Yang kat dalam gambar tu, berbaju hitam ialah adik ipar kesayanganku (Giri), yang sebelahnya ialah mak mertua aku dan yang pakai baju putih tu bapa mertua aku.
Aku malas nak turun makan kat bawah so aku order melalui room service je...
4-6 sanggul wantan mee (dicelur dengan air panas dan toskan)
1 ikat sawi (dipotong dan dicelur)
2 tangkai dain bawang (dihiris halus)
Sedikit minyak bijan
Bahan sup:
1 biji bawang putih (dititik)
10-12 biji fish ball
1 ketul kiub ayam
1/2 s/t serbuk lada sulah
800 ml air rebusan ayam
Garam dan perasa
Cara membuat supnya:
Tumis halia bersama bawang putih didalam periuk hingga naik bau, masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam, biarkan mendidih masukkan pula lada sulah, garam, perasa dan fish ball, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.
Cara menyediakan wantan mee:
Masukkan wantan mee yang telah dicelur tadi kedalam mangkuk, tuangkan sedikit minyak bijan diatas wantan mee kemudian letakkan daging yang telah dihiris nipis tadi dan sawi, hidangkan bersama sup yang telah ditabur dengan daun bawang. Jika mahu lebih sedap bancuhkan (2 s/b kicap pekat + 1 s/b kicap cair) dan tuangkan diatas wantan mee.
Hidangkan bersama hirisan cili padi + 2 s/b kicap cair (jika mahu pedas)
Sedia untuk dihidang.
Bahan-bahannya:
Nasi putih (yang telah sejuk)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (dititik)
2 biji telur (dipukul sedikit)
Sedikit udang kering
Sedikit serbuk belacan
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dicincang dan udang kering hingga garing, masukkan pula cili padi gaul seketika kemudian masukkan garam dan perasa, biarkan garam hancur baru masukkan nasi putih, gaul sebatikan rencah dengan nasi kemudian taburkan sedikit serbuk belacan, gaul lagi dan buat lubang ditengah-tengah nasi, masukkan telur yang telah dipukul, kemudian gaul sebatikan dengan nasi, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.
Bahan sate:
Daging (dipotong manjang)
15 biji bawang merah *
2 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
3 inci halia *
5 batang serai *
1 s/b lada hitam (ditumbuk halus)
1 s/b serbuk kunyit
1/2 kg gula
1 cawan minyak masak
Garam dan perasa
Lidi penyucuk secukupnya
1 batang serai (diketuk dan gunakan sebagai bahan merenjis)
Cara-caranya:
Kisar bahan yang bertanda *
Potong daging nipis dan memanjang, basuh dan toskan airnya.Semua bahan kisar dicampurkan dan digaulkan dengan daging yang telah dipotong tadi,masukkan juga minyak masak, gula, serbuk kunyit, lada hitam, garam dan perasa, gaul sebatikan dan perap beberapa jam.Selepas itu bolehlah dicucuk dan buatlah sehingga habis, lebihan rempah dicampur sedikit dengan minyak untuk merenjis semasa membakar nanti.Panaskan grill pembakar, susun satay bolahlah dibakar sambil sekali sekala renjiskan sedikit minyak yang telah dicampur dengan rempah tadi, bakar hingga garing dan bolehlah dihidang bersama nasi goreng kampung tadi.

(Guna bahan utama) panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, gaul seketika tambah perasa dan kacau, (gunakan bahan doh) bancuh bahan doh dan masukkan didalam kuali tadi sambil dikacau hingga pekat, kemudian tuangkan didalam loyang yang telah digris dengan mentega terlebih dahulu, ratakan dan kukus didalam kukusan selama 30 minit atau hingga masak, bila betul2 sejuk barulah dipotong dadu kecil2.
Bahan-bahannya:
1/2 mangkuk tiram (diambil isinya saja)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
2 s/b kicap cair
2 biji telur ayam (digodak sikit)
2 helai daun bawang (dihiris)
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan bawang putih dan gaul sehingga naik bau, kemudian masukkan tiram dan kicap cair, gaul rata, kemudian tuangkan telur dan gaul lagi sehingga telur masak, taburkan daun bawang, gaul balik2kan dan tutup apinya, tuangkan didalam pinggan dan bolehlah dihidang.
Tapi rambut dia terlalu pendek so aku dapat gayakan dalam gambar je lahhhh....

