Bahan-bahannya:

Ikan pari (dipotong dan dibersihkan)
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
6 biji cekur *
20 biji cili padi (kurangkan jika tak nak pedas) *
Belacan sebesar ibu jari *
3 keping asam keping
Santan kelapa secukupnya
Garam dan perasa

Cara-caranya:

Bakar terlebih dahulu ikan pari yang telah dibersihkan, bakar hingga ikan masak tapi jangan garing sangat, angkat dan ketepikan.
Tumbuk bahan yang bertanda * masukkan dalam periuk, campurkan juga santan secukupnya, tenggekkan diatas api yang sederhana, gaul rata dan pastikan jangan sampai pecah santan, biarkan mendidih, masukkan ikan pari yang telah dibakar, asam keping, garam dan perasa, gaul sebati dan biarkan lagi sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.




Bahan-bahannya:

Ikan caru (dipotong dan dibersihkan)
5 biji bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 inci kunyit - dihiris
2 biji cili hijau - dibelah 2
2 biji cili merah -dibelah 2
1/2 mangkuk air asam jawa
Garam dan perasa

Cara-caranya:

Masukkan air asam jawa didalam periuk, tambahkan air secukupnya, masukkan juga bahan yang telah dihiris dan cili, kemudian tenggekkan periuk diatas api yang sederhana sehingga mendidih, masukkan pula ikan, garam dan perasa, biarkan hingga ikan masak, dan bolehlah ditutup apinya.
SUMBER DARI: Cikmanggis


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kotak tepung pau (1 kg)
  • 1 paket yis segera (11 gm)
  • 1 1/2 s/t shortening
  • 1 1/2 s/t gula
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Bancuh gula dan yis dengan sedikit air suam, masukkan kedalam tepung pau dan kacau rata.
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati tapi jangan terlalu lembut.
  • Bila dah sebati biarkan sebentar sehingga adunan naik tapi jangan sampai 2 kali ganda.
  • Bila dah naik uli lagi betul-betul sampai adunan tadi jadi kenyal, teknik uli sangat penting.
  • Tak sama dengan Pau biasa, pau ni mempunyai kulit yang sangat halus jika salah uli kulitnya akan jadi kesat.
  • Bila dah siap uli, bentukkan bulat-bulat ikut selera masing-masing.
  • Isikan intinya, tutup dan sepit dengan tangan jadi bentuk seperti dalam gambar diatas, biarkan seketika sehingga pau naik tapi jangan terlalu naik kerana jika terlalu naik, kulit pau akan berkedut-kedut,tak licin selepas dikukus.
  • Kukus pau sehingga masak dan bila pau sejuk boleh juga difrozenkan.
  • (resepi inti kacang merah ada di DAPUR ANAK MAK bahagian INTI).


BAHAN-BAHANNYA:

300 g tepung gandum
6 g baking powder
162 ml air suam
6 g dry yeast
30 g gula halus
18 g lemak sayur (shortening)
Sedikit garam
Kaya secukupnya (dalam tin atau botol)

CARA-CARANYA:

(A) Masukkan tepung, baking powder dan sedikit garam, didalam mangkuk besar, kacau biar sebati.
(B) Campurkan air, dry yeast, dan gula didalam bekas yang lain, kacau hingga gula larut, masukkan bahan (A) kedalam bahan (B) dan uli hingga hampir licin, masukkan pula lemak sayur dan uli lagi sehingga licin, buatkan bentuk, biarkan adunan hingga naik 2x ganda, (dalam 30 minit) kemudian tekan2 adunan untuk keluarkan angin, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian bulat2 dan buat sehingga habis, biarkan lagi sehingga 10 minit, ambil sebiji doh, canai dan letakkan inti kaya ditengahnya, tutup rapat cantuman dan letakkan didalam periuk pengukus, buat sehingga habis, biarkan 5 minit barulah dikukus dan kukus selama lebih kurang 15-20 minit.
Malam selepas dak Eypul ni kemalangan, aku datang lagi tengok macam mana keadaan dia, nampaknya dia ok lah cuma siapa kata tak sakit kan! tapi pasal budak lelaki so tahanlah sikit sakit!
Tapi memang aku kesian kat cucu saudara aku ni, dialah cucu aku yang paling tua, tahun ni ambil SPM, tapi aku memang berbangga kerana dalam usia aku sekarang ni aku dah mempunyai cucu saudara yang dah besar, kalau ada sesiapa yang tak faham, dia ni cucu pada kakak aku, iaitu anak saudara aku punya anak, mak dak Eypul ni seusia dengan aku, tapi kawin awal so masih muda pun anak dah besar memanjang...
Harapan aku agar doa2 kan supaya cucu aku ni cepat sembuh yer...

