/2 trolley jugak, Aby dah faham sangat dah perangai aku, so dia senyum je dari jauh...hehehe...



BAHAN-BAHANNYA:

Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam (dipotong 4 dan dibersihkan)
4 s/b kicap manis
3 s/b sos tiram
4 s/b kicap cair
2 s/b lada hitam kisar
2 s/t garam
1 s/t serbuk perasa
3 s/b gula pasir

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras (dibersihkan dan toskan airnya)
4 cawan air
Rempah tumis (4 beradik)
2 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
3 s/b majerin
1 ketul kiub pati ayam (maggi)
Sedikit garam

Bahan untuk sosnya:
4 biji cili merah
4 biji bawang putih
1 biji limau nipis (dibelah 2 dan ambil jusnya)
3 s/b gula
Sedikit hirisan kulit limau nipis
Sedikit garam
Sedikit air suam

Bahan untuk sup:
1/2 mangkuk fishball
2 s/b serbuk perasa ikan bilis
1 s t serbuk lada sulah
6 cawan air
Garam dan perasa

Bahan ulam:
1 batang timun (dibuang kulit dan dipotong nipis)
2 biji tomato (dipotong bulat)
Daun salat secukupnya

CARA-CARANYA:

Untuk masak nasinya, panaskan periuk rice cooker diatas dapur, masukkan majerin dan biarkan sehingga majerin cair, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, gaul sehingga naik bau kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan tadi, air dan sedikit garam, gaul rata dan biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam (maggi) kemudian alihkan periuk di rice cooker dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak.
Untuk masak ayamnya, sampurkan kesemua bahan untuk ayam dan perapkan selama 10 minit kemudian susunkan ayam didulang pembakar dan bakar ayam didalam oven pada suhu 180c sehingga ayam masak.
Untuk supnya, masukkan kesemua bahan sup didalam periuk kecuali fishball, letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan fishball dan biarkan sehingga masak dan bolehlah ditutup apinya.
Untuk sosnya, Kisar bahan sos sehingga halus, dan tuangkan didalam mangkuk, boleh disimpan didalam peti sejuk jika mahu.
Ambil sedikit nasi ayam, letakkan didalam pinggan, letakkan juga ayam black pepper dan ulam seperti timun, tomato dan daun salat, hidangkan dengan sup dan sos.
Rica sabar menunggu flight.

Abang Rico juga sabar menunggu walaupun dah rasa keletihan...

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin