Cepat sangat rasanya masa berlalu...pejam celik dah sebulan aku kat Mesia, walaupun begitu, aku masih tak puas bersama-sama dengan mak!
Sampai bila2 pun aku tetap tak puas bersama dengan mak, kalaulah boleh aku bawa mak keDK kan best! hari2 dapat bersama dengan mak, maklomlah mak tu satu family aku pun tahu dia punya perangai takkan duduk berjauhan daripada kampung halamannya n lagipun dia tu ada sakit sendi so kalau ketempat macam DK tu, tah apalah yang jadi!
Mak tu memang tak boleh dengan cuaca sejuk, kalau kat Mesia ni pun badan dan tulang dia tak tahan disebabkan sejuk hujan, apatah lagi kalau cuaca macam kat DK tu, lagilah kesian dia nanti!
Tapi taklah tido kat katil kereta ni, sempit!
Sebenarnya mak memang suka baring2 kat katil kereta ni cz katil ni Rico punya dan kalau nak tahu Rico tu cucu kesayangannya so mak ni akan baring2 lepak2 kat katil Rico untuk melepaskan kerinduannya pada Rico, bau Rico ada tertinggal kat situ kot!hehehe...
Aku memang sayang sangat kat mak, dari kecik aku memang tak dibesarkan dengan kasih sayang seorang bapa cz mak berpisah dengan bapa aku semasa usia aku 4 tahun kalau tak silap, so sebab tu aku rapat sangat dengan mak cz aku hanya tahu dialah mak, dialah bapa untuk aku, kasih sayang aku dengan mak tak pernah berbelah bahagi.
Mak tetap mak aku dunia dan akhirat.