Datang melawat Eypul malam tadi, keadaannya dah ok, tak teruk apalah cuma teruk kat muka je, yang tempat lain2 cuma luka2 kecil, nasib baik tak patah riok cz dak Eypul ni badan sekeping je! macam Tokciknya jugak, sekepingggg...kerempengggg...




Bahan-bahannya:
1 ekor ikan parang (dipotong dan dibersihkan)
20 tangkai cili kering * (direbus dulu)
8 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
2 inci kunyit hidup *
Belacan sebesar ibu jari *
1 cawan air asam jawa
Sedikit minyak
Garam, perasa dan gula
Sedikit daun pudina
Cara-caranya:
Blend bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan blend hingga pecah minyak, masukkan pula air asam jawa dan biarkan garing sedikit, masukkan air secukupnya, biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan, garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata dan biarkan sehingga ikan masak, akhir sekali masukan daun pudina, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
3 potong ikan parang
5 biji bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 inci kunyit - dihiris
2 biji cili hijau - dibelah 2
2 biji cili merah -dibelah 2
1/2 mangkuk air asam jawa
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Masukkan air asam jawa didalam periuk, tambahkan air secukupnya, masukkan juga bahan yang telah dihiris dan cili, kemudian tenggekkan periuk diatas api yang sederhana sehingga mendidih, masukkan pula ikan, garam dan perasa, biarkan hingga ikan masak, dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan caru (dipotong dan dibersihkan)
4 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
3 biji cili merah - dibelah 2
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 cawan air asam jawa
Kicap manis
Minyak
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Gorengkan ikan terlebih dahulu, angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak didalam dan tumis bahan yang telah dihiris hingga layu, kemudian masukkan pula bawang besar dan cili , gaul rata, masukkan air asam jawa, biarkan mendidih dan masukkan kicap secukupnya, biarkan seketika, masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebatikan dan biarkan hingga pekat, bolehlah ditutu apinya.



Bahan-bahannya:
2 kg kerang (dibersihkan dan direbus, ambil isinya)
2 biji bawang besar - dihiris
4 biji bawang putih - dihiris
30 biji cili padi - dibelah 2
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang telah dihiris dan cili padi yang telah dibelah-belah hingga layu, masukkan air asam jawa, biarkan mendidih, kemudian masukkan kerang, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan biarkan sehingga kering, tutup apinya dan bolehlah dihidang.
Rhea bersama abah, Rhea ni memang rapat dengan abah, kalau balik Mesia selalu Rhea akan berkepit je dengan abah cz dengan orang lain Rhea ni takut, so dia akan melepek je celah ketiak abah, sebenarnya orang yang Rhea panggil abah ni adalah abang ipar kesayangan aku, tak tahu kat mana silapnya, semua anak2 aku panggil dia dengan panggilan abah, dan kalau nak tahu abang ipar aku ni lah pengganti bapa aku sejak kecil lagi abang ipar aku ni yang menjaga aku dan aku dah menganggapnya seperti bapa aku sendiri dan sayang kat dia.
Tapi gambar diatas tu sesiapa yang berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan tengok kerana abah tak pakai bra, kha..ka..ka..kah..

Cucu saudara aku yang terbabit dalam kemalangan motor sewaktu balik dari skul, mukanya banyak luka2 teruk sehingga dapat 20 jahitan, gambar muka setelah dijahit, tadi sebelum jahit lagi teruk cz semua nampak kulit koyak!! tapi berkat kuat semangatnya dia masih steady!
Kesiannya EYPUL!

Selepas keluar dari wad kecemasan dan selepas mukanya dibalut, sempat posing diluar hospital bersama Tok ciknya yang sama2 steady!
Tok cik harap Eypul cepat baik dan boleh sambung skul!


Hi daddy! Rhea rindu daddy!

Istimewa untuk daddy!

Alah! alah! dak Rhea ni, ngada-ngadanya!
Chak!
Weee....



Bahan-bahannya:

Beberapa ekor ikan caru (dibersihkan dan dipotong)
8 biji cili api (cili padi) *
Kunyit hidup sebesar ibu jari *
Garam kasar *
2 asam keping
Santan kelapa secukupnya
Garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:

Tumbuk bahan yang bertanda * dan masukkan didalam periuk bersama dengan santan dan asam keping, letakkan diatas api yang sederhana biarkan hingga mendidih tetapi selalu digaul supaya tidak pecah santan, bila mendidih, masukkan pula ikan, garam dan serbuk perasa, biarkan hingga ikan masak dan bolehlah ditutup apinya.
Tadi petang aku keluar sat hantar Rico gi check up dan ditemani oleh anak saudara aku dan isterinya, yer lah laki aku takde, kije manjang...
Tapi nasib baik anak saudara aku yang ramai tu sentiasa ada datang umah so mintak suruh jelah sapa yang ada untuk antokan, aku gi bawa Rhea so masa ni aku ambil gambar semasa anak saudara aku tengah temankan Rico dalam bilik Dr dan yang meriba Rhea tu anak saudara aku punya isteri, suami isteri yang serasi bersama kerana berkerjaya yang sama, dua2 jadi cikgu agama, yang suami jadi ustaz di Sek Arab Pasir gudang dan isteri jadi cikgu agama di Sek Keb Taman Daya, dekat je dengan umah mak aku!
Saat menunggu Abang Rico tengah check up!


Ni masa kat umah sebelum pergi hantar Abang Rico check up, Rhea sempat posing untuk tatapan daddy yang sedang bertugas!
Kalau daddy free daddy bukak blog mummy, dapatlah tengok gambar Rhea ni!

Bahan-bahannya:
1 kg kupang (direbus dan diambil isinya)
8 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
2 inci belacan *
20 tangkai cili kering * (kalau nak lebih pedas tambahkan lagi)
4 helai daun limau
1/2 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing, masukkan pula air asam jawa dan biarkan hingga pekat, kemudian masukkan kupang yang telah direbus terlebih dahulu, daun limau, garam, perasa dan sedikit gula, biarkan hingga sambal pekat dan sebati bolehlah ditutup apinya.
Cara-caranya:
Bahan-bahannya:
Sotong (dibersihkan dan dipotong bulat tetapi jangan buang cecair hitam yang berada dibahagian kepala kerana cecair tu yang akan menghitamkan sotong apabila di masak nanti)
4 biji bawang putih *
Kunyit hidup sebesar ibu jari *
Garam dan perasa
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Tumbuk bahan yang bertanda * tapi jangan terlalu hancur.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing, masukkan sotong yang telah dipotong tadi dan gaul rata, masukkan pula garam dan perasa, gaul sebatikan dan biarkan sehingga sotong masak, bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
Kacang buncis (dibuang urat tepi dan dipotong serong)
3 biji bawang putih (dititik dan dicincang halus)
4 s/b kicap cair
Garam dan perasa
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan kacang buncis, gaul hingga hampir layu, masukkan kicap cair, sedikit saja garam dan perasa, gaul sebatikan dan bolehlah ditutup apinya.
SUMBER DARI: Kak Ct


Bahan-bahannya:
  • Kulit popia secukupnya
  • Bahan untuk inti:
  • Daging cincang lembu/ayam (2 mangkuk)
  • 4 biji kentang (dipotong dadu kecil2)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 s/b serbuk ketumbar
  • 1 s/b serbuk jintan kasar
  • 1 s/b serbuk jintan halus
  • 1 s/b lada hitam yang telah ditumbuk
  • Garam, perasa dan sedikit perasa
  • Sedikit daun sup (dihiris)
  • 1 biji telur ayam (ambil putihnya saja)
  • Minyak secukupnya
Cara-caranya:
  • Untuk membuat intinya:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Daging cincang tadi hendaklah di perap bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar/halus dan lada hitam, biarkan seketika.
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau, kemudian masukkan kentang dan air secukupnya, masak sehingga kentang empuk, kemudian masukkan daging yang telah diperap, garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata sehingga kering, akhir sekali taburkan daun sup, gaul seketika dan bolehlah ditutup apinya.
  • Ambil kulit popia, isikan inti dan lipat menjadi bentuk 3 segi, kemudian hujung kulit popia tu sapu dengan telur putih untuk dijadikan sebagai pelekat, buat proses yang sama sehingga habis dan bolehlah digoreng diatas api yang sederhana, goreng hingga garing dan bolehlah diangkat dan toskan minyaknya, sedia di hidang.
Hari ni kita tengok banyak gambar orang tidur yer...
Gambar2 ni aku ambil memang semasa diorang tengah betul2 tidur dan tak menyadar langsung! bukan rekaan tapi kenyataan...
Gambar kat atas tu gambar dak Rhea semasa sedang dilambung mimpi! zzzz...

Ni pulak anak dara aku, dak Rica! tidur kat sofa selepas sehari penat bermain dan berjumpa dengan sepupunya...zzzz


Abang Rico yang sedang dalam keadaan pemulihan tapi dah nampak ok lah cuma kesan daripada ubat agaknya membuatkan dia selalu tertidur atau keadaan masa yang masih belum dapat disesuaikan...zzzz


Dak ni anak saudara aku yang paling kecik tapi badan memang besar dan hobinya memang tidur, buruk mata! zzzz

Hahaha... yang ni Kakct aku yang sangat aku sayangi, kesian dia kepenatan agaknya sampai tidur duduk! tapi aku dah biasa tengok dia tidur macam tu! Kakct ni memang selalu tidur duduk! buroksss betulss ropenya, zzzz


Yang ni anak dia iaitu anak saudara aku lah...namayna Eqa dan dia ni kepenatan baru balik kerja malam, suka2 dia jer nak landing kat mana2...zzzz


Hah! yang ni lagi buruk mata! tengah sms dengan boypren pun boleh tertidur...kesian boypren dia agaknya penat tunggu sms tak reply2 ropenya aweknya membuta, zzzz



Bahan-bahannya:
Ikan selar kuning
4 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 inci halia *
2 biji cili merah (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dibelah 2)
2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Hiris bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan yang telah dihiris, kunyit yang telah ditumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan air asam jawa, gaul rata, masukkan pula air secukupnya, biarkan mendidih baru masukkan ikan dan cili merah/hijau, garam dan perasa, biarkan sehingga ikan masak dan bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:

Daging cincang lembu/ayam (2 mangkuk)
4 biji kentang (dipotong dadu kecil2)
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 s/b serbuk ketumbar
1 s/b serbuk jintan kasar
1 s/b serbuk jintan halus
1 s/b lada hitam yang telah ditumbuk
Garam, perasa dan sedikit perasa
Sedikit daun sup (dihiris)
Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Kisar bahan yang bertanda *
Daging cincang tadi hendaklah di perap bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar/halus dan lada hitam, biarkan seketika.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau, kemudian masukkan kentang dan air secukupnya, masak sehingga kentang empuk, kemudian masukkan daging yang telah diperap, garam, perasa dan sedikit gula, gaul rata sehingga kering, akhir sekali taburkan daun sup, gaul seketika dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
2 mangkuk pucuk bebuas
2 mangkuk tauge
2 mangkuk kelapa
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
4 biji cekur *
10 biji cili padi *
Sedikit ikan bilis *
Sedikit belacan *
2 helai daun cekur (dimayang)
Garam, perasa dan sedikit gula
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Rebuskan pucuk bebuas hingga layu, angkat dan toskan airnya.
Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan pula kelapa, gaul hingga kelapa sebati dengan bahan, selepas itu masukkan daun bebuas yang telah direbus terlebih dahulu, tauge, daun cekur, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:

Tulang lembu/kambing (bahagian peha)
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 s/b lada hitam
1 bungkus sup bunjut
Rempah tumis (4 beradik)
Daun sup (dihiris
Sedikit daun bawang
Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Rebuskan tulang hingga masak, angkat tulangnya dan asing air rebusan.
Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak, tumis rempah tumis dan lada hitam hingga naik bau, masukkan pula bahan tumbuk dan sup bunjut hingga garing, kemudian masukkan air rebusan, biarkan mendidih, masukkan tulang yang telah direbus terlebih dahulu, garam dan perasa, biarkan masak seketika, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.
Hidangkan bersama taburan daun sup yang telah dihiris dan bawang goreng.
Kasih sayang seorang ibu! walaupun dah beso gedabak, tapi dak Rico ni nak mummynya jugak suapkan makan, tengah2 sakit ni memang macam tu lah...kalau makan bersuap tu memang selera sikit.
Cian Rico, walaupun kadang dia terasa sakit dan keluar air mata, tapi dia tetap diam dan kuat semangat, harap dia cepat baik kerana mak aku yang jaga makan pantang dia, harap cepatlah dia baik dan sehat kerana masa hari pertama, dia diserang demam disebabkan menahan kesakitan, ada juga dia makan ubat tahan sakit tapi ubat dah habis n dia dah start rasa sakit.
Doakan Rico cepat sembuh yer...

3 dara pingitan! hahaha...yang seorang tu dara ke!!!
Gambar ni aku ambil semasa pompuan2 ni tengah berborak berlonggok dan bergossip, malas nak mandi so dah takde kerja lainlah ni.
Tapi masa ni tak cukup ahli cz ada anak2 saudara aku yang takde, jadi yang ada cuma Eqa n Yanti, lagi pun hari ni budak2 ni tak kerja cz kat Mesia hari ni cuti Thaipusam, jadi kalau dah cuti tu, apa lagi! penyakit malas pun melandalah...dan kalau dah melanda! hah! ni lah kerjanya...
Nak update blog pun malas, dah sedap berborak tapi kalau ada blog tu memanglah kena rajin update, kalau malas nak update, tak payahlah ada blog ek!
Hari ni aku dah startlah mengupdate blog cuma resepi tu belum ada lagi cz kat sini mak n kakak aku yang masak, tapi walau apapun kalau ada resepi yang menarik daripada mak atau kakak aku, akan aku masuk masukkan juga, apa salahnya!

Like mother like daughter
Hari ni aku akan pulang ke tanah air, tapi esoknya lah baru sampai Mesia, walau apa pun aku tetap happy, tak kiralah bila nak sampai, asal dapat balik menemui emakku yang tercinta.

Mak! aku balik!!!



Semasa di airport, menunggu masa untuk naik flight tapi terasa lama kerana tak sabar...
Tapi abang Rico sempat posing dengan posh...

Aku sudah semestinya akan bergambar kat kedai Burberry ni walaupun tak dapat beli, dapat bergambar kat kedainya pun jadilah...tapi takpe! kalau ada rezeki nanti bolehlah beli, sekarang ni nak sekodeng dulu Burberry kat Spore.


Rica


Rhea pun dah tak sabar nak naik flight..


Manalah tahu satu hari nanti aku dapat pakai kereta impian Aby ni yer...sekarang dapat bergambar je dulu!
Amboi! amboi! amboi! angan2 tinggi...

Saat menunggu yang membosankan tapi untuk bebudak ni taklah bosan,masing2 bawa sesuatu untuk hilangkan kebosanan, kalau macam aku n Aby memanglah terasa bosannya...

Tak ambil pun gambar masa dalam flight cz suasananya tak lawo pun, masing2 muka kepenatan so cuma ambil gambar sayap kapal terbang semasa nak landing kat Changi Airport.


Gambar ni aku tujukan untuk Lynne yang berada kat Denmark!
Hah! Lynne! aku dah menjejakkan kaki ketanah kelahiran kau, semoga nanti kau juga akan dapat balik sini tapi, tungguuuu....
Dan aku dah sampaikan salam pada semua orang Spore yang macam kau suruh tu! hahaha...


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin