Daddy sampai je terus cari anak bujangnya dan dak Rhea!

Pastu Rica plak menyelit! n mummy last sekali cz turn mummy malam2 sikit! hehehe....

Menu hari ni ialah nasi beryani banjir! oleh kerana resepinya dah ada so tak payahlah masukkan resepinya, korang cari je kat dalam resepi dapur anak mak bahagian nasi.
Ni nasi yang aku ambil untuk aku bedal sendiri, yum! yum!

Terkezuttt Aby kalau tengok gambar ni!
Sebenarnya kereta Aby ni setiap hari akan diletakkan didepan sekolah cz kat depan umah setiap hari dipenuhi dengan budak2 sekolah dan mak pun meniaga, jadi macam nilah setiap hari kereta Aby akan diletakkan jauh sikit daripada rumah.
Sebenarnya gambar kat atas tu ada seorang polis traffic ni tengah dating dengan cikgu kat situ, so aku ambillah gambar dia!
tapi kalau tengok lagi jauh nampak macam polis tu nak saman kereta Aby! hahaha!
Polis pun nak dating jugak tau!
Polis tu buat lawak rrr...
Baju yang aku pakai ni sebenarnya baju ngandung masa aku mengandungkan dak Rhea dulu, lepas mandi tadi kemas2, terjumpa plak baju ni, nampak masih ok je so aku pun pakai jelah... ni kalau Aby nampak mesti ketawakan...

Bersama mak yang tersayang..seperti biasa aku akan selalu tepek gambar mak aku didalam blog aku ni kerana dialah insan yang sangat aku sanjungi so kalau korang dah penat nak tengok! tak payah tengok! gambar mak ni untuk tatapan aku sahaja so sesuka hati aku nak letak berapa banyak pun!


Mak bersama cucu kesayangannya...Abang Rico yang dah nak bujang...


Mak bersama dengan cucunya yang paling kecik iaitu dak Rhea dan nampaknya Rhea adalah cucu mak yang bongsu cz lepas ni dah takde cucu, kakak aku memanglah taknak beranak lagi dan aku memang Rhea ni anak koret (bongsu) aku, so yang akan bertambah ialah cicit sahajalah lepas ni! tapi kalau ditakdirkan aku ada anak lagi lepas ni aku pasrah je!
Tapi kalau boleh memang nak stop! nak jaga badan! nak pasang badan! taknaklah nampak leper je depan belakang!!!
Laki tak selera oi!!!

Tengok mak ni, lagi dolu2 sampai la ni sama je badan! umur semakin bertambah tapi jiwa tetap muda, sporting habis!
Wa caya sama lu!!!


Sememangnya sejak balik Mesia ni aku memang kuat makan, lebih2 lagi kalau mak yang masak, lagilah makan tak ingat dunia! siap bertambah, perut pun dah naik genduttt!!!
Mak yang harus dipersalahkan cz masak sedap sangatttt!!!
Hehehe...


Bahan-bahannya:
Kobis panjang (dipotong serong)
1 batang carrot (dihiris nipis)
4 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 s/b udang kering
Sedikit minyak
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Panaska sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris dan udang kering hingga layu, masukkan pula carrot, gaul rata, biarkan seketika sehingga carrot layu, kemudian masukkan kobis, garam dan perasa, gaul sebatikan sehingga sayur masak, bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
6 ekor ikan merah (saiz kecil)
1/2 mangkuk lobak asin (dipotong kecil)
2 biji tomato (dibelah 2)
20 batang bendi
10 biji bawang merah *
4 biji bawang putih *
2 inci halia *
2 inci kunyit *
1/2 mangkuk cili kering *
1 s/t jintan kasar *
1 s/t jintan halus *
1 s/t lada hitam *
1 s/t alba
1 s/t biji sawi
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan bahan kisar, alba dan biji sawi sehingga garing, masukkan pula air asam jawa, biarkan kering sedikit, kemudian masukkan air secukupnya, biarkan mendidih, masukkan ikan dan lobak asin, biarkan sehingga ikan masak, masukkan garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata, akhir sekali masukkan bendi dan tomato, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.
Macam ni lah keadaannya kalau abang ipar aku datang umah n time nak balik, dak Rhea ni takkan lepaskan, pegang je kaki cz takut abah tinggalkan...
Selalunya abang ipar aku ni kalau nak balik dia akan sembunyi-sembunyi dulu daripada Rhea sampai Rhea tak perasan baru dia curi2 balik!
Sejak daddy Rhea kat Spore, abahlah yang selalu ganti daddy so Rhea taklah ingat sangat kat daddy cuma kalau orang tanya dia akan cakap ''daddy wok" (work)
Tengok r gambar tu, dia tahu abah dah kat depan pintu nak balik, dia pegang je kaki abah takut abah hilang seperti yang dia selalu terkena, tiba2 abah hilangggg....
Nanti bila dia dah perasan abah takde dia akan cakap "bah! bah!''
Kadang cian aku tengok dak ni, tapi nak buat macam mana, orang pun ada kerja, takkan nak melayan dia je 24 jam.
Takpe eh! esok daddy balik! Ye!Ye!...
Macam biasalah blog aku ni sentiasa ceria dengan wajah2 keluarga yang tersayang, kat atas tu gambar Kakak aku Kak Senah dan anak koret (bongsu) kesayangannya, Ina.

Dina Syakina yang hitam manis...


Tghari aku makan lauk bening (masak air), ikan masin tenggiri jeruk dan sambal belacan.
Walaupun simple tapi memang menyelerakan...sekali sekala makan macam ni memang sedap lebih2 lagi kalau mak yang masak! secukup rasa!
Enak tenannnn!!!!

Alah! bukannya apa, just nak tunjuk kat korang yang berapa ramainya budak sekolah datang kat depan umah mak aku, apa tidaknya! rumah mak depan sekolah so memanglah ramai! dan yang paling bestnya mak dan kakak aku jual jajan2 dan macam2 lah untuk budak2 tu so setiap kali budak balik sekolah, memang macam nilah keadaannya.
Dulu mak dan akak aku taklah meniaga macam ni tapi diorang bosan juga kat umah takde nak buat apa2 so bila tengok budak2 terlalu ramai, nampak plak rezeki banyak kat depan mata so sayang plak nak lepaskan, mula2 tu main2 je meniaga, tetapi sambutan teramatlah menggalakkan so sekarang dah menjadi kerjaya plak!
Mula2 dulu aku bising juga dengan mak aku kerana bukannya aku tak kasi dia duit belanja n aku taknak dia penat tapi bila aku tengok sendiri yang benda ni dapat hilangkan kebosanan dia dan buat dia rasa happy so aku taklah menghalang apa dia nak buat, asal dia happy dahlah!

Kalau loceng dah berbunyi! hah! bersedialah kerana rumah mak akan diserbu dengan budak2 sekolah ni, setiap hari rumah mak akan diserbu dengan budak sekolah 2 kali, sesi pagi time balik tu memang akan datang sementara tunggu transport diorang dan sesi petang juga! kadang sehari akan diserbu lebih 2 kali kerana budak sesi pagi ada datang semula untuk latihan sukan!
Memang ramailah...sampai tak cukup tangan dibuatnya, plak tu budak2 ni jenis tak sabar, nak cepat je! Eeee...memang kelam kabut dibuatnya!

Macam ni ialah keadaan diwaktu petang selepas budak2 keluar sekolah, mak dan kakak aku akan dibantu oleh 2 orang anaknya dan seorang menantunya, anak akak aku dan menantunya tu akan tolong akak dan mak aku selepas diorang balik dari kerja, walaupun ada yang membantu tapi masih lagi kelam kabut kerana budak sekolah ni terlalu ramai, time aku balik Mesia ni aku dan anak2 aku pun tolong juga! memang kelam kabutlah...tak cukup tangan rasanya! tapi memang seronok sangat! nilah benda yang seronok aku buat kalau balik umah mak ni!




Bahan-bahannya:
Sayur kailan - dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
2 potong ikan tenggiri jeruk
Perasa
Cara-caranya:
Gorengkan ikan tenggiri jeruk, angkat dan toskan minyaknya kemudian ambil isinya saja, buang tulangnya dan hancur2kan isi ikan tadi.
Didalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu, kemudian masukkan sayur kailan yang telah dibersihkan, masukkan juga sedikit perasa dan isi ikan tadi, gaul rata dan sebatikan, bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:

4 ekor ikan kerisi (dibersihkan)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji bawang putih (dihiris)
5 biji lada hijau (dipotong serong)
3 biji lada merah (dibelah dua tanpa putus)
6-8 biji cili padi (dipecah kasar)
2 s/b udang kering (dicuci dan ditoskan airnya)
1 biji tomato (dipotong2)
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Sedikit minyak
Garam, gula dan perasa

Cara-caranya:

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam, gorengkan ikan sehingga garing, angkat dan tan ketepikan.

Didalam mangkuk yang lain, asam jawa dan belacan diramas-ramas dengan sedikit air, ketepikan.

Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis semua bawang dan semua lada yang telah dihiris hingga layu sedikit, masukkan udang kering dan gaul rata, biarkan seketika kemudian masukkan bancuhan air asam jawa dan belacan tadi, masukkan juga garam, perasa dan gula, gaul sebatikan kemudian masukkan pula ikan yang telah digoreng terlebih dahulu, biarkan kuah sedikit pekat dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika dan tutup apinya.

Rhea dengan Danish tengah main2 depan rumah mak aku, Danish tu anak saudara Rhea tau!tapi kalau tak faham, Danish tu anak saudara aku punya anaklah...
So dak Rhea ni kecik2 dah ada anak saudara tapi kalau nak tahu juga Rhea ada anak saudara yang lagi besar, belasan tahun! percaya atau tidakkk???

Gatal ketik cz kat sini panazzz...

Gatal punggung cz banyak aggas...


Sonok dapat main sama2.


Anak doro kesettt...lepas mangan terus turu!
Ojo jikok wong kayok iki gawe bojo, mengko nyesal!
(nak tahu maknanya sila rujuk dalam kamus bahasa jawa)
Kah..Kah..Kah..Kah!


Bahan-bahannya:

Mee kuning (dicelur dan ditoskan)
Tauge (dicelur dan ditoskan)
1 kg udang basah (saiz besar)
6 biji telur ayam (direbus dan dibelah 2)
2 biji cili merah (dihiris bulat)
2 biji cili hijau (dihiris bulat)
Tauhu kering (jenis tebal seperti dalam gambar)
Limau kasturi (dibelah 2)
3 s/b udang kering *
8 biji bawang merah *
4 biji bawang putih *
20 tangkai cili kering *
Belacan sebesar ibu jari *
Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:

Untuk kuah mee:
Kopek udang basah dan ambil kulitnya, rebus kulit udang dengan air secukupnya untuk dijadikan kuah mee, rebus kulit udang bersama dengan garam, perasa dan sedikit gula, masak sehingga kuah bertukar warna merah, kemudian tapiskan kuah dan buang kulit udang, masukkan kuah didalam periuk, tenggekkan semula sehingga mendidih, masukkan udang yang telah dikopek dan tauhu kering, masak sehingga udang masak dan bolehlah ditutup apinya.
Untuk sambal mee:
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda * sehingga garing, masukkan sedikit air, garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata sehingga pekat, dan bolehlah ditutup apinya.
Cara menyediakan:
Masukkan mee dan tauge didalam mangkuk, letakkan sedikit sambal mee mengikut suka, tuangkan kuah udang tadi mengikut suka, kemudian taburkan cili merah/hijau, letakkan pula telur yang telah direbus dan limau yang telah dibelah, sedia untuk dihidang.

Aku rindu giler dengan laki aku, dah dekat seminggu lebih tak jumpa, mana bley tahan macam ni!! dahlah kat sini malam2 tak boleh tido! sampai bawah mata dah hitam tahap kritikal! arrhhh... tekanan...
Dak Rhea ni baru cuci rambut, tengoklah betapa kembangnya rambut dia, tapi nasib baik tak macam dulu cz dulu kalau balik Mesia asal cuci rambut je terus jadi kerinting afro, kali ni tak plak jadi afro! pelik2

Takpelah... nanti besar mummy bawa gi rebonding yer...

SUMBER DARI: Mak


Bahan-bahannya:

4 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula pasir
1 s/t esen rose
1 3/4 cawan tepung gandum

Cara-caranya:

Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen rose, tepung gandum dan pukul lagi sehingga bahan sebati dan kacau rata.
Sapukan acuan bahulu dengan sedikit minyak (griskan) masukkan sedikit adunan mengunakan sudu, buat proses yang sama sehingga acuan habis diisi kemudian bakar pada suhu 180c sehingga nampak keperangan atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan didalam bekas.
SUMBER DARI: Mak

Bahan-bahannya:

3 cawan beras pulut
3 cawan santan
1 biji kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Daun pisang secukupnya (daun pisang nipah)
1 biji gula melaka
1 1/2 cawan air

Cara-caranya:

Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama 20 minit, angkat dan toskan airnya, kemudian bungkuskan sedikit beras pulut didalam lipatan daun pisang sehingga menjadi bentuk 3 segi, ikatkan dengan tali rapia supaya beras pulut tadi tidak terkeluar, buat proses yang sama sehingga habis kemudian rebuskan sehingga masak, angkat dan toskan airnya.
Diperiuk yang lain, masakkan air bersama gula melaka sehingga larut dan ketepikan.
Tabur sedikit garam didalam kelapa parut dan gaul rata, kukus kelapa seketika dan ketepikan.
Apabila kuih sudah masak, kopek kulit daun pisang tadi dan gaulkan kuih bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi, dan bolehlah dihidangkan bersama air gula melaka.
Ni lah orang yang telah diamanahkan untuk menjaga kereta Aby sepanjang Aby takde! tukang start kereta hari2 n tukang alih2 kan kereta Aby, aku bukan tak bley jagakan tapi malasssszzzz...
aku ni kalau dah terperap kat dalam umah, nak keluar pun malas so aku suruh je anak saudara aku ni jagakan lagipun mamat ni cermat orangnya, dia je yang layak jagakan kereta Aby.
Alah! kereta pun bukannya kereta juta2 tapi memandangkan Aby tu cerewet, kereta apa pun yang dia pakai tetap kena penjagaan rapi!
Untuk Aby! tengok r kereta u ni ok2 je! so jangan risau!

Semalam Valentine's day so aku masukkan lah gambar ni cz laptop tu sebenarnya hadiah valentine's daripada Aby untuk aku cuma laptop ni Aby beli awal sikit sebelum masuk Spore hari tu cz Aby tahu valentine's dia takde dengan aku!

Aku happy masa Aby kasi laptop ni pada aku cz aku memang tak ikut pun Aby beli, cz Aby cakap nak keluar rumah kejap beli barang, tapi sekali Aby balik dah bawa Laptop ni utk aku! dan yang seronoknya Aby belikan laptop ni mengikut warna kesukaan aku (pink) tapi pasal plak dalam gambar nampak macam warna purple plak! agaknya camera aku murah kot! tu pasal ambil gambar lain tapi keluar gambar lain! hampehhh betulllahhh...


Untuk Aby! terima kasih banyak kerana hadiahkan laptop ni pada i...
Lepas ni nak tunggu plak hadiah birthday! hehehe...teruk betullah...kebendaan betul aku ni! alah! laki aku tu tahu perangai aku ni!
Yang penting sekali aku sayang kat dia bangettt....la cakap indon lah pulak! nanti laki aku tak pahammmm!!!




Semalam petang aku keluar gi Tebrau City dengan dak Rhea, Rica, yanti n pemau (boypren yanti), saja jalan2 cz boring jg lama2 dok umah! aku ni kalau Aby takde, memang malas nak keluar cz tukang bayar takde tp memandangkan Aby sampai minggu depan baru balik, siapa boleh tahan lebih2 lagi anak2 saudara aku ni hari2 meracun cerita tentang shopping! eee....lama2 tak bleyyy tahan woooo....

Rhea kat depan East India!


Ececehhh...posing baik punya!!!



Pemau, Rica, Rhea n Yanti

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin